Sunday, 22 February 2015
POLITIK JALANAN TIDAK LAKU LAGI :- ASPAN ALIAS.
Demonstrasi jalanan bukan lagi budaya politik menentang kerajaan pada hari ini. Zaman berdemonstrasi sudah mula reda dan tidak mungkin menjadi perkara biasa lagi kerana rakyat sudah mula terasa letih dengan demonstrasi jalanan. Penghakiman terhadap Anwar pada 10hb yang lepas menunjukan dengan jelas yang penyokong Ketua Pembangkang itu tidak lagi mempunyai keupayaan untuk mendapatkan sambutan ramai. Walaupun Anwar sendiri telah menjelajah seluruh negara sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan itu dibuat, sambutannya nampak sangat sudah berkurangan.
Semalam kumpulan mahasiswa yang mewngadakan perhimpunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman tidak mendapat sambutan dan brerakhir dengan penahanan pemimpin mahasiswa itu buat kedua kalinya. Jelas mengadakan perhimpunan tidak lagi menjadi cara untuk mendapatkan perhatian umum dalam politik hari ini.
Penjelajahan Anwar yang terakhir ialah di padang Jalan Timur, Petaling Jaya pada 9hb februari, Petaling Jaya dan kehadirannya tidak seramai yang diharapkan walaupun isu Sodomi 2 ini cuba diperbesarkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Hanya 2000 orang sahaja yang hadir dan jumlah itu tidak cukup untuk membina aura penentangan yang kuat terhadap kerajaan. Tujuan untuk memindahkan pandangan orang ramai untuk mengkritik sistem Kehakiman negara tidak berjaya sepenuhnya.
Jumlah 2000 orang itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan besarnya isu yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang termasuk Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan beberapa orang pemimpin PAS seperti Mat Sabu dan yang lain. Pada tahun 1998 dahulu, ratusan ribu manusia terus berbaris ke Seri Perdana di hari pemecatan Anwar sebagai ahli UMNO pada malam itu juga. Jika ada yang masih merasakan yang aura sokongan manusia di negara ini untuk Anwar jelas telah merudum dan tidak akan kemana-mana selepas ini.
Ada beberapa sebab penting kenapa Anwar tidak boleh lagi menjadikan demonstrasi jalanan untuk menunjukan kekuatan beliau.
Walaupun Anwar tampil kedepan sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan itu dimerata tempat dengan ucapan yang berapi yang beliau tidak akan tunduk dengan tekanan politik terhadap beliau dan ketiadaan beliau tidak menjejaskan usaha membawa rakyat mara ke depan menentang kerajaan.
Sampai ke hari ini pemimpin-pemimpin pembangkang masih lagi menjual isu yang sama dengan nada yang sama yang sudah tidak menjadi isu lagi. Malahan setengah dari pemerhati politik tanahair menjangkakan isu Anwar dengan pensabitan beliau dengan kesalahan meliwat ini tidak akan pergi ke mana-mana dan ada yang mentafsirkan keadaan ini menunjukan yang Anwar sudah beransur-ansur menjadi ‘spent force’ politik dan dalam jangka masa yang pendek sahaja Anwar tidak akan mampu untuk membawa penyatuan terhadap kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Sebab yang paling ketara sekali ialah minat dan sokongan orang ramai telah mula pudar semenjak pertelingkahan di antara pemimpin-pemimpin DAP dan PAS beberapa ketika dahulu hasil dari perbezaan dalam sudut perjuangan parti-parti itu yang berbeza dan tidak sependapat dalam banyak isu. Pertelingkahan terbuka pucuk pimpinan PAS dan DAP sesungguhnya membuatkan penyokong PR dan mereka yang duduk diatas pagar telah meninggalkan minat mereka untuk menyokong itu jauh kebelakang.
Kita boleh lihat unit amal PAS tidak lagi menampakkan kehadiran mereka dalam setiap ceramah PKR mahu pun DAP sejak kebelakangan ini dan dari psikolojinya sahaja ia telah meranapkan aura sokongan terhadap mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat itu. Pemimpin yang masih bergelora dengan kenyataan dan kritikannya terhadap kerajaan BN sekarang ini hanyalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sahaja dan tidak ada kecenderungan pemimpin Melayu Islam yang kedepan secara ganas untuk membawa dan menyambung kerja buat Anwar dahulu.
Dengan merudumnya aura Anwar sejak akhir-akhir ini ramai di antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menunjukan keletihan mereka untuk meneruskan perjuangan mereka. Ramai di antara pemimpin mereka yang bercakap dengan saya mengakui yang perjuangan untuk mempertahankan Anwar sudah tidak boleh diteruskan lagi. Isu mempertahankan Anwar itu sudah berlarutan keterlaluan dan stamina untuk meneruskannya sudah tiada lagi.
