Wednesday 25 February 2015

BERITA DUKA UNTUK YANG PELAHAP SANGAT NAK JADI KETUA PEMBANGKANG .... KAK WAN LAYAK BERTANDING PRK PERMATANG PAUH KATA PENGERUSI SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail layak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh selepas tempoh penggantungannya kerana meletak jawatan sebagai ahli parlimen kawasan itu tanpa alasan kukuh pada 2008 sudah berakhir.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, isu penggantungan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak timbul lagi kerana tempoh tersebut hanya berkuatkuasa selama lima tahun.

“Pada pandangan saya, beliau (Dr Wan Azizah) tiada masalah jika mahu bertanding di Permatang Pauh. Lagipun kes beliau meletak jawatan sudah lama (2008), jadi tempoh penggantungannya saya rasakan sudah berakhir,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Abdul Aziz berkata, seseorang itu tidak layak menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya sekiranya pernah dipenjara lebih daripada setahun, muflis atau pernah didenda lebih RM2,000.

“Bagi kes Dr Wan Azizah, setakat yang saya ketahui beliau tidak pernah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan. Buat masa ini, beliau hanya memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang,” katanya.

Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai ketua pembangkang dan ahli parlimen pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut.

Baru-baru ini, sumber mendedahkan Biro Politik PKR bersetuju untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon untuk menggantikan kerusi yang dikosongkan Anwar selepas suaminya itu gagal dalam rayuan terakhir kes liwatnya dan kini menjalani hukuman penjara lima tahun.

Dalam mesyuarat yang diadakan lewat malam Selasa lalu, sumber tersebut menyatakan parti itu akan menemui Anwar untuk mendapatkan kelulusan berhubung keputusan tersebut.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai PRK Permatang Pauh, Abdul Aziz berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kerusi tersebut sebaik sahaja menerima notis kekosongan kerusi berkenaan daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Kami ada tempoh tidak lebih 10 hari untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kerusi Permatang Pauh. Sebaik sahaja notis kekosongan kerusi diterima, kami akan menghantar kenyataan media untuk memaklumkan mengenai mesyuarat khas itu,” katanya.

Jelas beliau, SPR masih lagi menunggu notis kekosongan kerusi tersebut daripada Speaker Dewan Rakyat selepas tempoh rayuan semakan kehakiman Anwar berakhir semalsam.

“Hari ini (Selasa) adalah hari terakhir Anwar untuk membuat rayuan semakan kehakiman terhadap kes liwatnya. Jika tiada rayuan, mungkin esok (Rabu) Speaker Dewan Rakyat akan menghantar notis kekosongan kerusi Permatang Pauh. Jadi kita terpaksa tunggu notis terlebih dahulu,” katanya.

1 comment:

  1. Itulah perangkap namanya...supaya pkr akan terus mjadi parti ank beranak shj....isu.ini akn memusnahkn pkr...trust me

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...