Tuesday, 24 February 2015
PAS TIDAK AKAN SESEKALI BERGABUNG DENGAN UMNO TEGAS DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN.
Saya ingin tegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial sekarang. Perkara penggabungan PAS-Umno ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti.
Sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini. PAS ada 21 kerusi parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi parlimen. Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal.
Bahkan, Presiden PAS telah menegaskan di dalam Muktamar lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung Umno. Perkara dasar begini mesti melalui keputusan Muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti.
Jikalau atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, Umno sudahpun boleh melaksanakannya seandainya betul ingin melaksanakannya di semua negeri yang diperintahnya.
Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?
Dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan bilamana mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar dari muafakat yang ada.
Sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembanguanan, lebuhraya, lapang terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisma. Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?
Kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan Umno.
Amalan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.
Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
24 Februari 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Baru saya rasa lega.
ReplyDeleteUmporno bukan blh percaya. Biarkan umporno lemas dgn labu2 nya.
Jgn termakan perangkap dan tipu daya parti yg kelemasan.
Umno walaupun mengucap 2 syahadah tetapi tetap kafir...
DeleteDap walaupun tak mengucap 2 syahadah, tak berkhatan tapi lebih islam dari islam..
totok pas...
laa...ko buka kitab mana pulak tu....bunyi macam janggal jer...
Deletetapi betul ke ko totok pas ... bukan musang bebulu ayam.... musykil la...
Ini lah yang dikatakan oleh che det.hanya yang bodoh je tinggal dlm umno.cakap tak pakai otak.byk sangat buat fitnah.makan rasuah.hati dah jadi hitam.
DeleteK.silut
Biarkan anjing2 macai melalak UG sana sini..........tiba masa kasi pukulan maut kepada jebon2 ni yg akhir2 ni telah muncul kepala2 mastermind mereka
ReplyDelete.................ingat jun ni sbg pembasmian konco2 anwarinas yg buat onar dlm Pas .............Ini kalilah !
Tuan Ibrahim layak bertanding jawatan yang lebih tinggi.
ReplyDeleteSelamat menjadi ahlul neraka wahai Berahim.
ReplyDeleteBerdakap lah ko nanti dgn kapal Singh. Rentung.kihkih
Sedapnya doa kau wahai anonmouse 10.43.kau doakan orang jangan2 tak lama lagi kau yang kena.
DeletePas tak pernah bergabong dengan lain parti. Cuma mengadakan kerjasama dengan dap dan pkr.
ReplyDeleteSebab tu secara rasmi pakatan rakyat tidak wujud. Bertanding atas lambang parti sendiri. Bukanya pakatan
Rasanya lebih baik begini. Sebab perjuangan pas berbeza . Pas berlandaskan islam.(walaupun bukab 100%)
Tapi pkr berlandaskan nasionalisma dan dap berlandaskan kaum.
Sementara umno pula perjuangannya bercampur aduk.
Jadi, pas adalah parti pilihan yang terbaik
Dan tak pernah menukar asas perjuangan islamnya.
PKR dan DAP berdasarkan Democratic Socialisme. Ini bermakna semuanya sama - nikmat ekonomi, kehidupan, . Tiada raja/Sultan. Tiada kelebihan orang Melayu misalnya. Tiada kelebihan untuk orang Islam misalnya. Secara teorinya orang Cina pun tidak boleh lebih dari orang India/Melayu. Tiada kasta. Ulama/Sami/Paderi tiada kelebihan simbolik atau reliti atau perundangan seperti Mufti tidaklah ada apa-apa kelebihan berbanding orang biasa. (mungkin jawatan ini pun tak perlu wujud.). Nampak cantik kan? Jangan terperangkap.
DeletePAS pula lebih kepada Islamic Socialisme dengan model Iran. Semua orang sama samada rakyat atau tidak. Orang yang tidak berapa Islamik pun boleh jadi pemimpin seperti Mat Sabu.
Terbukti socialistnya PAS bila nak buat HUDUD - di buat oleh rakyat melalui wakil rakyat (adun) di sidang Dewan Undangan Negeri bukannya menyerahkan kepada Sultan (contohnya SUltan Kelantan). Bandingkan dengan Hudud Brunei yang di rangka dan dilaksanakan oleh Sultan Brunei sendiri dengan jawatankuasanya.
Dengan kata lain PAS telah mengambil dan tidak keterlaluan jika di katakan merampas secara halus amanah untuk membuat Hudud dari pemerintah (Sultan) sama seperti di Iran (Iran tidak ada Raja/Sultan/Shah lagi) tetapi bukan secara revolusi seperti di Iran tetapi secara demokratik - melalui undi dan pilihanraya. Tak berapa Islamik la pulak. Inilah di katakan Islamic Socilisme. Apabila rakyat dan raja itu sama. Rakyat pun boleh buat Hudud sama seperti Raja/Pemerintah
Hudud ialah hak dan amanah pemerintah bukan hak rakyat. Kelantan masih ada pemerintahnya yakni Sultan. Harap orang PAS fikir-fikirkanlah.
Umno pula berdasarkan Kebangsaan - Nationalisme. Sebenarnya tak tepat Nationalisme sebab nation kita bukan hegemonic seperti negara Arab atau Korea misalnya. Ada berbagai bangsa.. UMNO nak kata asobiyyah pun tak boleh kerana ianya kesukuan. UMNO tidak berjuang untuk orang Mendailing atau bugis sahaja misalnya.
UMNO lebih kepada Natiolisme Melayu. Apabila sebut Melayu maka synonymous dengan ISLAM jika di Malaysia. Filipna/Indonesia tidak sebegini. Juga menentang socialism termasuklah socialism Islam seperti PAS sebab ada sistem Raja-raja Melayu. Dalam socilisme Islam tidak ada istilah Raja/Sultan/Shah.
Asas kerajaan Islam ialah ada pemerintah Tertinggi. Mulanya Khalifah kemudiannya ke arah Raja - sesetangah berkata bermula dengan Muawiyyah r.a. Asas pemerintahan Islam mirip kepada Philosopher King yang di utarakan oleh Plato sebelum ini.
Maka sebenarnya UMNO lebih mirip kepada Islam dari PAS itu sendiri kerana tegar memperjuangkan Constitutional Monarchy (Raja sebagai Pemerintah tertinggi yang di selia oleh Perlembagaaan- jangan silap bukannya Perlembagaan Persekutuan tetapi oleh Perlembgaaan atau undang-undang Tubuh negeri masing-masing) dari PAS yang lebih kepada Islamic Socialism.
Nota: Malaysia bukan sebuah negara. Kita ialah Persekutuan Negara-Negara. Perlembgaaan Negeri menyelia Sultan masing-masing - perlantikan MB misalnya.. Perlembagaaan Persekutuan pula ialah perjanjian ahli-ahli Persekutuan apabila mereka menjadi ahli Persekutuan.
Yang terbaik pada pendapat saya ialah jika kita kembali kepada absolute monarchy seperti Brunei dan menubuhkan Persekutuan Raja-raja seperti UAE. Nak buat hudud pun senang. Tapi mengamuk lah pulak UMNO PAS Keadilan DAP etc. sebab hilanglah kuasa pentadbiran pulak.
Saya pun lega. Terbukti memang PAS ni lebih suka mengambil peluang dengan orang kafir dan lebih senang bekerjasama dengan kafir.
ReplyDeleteYang di sebut berdekad-dekad UMNO menentang HUDUD. Yang sejak azali orang kafir menentang Islam tak di sebut pula.
Di harapkan Tuan Ibrahim dapatlah memberikan keputusan Perhimpunan AGung UMNO, mesyuarat ahli tertinggi UMNO atau tindakan UMNO sebagai parti yang menyatakan UMNO yang menentang HUDUD sejak berdekad.
Kami orang biasa nak tahu bagaimana ianya terjadi. Jangan sebut pulak kenyataan Individu dari UMNO pula seperti pendapat Tun Mahathir atau Tunku Abdul Rahman etc. pula. Ingat Tuan Ibrahim ianya ialah perkataan individu BUKANNYA UMNO.
Tuan Ibrahim sendiri di laporkan berkata hal pergabungan ini lebih kepada individu bukan keputusan parti. Maka sila beri hujah UMNO menentang hudud dari sudut keputusan UMNO sebagai parti. Jangan guna standard berbeza apabila memberi hujah.
Sedangkan dengan hanya memberikan hujah menurut standard yang berbeza sudah cukup menjatuhkah "Maqam" Tuan Ibrahim apatah lagi jika keputusan UMNO sebagai parti yang berdekad-dekad menentang hudud itu tidak wujud. Maka jatuhlah Tuan Ibrahim sebagai pemfitnah jika ini berlaku pula.