Rakyat sedang menghadapi isu-isu yang lebih menekan kerana isu terlalu banyak yang di lemparkan kepada pihak BN dan kerajaan. Mereka tidak lagi menganggap isu Anwar sebagai isu yang terpenting kerana dikalangan UMNO dan rakyat sendiri sedang berlaku pergolakan besar menentang kepimpinan Najib dan sekutu-sekutunya dalam parti itu.
Rakyat lebih cenderung untuk melihat perubahan dalam UMNO dan mereka berpendapat mereka mempunyai peluang besar untuk membetulkan parti-parti dalam BN dari memperjuangkan nasib Anwar seorang itu. Mereka mempunyai keyakinan yang jika UMNO dan BN mampu membawa perubahan kepimpinannya maka tidak mungkin Pakatan boleh menempa kemajuan lebih dari apa yang mereka capai dalam pilihanraya yang lalu.
Pilihanraya 2014 adalah peluang terakhir bagi Pakatan Rakyat untuk menjejak kaki di Putrajaya dan peluang itu telah berakhir dengan masalah-masalah intra-parti yang berlaku dalam gugusan longgar Pakatan Rakyat itu. Pakatan Rakyat tidak boleh lagi bergembira dengan kemenangan undi popular 52 peratus yang mereka perolehi dalam PRU yang lepas. Itu sudah menjadi sejarah kerana tidak mungkin persahabatan yang terjejas di antara PAS dengan DAP itu akan mampu mempertahankan undi popular 52 peratus yang mereka capai pada PRU 2014 yang lepas.
Kekuatan PR itu telah tercapai semasa itu, kerana diwaktu pilihanraya 2014 sedang berlaku perpaduan di antara parti-parti dalam PR begitu kukuh dan jitu. Sekarang ia tidak lagi begitu. Jika masih ada dikalangan pimpinan PR percaya yang mereka akan lebih kuat selepas Anwar dipenjara, itu adalah seperti ‘mimpi di siang hari’ semata-mata.
Memomokan sistem kehakiman yang keterlaluan yang dilakukan pihak pembangkang jelas telah menjadikan ramai yang berasa mual dan tidak mahu lagi menyokong tindakan mereka. Membawa isu konspirasi politik juga sudah menjadi perkara yang basi dan ramai yang sudah menjemukan selera rakyat untuk berjuang bersama pembangkang.
Pembangkang hanya akan menjadi bertambah kekuatannya jika tindakan perubahan yang dilakukan oleh UMNO sekarang ini tidak berjaya dan mereka yang berada dalam barisan kepimpinan hari ini masih berkuasa semasa menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Hakikat ini benar, jika masih lagi barisan kepimpinan hari ini berada dan berkeliaran di Putrajaya semasa kita menghadapi pilihanraya nanti, itu bermakna UMNO dan BN sememangnya menempah kekalahan dihadapan rakyat.
Itu sahaja peluang yang ada bagi pembangkang untuk mengekalkan kekuatan yang sebanyak sedikit telah hilang sekarang ini. .. ASPAN ALIAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Saya rasa Anuar bukan buat politik jalanan tapi politik jalang dgn cara dia menfitnah TSKI., Che Gu Bard dll.
ReplyDeletePolitik jalang inienyebabkan laungan lawan ttetap lawan menjadi lawas tetap lawas dgn julap cap nepotism yg dibawa oleh fe facto.
Dgn ikhlas saya Amat kesian kpd orang2 yg hadir ke sesi justice for Anuar. Justice for d people ITU perjuangan. Justice for Anuar menunjukkan Keadilan hanya untuk Anwar saja.
In short yg hadir ni orang 3 suku saja.
Yang Benerrrrrrrrrr
Jeff Ulu Bernam
(Aku dah pindah sebab orang pakai nama aku)
Reformist yg Originel
Banyok tu jer yg hadir.....nasib ada tarian singo...jsnji masyuk tarian singa pun menyalak mesti team tarian singa tu kurang dapat tempahan....ahaksss....punca merosot peserta demonstrasi disebabksn azmin ali....dana disekat oleh azmin ali....mana pergi cikgu bard and the gangs mungkin dah serik kena main
ReplyDeletekan....ahaksss...PRK permatang pauh dah dekat apa yang azmin nak cakap pasal anwar ibrahim nanti.....tak kan nak tgk azmin tipu dan goreng pasal anwar lagi.....dalam diam azmin kebas semua yang lain dapat apa.....musuh depan mata buat2 tak nnpk musuh seberang lautan nampak.....pecat azmin ali musang berbulu ayam......
Yg merosakkan PKR adalah Anuar. Kalau betul Anwar bukan nepotism ala Korea utara letakkan Saifuddin Nasution sebagai calon Permatang Pauh
DeletePilihanraya 2014?
ReplyDeleteSejak pemecatan TSKI sbg MB Anwar x lg mndpt sokongan padu segala gerakkerjany mnjd sumbang
ReplyDelete