Friday, 20 February 2015
JELAJAH PEMUDA UMNO LIWAT II UMPAMA DAPAT SECUPAK RUGI SEGANTANG.
Jelajah Pemuda Umno mengenai keputusan mahkamah kes Liwat II bukannya akan mengubah pendapat rakyat, sebaliknya berisiko menyebabkan orang awam berpaling daripada parti itu pada saat rakyat Malaysia mahu melupakan keseluruhan kisah panjang itu, kata penganalisis.
Walaupun beberapa penganalisis berkata mereka faham mengapa Umno berasa perlu melakukannya, sesetengah yang lain berkata, langkah itu boleh mengakibatkan kesan sebaliknya.
Di sebalik niat asal Umno menyangkal tuduhan ia konspirasi politik, bagi sesetengah orang, jelajah itu hanya akan mengesahkan yang keseluruhan perbicaraan itu benar-benar satu plot untuk menyingkirkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apatah lagi apabila debat itu membabitkan pemimpin politik daripada parti pemerintah, ia mengukuhkan lagi tanggapan kes itu didorong kepentingan satu parti tertentu sahaja, kata saintis politik Profesor Shaharuddin Badaruddin.
Bagi pihaknya, Pemuda Umno berkata jelajah itu bertujuan menjelaskan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan dan menolak tuduhan yang pemimpin Umno berkonspirasi menjatuhkan Anwar.
“Selama 6 tahun kami senyap kerana menghormati proses undang-undang dan kehakiman. Sekarang giliran kami pula,” kata Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dalam satu mesej pesanan ringkas.
“Adakah anda menyatakan kami tidak sepatutnya mempertahankan diri ketika orang lain menuduh kami?” katanya mengenai rasional di sebalik jelajah itu.
Dalam laporan terdahulu mengenai jelajah itu, ia akan mengetengahkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang dilantik mengetuai pihak pendakwaan dalam kes rayuan Anwar terhadap sabitannya.
Pada 10 Februari, Anwar memulakan hukuman penjara 5 tahunnya apabila Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan pada 2008 yang mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Khairul Azwan bagaimanapun berkata, Shafee tidak akan terlibat dalam program jelajah itu.
“Tanpa beliau, kami akan tetap ke beberapa tempat untuk menjelaskan dan menafikan semua tuduhan yang dilemparkan kepada kami contohnya seperti teori konspirasi itu,” katanya.
Shaharuddin dari Universiti Teknologi Mara skeptikal sama ada Pemuda Umno berupaya atau tidak mengubah pendapat orang ramai terhadap Anwar.
Katanya, tinjauan baru-baru ini menunjukkan, antara 17% dan 20% responden percaya keputusan itu, sementara 30% hingga 40% lagi tidak. Responden lain sama ada tidak pasti atau tidak tahu.
Kerajaan membelanjakan banyak wang menerusi agensi komunikasi bagi mengubah tanggapan rakyat terhadap perbicaraan itu, kata Shaharuddin.
“Tetapi, penghujungnya hanya 17% hingga 20% rakyat percaya keputusan itu. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. Jadi, bolehkah Pemuda Umno benar-benar mengubah tanggapan rakyat?” soalnya.
Seorang lagi penganalisis, Wan Saiful Wan Jan dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata, jelajah itu mungkin akan “makan diri” bagi Umno jika tidak berpegang hanya kepada fakta dalam penghakiman kes itu.
Sebagai contoh, jika jelajah itu mula memperkenalkan bahan yang bukan bukti dalam perbicaraan itu, Wan Saiful berkata, rakyat mungkin tidak suka.
Ini yang terjadi kepada Shafee, apabila beliau ditemu bual dalam akhbar dan bercakap di mana beliau cuba memperkuat keputusan itu dengan memberi bahan yang bukan bukti dalam perbicaraan, katanya.
“Saya faham Umno mahu bertindak balas dan ia mahu mempengaruhi pendapat umum. Masalahnya ialah, strategi mereka dan bagaimana melaksanakannya.”