Samada keputusan UMNO sebagai parti menentang HUDUD itu wujud atau tidak, apa-apa hal pun Tuan Ibrahim sudah awal-awal sudah jatuh standardnya atas Tuan Ibrahim berhujah secara lemah tapi mampu memperdayakan para pemerhati yang lebih lemah pemikirannya- contohnya anon 24 Febuary 2015 9.46 am. Harap sila malu.
Saya benar-benar lega. Jika benar laporan dari Tuan Ibrahim ini sudah terbukti PAS ialah parti syaitan yang menyamar untuk memecah belah orang Islam. Ini adalah kerana mereka menolak walhal meraka amat mahir dan tahu akan ayat-ayat seperti di bawah:-
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10)
Jika UMNO pula di katakan kafir maka tak layak di berikan kelebihan berdamai yang diperintahkan oleh Allah s.wt. ini maka silalah beri apa-apa muktamar PAS yang kata UMNO itu kafir - jangan petik kata individu pulak.
Salam...pemimpin PAS sibuk mencari "political milage"...ingat rakyat bodoh ke? ingat rakyat tak meluat ke? SEMUA SAMA! SEMUA HAPRAK!
ReplyDeleteAnonmouse 9.54 adalah seorang munafiq.kita tak tahu dia ni duduk dimana saman dalam Pas atau memnag dalam Umno atau talam 3 mika,sebab kenyataanya seolah2 menghentam UG tapi ingin pulak membasmiakan Anwarinas,siapa yang melebelkan ada golonagn Anwarina kalu bukan puak munafiq,seperti menyokong Pas tapi serentak itu memusnahklan Pas.
ReplyDeleteKalu benar apa yang Tuan tulis dan dari hati yang jernih maka Tuan adalah peminpin yang bolih di kedepanakn untuk meminpin Parti Pas ini dari terus dirosakakan olah golongan yang ingin benar hendak bergabung dengan Umno.Diharap tuan terkleuarkan dari tindakan peminpin yang dilihat oleh masyarak luar ini benar2 dah lalai dalam perjungan.Seorang lagi ulamak yang masih setia dengan perjuangn dulu ilah Tuan Ahmad Awang.
ReplyDeleteBerapa kali org nak cakap..PAS itu bukan agama. PAS hanya parti politik.
ReplyDeleteKalau politik cakapnya, sifatnya, tindakanya mesti tak boleh lari macam 'Syaitan' juga.
Yang lebih memalukan depa ne menggunakan nama Islam kat parti depa tapi yang harunya perangai depa tu kadang kala lebih teruk dari org kafir.
ReplyDeletePerangai hangpa pun sama juga.
ReplyDeletewah marah sungguh macai Bontot Negara. Hancur berkecai hasrat utk bergabung dgn PAS. Terlepas peluang keemasan utk bodohkan PAS.
ReplyDeleteMEMANG KAMI MARAH SBB PAS DAH ROSAKAN RANCANGAN KAMI. KALAU BERLAKU UG SUDAH PASTI UMNO AKAN KEMBALI KUAT.
Deletetuan ibrahim dan taik kucing same je
ReplyDeletePAS memang tak hingin dgn umno sejak dulu lagi dah cerai talak tiga! Umno je yang terhegeh hegeh meroyan & gila talak!
ReplyDeleteAnon13:04 dengan taik hanjing same je
ReplyDeletePAS TIDAK AKAN SESEKALI BERGABUNG DENGAN UMNO TEGAS DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN...
ReplyDeleteTapi PAS akan kekal jadi anai-anai dalam Pakatan Rakyat... He..he..he..
Lancar hukum hudud bantah pilihanraya PBT.... He...he..he..
PAS bertanding dalam pilihanraya bukan untuk cari kemenengan tapi mencari keredhaan Allah...he..he..he..
Hadi Awang sudah setaraf "LEMBU SUCI" yang tidak boleh ditegur, tidak boleh dikritik, tidak boleh diganti....he...hee
Wala' pada lembu suci he...he...he..
parti perasan kuat PKR itu lah sebenarnya anai2 perosak sejati dalam PR
DeleteSabar² jgn ikut perasaan.... tuan Ibrahim bukannya apa dia tu risau tak de jawatan bila pas, umno begabung itu je, itu pasal dia bukak cerita lama, takkan dia suka tengok org melayu berpecah belah kot, nak tunggu MCA, dap begabung masa tu dah telambat kot, bila lg inilah masanya, back Kata dap ubah..ubah..ubah jgn sampai dia org yg mengubah jahanam.......
ReplyDelete