Thursday, 19 February 2015
SIFAT ANGKUH, SOMBONG, BONGKAK DAN TIDAK SEDAR DIRI TIMBALAN PENGURUS BESAR KESEDAR MENYEBABKAN MAZLAN ALIMAN NAIK ANGIN.
GUA MUSANG – Majlis penyerahan memorandum dan perbincangan antara pengurusan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dengan rombongan Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu peneroka di pejabat itu pagi semalam berakhir dalam keadaan tegang dan hampir kecoh.
Kejadian itu berlaku apabila Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman yang mewakili rombongan itu menuduh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Ramli Mat Zain sebagai `biadab’.
Ia berikutan Ramli tidak mengendahkan percakapan Mazlan yang ingin menyatakan pendiriannya bagi menyelesaikan isu peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar.
Pada ketika itu Ramli sedang mendengar penjelasan tiga peneroka RKT Kesedar yang berada bersama dalam rombongan tersebut dalam bilik Mesyuarat Operasi Pejabat Kesedar, menyebabkan Mazlan menunjukkan jari ke arah Ramli dan menggelarnya sebagai 'kurang ajar' dan 'biadab'.
Seorang lagi pegawai Kesedar lantas bangun menepuk meja dan mencabar Mazlan hingga menyebabkan keadaan menjadi tegang namun berjaya ditenteramkan beberapa pegawai dan wakil peneroka RKT Kesedar.
Sebelum itu, seramai 200 ahli PR Parlimen Gua Musang mengadakan perarakan dari depan Pejabat Felda Wilayah ke Ibu Pejabat Kesedar bagi menyerahkan memorandum Gabungan Peneroka Kesedar Gua Musang.
Memorandum yang mengandungi dua tuntutan penting itu termasuk mohon surat pengesahan pelupusan hutang peneroka dan proses serta angkat pelan ladang dan rumah peneroka kepada kerajaan negeri untuk proses hak milik diserahkan kepada Ramli.
Rombongan perarakan itu diketuai Mazlan dan Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad bagi mewakili tiga peneroka Kesedar iaitu Mat Omar, 63, dari RKT Kesedar Lebir, Zainudin Mat Zain, 57, RKT Kesedar Paloh 2 dan Tuan Ab Rahman Tuan Kechik, 70, dari RKT Kesedar Paloh 1.
Rombongan itu tiba di pekarangan Ibu Pejabat Kesedar jam 10.30 pagi sebelum lima wakil terbabit dibenarkan masuk berbincang dengan Ramli yang mengambil masa hampir sejam sebelum kejadian itu berlaku.
Ramli mengambil keputusan untuk mendengar sendiri penjelasan tiga peneroka RKT Kesedar dan tidak membenarkan dua wakil PR dari luar mencampuri urusan berkenaan.
Selepas selesai perbincangan itu dan pihak pengurusan Kesedar menjejaskan kedudukan sebenar isu yang dibangkitkan, Mazlan memohon untuk bercakap dan meluahkan rasa kecewa terhadap layanan yang diberikan.
“Saya boleh katakan awak biadab kerana berulang kali menyindir perkataan yang menyentuh diri saya sebagai Pengerusi Anak dan tidak menghormati saya. Oleh itu saya akan bawa perkara ini kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW),” katanya.
Sementara itu, Ramli dalam rumusan terakhir sebelum bersurai menyatakan pihaknya akan mengambil perhatian terhadap semua perkara yang dibangkitkan wakil peneroka Kesedar.
“Kita akan meneliti segala yang dibangkitkan itu, tetapi soal geran hak milik tanah warna biru yang telah dikeluarkan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sebelum ini kita akan rujuk kepada proses undang-undang sebelum buat sebarang keputusan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment