Sunday, 28 June 2015
KENYATAAN ZURAIDA TERHADAP KHALID IBRAHIM YANG SANGGUP KEMBALI MENJADI MB, MEMBUKTIKAN PILIHAN HADI AWANG SELAMA INI ADALAH BIJAK, TEPAT DAN BERPANDANGAN JAUH?????
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu untuk memalukan dirinya dengan menawarkan diri untuk kembali memegang jawatan Menteri Besar.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyatakan Khalid tidak sepatutnya bertindak sedemikian.
Hal ini kerana, beliau sendiri gagal dalam pentadbirannya yang lalu seperti perjanjian air Selangor.
“Rakyat Selangor masih ingat isu Lebuhraya Kinrara-Damansara ( KIDEX) dan kes penyelesaian di luar mahkamah dengan Bank Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambah Zuraida lagi, adalah lebih baik agar Khalid belajar untuk berkhidmat di dalam kawasannya terlebih dahulu.
“Tugasnya adalah untuk rakyat, maka jagalah Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak dengan baik dan berhenti bermimpi tentang menjadi Menteri Besar Selangor,” katanya lagi.
Zuraida yang juga Ketua Wanita Keadilan, turut menyatakan sejak Azmin Ali mengambil alih Selangor sebagai Menteri Besar, negeri ini telah berkembang dan makmur dengan ketara berbanding sebelum ini.
“Walaupun masih ada ketegangan kaum dan agama, namun telah ditangani dengan baik dan cara yang memuaskan.
“Oleh itu, tidak ada ruang bahawa Khalid mempunyai peluang dalam mengambil alih Selangor semula,” kata beliau lagi.
Itulah kenyataan sombong lagi angkuh Zuraida Kamaruddin terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim yang menawarkan diri untuk kembali menjadi Dato' Menteri Besar Selangor jika memenuhi syarat dan mendapat sokongan ADUN-ADUN Selangor yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah politik di Selangor yamng tiada kesudahannya sehingga kini.
_________________________________________________________________________________
Sekarang Omak Kau cuba nak hadam dan faham apakah yang dimaksudkan oleh Zuraida mengenai kenyataannya itu ...:-
Azmin Ali jauh lebih baik dari Khalid Ibrahim dalam mentadbir dan mengurus negeri Selangor. Dalam tempoh 9 bulan sahaja Azmin menjadi MB Selangor, negeri Selangor telah berkembang pesat dan makmur sekali. Kini tiada lagi ketengangan kaum dan agama di negeri Selangor ... ini semua gara-gara kepimpinan amat hebat insan bernama Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali.
Begitulah kefahaman Omak Kau dalam kenyataan keras Zuraida Kamaruddin ini.
Jika apa yang dikatakan benar, sahih dan berpaksikan kepada fakta maka sudah sewajarnya Azmin Ali diangkat sebagai Perdana Menteri malaysia kerana kesemua PM sejak merdeka sebelum ini masih gagal untuk menyelesaikan ketegangan dan koflik perkauman dan agama dinegara kita malahan dengan satu isu ini sahaja sudah melayakkan Azmin Ali dinobat sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Demi berlaku adil maka Omak Kau mau mengajukan soalan kepada Zuraida Kamaruddin ... Adakah Azmin Ali yang beliau maksudkan ini Azmin Ali yang pada awalnya berkeras tidak maukan jawatan MB Selangor????? Azmin Ali yang sama dimana Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS mau calonkan ganti Tan Sri Khalid Ibrahim sedangkan PKR dan DAP berkeras maukan Kak Wan sampai buat akuan bersumpah???? Azmin Ali ini juga kah????
Dan ini adalah Azmin Ali yang sama dimana PKR dan DAP belasah Hadi Awang dengan pelbagai kata-kata nista dan kesat semata-mata beliau maukan Azmin menjadi Dato' Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim????
Dan inikah Azmin Ali yang sama kerana sokongan tegas Hadi Awang menyebabkan perhubungan antara PAS dengan dua rakan komponen dalam Pakatan Rakyat menjadi renggang sehingga hampir PR berkubur????
