Wednesday, 24 June 2015
KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN AZMIN ALI KINI TEMPANG KATA AZIZ BARI
Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kini tempang memandangkan PKR, DAP dan PAS tidak lagi berpegang kepada polisi dan asas bersama, kata pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari.
Beliau berkata agak melucukan apabila ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) masih dibarisi orang sama walaupun secara terbuka parti mereka saling menyerang satu sama lain, malah Pakatan Rakyat (PR) juga sudah berkubur.
"Ia suatu melucukan untuk PAS, DAP dan PKR berada dalam jawatan exco.
"Sekarang ini sudah tiada polisi yang mengikat mereka satu sama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.
Aziz berkata, masalah akan timbul dalam pentadbiran Azmin kerana situasi ketika ini berbeza dengan sebelum ini di mana parti dalam PR masih bersatu dan tidak berpecah.
"Exco atau kabinet kerajaan perlu ditadbir oleh satu polisi atau asas bersama. Dalam keadaan di Selangor, mungkin apa yang exco PAS akan lakukan kita tidak tahu.
"Jadi ini satu masalah, kalau kamu tidak ada satu polisi bersama atau sudah membelakangi polisi tersebut, jadi apakah polisi yang akan kamu gunakan untuk mentadbir negeri?" soalnya.
Aziz berkata pentadbiran Azmin perlu memikirkan cara menangani perkara berbangkit, sebagai contoh jika kemelut melibatkan rampasan kitab Bible dan arak di premis perniagaan berulang, malah baru-baru ini, insiden pakaian pelawat di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor juga mencetuskan kontroversi.
"Nanti, jika berulang kes rampas arak atau Bible, kamu tidak ada asas untuk disandarkan," katanya.
Beliau berkata demikian merujuk insiden rampasan arak di Selangor pada 2009 dan rampasan Bible tahun lalu yang menimbulkan pelbagai kritikan terhadap kerajaan PR di negeri itu.
Aziz berkata, selagi tidak ada polisi dan asas bersama di Selangor, kerajaan negeri akan keliru dengan bentuk corak pentadbiran yang mereka inginkan.
"Ketika ini kita tidak lihat ada kenyataan tentang polisi dan asas yang mereka letak.
"Situasi di Selangor akan menjadi sangat mengelirukan," katanya.
Sehingga kini, tiada exco Selangor daripada ketiga-tiga parti meletak jawatan dan DAP masih menunggu jawapan Azmin untuk bersama mereka atau memilih PAS.
Azmin bagaimanapun masih belum bertemu barisan kepimpinan negeri DAP Selangor bagi membincangkan pendiriannya.
Sementara itu, Aziz berkata jika tiada pendirian rasmi daripada Azmin, Adun Selangor boleh mengujinya dengan membuat usul undi tidak percaya dalam dewan.
"Mereka (Adun) boleh uji pentadbiran Azmin dengan mengemukakan undi tidak percaya. Ia boleh dibawa oleh Umno, DAP atau pun PAS.
"Tapi bagi saya, jalan terbaik adalah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) dan adakan pilihan raya negeri semula bagi memberikan mandat kepada rakyat," katanya.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada minggu lalu mengumumkan PR sudah berakhir, disusuli kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang gabungan pembangkang itu tidak berfungsi secara rasmi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Ini semua gara2 ayoh adi ping, hantar 3 nama pasikulutot untuk jawatang mb.2x5 umngok...umngok juai kalimah, cakar rimau juai hudud.umngok cepat2 masukkan dsai ke penjara pasikulutot cepat2 anta 3 nama.jentik-jentik nak gabung umngok akhirnya pembawa penyakit denggi
ReplyDeleteAnak buah cikgu haram jadah, chegubutt je yang main isu pil kuda & serang ulamak pas. Bukan main dendam lg bila kalah kt sg acheh.
DeleteAku penyokong setia pas sejak dulu. Tp bila TGNA meninggal aku lihat hala tuju pas makin terpesong. Isu pil kuda, memaki hamun pemimpin yg menentang umno serta melebel kem prolib dgn panggilan sangat keji. Maaf undi aku bukan untuk pas lagi.
Deletejangan risau pas! kami bersama anda, islam sebagai cara hidup terbaik. jangan hanya pandai berkata soal demokrasi, tapi nak bawa rang undang2 hudud ke kelantan melalui demokrasi dihalang, dikeji, dihina. jangan hanya pandai melabel kesalahan umno dengan politik wang, dalam parti sendiri penuh politik wang. jangan hanya pandai menutur kata ibarat kebanyakkan mp pkr. buat kerja hampeh takde.
DeleteTempang setempangnya ayoh adi ping marang.....mentang ke jepung x ikut bersidang...balik dari jepung x ada statement pasai hudud yang ada patwa dia saja....klua pasikulutut jadi kapir dan tenggelam.hudud gagal bentang apa citer ulama sedonia?
ReplyDeleteSAMM kepala butuh
DeleteIya kan.....pasai apa adi ping sonyap balik dari jepung.hudud takda cerita doh.....bagus klua statement patwa patwi...amanat ayoh ping katakan..
DeleteDah tempang...tak lama lagi tersungkur!!!
ReplyDeleteYang hudud gagal bentang ada aku kesah?yang aku kesah ialah bila ahli pas kelua pas- jatuh hukum kafir.Yang nak tubuh wadah perjuangan baru- jatuh hukum tenggelam.
ReplyDeleteHudud gagal bentang tu nantilah saya kelua patwa patwi...saya ada alasang...saya gi jepung bentang hudod...
Jika aku pilih jadi mb
ReplyDeleteAku buat undang2 dap boleh telanjang di dun selangor itu
Masuk pejabat kerajaan selangor dap boleh telanjang
Masuk hospital boleh telanjang
Pergi kerja boleh telanjang
Kan senang je
Aku yakin ramai ahli dap akan sokong aku termasuk pasma ,g18 itu
Mereka dalam exco dan mb adalah pegawai kerajaan. Mereka tidak lagi bertanggungjaeab kpd parti tetapi kpd raja dan rakyat. Selagi mereka wskil rakyat atas lantikan sultan, mrk boleh berkhidmat. Tak ada apa2 salah. Selagi FUN tifak buat indi tidak per aya kpd mb, Azmin tetap mb besar & kerajaan negeri boleh teruskan tugas.
ReplyDeletePergaduhan antara PAS & DAP tak jejas kerajaan negeri. Skg mereka adalah wakil rakyat & kerajaan. Mrk bukan terikat dgn undang2 parti tetapi mrk terikat dgn GO & FGO & undang2 negara.
Jadi biarlah PAS & DAP & PKR buat bising. Ia tak ada kesan selagi tidak ada undi tak percaya terhdp Azmin.