Ibrahim Suffian dari Merdeka Center berkata keseluruhan idea jelajah itu sendiri, yang bertujuan bertindak balas terhadap tanggapan rakyat, sesuatu yang membingungkan.
“Kes itu pada asasnya dilihat mendapat dorongan politik, tetapi rakyat tidak mahu memperbesarkannya.
"Rakyat nampaknya terima Anwar dipenjarakan dan mereka akan tentukan nanti sama ada ia beri kesan terhadap undi mereka atau tidak,” katanya.
Ibrahim juga percaya mungkin akan berlaku tindak balas yang teruk terhadap Pemuda Umno dan timbul lebih simpati kepada Anwar kerana keadaan yang menyelubungi perbicaraan itu jika jelajah berkenaan diteruskan.
Wan Saiful berkata Pemuda Umno kelihatan seperti membantu PKR dan Pakatan Rakyat (PR) untuk terus menghidupkan kes Anwar di kalangan rakyat.
“Dari segi politik, Umno sepatutnya membiarkan rakyat melupakan kes itu perlahan-lahan. PKR sebenarnya memang hendak terus menghidupkan isu itu dan memastikan rakyat tidak melupakan Anwar,” katanya.
Memandangkan tidak ada manfaat yang jelas dalam mengubah tanggapan rakyat, Ibrahim dan Shaharudin percaya, penonton sebenar jelajah itu mungkin di kalangan akar umbi Umno sahaja.
“Ia juga mungkin persediaan untuk berdepan pilihan raya kecil Permatang Pauh,” kata Shaharuddin.
“Maknanya, jelajah itu sebenarnya ceramah politik, di mana aktivis Umno diberi taklimat mengenai fakta ucapan yang boleh digunakan ketika merayu undi bagi kerusi yang dipegang Anwar itu,” katanya.
Ia juga mengenai landskap politik baharu yang perlu dijalankan Umno, kata Ibrahim, di mana disebabkan adanya media sosial dan Internet, tanggapan terbentuk hampir setiap hari.
“Bagi memastikan kemenangan, parti politik perlu bertanding di padang ini. Anda tidak boleh biarkan ia kosong,” katanya.
Ia juga petanda bagaimana mahkamah pendapat umum masih terbuka mengenai Anwar walaupun mahkamah jenayah sudah pun menyampaikan keputusannya 2 minggu lalu.
Mahkamah pendapat umum mungkin boleh menentukan sama ada hasil perbicaraan itu boleh dipercayai atau tidak.
Khairul Azwan sendiri berasa begitu ketika ditanya sama ada jelajah itu adalah risiko yang berbaloi untuk ditanggung.
“Kebimbangan paling besar saya ialah bila rakyat tidak menghormati mahkamah dengan memperkecilkan dan menuduh sistem kehakiman kita.
“Saya juga bimbang bila parti saya diserang. Pemuda Umno perlu mempertahankan parti kami daripada tuduhan PR yang tidak berasas itu,” katanya.
Politik kini ialah bagaimana mau mengurus persepsi yang memerlukan kebijaksanaan dalam tindakan dan percakapan.
Apa yang dilakukan oleh Pemuda Umno Malaysia kini lebih merupakan suatu tindakan syok sendiri sekadar memberi hiburan kepada para penyokong tegar dan totoknya sahaja selain cuba memperkukuhkan keyakinan dan sokongan kepada Umno.
Jadilah seorang pemain politik yang budiman lagi bijaksana ... mahkamah persekutuan telah pun membuat keputusan .. sebarang ceramah maupun himpunan tidak mungkin akan merubah keputusan yang telah dibuat .. tidak perlu tonjolkan gelagat gelabah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Pemuda UMNO dan KJ otak bodoh dan bangang......
ReplyDeleteInilah manusia terpengaruh secara halus. Umno dituduh sebagai konspirasi memenjarakan Anwar. Salah ke Umno mempertahankan diri dan membuat road show menerangkan yg mereka tidak terlibat? Diam salah menerang pun salah.
DeleteInilah bahana apabila air dah naik ke otak macam Anwar.
Hanya anwar boleh buat road show . Orang lain tak boleh.
DeleteHanya pr boleh buat tuduhan. Kalau orang lain buat , itu fitnah.
Ini lah demokrasi pr. Hanya dia saja betul.
Kita kena berfikir secara terbuka. Jangan hanya dengar sebelah pihak.
Baru boleh buat keputusan.
laa.. kita orang buat roadshow tu pasal takleh masuk tv... yg diorang lak macam tak cukup ngan tv la....
DeleteAnuar buat road show sbb media kerajaan kan umno kawal. Kalau betul negara ini amalkan demokrasi bg lah satu channel tv utk pembangkang.. mcm tv di australia.. belajarlah dari mat salleh... Kalau nak pemerintahan cara hudud ikutlah islam
Deleteanon 08.28 masalahnya umno kalau diam macam bodoh kalau bercakap terserlah bodoh jadi jangan nak salahkan org lain
DeleteBila dengar pemuda umno nak buat road show tentang keputusan kes liwat Anwar, aku nampak mcm nasi tak cukup lauk pulak. Padahal semua dah kenyang tapi mcm tak masuk ke perut.
DeleteKalau awak sendiri tak yakin yg org boleh percaya, jgn paksa supaya org percaya. Lagi parah org kutuk dan tambah tak percaya.
Bak kata penyangak: 'Oiii dengar semua!!! Saya bukan pencuri'.
Kalau bukan bangang, bukan umno namanya.. bangsa asing sibuk jelajah negara buat luaskan perniagaan..menteri umno dan kuncu2nya sibuk buat roadshow bisnes bontot sepol...puiiii..belajar tinggi2 tp bodohnya mcm budak x sekolah...
DeleteSaya setuju bahawa umno akan menyebabkan rakyat tdk suka n percaya pd mereka. Jd org politk jgn bodoh n ikut nafsu marah saja. Benda dh diputus mahkamah sudahlah. Rakyat pun dh tk ramai turun kejln raya walaupun diajak turun jd apa masalahnya. Umno jgn takut pd bayang2 kerana itu akan menguntungkan pihak lawan. Jgn sampai ada org desak kj debat kes altantuya dimana wakilnya sirul masih mampu bersuara.
ReplyDeleteSaya sebagai penyokong Umno menyokong jelajah ini 500%. Ini ialah kerana sebagai orang awam agak sukar bagi kami memahami perjalanan perbicaraan berkaitan yang mengambil masa yang panjang. Lagipun keputusan bertulis terlalu panjang untuk dibaca oleh orang biasa seperti kami. Maka kami perlu pencerahan supaya kami mudah melawan hujah-hujah penyokong pembangkang masih berdegil menyokong Anwar.
ReplyDeleteKAH! KAH! KAH!
DeleteKOMEN ANON 8:33 MEMBUKTIKAN PENYOKONG UMNO TERDIRI DRP MEREKA YG LEMAH OTAK @ BANGANG
KAH! KAH! KAH!
PERBICARAAN PANJANG. ... DIA TAK LEH FAHAM!!!
LAPORAN BERTULIS PANJANG. .. DIA TAK LEH BACA!!!
Anon 8:42 jangan sangka kami bodoh! Kami belajar sampai universiti tau! Kami ada degree! Kami bukannya bangang! Kalau kami bangang tak kan kami boleh jadi cikgu sekolah dan perwakilan pemuda Umno!
DeleteKAH! KAH! KAH!
DeleteCIKGU RUPANYA....
Yang ada degree pun ramai yang tak cerdik berfikir....sekadar belajar ikut buku....
DeleteTun M cakap yg cerdik pandai masuk PAS DAP dan Keadilan jadi dah tentulah yg bangang seperti kata anon 8.42 tu trdiri dari org...
