Wednesday, 24 December 2014
KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) YANG MEMBUAT MUHYIDDIN YASSIN BERASA BANGGA????
Sebuah sekolah menengah di Selangor mencatatkan rekod 38 orang pelajarnya mendapat straight F dalam kesemua sembilan mata pelajaran yang diambil.
Rasanya inilah contoh terbaik yang menunjukkan bahawa langkah Kementerian Pendidikan Malaysia yang bermenterikan TS Muhyiddin Yassin mengubah peperiksaan PMR ke PT3 gagal dan memalukan sekali.
Sistem Pendidikan Malaysia rasanya perlu dikembalikan kepada sistem lama ketika DS Najib Razak menjadi Menteri Pelaran yang menyediakan sekolah kemahiran vokasional untuk pelajar yang tidak dapat menguasai Pengajaran dan Pembelajaran dengan baik.
Bayangkan jika kesemua pelajar yang mendapat straight F ini meneruskan pelajaran hingga ke Tingkatan 5. Apakah keputusan SPM mereka kelak???
Dapat ditafsir bahawa kesemua pelajar ini adalah tergolong dalam kategori yang tidak menguasai mampu 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Pelajar ini harus ditempatkan di sekolah-sekolah kemahiran agar mereka dapat menyediakan diri dengan kemahiran untuk menghadapi masa depan yang makin mencabar.
PT3 harus dimansuhkan tanpa ada lagi alasan berdolak dalik .. Muhyiddin Yassin perlu akui secara terbuka PT3 adalah sistem peperiksaan yang amat gagal dan memalukan sekali... Jika ada maruah dan harga diri maka perlu amat-amat letak jer jawatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sebenarnya.. kebnyakkan pljr2 tidak bersedia dgn sisitem pt3 ygbr ni.. mereka tidak la teruk sgt. Tp sistem ni yg teruk dan menghancurkan ... Alhamdulillah anak sy mendapat 8A.. 2B 1C ..
ReplyDeleteSAYA SEDANG MENUNGGU PENGUMUMAN RASMI DARIPADA MENTERI PENDIDIKAN ATAU PENGARAH PENDIDIKAN TENTANG KEPUTUSAN PT3 INI. MUNGKINKAH MEREKA SEDANG TERPERANGKAP DALAM KEJADIAN BANJIR??
DeleteTikus makmal akan terus setia sebagai bahan ujikaji.
ReplyDeletePeperiksaan yg menyusahkan.. apa salahnya buat soalan semua standard.. sama soalan utk semua sekolah.. klu ada sekolah yg dpt soalan senang untumg la.. cth sekolah anak sy mndpt soalan sains yg susah.. tiada seorang pn pljr disekolahnya pljr yg mndpt gred A utk subjek sains.. yg plg tinggi pn C shj.. sdg sekolah kwn anak sy mndpt soalan sains yg sng.. hingga rmai yg mndpt gred A utk pljran trsbt.. begitu jg dgn sbjk2 lain.. knpa nk menyusahkan utk membuat set2 soalan yg byk utk kesemua sekolah di seluruh malaysia.. sistem ini amatlah tidak adil dan menyusahkan.. cikgu2 jg ramai yg merungut dgn pt3 ini.. menyisahkan pljr2 sek.
ReplyDeleteDiamlah..... sapa suruh pangkah BN?
