Perbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.
Gambaran negara yang islamik sebagai negara
yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud
adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang
kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud
hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran
keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang
merangkumi semua jenayah.
Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai
di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman
ini berada di bawah takzir (discretionary punishment). Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya.
Justeru itu, Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata:
“Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A’lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi/1407H)Demikianlah gambaran tanggungjawab pemerintahan yang ada dalam pemikiran beliau. Tanggungjawab menyebarkan kebajikan, pembahagian harta yang adil dan amanah serta kebaikan untuk rakyat di segenap lapisan masyarakat. Tanggungjawab inilah yang beliau takut dan bimbang Allah hukum beliau di akhirat kelak. Inilah asas kerahmatan dalam kepimpinan negara yang berdasarkan wahyu Allah. Tanggungjawab pemerintah di hadapan Allah tentang kebajikan rakyat lebih ditakuti dibandingkan di hadapan rakyat sendiri atau ‘suruhanjaya rasuah’.
Itulah gambaran negara yang sepatutnya berada dalam pemikiran umat Islam yang cintakan Islam. Para sarjana Islam telah lama memperkatakan hal ini. Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubi apabila diminta oleh ‘Umar bin Abd al-Aziz untuk menyifatkan keadilan pemerintah, katanya:
“Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Demikian juga kepada wanita. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau”.( Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202. Beirut: Muassasah ar-Risalah/1417H).
- Gambar Hiasan
Membezakan Jenis Jenayah
Dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum; pertama; dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri. Kedua; dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya.
Dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan. Sementara dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H):
“Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka tidak mencukupi dalam hal ini. Bahkan mestilah dengan pengetahuan, jika tidak ia termasuk dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil al-Quran. Namun dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana membantah kemungkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benar-benar mengetahui”. (Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah/1405H)
Hudud Dan Hak Privasi
Ramai akan menganggap, apabila hudud dilaksanakan bererti privacy individu akan terganggu. Intipan di sana-sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak. Ini diburukkan lagi dengan gambaran perlaksanaan sekarang yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama di sesetengah tempat apabila mereka seakan memasang ‘spy’ dalam mencari pelaku maksiat peribadi. Hal ini amat salah dan bercanggah dengan firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
“Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah.Kemudian beliau mengemukakan dalil riwayat al-Hakim daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Auf :
Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan”. (http://www.qaradawi.net/library/53/2534.html.)
“Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat.Akibat dari amalan yang salah memberikan gambaran yang salah tentang hudud. Islam dalam urusan jenayah atau maksiat peribadi tidak membongkar yang tertutup, sebaliknya hanya mencegah yang nyata dan zahir sahaja. Seperti kata al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) :
Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-: “Kau tahukah ini rumah siapa?”. Jawab: “Tidak”. Kata Umar: “Ini rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?”. Kata ‘Abd ar-Rahman: “Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: “Jangan kamu mengintip”. Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka”.( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi).
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990).
Membina Masyarakat Yang Pemaaf
Dalam perlaksanaan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah atau berkuasa. Sebaliknya, hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw:
“Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini”. Jawab Nabi s.a.w: “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan”.Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.
Lalu baginda membaca firman Allah: “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).
Hudud Memerlukan Ijtihad Baru
Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira.
Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir (discretionary punishment).
Entri tu khas untuk Anwar ibrahim yang terang2 tolak hudud.....pasal nk jaga hati guan eng....bodoh economi....bodoh hukum lagi....duma bsng non bodoh. ....yg pandai cuma membontoti apa yg DAP cakap
ReplyDeleteHudud nie tak kira sape pn.baik anwar mahadir sultan bapak ko pn same .
Deletegood job..************
ReplyDeleteManusia yang melaksanakan undang2 jadi mungkin akan berlaku ketidakadilan dalam perlaksanaanya.ianya hanya bergantung kepada siapa yang berkuasa.
ReplyDeleteCuma nak tanya, orang islam yang berada di negara bukan islam akan masuk neraka ke kalau tidak mengamalkan hukum hudud? Dan bagaimana Indonesia umat terbesar dunia
ReplyDeleteHamka pernah ditanyai bagaimana hendak solat di bulan. Jawab hamka...pergi ke bulan dulu nanti saya fikirkan bagaimana. Maksudnya...selesai yg dlm negara depan mata dulu. Jgn dok risau yg jauh dr mata.