DeleteBetul tu , yang ada degree pun kena tu dgn dap dan pkr. Ni kan pulak orang kampung.
DeleteBubarkan pkr. Masuk pas lebih baik.
Hanya pas yang ditakuti umno. Pkr?, pkr adalah serpihan umno. Perangai tetap cam umno,
pas dibawah tgna yg ditakuti umno bukan pas dibawah tghh jadi jangan perasan nak bubar pkr
Delete2 tahun lepas sorang budak lelaki berumur 13 tahun menangis menderita kerana diliwat sorang lelaki menyamar polis di PJCC Taman Medan, Petaling Jaya. KIsah ini terpapar dalam akhbar. Membandingkan umur mangsa liwat ini dengan usia Saipul yang mendakwa diliwat Anwar, sudah pasti jurangnya jauh berbeza. Seorang itu masih diperingkat budak dan sorang lagi telah dewasa malah tinggi gagah.
ReplyDeleteBegitu juga jika membandingkan kedua mangsa dan peliwat. Dalam kes liwat bidak di PJ itu, mangsa masih kanak kanan telah diliwat oleh seorang anak muda yang usia belia dan tentulah khudratnya jauh melebihi mangsa. Sedangkan dalam kes liwat Saiful itu, mangsa adalah muda belia dan segak bergaya berbanding peliwat yang sudah tua malah mempunyai sejarah sakit tulang belakang.
Ketika budak berusia 13 tahun itu diliwat, dimana pembela dan pejuang keadilan yang bernama Najib Razak, Shafee Abdullah, Khairi Jamaludin mahu pun pemimpin UMNO lain ketika itu?. Kenapa kanak kanak yang belum pun sepenuhnya akil baligh dan diliwat pula tanpa KY Jelly tidak langsung mendapat pembelaan mega seperti mana yang diberi oleh Najib, Shafee dan KJ kepada Saiful yang kononnya diyakini diliwat Anwar?. Bukankah kanan kanak tersebut lebih berhak dan layak diberi pembelaan lebih oleh para pejuang keadilan yang terdiri dari menteri dan peguam UMNO BN?. Tidak kah kanak kanak mangsa liwat itu juga seorang melayu seperti melayhu UMNO BN?.
Nampak sangat betapa haram jadah dan mengarutnya perangai menteri menteri dan peguam dari parti melayu berkarat ini, Jiwa dan hati puak UMNO ini benar2 berkarat hingga tidak dapat membezakan mana yang perlu didulukan dan patut diberi lebih perhatian. Tak payahlah para menteri dan lawyer UMNO yang kononnya merasa cerdik itu untuk terus kelentong rakyat Malaysia kerana mereka tidak sebodoh dan sedungu seperti yang difikirkan kelompok yang berkomplot dan berkonpirasi iaitu hangpa semua. Yang jelas dan makin terbongkar hari ini ialah hangpa selaku menteri dan lawyer UMNO telah membodohkan diri sendiri untuk menegakkan benang yang basah. Jangan salahkan rakyat kerana tidak percaya hangpa kerana kebodohan dan kebangangang hangpa semua sudah ditahap super. Hangpa dah tak ubah macam babi yang cuma pandai menyondol sana sini mengharapkan rezki.
Macam itu anwar liwat suka sama suka lah macam peguam anwar cakap untuk melepaskan anwar itu, macam kes liwat pertama anwar dilepas oleh mahkamah sebab ia liwat suka sama suka, aku rasa saiful itu memang di liwat oleh anwar sebab suka sama suka, lagi pun mana dapat air mani segar di dalam bontot, jika mungkin saiful buka bontot sendiri untuk anwar itu untuk di liwat, aku tak nak pm kaki liwat suka sama suka
DeleteSekarang kau jawab soalan ini jika suka sama suka pun
1)Mana saiful dapat air mani segar itu
2)dekat bontot saiful takongan air main anwar itu
3)Siapa lancapkan anwar itu tak akan polis kot semasa dalam condor itu
4)Hanya azizah Dan saiful boleh lancap anwar itu jika dia suka sama suka
5)anwar dan saiful Suka sama suka itu cakap oleh peguam anwar itu
16:01 kalu ye suka same suke kenape sirul x dihukum? undang2 mane dn hukum mane yg umno/bn pakai?...hee
Delete16.01 kalu lu liwat bapok, dgn lu dgn bapok sekali kena angkut dgn Polis tau......atau lu suka klu bapok tu polis lepaskan sebab suka sama suka....hehehe
Deletesori nk tambah sikit jer..cikgu kenal ahmad maslan?...cpga dia 3.8 tau....hebat tuh.masaalahnya jika beliau berhujah,masyaallah....(hilang akai).vvvstu...d..