DeleteBAGI GURU, KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MURID BUAT APA NAK KISAH SANGAT. YANG PENTING IALAH SEGALA DATA2 YANG DIMINTA OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, JABATAN PELAJARAN, PEJABAT PELAJARAN DAERAH DAN PENTADBIR SEKOLAH ITU MESTI DIISI, DILENGKAPKAN SAMA ADA SECARA ONLINE ATAU OFFLINE. KALAU DATA2 YANG JUMLAHNYA BERPULUH2 INI TIDAK DILENGKAPKAN, NANTI BOLEH KENA TINDAKAN TATATERTIB. KEPUTUSAN MURID KALAU TERUK SEKALIPUN, CIKGU TAK ADA KENA MENGENA DENGAN TINDAKAN TATATERTIB...... YANG PENTING DATA2 TU KASI SIAP DULU... KALAU TAK NANTI JABATAN MARAH, NANTI SEKOLAH DAPAT EMEL AMARAN DARI JABATAN TAU........KUHKUHKUH
DeleteIni jdnye bila pak menteri bukannye nk tunjuk pandai tp nk memandai mandai ...kahkahkah
ReplyDeleteSaya kesal dengan KPM yang sentiasa berubah2 format untuk pelajar tingkatan 3 tahun ini dan kemudian dengan tergesa-gesa melaksanakan PT3. Sepatutnya perlaksaan PT3 tidak dibuat dengan terburu2. PT3 boleh dilaksanakan tapi biarlah pendedahan bermula dari pelajar tingkatan 1. Ini tidak...dahlah persediaan tidak diberi kepada pelajar dan guru menyebabkan pelajar, guru dan ibu bapa hilang arah. Nak bagi pelajar faham format baru dalam masa 4 bulan memang susahlah...cikgu pun pening kepala...cikgu setakat mengajar utk habiskan silibus ajelah...nak mendidik bagaimana nak menjawab soalan PT3 yang berbentuk KBAT memang taklah! KPM tolong rasional bila membuat sesuatu perubahan.
ReplyDeleteAPE NAK HERAN
ReplyDeleteSKRG ZAMAN MODEN
TAK PANDAI BELAJAR BOLEH MASUK AKADEMI FANTASIA
TAK PUN MAHARAJA LAWAK
Kena heran bro... banyak duit dah pakai buat blueprint pendidikan...tapi bila jalankan projek, kalangkabut & cacamarba. Nampaknya PT3 juge akhirnya kena soft landing macam PPSMI. Kat mana barisan tertinggi KPM nak sorok muka. Always soft landing aje....PPSMI kecundang...dengar-dengar 1MDB pun merudum...PT3 ni pun nampak gaya tempoh hayatnya singkat aje ...apa ini semua dah ditakdirkan ke ! MALAYSIA BOLEH bro.
DeleteDiamlah ko 13:18...buat hapa bising2. napa dulu undi BN? Bodo
Deleteanak msk akedemi fantasia bapak msk kilauan mas, cucu msk bintang kecil,
DeleteMana boleh masuhkan PT3...ni kan pet project TPM. Projek gagal ni dah sebati dgn KPM ... always soft landing bila saje nampak gaya projek menuju kegagalan macam PPSMI lah ... Lebih RM20 juta dah langsai nak buat Education Blueprint. KPM kena muhasabah diri...kenapa setiap kali embark on educational innovation always end up with failure. Tak cukup pakar PhD HOT ke dalam kementerian. Jangan pakai pukul rata saje bila nak introduce innovation. Tak boleh anggap apa saje innovation baru boleh dilaksana di semua sekolah...ini doktrin lama yg dah usang. Ambil kira faktor compatability sebelum execute the program. Gunakan computerised Expert System untuk pastikan kebarangkalian kelancaran & kejayaan pelaksanaan projek. TPM kena pastikan Ketua-Ketua dlm setiap bahagian yg terlibat well verse dgn critical determinants affecting project execution at school level. Tak mahulah KPM ditohmah sbg agensi yg projeknya sentiasa kecundang. RD5.
ReplyDeleteProjek sial ni.
DeleteProjek ni memperjudikan nasib & masa depan anak-anak kita.
Siapa pengurus projek sial ni ha?
Kalu kena kat cucu sendiri marah pulakk.....
dl ada penilaian tahap 1,pelajar boleh lompat kelas,buat 1&2 tahun hilang gitu sj.ni pt3 pl,dl kate mgntikan pmr & tiada pepereksaan.jd murid ni dr tingkatan 1 lg tiada d dedahkan dgn peperiksaan..aleh2 4 bln nk pt3 KPM kate ada pl peperiksaan.Jadi mne lh student bole lulus pereksa cam tu.KPM & menteri buat diam sj lepas pt3 ni.jadi sape yg bodoh skrg?