DeleteTak paham harus dirujuk pada ulamak2 ye..jgn main bantai ye..bkn dirujuk pada najib mahadir ye..macai jauh sekali.. Tak suke hukum ALLAH bleh la wt tanah air dn udare sdiri ye..so, jgn bodoh sngt ye anak2..
ReplyDeleteSaya berpendapat adalah lehih baik kita mengambil pendapat daaripada majoriti ulamak berkaitan dg ssuatu hukum daripada mengambil pendapat seorang ulamak sahaja. Kita ada majlis fatwa. dan PAS pun ada majlis ulamaknya. Tak kisahlah dari mana pun yg penting kita lehih baik mengambilkira pendapat dp berberapa ulamak dp hanya bergantung kepada seorang sahaja.seorang sahaja.
ReplyDelete2. Berkaitan dg Dr Yusuf al-Qaradawi ini sesuatu yg menarik. Ingat dahulu masa kebangkitan Arab (Arab Spring) Dr Yusuf al-Qaradawi mencadangkan orang2 biasa keluar berdemonstrasi di jalanan malah beliau berkhutbah kpd penunjuk2 perasaan dan memberi semangat kpd mereka. Tetapi sebaliknya Sheikh al Azhar mencadangkan rakyat biasa tak perlu keluar berdemontrasi. Kedua2 mengeluar nas2 yang menyokong pendapat masing.
Setelah 3 - 4 tahun berlalu nampaknya istihad Sheikh al Azhar lebih tepat kerana sekarang pemerintahan Masir telah dirampas kembali oleh tentera
Apa tujuan dr maza ni tiap kali kelantan nk laksana hudud...ada benda atau isu ditimbulkan seolah2 nk menimbulkan ketidakyakinan rakyat pd hudud yg nk dibentangkan oleh kjaan pas. Seolah2 hudud yg nk dibawa pas ni satu undang2 keras dan tdk berperikemanusiaan tanpa merujuk kpd sesksyen2 tertentu dlm undang2 tersebut. Main serkap jarang cukup sekdr menimbul keraguan atas ketelitian kjaan pas mrnggubal hudud.
ReplyDeleteSo pls...ambil satu copy dan tunjukkan dimana kesilapan dan bwk yg lbh baik dan aula dari dok main politik di media. Mcm dia sendiri ckp....ada benda kita tutup jika betul ada cacat celanya dan perbetulkan... bkn utk dihebah. Yet dia sendiri tak mengamalkan apa yg dia war war kan.
Org songkok tinggi xleh pakai .hancusssss...
ReplyDeleteAlsan yg dr maza bagi tu bukan alasan utk tidak melaksanakan langsung hukum hudud. Alasan itu telah disalah guna hingga tidak ada kajian langsung secara rasmi tentang hudud oleh pemerintah. Lebih memburukkan keadaan, sikap org Islam sendiri seolah2 mengakui undang2 manusia dari barat lebih baik drp undang2 Allah.
ReplyDeleteYang paling menyedihkan, ada orang Islam bukan sahaja enggan melaksanakan hudud malah menjadi penyebar fitnah hukum hudud secara suka rela.
Ko igt yg gubal undang2 tu taraf srp cam ko ke? Nak persoal boleh...tapi gi jumpa tuan punya undang2...jgn main hentam kt media...cheap publicity...nk tungguh gah...ada jer mende x kene...handalla kau kononnya.
DeleteAndaikata Hudud telah dilaksanakan sejak dulu di Malaysia.
ReplyDeleteAku rasa kerjasama Hadi dan anwar tidak akan wujud sekarang kerana mungkin anwar sudah direjam pada waktu itu.
Mungkin orang akan salahkan Mahathir kerana menghukum anwar? Tapi Mahathir tak boleh dipersalahkan kerana dia sebagai seorang pemimpin negara tidak boleh berdiam diri apabila menerima aduan salah laku daripada rakyat.