ReplyDeleteMenyeri jamban tu ke? Menteri kilang kondom tu ke? Menteri mulut lebar tu ke? Menteri bantot tu ke? Menteri jawa tu ke? Hahaha...ameno celaka.
DeleteMahkamah telahpun putuskan dsai bersalah, membuat roadshow utk memalukan seseorang itu adalah tidak wajar, walau apa alasan sekalipun yg diberikan. Jgn dedahkan aib org setelah Allah menutupnya. Membuat roadshow tanpa kehadiran pihak yg dikenakan hukuman atau dari pihak yg mewakili pihak yg bersalah adalah satu tindakan pengecut dan tidak munasabah. Saya bukan penyokong dsai, tapi tindakan yg dilakukan utk membuat roadshow utk mengaibkan apa jua kesalah yg dilakukan dari dsai sgt2 memualkan dan memalukan semua org, yg islam terutamanya.
ReplyDeleteAku dah tengok video penerangan shafee tu. Mmg patut aa PR komplen dan komen mcm2. Sorry beb. Aku dah tak percaya pada PR. tak payah la nak tabur propaganda roadshow ni akan backfire umno. Dah lama rakyat kena tipu dgn teori konspirasi. Baik la ko pergi hantar lawyer2 yang hebat tu pi serang shafee kat majlis diaorg. Ade telur?
ReplyDeleteotak bengap memang mudah percaya entah2 ko memang org umngok kesian loyar umngok kena turun bagi penerangan dekat yg ngok2 maknanya media2 perdana umngok gagal....kesian.
DeleteOi. Shafee dah buat penerangan terbuka. TERBUKA. Pegi la hantar batalion LFL dgn bar council terjah. Setakat berani ckp umngok, umngok umngok. Itula ratib dan zikir ko sehari2. Tak payah lah nak meroyan kat sini
Deletebuat apa kerajaan mehabiskan wang untuk mempertahankan keputusan itu kerana
ReplyDeletesudah selesai,orang itu sudah berada penjara,
tu le yg naijb kata bangang tu....
DeleteAnwar banyak habis wang kerajaan negeri selangor dengan road show, ingat tak kerajaan selangor beli bas gambar anwar itu tak faedah pun, bas itu bukan nya nak gunakan untuk rakyat pun hanya di buat untuk road show
Deleteyang kerajaan 1malaysia beli kapal selam yg tak boleh menyelam tu apa kah pekdahnya.... lebih mahal dari bas lagi...
DeleteElok juga bawak selok sama... boleh dia boleh dia lakonkan semula mcm mana dia kena ??????
ReplyDeleteElok bawa sepol sama... boleh buat lakonan semula
DeleteKelakar kelakar. Orang lain yang tangan penuh najis orang lain pulak sibuk kata tangan si mamat tu bersih dan tak kotor. Itulah kalau dah bodoh macam macam kerja dibuat mereka!!
ReplyDeleteSorry tak kelakar. Dan lagi satu, ko punye bidalan out of context. Tak relevan langsung.
DeletePengaruh umno mrmenjarakan anwar tetapi pegaruh rakyat lebih bisa mampu mengkaramkan bahtera usang bn yg dinakhodakan umno bermula di prk pematang pauh.