ReplyDeleteDia jadi macam tu sebab macam ni cerita... Ni sebab nak carik nama la. Bila datang menteri baru atau ketua pengarah baru, dia akan buat satu projek. Dia akan pulun mati2 sampai projek itu dilaksanakan. Bila dia berhenti atau tukar, projek tu berhentilah sbb tak ada sapa nak buat. Orang baru datang atau menteri baru datang, dia pun nak nama jugak. Maka dia pun buat projek baru jugak. Last2 bila dia kena tukar atau berhenti, projek dihentikan. Masuk orang baru, buat lagi projek baru. Cikgu2 ni nak lawan tak boleh, nak komen tak boleh, nak marah tak boleh. Mereka kena ikut cakaplah sbb kakitgn awam. Lawan kalu kena tindakan tatatertib, kena tukar, kena pecat. Jadi ikut sukalah sbb bukan anak dia orang pun kalau kantoi. Banyak lah benda2 mengarut yang aku dengar spt PPSMI, dasar 60:40, SPSK, dll la. Member2 kata kebanyakannya lahir dari otak2 gila kuasa dan nama yang berpusat di johor dan selangor
DeleteAnon 14:24, Itu hal KPM. Hal negara pun sama. Yg masih basah dan belum kering lagi kat minda: Islam Hadhari dan 1Malaysia. Berapa banyak duit habis utk poster dan replika. Untuk replika/tugu no. 1 (1Malaysia) saja pun tak terkira banyaknya. Kalau boleh nak bina angka 1 pencakar langit. Turun Najib esok ni, angka satu pun hangusssss, mcm lagu 'Kalah Judi' MDKilau tu. Nasib akulah jadi pembayar cukai.
Deleteskrg semua pelajar tak cemerlang jd camne nk plih msuk mrsm & sbp?kesian budak2 di buat ujikaji oleh menteri & KPM.keputusan sek.elit pn teruk jg..ada beran ke menteri & org besar letak jawatan sbb sistem pt3 ni gagal?
ReplyDeleteDrp banyak2 yg tak cemerlang tu, ada le dua tiga orang yang masih boleh diambil untuk ke sekolah berasrama tur. Lagi satu, kalu emak bapak atau sedara mara atau kroni2 ada yang kenal ngan pegawai2 tertentu, keputusan terbongkang pun masih boleh dipertimbangkan... no problem
DeletePT3 BUKAN BENTUK PENILAIAN UNTUK SEMUA. BUKTINYA SOALAN TAK SAMA UNTUK SEMUA MURID. ADA MURID DAPAT SOALAN SENANG DAN ADA SOALAN SUSAH. PEPERIKSAAN INI TIDAK ADIL DAN TIDAK BEGITU SAH UNTUK DIGUNAKAN BAGI PEMILIHAN KE SEKOLAH BERASRAMA ATAU MRSM. PENILAIAN INI JUGA TIDAK BEGITU SAH UNTUK PERMOHONAN MENCARI KERJA. SOALAN YANG SAH DAN ADIL MESTILAH SAMA DI SELURUH NEGARA SEPERTI SOALAN UPSR, SPM DAN STPM. BUDAK TINGKATAN 3 BUKAN TAHAP BUDAK UNIVERSITI YANG BOLEH DINILAI MELALUI SOALAN YANG BERBEZA....
ReplyDeleteSILA UBAH SISTEM MENGARUT INI.
Betul bro... nilai & taksir sound different. Perlu paham beza antara konsep penilaian & pentaksiran. Kalau pelaksanaan kelihatan bercelaru, maknanya kefahaman diperingkat KPM pun masih kabur. Samalah macam konsep islam hadhari. Bila sipenggubalnya masih kabur, penyampaian & penerimaan masyarakt kabur & akhirnya berkubur. PPSMI pun macam tu... Tak de pemikir HOT ke dlm KPM?
DeleteDah tinggal sebulan dua tiba2 budak2 baru tahu ada perubahan bentuk soalan. Bukan saja budak2 tercengang malah cikgu pun tercengang2 sama. Soalan KEBAT tu menatang apa?? Anak aku bagitau aku pasal soalan KEBAT...menatang apa tu? Zaman aku belajar dulu tak ada menatang KEBAT tur...Boleh ke soalan KEBAT tu diajar kepada murid dalam tempoh sebulan dua sebelum peperiksaan??
DeleteTak ada baiknya sistem najib. Semua dapat A pun tak guna kalau realitinya tak patut dapat A. Sistem muhidin lebih realistik. Cuma pelaksanaan kurang kemas. Harus diperkemas. Yang straight F tu jangan bagi naik T4. Biar belajar T3 ulang sampai betul pandai. Saya sokong muhidin.