Mungkin juga orang akan terus persalahkan Mahathir kerana bertindak terburu-buru tanpa bukti... ini juga tidak benar kerana Mahathir tidak bertindak terburu-buru dan sebagai seorang pemimpin beliau harus menyiasat terlebih dahulu dan inilah yang beliau lakukan dan semua orang tahu lama selepas itu baru Mahathir bertindak. Kemungkinan lagi orang akan terus marah kepada Mahathir kerana melakukan tajassus kerana mengintip itu dilarang dalam hukum Islam.... come on laaa mari fikir cara rasional kerana ini bukan pemilihan ketua kelas tetapi ini soal memilih pemimpin untuk sebuah negara Islam bernama Malaysia makanya Mahathir sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab mahukan kesejahteraan rakyat dan negara ini dapat diteruskan harus tahu siapakah bakal penggantinya dan ini tidak bersalahan kerana tajassus dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana membantah kemungkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benar-benar mengetahui”. (Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah/1405H
CAKAP MACAM MAHATHIR TU BAIK SGT,MAHATHIR TU ANTI HUDUD,DIA HINA HUDU,DIA TAKKANN BUAT HUDUD,KALO HUDUD DH ADA,MAHATHIR TU LA YANG PATUT DIHUKUM KERANA HINA HUKUM TUHAN
DeleteKlu hukum Islam Anwar lebih pasti tak bersalah sebab tiada 4 saksi, org yg menuduh pula boleh di dakwa
ReplyDeletePengakuan dari yg kna balun dan bukti lain ko nak campak kemana...?
DeleteHudud maybe...qisos dan takzir oum tentu
DeleteUndang undang islam yang datang daripada ALLAH SWT. di pertikai dan macam macam kajian dan ulasan dibuat.
ReplyDeletemenagap undang undang ciptaan manusia ditelan bulat bulat?
Adakah mamusia,yang dicipta oleh ALLAH lebih pandai daripada PENCIPTANYA?
ALLAH memeritah umat islam bersolat.ada ALLAH cerita nagaimama nak solat? Napa tak dipertikai cara solat yang dilaksanakan?
Ini lah jadinya bila otak manusia di jajah oleh kapir.
penerangan untuk yang nak implement dan yang menentang, jangan disalah tafsir sbg nak sabotaj kelantan.
ReplyDeleteXde sapa nak sabotage Kelantan..xhingin owang!! Political pas yg x consistent buat pengundi pening kepala..kepimpinan pas sekarang dok sok sendiri, suatu ketika dulu Kedah, Perak Dan sebahagian deerah cenderung pada pakatan rakyat..sedang cantik untuk bermuzarah tentang undang2 syariah,hudud Dan kesan langsung pada nonmuslim,?kenapa hudud perlu di alaf baru ini yang melepasi zaman milinium.?Dan berbagagai soalan2 bagi yang terkilaf tentang hudud...muzakarah2 perlu ketika itu tapi gwe taknampak...yang gwe nampak ketika itu orang2 pas...mealpakan diri dgan issue2 yg remeh temeh dan pada akhirnye merugikan pegundi2 Dan hususnye/terkesanye pada parti itu sendiri...ta'luf syiasi satu perkataan tentang perundangan piagam madinah satu ketika dulu di desas desuskan bagi meyakini pengundi2/masyarakat madani yg rata2 mahu bersaksi ke arus perubahan kealaf Malaysia yg baru..tapi itu dulu!!!! Demi masa yang berlalu belaku perbedaan pandangan di Selangor yg terjadinnya leteran2 berantakan2 ketiga2 parti yg merugikan pengundi..Cukup cilaka!!!!" Dan cukup celaka ada pemimpin2 dari parti buat u' turn dgan memek2 muka yg sambrono!!!
DeleteKau igt rakyat ni bodoh cam kau ke xleh nk beza penerangang dgn pengwas2an. Cuba baca perenggan last sekali tu...siap suruh ijtihad blk. Dia igt yg gubal tu benak2cam dia. Ada je alasan supaya perjalanan hudud tu terbantut. Ada jer x betul dimata dia. Suruh ajak buat bersama lari. Pastu buat cheap publicity statement. Sebaik2 manusia nk menegur diam2 bkn bising2 klu betul ada silapnya.
DeleteAnoni 944...dh lbh 20thn hal hudud ni....jgn dok buat byk dalih...mcm org yahudi nk pilih lembu. Dahbrapebyk majlispenerangan dh buat...ko ygx pernah ambikpot....pastu nk timbul keraguan plak...
Delete11:43 Dan 11:49 suruh mengaji lari owing suruh sekolah dock min2 kote..ko tak paham bro kapak cakap jgan ulas nampak songgelnge
Delete