Sunday, 15 February 2015
TIDAK LETAKKAN CALON DI PRK DUN CHEMPAKA SUATU TINDAKAN YANG WAJAR LAGI BIJAK
Cadangan UMNO Kelantan untuk tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang disandang Allahyarham Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan petanda baik mengekalkan keharmonian landskap politik di negeri itu sambil mampu pancing simpati rakyat Kelantan khasnya dan negara amnya betapa kini UMNO sedang menuju mengamalkan politik realiti dan politik budiman .. tahu akan kemampuan dan peluang serta pengaruh bila bertarung ditempat kubu kuat lawan dan dalam masa yang sama dilihat sebagai parti yang juga terkesan atas pemergian ikon dan lagenda Kelantan.
Tidak timbul istilah angkat bendera putih sebelum bertempur .. inilah peluang terbaik UMNO/BN untuk merapatkan hubungan dua parti selain membuktikan sikap hormat UMNO kepada PAS.
Langkah terbaik dan paling strategik di atas faktor mengharmonikan suasana PAS dan UMNO dalam menghadapi pasca banjir terbesar melanda Kelantan baru-baru ini.
Politik Kelantan agak unik dari negeri-negeri lain .. sifat rendah diri menghormati kekuatan kawan yang juah lebih kuat dan hebat pasti menerima habuan rasa hormat dan simpati jua dari rakyat Kelntan dalam jangka masa panjang.
UMNO harus menumpukan seluruh kekuatannya pada PRU 14 nanti sahaja selain dari kawasan-kawasan milik mereka jika ada berlaku kekosongan.
Ini pandangan Omak Kau sebagai mengulas cadangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berpandangan tidak perlu meletakkan calon di DUN Chempaka sebaliknya memberi fokus kepada soal perpaduan dan pembangunan pasca banjir besar.
Bagaimanapun kata Mustapa, keputusan itu masih terlalu awal memandangkan kekosongan kerusi itu masih belum diumumkan.
Dalam pada itu telah pun terlihat, kerjasama PAS dan UMNO di Kelantan disifatkan semakin erat selepas bencana banjir besar akhir tahun lepas.
Ianya semakin rapat selepas banjir besar lepas dan jika UMNO tidak bertanding di DUN Chempaka, hubungan itu pasti akan menjadi bertambar erat dan ketat.
Bukan erat sehingga tertubuhnya Kerajaan Perpaduan seperti ditohmahkan oleh beberapa individu, tetapi lebih bersifat kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan, akhirnya rakyat mendapat manafaat tanpa mengira kefahaman politik.
Dalam pada itu UMNO tidak boleh menarik diri dan membiarkan laluan mudah untuk PKR menang percuma di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Situasi ini berbeza dengan apa yang berlaku di Kelantan... DUN Cempaka berlaku kekosongan disebabkan ADUnya meninggaldunia sedangkan Parlimen Permatang Pauh berlaku kekosongan disebabkan penyandangnya masuk penjara dengan cara yang mendapat bantahan kuat dan persepsi terbentuk ianya suatu tuduhan politik bagi menyekat kemaraan PR ke Putrajaya dan DSAI menjadi Perdana Menterinya.
Di Permatang Pauh adalah peluang terbaik bagi kedua-dua belah pihak UMNO dan PR mengukur akan tempias dan impak hasil dari mempenjarakan DSAI selama 5 tahun.
Adakah rakyat bersimpati dan mempercayai betapa pemenjaraan DSAI suatu konspirasi politik dengan penambahan kepada sokongan rakyat kepada PR atau ianya sedikit pun tidak berubah sama ada dari segi sokongan maupun persepsi, serta setakat mana pula, rakyat dapat dipancing dengan politik simpati dan air mata yang bakal dijaja nanti.
Sebab itu PRK DUN Cempaka dan Parlimen Permatang Pauh Omak Kau labelkan sebagai PRK Simpati dan Air Mata.
PRK dimana jika bijak mengambil langkah, membuat keputusan dan strategi, maka parti berkenaan mampu meraih lebih ramai simpati rakyat .. PRK ini juga pasti akan mengundang linangan air mata dari beberapa penceramah bagi membuktikan betapa pemergian TGNA amat dirasai dan sedih sekali dan pemenjaraan DSAI merupakan suatu tindakan yang zalim kerana konspirasi politik.
Rumusannya .. UMNO/BN perlu untuk tidak bertanding di PRK DUN Cempaka sebaliknya menumpukan segala kekuatannya berhadapan dengan PKR/PR di Parlimen Permatang Pauh sebagai parti yang berpijak dibumi yang nyata dengan mengamalkan politik realiti lagi budiman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
ada orang yg nak, percayalah. siapa lagi kalau bukan ahli akrobatik veteran ....
ReplyDeleteAhli akrobatik tu lagu mano pulok? Hok lopat leting leting tu ko? Nyo patoh tekok buleh.
ReplyDeleteKalau ceramah jangan sebut nama Anuar
ReplyDeleteOrang menyampah dekat Dia lepas krisis kerajaan Selangor 2014. Yg pi vigil for Anuar tu kebanyakan hippies kutip. Blanja roti canai dgn Teh tarik truss on
Minta calon PasMa Hisam Musa lawan calon PAS.....di dun Cempaka......
ReplyDeletex bertanding bukn masalah kn. kerajaan pusat ttp bantu mangsa banjir. yg baik x nmpk. yg x elok selalu di putar belit. sekian
ReplyDeleteMemang ada pertembungan antara PAS, PasMa dan PKR.
ReplyDeleteUMNO mesti kena tuduh penakut, memang tak boleh menang dll. Ambillah langkah pertama demi untuk perpaduan umah.
Kalau AMNU tak mau masok bertanding, lojik menasabah PAS pun takyah masoklah senang sebab apa kalau PAS masok sorang sorang tentu AMNU akan bekokok konon PAS ni kaki gila kuasa dah tau pihak lawan tak menikus ha mula naik tocang
ReplyDeleteBiar PRK kali ni jadi sejarah guines rekod takde calon sorang habok biar SPR uruskan proses memangkah undi tanpa calon yang pertama di Msia