ReplyDeleteKat vietnam sistem macam ko kata tu dah lama buat dah. Tapi kesannya kegagalan yang lebih parah. Maka vietnam menukar semula sistem itu kepada sistem lama. Hasilnya kebolehan matematik dan sains budak umur 15 tahun di vietnam lebih baik berbanding dengan negara "antah berantah" nih.
ReplyDeletenak sokong jugak? ikut suka ko lah...
AKU SEDANG MENUNGGU PERATUS KEPUTUSAN BAGI SEMUA MATA PELAJARAN DALAM PENILAIAN PT3 BARU-BARU INI DARIPADA MENTERI ATAU KETUA PENGARAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN LEMBAGA PEPERIKSAAN. ADAKAH SAPA2 YANG BOLEH BANTU DI MANA AKU NAK DAPAT? ATAU MEREKA MASIH TERPERANGKAP DALAM BANJIR?
ReplyDeleteAKU NAK TAU:
1. BERAPA % MURID LULUS MATEMATIK?
2. BERAPA % MURID LULUS SAINS?
3. BERAPA % MURID LULUS BAHASA MELAYU?
4. BERAPA % MURID LULUS KEMAHIRAN HIDUP?
5. BERAPA % MURID LULUS GEOGRAFI?
6. BERAPA % MURID LULUS SEJARAH?
KEMUDIAN, AKU NAK TAU, KENAPA RAMAI SANGAT YANG DAPAT A DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH DAN GEOGRAFI? aDA PEPERIKSAAN BERTULIS KER TAK?
LAGI SATU, APA GUNA KEPUTUSAN DAN MARKAH KOKURIKULUM DAN PSIKOMETRIK TU? BOLEH BANTU UNTUK APA? BOLEH BANTU MASUK SEKOLAH BERASRAMA PENUH ATAU MRSM KER KALAU KEPUTUSAN PENILAIAN AKADEMIK KURANG BAIK??
NAK TAU JUGAK, KALAU MARKAH KOKURIKULUM DAPAT A DAN PSIKOMETRIK DAPAT A, TETAPI AKADEMIK SEMUA DAPAT D, BOLEH MASUK ASRAMA PENUH TAK?
Tahun pertama dilaksana mmg banyak kekurangan dan ia perlu diperbaiki. PT3, satu perubahan sistem pendidikan yg baik, cuma pelaksanaannya di peringkat ini perlu kemas dan pemahaman semua pihak. Tidak boleh dibandingkan dgn PMR. Cara penilaian lebih telus. Guru juga perlu menerima perubahan ini dan bukan menghentamnya membuta tuli. Jika diperhalusi, ia langkah meningkatkan profesional dan intergriti guru. Dan PT3 dan PBS ini memerlukan murid banyak membaca untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Aku juga cikgu. Anak aku juga baru menerima keputusan PT3, dan aku tak ada masalah tentangnya. Hanya mereka yang tidak ingin berubah akan menentangnya. Tidak dinafi ada kelemahan tetapi aku percaya akan akan menjadi semakin baik pada masa akan datang. Oh ya, satu lagi... 5 kali pilihanraya aku tidak pernah memberi undi pada parti Muhyidin dan sekutunya. Tidak satu pun.
ReplyDeletept3 maksudnya pusing tipu, pusing tipu, pusing tipu.
ReplyDeleteKesian budak2 yg lahir tahun 1999.......... nasib baik adik aku yg bongsu skali lahir tahun 1998 dan aku pulak lahir tahun 1997..... tiada ahli keluarga kita org yg akan hadapi pt3 ni...... alhamdulillah
ReplyDeletePT3 oh PT3.
ReplyDeleteHELLOK JE AKU DAPAT 11A . Phewww . UPSR 5A boleh laaa soalan senang . phewwwwwwwwwwww
ReplyDeleteFUYOOOO...RAMAINYE MENTERI PENDIDIKAN. KALAU NAK TAU NEGARA KITA ANTARA SENARAI PALING COROT DLM PISA...SO PK2 LAH SENDIRI
ReplyDeletePISA TU APA....CARI DLM GOOGLE DAN TENGOK SENDIRI TARAF PENDIDIKAN MALAYSIA KAT MANA DUDUK NYA. NAK UPGRADE MMG PERLU TRANSFORM LA...TRANSFORMASI OK BUKAN REFORMASI....KUI KUI
ReplyDeletealhamdulilah PT3 9A 1B
ReplyDelete