Baik!!!! ... jika inilah Azmin Ali yang sama dimaksudkan Zuraida Kamaruddin ... soalannya .. Adakah Hadi Awang membuat keputusan dan tindakan yang silap dalam menamakan Azmin Ali sebagai Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu mengantikan Khalid Ibrahim ????
Sekiranya tindakan Hadi Awang silap, mengapa perlu Zuraida Kamaruddin memuji dan menjulang melangit Azmin Ali sebagai MB Selangor????
Kalau tindakan Hadi Awang tepat dan bijak maka sewajarnya Zuraida Kamaruddin dan keseluruhan pimpinan PKR mengucapkan jutaan terima kasih dan memuji dan menjulang melangit juga kepada Hadi Awang atas keputusan dan tindakannya yang bijak, tepat dan berpandangan jauh itu sehingga sanggup melanggar hajat dan hasrat PKR dan DAP yang berkeras maukan Kak Wan sebagai pengganti Khalid Ibrahim???
Kepada para pentaksub Azmin Ali ... mulai sekarang hentikan caci cerca, maki hamun dengan kata-kata lucah dan kesat terhadap Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang .. kerana beliaulah yang membuat keputusan tepat ,bijak dan berpandangan jauh memilih Azmin Ali sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Memang betul Abg Khalid layak jadi MB semula.
ReplyDeleteUMNO + PAS + ABG KHALID. = Kerajaang Perpaduang.
Sekian, terima kasih.
Sham Macau G18. Pasmaxha phahrulnivel
DeleteMacau: macai + pengampu
DeleteSalam,
ReplyDeleteBegitulah nampaknya,. TSKI dipecat kerana rencana jahat DAP Dan golongan nepotism segamboot.
Mereka yg Sekarang G18 Dari PAS pun terbabit dgn konspirasi jahat. TGHA pula tegas menolak penganiayaan kejam memecat orang until diganti dgn isteri. TGHA bersana dgn istana DLM aokongan kpd Azmin.
Jika bukan kerana TGHA, PR akan ditolak secara total oleh orang Islam.
Jeff ulu bernam
The Original Reformist
LA ..... IDUP LAGI MAMAT NEPO NI.
ReplyDeleteIDEA XDE, ULANG JE LA BENDA YG SAMA.
Khalid adalah BUDAK SURUHAN BN berpakaian PAS dan pernah bersepatukan PR. Sekarang Khalid dah tinggal PR sebab terjerat kes L/Raya Bertol Kidex dan perjanjian air yg merugikan rakyat Selangor. Khalid sudah hilang MARUAH. begitu juga kaki pengampu, mereka juga HILANG MARUAH termasuklah OMAKKAU.
ReplyDeleteBodoh betul OK macam bodoh nya Hadi berrpolitik...
ReplyDeleteSia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati
ReplyDeleteTulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.
Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.
Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.
TULANG BADAK (TB)
MURTABAK WAVES
SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)
mmmmmmmmm malas nk komen, dh jenis taksub cinta gila kt khalid omak ni.... biarlah dia.
ReplyDeleteomak, u cintakan khalid ,khalid akan mati, cintakan Allah, Dia kekal
jom kita semua ke blog pro G18 dan PR2.0 yg lain
yea betul catatan di atas..apa yang raja petra katakan sungguh tepat. Terima kasih Omak kau kerana telah menterjemahkan ke dalam bahasa melayu daripada versi asal blog raja petra.
ReplyDeleteAyuh kita jual tanah malaysia sabah sarawak pada org cina mari kita membodohkan bangsa melayu sendiri lagi banyak parti melayu lagi bagus india pun sama.... mca gerakan kasi bubar biar satu2nya DAP kat bumi malaysia... pastu bagi Raja melayu gaduh sama melayu sendiri pasal cina bodohkan melayu kasi lawan raja sendiri macam keluarga nepotisme...
ReplyDeletekhalid jd mb jawapnye menyimpan je la kejenye
ReplyDeleteLebih baik mengumpul hutang ke?
Delete