Tuesday 23 June 2015

AZMIN MENGHADAP SULTAN APA CERITANYA????????



Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilaporkan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan selama dua jam.

Ia berlangsung selepas istiadat pengurniaan watikah pelantikan Hakim Syarie Selangor, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah Se­langor dan para Pendaftar serta Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada Isnin.

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi berhubung intipati pertemuan yang berlangsung.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan pertemuan tertutup yang diadakan, tetapi tidak mengiakan butir perbincangannya.

“Saya tak tahu butir perbincangan antara Menteri Besar dan Tuanku, mungkin sekadar perjumpaan rutin mingguan.

“Tuanku tidak pula beritahu saya butir perbincangan baginda dengan Azmin dalam tempoh dua jam itu,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Khamis lalu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, Azmin akan menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR itu susulan krisis dalam Pakatan Rakyat (PR).

4 comments:

  1. Bersedia utk bubar dun bila2 masa..
    itu peringatan rafizi..

    ReplyDelete
  2. Cukup dengan setiausaha kerajaan negeri je. Tak payah mb2 ni..sakit kepala. Tanpa mb pun pentadbiran selangor boleh berjalan lancar. Sial pukimak ahli politik.

    ReplyDelete
  3. bila lagi azmin gubal dun selangor dan ada pilihanraya kita orang tak sabar lagi, pr dah tak ada lagi, kalau luar negara dah lama dah kena ada pilihanraya. Aku agak raja selangor panggi azmin mesti pasal air punya, jangan risau kalau tak air kita minta azmin bagi kita orang mandi dekat kolom renang mb selangor itu

    ReplyDelete
  4. Yeeeaaah masa utk awak dah sampai Azmin...awak akan jd mb paling singkat! Yahooo..,

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...