Monday, 16 February 2015
SUSPEK KELAR LEHER PELAJAR UiTM DITUDUH DIMAHKAMAH ATAS KESALAHAN MEMBUNUH
Taiping: Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Eyu Ghim Siang , tertuduh Syarafi Abu, 25, menggelengkan kepala sebagai tanda tidak memahami pertuduhan dibacakan itu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuhraya PLUS dekat Bukit Gantang, 2 Februari lalu kira-kira 11.55 pagi.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes berikutan laporan bedah siasat dan kimia masih belum siap.
Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Eyu kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 April ini.
Terdahulu, Syarafi dipercayai mengelar leher Syuhada di lebuh raya sebelum berjaya ditahan orang ramai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Alhamdulillah.. moga2 tak terlepas ke australia.
ReplyDeleteTiada kaitan dengan orang besau2, pasti tak terlepas ke australia
ReplyDeleteBalik2 Nurul Izzah cakap Keadilan untuk papa. Orang kena bunuh kau senyap. Paling kurang pun tanyalah khabar Dari waris.Useless punya YB pantai
ReplyDeleteSalah ke dia nak bela bapak dia?...kalau kau pun mak kau kena tuduh liwat tengah jalan kau terima ke? kalau mak kau tu tak sebaik mana pun.
DeleteDari Gaya Bahasa Ebra Heim Ni Menunjukkan Dia Seorang Yang Kurang Cerdik Mungkin Terencat Akal Sebenarnya Jangan Marahkan Dia Diatas Bahasa Yang Kurang Ajar Ni Maafkan Lah dia..
Deletememang betul pun kata ebra heim tu...nampak nya ko lah yg tak cerdik dan mungkin terencat akal sebenar nya...
Deletekalo nurul izzah tanya khabar dari waris pun, nak kena bagitau kat kau ker... kau tau ker dia tak tanya khabar ...? mungkin dah 18 kali dia tanya khabar pun, kau bukan nyer tau.... keropok lekor sungguh la ko ni....
Doa TSKi, Che Gu Bard Dan ramai lagi mangsa kezaliman Anuar Dan Clan Segam-boot membawa padah. Aku Dah cakap Dah, walaupun sipolan2 di fitnah sampai masuk penjara, INI tidak bermakna Dia ada lesen penaya orang lain.
ReplyDeleteContohnya yahudi walaupun dikenakan oleh Hitler, ITU tidak bermakna Dia ada lesen nak tekan Palestine.
Terimalah Anuar dlm isu diatas 2x5 dgn yahudi
Yaaaaa ampun.jauhkanlah kita Dari manusia seperiti INI.
Bob Bukit Mertajam
Reformist Power
Hujah2 diatas membuat wfauzdin tak lalu makan ikan patin.
Deletedan madey tak jadi nak berak....
DeleteFokus Poligami
ReplyDeleteBayangkan kalau semua suami memahami mesej ayat ini sudah tentu mereka akan lihat kepada anak yatim dengan penuh simpati lalu sanggup mengambil mereka sebagai anak. Tentu dengan sikap itu, tidak wujud rumah anak yatim seperti hari ini. Bukan itu sahaja, isteri suami yang sedia ada itu tidak terlalu marah dengan perkahwinan keduanya dengan ibu anak yatim itu. Hal ini kerana dia juga bersimpati dengan nasib anak yatim lalu perkahwinan suaminya sudah menjadi kecil.
Hari ini fokus poligami lebih kepada nafsu lalu dipilih anak dara atau janda muda yang belum ada anak. Kalau itulah fokusnya tiada sebab mengapa isteri yang bertaraf ustazah dan lain-lain akan marah. Memang fitrah isteri, tidak suka suaminya kahwin lain kerana dengan perkahwinan itu mencabar kemampuan dirinya sebagai isterinya. Dia rasa suaminya sudah tidak suka kepadanya lalu mencari perempuan alternatif. Dia rasa suami sudah tidak perlukan dirinya lagi. Oleh sebab itulah dia menolak poligami.
Tetapi saya yakin kalau isteri tersebut sedar dan tahu hakikat perkahwinan suaminya kerana membela anak yatim, tentu kemarahannya kepada suaminya akan berkurangan, marahnya tidak lagi 100 peratus. Tetapi hakikat inilah yang tidak pernah berlaku dalam perkahwinan poligami. Suaminya berkahwin bukan untuk anak yatim tetapi untuk isterinya yang cantik molek. Apabila fokusnya bukan lagi kepada perintah Allah, dan apabila tujuan poligami diabaikan pasti ada kepincangannya.
Sebenarnya poligami yang dibina atas asas membela anak yatim adalah satu-satunya yang masih relevan pada masa ini. Kita tidak nafikan tujuan poligami yang ditunjukkan oleh Rasulullah banyak tetapi sebahagian besarnya sesuai untuk golongan pemimpin masyarakat. Walau apapun tujuan poligami, cara mengurus rumah tangga tetap sama. Keadilan dalam menggilirkan antara isteri perlu diutamakan daripada soal-soal lain.
ko ingat pembunuhan ni sebab poligami ke hah... tak sempat nak poligami den, belum monogami pun dah lingkup dah....!
DeleteKes budak ni ko orang agak2 ada demo guling2 tak...berapa ratus kali penangguhan pulak yg dìjangka.....kes ini ada ngo...amerika...NED...IRF SIS..PasMa dan Soros masuk campur tak....?
ReplyDeletekes ni biasa...x mcm kes liwat...kes liwat blh mendemo mcm ultraman..ada yg mcm ninja...dasat tu. bukn guling2 lg...kete, tong sampah pun habis ultraman ni terbalikkan. cicak man pun geleng kpala...batman x turun sbb da masuk umno. dah tobat...kehh..keh..kehh
Deletepun begitu gak keluang man.... tapi dia tak masuk umno, dia masuk perkasa daaa....
Delete