Thursday, 18 December 2014
TERBAIK DARI KALANGAN TERBILANG
BEST OF THE BEST : Pemilihan awal dalam menganggotai 69 Komando merangkumi beberapa fasa melibatkan anggota dan pegawai yang sedang berkhidmat dari Konstabel, Lans Koperal sehinggalah Inspektor.
Pemilihan awal merupakan satu program yang memakan masa selama 14 hari dimana pemohon akan diuji dari segi ketahanan fizikal, mental, kematangan, kecekalan, keupayaan bekerjasama berkumpulan serta keupayaan intelektual atau IQ.
Antara ujian fizikal ialah :
1. Larian sejauh 3.2 KM dengan masa 14 minit 30 saat
2. Tekan tubi (Pumping) sebanyak 33 kali seminit
3. Duduk tubi (Sit Up) sebanyak 50 kali selama 2 minit
4. Mendagu (Chin up) sebanyak 8 kali seminit
5. Larian berhalangan yang mempunyai 14 stesen termasuklah tembok tinggi, titian kayu, kawat duri, serta halangan tinggi dan sebagainya. Larian adalah dengan membawa bersama senjata raifal M16 dan masa yang diperuntukkan adalah 8 minit 30 saat.
6. Larian rentas desa sejauh 12 KM dalam masa 1 jam 45 minit.
7. Ujian renang sejauh 150 meter
8. Mengapung di permukaan air selama 10 minit
9. Menyelam selama 1 minit berterusan serta boleh mengambil objek tertentu dari dalam air sedalam 2 meter.
10. Melakukan penerjunan papan anjal setinggi 4 meter.
11. Ujian memanjat naik dan turun menggunakan tali pada ketinggian 3.5 meter.
12. Melakukan ‘abseiling’ dan ‘fast roping’ dari menara setinggi 60 kaki.
13. ‘Kurungan Lasak’ di mana pemohon diarahkan masuk ke dalam kenderaan dengan pakaian lengkap duduk di kerusi masing-masing selama antara 2-3 jam di tempat letak kereta bertar, di tengah terik matahari. Tujuan adalah untuk ujian menahan diri dari kepanasan melampau, fobia dikurung, kepayahan bernafas dan keadaan tidak selesa yang mampu menggoyahkan semangat jati diri seseorang.
14. Ujian jalan Lasak iaitu Lorong Hutan 1 (12KM), Lorong Hutan 2 (18KM) dan Lorong Hutan 3 (22KM), ujian usungan berkumpulan (5KM), ujian mara lasak dan ujian larian tempur
Mereka yang berjaya melepasi tahap awal di atas bakal mengharungi cabaran latihan kursus awal yang akan memakan masa kira-kira 20 minggu.
SUMBER : 69 KOMANDO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Aiyo sapo lopeh tu memang handa, kok den x tertolok doh, maun cice tolo den...jgn golak yo den cakap boto ni ...
ReplyDelete