Sunday 28 June 2015

G18 BELUM BERGERAK SUDAH TEMPANG .. MAHFUZ OMAR ENGGAN SERTAI G18

Belum apa-apa G18 menerima pukulan siku dan lutut apabila salah seorang yang digembar gemburkan sebagai salah seorang ahlu kumpulannya membuat kenyataan tidak akan menyertai kumpulan kecewa yang tumpas dalam pemilihan Muktamar PAS ke-61 lalu yang beriya-iya mau menubuhkan sebuah parti Islam yang Progresif lagi insklusif.  Patutlah G18 mau ditukar nama ke Kumpulan Harapan Baharu sebab sudah menghidu kumpulan itu akhirnya akan menjadi jauh lebih kecil dari angka 18.

Ketika heboh diperkatakan bakal wujudnya parti baharu, bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan tidak akan menyertai kumpulan progresif  yang menggelarkan diri 18 (G18).

Bertegas masih setia berkhidmat sebagai ahli Pas, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau masih tidak bersedia untuk meninggalkan Pas yang disertainya sejak sekian lama.

“Saya masih Yang DiPertua Pas Pokok Sena dan ahli parlimen. Saya juga masih ahli Pas. Full stop (itu sahaja),” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.  Ketika ditanya lagi, Mahfuz dengan tegas berkata, beliau masih menghormati ahli-ahli G18 meskipun ‘berbeza haluan’.

“Saya tidak akan join (sertai).. Tapi saya menghormati mereka iaitu kawan-kawan saya yang sudah berada dalam kumpulan G18,” katanya lagi.

Pemimpin Pas yang tewas dalam pemilihan Pas baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi 'rahmat yang terselindung' apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk negara selepas ini.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan G18, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengepalai kumpulan itu sebelum ini tampil dengan kenyataan mengalu-alukan peringatan dan amaran khususnya daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung rancangan mereka untuk menubuhkan parti baharu.

19 comments:

  1. inshaallah akan gagal rancangan khianat DAP dibulan mulia ini

    Lebai Jeff Ulu Bernam
    Keadilan yg Originel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami gulungan Professional semuanya Pro Ulama... Kami ramai. Berpuluh ribu orang dalam PAS ini. Senyap aje. Tak bising pun. Tak ada nak bergembar-gembur, berkompang dan mengilai pun....!

      Tak macam geng G18, 18 orang je.... yg ngaku Professional sebenarnya Pro Liberal.... tak ramai pun..... Dan bukan kesemua 18 ekor tu Professional pun....!!!!!!!!! Setakat ngaku professional boleh lah.

      yg berpuluh ribu Professional duk ada dalam PAS ok aje....! tak problem pun dgn kepimpinan Pro Ulama....!

      ke geng G18 giler jawatan.... pro liberal yg nak jawatan.... sampai sanggup merosakkan parti PAS.

      dah sibuk nak jawatan tubuh dan daftar aje....

      Parti G18

      pilih lah jawatan apa yg kau orang suka....! President.... Vice President... etc.

      bising2 buat apa....? orang tak cerdik dan professional tak ada hala tuju jer gitu....

      bising tak kena tempat....! buang masa....!!!

      Delete
  2. Kali ni aku syak PasMa mesti bergumbira. Yela, tiada sokongan kan. Golongan G18, G27, G4100, bermacam jenis G lagi la. Mesti akan pakai jam tangan G-Shock sebagai petanda gabungan dibawah satu G. Gila Kuasa. Dah kena tolak, masih tak malu menagih simpati. For what aku ikut golongan profesional yang mana gaya pemikiran tak jauh beza pun. Nilaian kepimpinan agama hanya mengikut sesedap rasa. Sembang nak betulkan ekonomi negara, nak perangi rasuah. Yang tu, jatuhkan umno, mana2 parti naik akan boleh buat la bro... Janji ada kuasa.. Next pru, aku tetap akan bersama PAS. Ko nak sebar bentang cerita bangkai kepimpinan G18, DAP nak buat roadtour ker.. Lantak pi.. Yang pasti, dengan kelantangan kepimpinan baru progresif, pkr or dap yang inginkan islam sederhana. Tiada beza dengan umno. Belum dapat kuasa, belum pegang ratusan juta ringgit. Memang la sedap sembang nak tegakkan keadilan bagai..

    ReplyDelete
  3. Guling TSKI Halal. Guling De Facto Haram

    Kurang setahun lebih selepas keputusan PRU13, Anuar Beraheem dan Gang lilin telah berjaya mengerah kesemua orang2 PKR untuk memilih jijah kipas sebagai MB.

    TSKI yang ketika itu berada di Shah Alam tidak tahu menahu lantas kerusi MB mahu dicabut dari beliau

    Alasan yg diberika TSKI membelakangi parti.

    Dulu pun lepas 2008, TSKI dijualang. Tapi Anuar Berahim tetap mau TSKI sebagai calon MB dlm sekelip mata.

    Dia tunggu sat dekat seminggu sampailah TSKI dilantik.

    Lepas tu PRU 13 cukup haul baru Anuar bagi surat sokongan kepada Bini dia dapat jadi MB.

    Ni semua bukti Anuar dan bini bersubahat menggulingkan TSKI.

    Atas sebab itu Tuhan nak tunjuk bini Anuar tak jadi MB.

    Padan muka. Sorang kena baling selipar. Sorang kena sepak.

    Inilah wajah "kepimpinan liberal-nepotism, pluralism dan despotism". Kepimpinan hasad dengki tamak haloba tikam belakang.

    Ada hati nak cerita pasal keadilan den reformasi konon.


    SELANGOR HAMPIR PASTI TUMBANG KEPADA bn

    Rahsia kekuatan PKR di Kelantan adalah perpaduan di kalangan ahli2 dan penggerak walaupun terdapat banyak perbezaan pendapat.

    Perpaduan ini hancur luluh apabila TSKI digulingkan oleh geng2 Kajang Move, Gang lilin serta keluarga Segam-Boot.

    Sedangkan TSKI berpengaruh besar di kalangan PKR Selangor serta pengundi2 Selangor.

    Bukan stkt dgulingkan, mereka yang amanah menyokong TSKI juga dibuang, digantung da nada dan dipecat dgn tiada belas kasihan i.e Che Gu Bard

    Sedangkan orang2 yang dikatakan rapat dgn TSKI ini banyak berjasa kepada PKR Selangor.

    Makanya, kalau Selangor jatuh adalah kerana hasil kerja tangan gang2 lilin pimpinan clan segam-boot dan Gang Kajang Move yang berjasa memecah belahkan PKR Selangor.

    Syabas kerana Gang Lilin dah buat kerja untuk musuh.

    Sikap hasad, dengki, tamak, haloba puak2 nepotism pkSahakal menumbanngkan kerajaan Selangor dan menyerahkannya kepada musuh
    Gang2 yang sama ini jugalah yang ke hulu ke hilir bercerita pasal Justice.

    Cakap tak serupa bikin

    TULANG BADAK @ MURATABAKWAVES

    ReplyDelete
  4. KEPADA PENCINTA AJARAN SEKULAR PKR DAN DAP SERTA PASMA. KEMBALILAH KEPADA AJARAN ISLAM SEBENAR YANG BERLANDASKAN AL QURAN DAN HADISS . MUSUH KITA SEBENAR ADALAH IBLIS DAN SYAITAN SERTA MEREKA YANG KAFIR DAN MUNAFIK . BILA HATI KITA HIDUP KITA AKAN NAMPAK KEBENARAN ISLAM . BILA HATI MATI APA YANG BAIK DALAM AGAMA KITA ANGGAP BURUK DAN JAHAT . BERSATU DENGAN MEREKA YANG MUSLIM

    Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

    ReplyDelete
  5. Siapa kata Tempang, biasalah lepas raya baru nak gerak, walaupun separuh dari G-18 ,tAK NAK JOIN NO PROB, Rakyat majority sana sedang menunggu!! Yng aku tahu dah tempang TSKI,geng2 umno 12 kerusi DUN diselangor dan geng2 ug....

    ReplyDelete
  6. Abg Alim.

    Umno kata PAS parti ajaran sesat, betul ke.


    ReplyDelete
  7. Pilih geng ahli neraka jahanam buat gapo sah tempang.
    Allah S.W.T tempelak orang yahudi masa Nabi Musa nak itu nak ini. Pi balik mesir duduk dengan firaun. Samalah kalau Pilih dap 90% ahli neraka jahanam.

    Bijak 2

    ReplyDelete
  8. Apa masalahnya awak orang ni semua.

    Mahfuz nak joint atau tidak itu hak dia.

    Lagipon G18 belum buat pengumuman rasmi lagi.

    Tunggu la lepas raya macamana.

    Sekarang ni OK sedang bertungkus lumus untuk sama-sama menjayakan projek UG Pakatan Chai.

    Kalau projek UG Pakatan Chai yang diketuai oleh Ketum Suci berjaya, Abg K akan jadi MB semula.

    Dulu Umno tu kapir katanya, jadi Imam tak boleh, sembelihannya haram.

    Sekarang kapirnya dah diampon janji kena sokong Ketum Suci.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Flip flops... sahih aku tak pangkah PAS lae...

    ReplyDelete
  10. Sham TM, berhati-hati menuduh orang kats kapir. Nanti kamu sendiri yg jd kapir.

