Wednesday, 25 February 2015
KES REBUT GADIS MUAT NAIK "POSE" MANJA DI FACEBOOK ... ANGGOTA POLIS PANGKAT KONSTABLE DIPENJARA ENAM BULAN.
KOTA BHARU - Mengejutkan apabila seorang anggota polis antara yang dijel enam bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, kerana bergaduh dalam insiden tembakan merebut seorang gadis, 8 Februari lalu.
Konstabel berkenaan, Mohamad Izzat Irfan Md Khuzeh, 26, mengalirkan air mata dan dipeluk seorang lagi tertuduh, Farid Suria, 23, sejurus hukuman diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin.
Mohamad Izzat mengaku bersalah bergaduh di tempat awam dan mengganggu ketenteraman di sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan Off Jalan Sri Cemerlang, di sini, pada jam 11.45 malam, tarikh itu.
Dua lagi yang mengaku, Wan Mohamad Farif Wan Ahmad, 23, dan Mohamad Hasrizal Mazlan, 20, masing-masing dipenjara lima bulan.
Selebihnya, Shahrul Hafiz Shafie, 25; adiknya, Mohamad Shahrin, 22; Mohamad Ridhuan Yusof, 22; Farid Suria; Nik Muhamad Nazrin Nik Ismail, 22; Wan Mohd Arham Wan Mansor,27, dan adiknya, Wan Mohammad Fahmi,22, menafikan tuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1,600 setiap seorang kecuali Farid Suria, RM4,000.
Kesemua 10 tertuduh didakwa secara bersama mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri. Nurliyana dalam hujah pemberatan hukuman memohon tiga tertuduh yang mengaku salah dihukum dengan setimpal.
“Sebagai penjawat awam, perkara ini tidak patut berlaku. Sepatutnya tertuduh menjaga ketenteraman awam, sebaliknya tertuduh pula yang terlibat. Punca insiden yang berlaku pula terlalu kecil dan amat memalukan. Ada banyak lagi perkara besar yang perlu diberi perhatian dalam hidup ini,” katanya.
Sementara, di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, Farid Suria dituduh pada satu lagi tuduhan berasingan di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus iaitu memiliki sepucuk pistol jenis Steyr Mannlicher buatan Austria tanpa lesen dan permit sah di sebuah rumah di Jalan Kebun Sultan, Kampung Dusun Raja, di sini, pada jam 7 pagi, 9 Februari lalu.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 Mac depan.
Dalam kejadian lalu, dua kumpulan terdiri lima dan tujuh orang bertengkar kerana perebutan seorang gadis yang memuat naik ‘pose’ manja di Facebook sehingga seorang dari mereka melepaskan dua das tembakan mengenai dua kereta berhampiran restoran itu. Tiada kecederaan dilaporkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Encik polis pun ade perasaan dn nafsu gak ...hee
ReplyDeleteHaaaa ingat gang2 lilin. Jadilah orang yg berguna. Ni tak bakar lilin justice for mat Matang. Cuba buat solat ka, kempen sambil menolong Anak Yatim ka.
ReplyDeleteKalau dah bodoh, memang bodoh tahap jamban. Jeni's macam ni nak membawa reformasi. Wushhhhh bodooooo bodoooooo
Yg Benerrrrr
Jeff Ulu Bernam
Reformist yg originel
Polis bantuan ke polis betul hehehehehe
ReplyDeleteJeff Ulu Yam. kamu kena belajar sejarah. Nabi SAW kekasih Allah pernah kalah perang semasa perang Uhud. Biasa lah DSAI manusia biasa kamu jangan pelekeh kuasa doa. Apa guna kamu berdoa setiap lepaa solat begitu juga penyokong DSAI berdoa dalam solat mohon bantuan Allah. Janji Allah jangan kamu minta dari yg lain selaian daripada aku nescaya akan aku makbulkan permintaan kamu.Berdoa saja lah kalau Allah berkehendak nescaya akan Allah makbulkan kerana Allah adalah pencipta kita. Bangamg punya macai
ReplyDelete