Tuesday 30 June 2015

MESYUARAT PKR SELANGOR DILAPORKAN KECAM TONY PUA KERANA BERI KATA DUA KEPADA AZMIN SAMA ADA PILIH DAP ATAU PAS.



Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dilaporkan mengecam DAP khususnya Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, kerana memberi kata dua kepada Dato' Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Ada pemimpin PKR negeri dikatakan tidak berpuas hati dengan kelantangan Tony Pua memberikan kata dua kepada Azmin sama ada memilih DAP atau PAS bagi meneruskan pentadbiran negeri Selangor.

Difahamkan kecaman pemimpin PKR terhadap Tony Pua dibuat dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Selangor di kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada Ahad lalu.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Azmin selaku Timbalan Presiden PKR dan juga Pengerusi PKR Negeri Selangor.

Kata dua oleh Tony Pua itu merupakan antara pilihan yang dicadangkan oleh DAP bagi menyelesaikan kemelut yang melanda tiga parti yang menjejaskan pentadbiran Negeri Selangor.

Kata dua itu adalah pilihan terakhir DAP jika cadangan supaya Selangor ditadbir secara ‘kerajaan negeri gabungan’ tidak diterima.

Sementara itu akhbar rasmi Kerajaan Selangor, Selangor Kini melaporkan Azmin berkata, Mesyuarat PKR Selangor pada Sabtu lalu itu tidak membincangkan penubuhan gabungan baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat iaitu Pakatan 2.0.

Azmin dipetik berkata, PKR kekal dengan semangat Pakatan Rakyat dan reformasi tanpa menyentuh soal pembentukan Pakatan 2.0.

Kenyataan Azmin itu berbeza dengan pendirian DAP dan pimpinan PKR lain.

DAP telah mengumumkan PR sudah tidak wujud begitu juga dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah umumkan PR secara rasmi tidak berfungsi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, walaupun PR sudah tidak wujud, kerja sama antara tiga negeri, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan akan diteruskan.

Anwar berkata, pakatan pembangkang akan muncul semula dengan lebih kuat dan kukuh.

Naib Presiden DAP, Teresa Kok pula baru-baru ini membayangkan penubuhan Pakatan 2.0 bagi menggantikan PR dengan penubuhan parti baru menggantikan PAS.

5 comments:

  1. Hi everybody

    Betulka Palanival akan sertai G18 Dan Pasma ???

    ReplyDelete
  2. Azmin ko pakat 3 atau 4 orang pakat keluar PR joint kerajaan gabungan PAS n Umno. Next election Selangor akan tumbang tapi umno tanpa bantuan PAS tak kemana juga.

    ReplyDelete
  3. berkatalah anwar dari dlm sungai buluh..."pakatan baru akan muncul dengan lebih kuat"...berkata juga presiden PKR.."pakatan rakyat sudah mati" bersetuju pada fahaman DAP..."pakatan rakyat hanya pengsan" kata PAS...berkata pula PASMA dan G18 ..."akan muncul parti baru selepas aidilfitri"...tidak ketinggalan sang presiden PAS mengingatkan "parti serpihan akan tenggelam pada akhirnya"... mengikut perkiraan umum ... PAS adalah " serigala" yg akan ditendang keluar dengan membawa bersamanya kenangan "pakatan rakyat" yg telah mati atau pengsan itu..kerana telah "bermuafakat" diantara PKR dan DAP untuk melindungi PASMA dan G18 asal sahaja mereka berpegang matlamat yg paling utama "kuasai putrajaya" ...kemudian tunggu pada habuannya setelah "bermuafakatnya" PKR dan DAP...atas segala jasa bakti mereka menjadi "penyedap" pada nafsu "serigala yg lebih buas"... jadikan nasib yg menimpa PAS sebagai sempadan...kerana kamu (pasma dan g18)..sedang menerokai jalan yg paling buruk yg berhukumkan pada fitrah kejadian binatang " hanya gen yg terkuat akan mendapat segalanya" ...tapi jgn bersedih atau bimbang ...akan datang peluang kamu untuk terlebih dahulu "bermuafakat" pada salah satu diantara kedua serigala ..maka apabila datang peluang itu...gunakanlah ia dengan sebaik2nya..untuk kamu pula menikmati dan memuaskan nafsu kamu padanya...teruskan dengan menukar sifat sekalian pengikut kamu supaya kekal laksana "kawanan biri2 yg diternak"....

    ReplyDelete
  4. DAP is the big brother. Tahniah G18.

    ReplyDelete
  5. Kata dua kat azmin ada dia kesah. Kalau azwan sudah di carutnya....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...