ReplyDeletepengaruh rakyat lebih bisa mampu mengkaramkan bahtera reput pendubur tua dn penyokong tegarnya.hee
Deletejelajah penerangan pasal aljuborit sagat bagus.. brilliant.. di zaman sekarang ramai lupa kisah kaum luth.. akibat sex songsang ini allah menurutkan bala.. bala yg diturunkan untuk menjadi peringatan kepada kita semua.. semoga usaha parti UMNO ini mendapat keberkatan..
ReplyDeleteterapi jagan mengaibkan org lain.. kesian dekat keturunan dia.. nanti org panggil papa tok dia kaki bontot..
ooo...pesan kat orang pandai , jangan mengaib kan orang lain, tapi kite tu....lobih kuoh dari sodu la... nak memaku dulang konon... caiitt!!!
Deletebagus bagi org yg ngok kalau nak mengingatkan kisah kaum lut pun bukan kes anuar je banyak lagi kes spt ini di luar sana jadi usaha umno ni nampak berpilih pilih mana nak ada keberkatan
DeletePelik betul orang-orang ameno ni. Dah macam pompuan gila menghoyan, Anuar tu dah dijel, penyokong dia pun ada yang kena jel, kena bengkrap, kena langgar, kena tangkap, kena ugut, dan macam-macam lagi. Itu pun tak senang duduk. Ini ape cerita. Cerita nya nuar kena jel ke, tuan guru meninggal ke, karpal mati ke itu semua takde hal. Selagi orang mengong mengong memerintah selagi itu lah orang akan lawan. Ada faham!!! Singapura negara kecik buat boleh potong selamba je kita dalam segala hal, tak ada maruah ke rakyat ni nak ambik lagi orang-orang mengong memerintah?? Ini namanye jahil muraqab!!
ReplyDeletebegitu le layak nya orang bersalah, sentiasa takut ngan bayang2 sendiri..hatta kalau musuh dah mati pun diorang tetap rasa tak selamat dan tenteram hati... sampai lah dia kojol....
DeletePecat azmin....azmin tolak permintaan Anwar dana RM100 juta untuk kempen match4free dan demonstrasi jalsnraya.....Azmin musuh dalam selimut....musuh yg jauh nsmpak musuh yg dekat tsk nsmpak....pecat azmin sebelum terlambat...
ReplyDeleteaku tak nak pecat ....!!! ada faham....?
DeleteAzmin opporturnist.....kes pecat TSKI yang untung Azmin....orang lain dalam.PKR yg buat kerja susah payah di pecat dan digantung party.....azmin yg rasuah ahli beli undi juga yg untung....pecat azmin pkr selamat
ReplyDelete......
tu la kalau ko nak tau, tuah ayam nampak di kaki....
Deletenasib ko la labu...
Nasib Anwar berkubur ditangan azmin bukan orang lain bukan pun musuh yg nak menghancurkan Anwar
ReplyDeleteazmin yang hancurkan Anwar Ibrahim
Pemuda umno nk bg tau rakyat jelata bhw hnya yg sondol jubo saje bersalah yg menyua jubo x bersalah ikut hukum hakam umno dn undang2 mahkamah tinggi umno ...hee
ReplyDeletepemuda umno tu nak bagi tahu jugak...hanya liwat ja berdosa...tonggang arak , berkubang kat nite club tak salah...siang2 nyalak pasal palestine bila mlm gi peluk2 pompuan...tu semua sunnah umno katanya...
DeleteUMNO dah lama diistiharkan musuh PKR....musuh depan mata ....azmin tunggu masa nsk hancurkan legasi anwar saja buat2 tak nampak....lantok la labuuu....
ReplyDeleteAku x sokong mana2 pihak pon sblum ni..sbb aku buta politik...tp skarang aku dah mula muak dgn drama yg umngok2/kera bn mainkan... roadshow ni pd aku sama atau lebih krg semacam propaganda amerika nk jatuhkn islam..
ReplyDelete