Wednesday, 25 February 2015
KUMPULAN ANTI DEMOKRASI MUAT NAIK VIDEO MAU LETUPKAN KERETA KETUA POLIS NEGARA.
Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anak Malaysia Anti Demokrasi (Amad) bertindak memuat naik klip video ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai desakan untuk beliau meletakkan jawatan.
Video berdurasi 1.27 minit dimuat naik di YouTube, memaparkan tiga individu berpakaian hitam dengan muka seorang daripada mereka ditutupi logo kumpulan sementara dua lagi memakai topeng muka.
Mereka memberikan amaran dalam bahasa Melayu sambil memegang sekeping kertas memaparkan wajah individu yang tidak dapat dikenal pasti.
Seorang daripada ahli kumpulan membaca ugutan yang mempersoalkan adakah Malaysia boleh menggantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua Polis Negara dan Ketua Hakim Negara melalui proses demokrasi.
Dengan menjawab tidak, lelaki itu melabelkan kumpulan mereka sebagai anti demokrasi sebelum mengumumkan akan membunuh Khalid dengan cara meletupkan kereta.
"Adakah rakyat Malaysia boleh menukar pengerusi SPR melalui proses demokrasi? Adakah rakyat Malaysia boleh menukar ketua hakim negara melalui proses demokrasi dan adakah rakyat Malaysia boleh menukar ketua polis negara melalui proses demokrasi?
'Tidak, manusia-manusia inilah perosak ejen demokrasi!" kata kumpulan terbabit menerusi video tersebut.
Mereka berkata, tindakan itu akan menyebabkan ketua agensi kerajaan takut melakukan kesalahan menipu demokrasi di mana rakyat Malaysia akan bangkit dengan cara bukan melalui demokrasi.
Di akhir video, kelihatan seorang lagi lelaki bertopeng bangkit membawa kereta mainan di hadapan lelaki dengan muka bertutup dan membakar kereta tersebut dengan pemetik api disusuli bunyi letupan.
Video bertarikh 23 Januari bertajuk "Peringatan kepada IGP " meraih tontonan sebanyak lebih 5,000 pengguna setakat ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sekarang dunia luar dah tunjuk contoh melalaui T V......
ReplyDeleteHahahaha...Melayu nak jadi pengganas? Buat lawak betul..
DeleteMacam pengganas kes di Sauk...konon2 ganas...tembak sana..tembak sini...tapi hati penuh taman....sekali main lagi Lagu P Ramlee...air mata berjurai....jeritan anak -bini sudah menyerah.....terus lemah longlai dan surrender....
Pengganas yang di bentuk dari sekularisme dalam amalan kronisme dan kapitalisme / komunisme moden, wujud dari asuhan dan hasutan politik songsang..
ReplyDeleteMekanisme intelektualisme dari sudut sosialisme dan kleptokrisme yg berkapitalisme kronisme. I have absolutely no idea.
DeleteRAJA MERONGMAHAWANGSA DAH ADA PESAING NAMPAKNYA
ReplyDeleteMAKIN KELAKAR ORANG2 AKHIR ZAMAN
TAKNAK KERJA HANYA NAK JADI PEMIMPIN LA TU
BILA JADI PEMIMPIN DAPAT DUIT MASYUK
PATUT LA SORANG TU GILA SANGAT NAK JADI PM
KAH KAH KAH
orang bodoh macam anon 1311 je tak nak jadi PM.bodoh piak punya orang.
DeletePada macai2 anwar itu lah pengakhiran kisah anwar ibrahim....dolo dolo..maak aaiii nampak alim warak last sekali ajaran pluralisme..SIS...lgbt dan libralisme...dan terakhir anarkis pelampau pulak dah....20 tahun berlalu pengajaran untuk rakyat malaysia....
ReplyDeleteSister In Islam, LBGT, libralisma juga di dokong oleh Marina Mahathir @ Marina Ruseel....kenapa kau tak marah Mahathir..yang kau rasa dalam kes seperti tidak pandai menjaga anak..
DeleteMalaysia negara demokrasi....Rakyat bebas mengamal apa agama yang diyakin betul dan cara hidup yang dia suka..
Kau cakap orang anarkis, tapi cermin diri kau..kau adalah pelampau agama....yang ingin membawa Malaysia seperti Iran, Pakistan, Mesir dan Arab Saudi...
Bodoh betoi lombu-lombu dalam you tube tu. Apa depa ingat bila dah bertutup lagu tu, depa tak boleh dikesan ke?? kahkahkah.... sorry beb. Le ni ko orang semua dalam intipan SB. Berani buat berani lah tanggung......
ReplyDeleteKalau buat benda2 yang tak masuk akal macam ni kalau bukan PKR siapa lagi????
ReplyDeleteAnon 23.32
ReplyDeleteMarina mahathir mme penyokong sis...pluralisme...bodo....sapa pelopor nye klu bukan anwar ibrahim bodo....masa anwar dlm kjaan dan
berkuasa sepenuhnya di UIA dia lantik amina wadud pendokong feminin jadi imam masjid dari USA pendyarah di UIA....ini FAKTA bodohh...