    ReplyDelete
  11. bila la agaknya sekalian biri2 ternakan ini akan menggunakan akalnya dan kembali memuliakan sifatnya sebagai manusia... PAS menipu daya atas ilmu yg ada padanya....PKR membuang secara total nikmat dan hikmah pada kejadian manusia yg berbangsa2..dan DAP berhempas pulas menyediakan pada generasinya yg bakal lahir...supaya bersifat laksana si yahudi (kafir harbi)...maka "bersatu" diantara tiga penjual beli ilmu ini untuk merebut kuasa melalui PRU...kemudian mereka bertukar menjadi kawanan serigala yg buas pada kuasa yg telah dapat kepadanya...tiada mereka meredhai diantara satu sama lain adalah tanda jelas mengapa tidak terlantik diantara mereka kuasa pemutus...ketahuilah sesungguhnya PAS merupakan "serigala" yg paling rendah martabatnya...kerana dua ekor "serigala" yg menjadi "rakan" mempunyai lebih banyak "persetujuan bersama" ..

    ReplyDelete
  12. bila la agaknya sekalian biri2 ternakan ini akan menggunakan akalnya dan kembali memuliakan sifatnya sebagai manusia... PAS menipu daya atas ilmu yg ada padanya....PKR membuang secara total nikmat dan hikmah pada kejadian manusia yg berbangsa2..dan DAP berhempas pulas menyediakan pada generasinya yg bakal lahir...supaya bersifat laksana si yahudi (kafir harbi)...maka "bersatu" diantara tiga penjual beli ilmu ini untuk merebut kuasa melalui PRU...kemudian mereka bertukar menjadi kawanan serigala yg buas pada kuasa yg telah dapat kepadanya...tiada mereka meredhai diantara satu sama lain adalah tanda jelas mengapa tidak terlantik diantara mereka kuasa pemutus...ketahuilah sesungguhnya PAS merupakan "serigala" yg paling rendah martabatnya...kerana dua ekor "serigala" yg menjadi "rakan" mempunyai lebih banyak "persetujuan bersama" ..

    ReplyDelete
  13. bila la agaknya sekalian biri2 ternakan ini akan menggunakan akalnya dan kembali memuliakan sifatnya sebagai manusia... PAS menipu daya atas ilmu yg ada padanya....PKR membuang secara total nikmat dan hikmah pada kejadian manusia yg berbangsa2..dan DAP berhempas pulas menyediakan pada generasinya yg bakal lahir...supaya bersifat laksana si yahudi (kafir harbi)...maka "bersatu" diantara tiga penjual beli ilmu ini untuk merebut kuasa melalui PRU...kemudian mereka bertukar menjadi kawanan serigala yg buas pada kuasa yg telah dapat kepadanya...tiada mereka meredhai diantara satu sama lain adalah tanda jelas mengapa tidak terlantik diantara mereka kuasa pemutus...ketahuilah sesungguhnya PAS merupakan "serigala" yg paling rendah martabatnya...kerana dua ekor "serigala" yg menjadi "rakan" mempunyai lebih banyak "persetujuan bersama" ..

    ReplyDelete
  14. org cerita ttg Mahfuz tp si Mamat ni cerita pasal biri2 la pulak.
    nk buat akikah ke bak mai no tel nk oder ni.

    ReplyDelete
  15. Bukan ahli pas dan ponyokong flip flop eok kamu kenali apaitu majlis syura ulama

    ReplyDelete
  16. Baru kalah sekali dlm pemilihan dah merajuk keluar parti. Kalau itu saja semangat juang lekeh sangat lah. Golongan yg keluar & buat kumpulan baru adalah dikira pemecah ummah. Org sebegini akan terus memecah ummah selagi org lain tak mau ikut hasratnya.

    Dah kalah terima sajalah. Takkan sekali kalah dunia dah nak kiamat? Sabarlah. Skg buat persediaan utk cabar dlm muktamar akan dtg.

    Islam mengajar kita supaya merapatkan saf setelah perlantikan dibuat. Semua org mesti sokong kepimpinan yg telah diputuskan secara collective. Dan akur dgn dasar yg akan dibawa. Mana2 pihka yg menentang setelah keputusan dibuat adalah dikira pengkianat. Begitulah para sahabat Nabi dulu akur dgn perlantikan khalifah ar-rasyidun.

    Hadi bukan boleh jadi ketua sampai bila2. Nanti akan sampai masa kita pula akan dilantik jadi ketua. Masa itu semua ahli kena akur pula dgn kita. Krn itu masa kita pula jadi ketua. Kita buatlah dasar kita pula.

    Kalau setiap kali ada golongan yg kalah keluar parti akhirnya apa yg tinggal? Sbb tu Islam larang umatnya meninggalkan ummah.

    Harap geng G18 muhasabah diri dan jgn ikut hawa nafsu krn yg ikut hawa nafsu adalah syaitan. Jgn tergesa2 buat keputusan skg. Lebih baik pergi bercuti dgn keluar utk tenangkan fikiran. Syabas kpd Mahfuz atas pendirian yg betul.

    ReplyDelete
  17. Nak undi awal2 chai dah keluar itu menipu namanya,hati2lah dgn ulama munafik akhir zaman..ngeh3

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...