Wednesday 24 June 2015

PAS AKAN TERUS SUBUR DAN KUMPULAN 18 (G18) BELUM BERTEMPUR BAKAL TERSUNGKUR???????



Allahyarham Tan Sri Asri Muda mantan Presiden PAS, merupakan seorang pemimpin utama PAS yang pernah dianggap bukan sahaja oleh ahli PAS tetapi juga oleh pemimpin-pemimpin parti lawan sebagai pemimpin yang sukar dicari ganti untuk PAS. PAS itu Asri dan Asri itu PAS . Begitu sekali perbandingan dan perumpamaan diberikan. Jika difikir secara logik sudah pasti ketiadaan beliau sepatutnya telah menguburkan parti itu tetapi PAS tetap wujud dan segar sampai kehari ini. Sebaliknya parti yang diasaskan atas sifat kecewa akhirnya hidup macam zombie ... Ada nama tetapi tiada ahli.

Sesebuah parti itu ciri yang kekal di dalamnya dan jika sesiapa termasuk pemimpin besarnya tidak bersama dengan ciri-ciri asalnya secara semula jadi mereka akan meninggalkan parti itu akhirnya. Ini adalah pandangan dan pendapat berdasarkan kepada keadaan dan hakikat sebenarnya yang akan berlaku.

Mungkin ada dari kalangan individu Kumpulan 18 (G18) itu sedang memujuk hati mereka dengan berkata keadaan sekarang lain dan dulu lain. Tetapi natijahnya sama-sama kita akui satu kenyataan….PAS tetap akan wujud seperti sediakala jika tidak lebih dari itu.

Perlu diingat semasa PAS mencuba menjadi parti progresif dengan menyertai Pakatan Rakyat dahulu bukannya sedikit kaum Melayu yang tidak menyokong PAS lagi kerana parti itu dikatakan telah berubah corak dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang mereka beranggapan sebagai chauvinis Cina dan sebagainya.

Dengan kembalinya PAS dengan imej berkepimpinan ulamak maka mereka ini jelas telah kembali memberikan sokongan dan ramai yang baru sedang mendekati PAS.

DAP kecewa dengan PAS kerana mahu tidak mahu parti itu perlukan sokongan orang Melayu Islam apabila menghadapi rakyat dalam pilihanraya nanti. Itu sebabnya mereka amat bergembira sekarang ini kerana setidak-tidaknya masih ada segelumit penyokong PAS yang sudah terbiasa menyokong DAP dan Pakatan dalam dua pilihanraya umum yang lalu.

Tanpa sokongan Melayu, DAP akan hanya tertumpu pengaruhnya dalam kawasan Cina sahaja dan sekarang ini ada beberapa kerusi DAP yang kedudukannya dalam bahaya apabila pilihanraya umum tiba nanti.

Walaupun begitu besar publisiti dan propaganda tentang kemasukan secara pukal ahli PAS kedalam DAP, ramai lagi yang berubah menyokong kembali parti itu apabila sudah berpisah dengan PR terutamanya DAP.

Dengan perpecahan DAP dengan PAS, kedua-dua parti akan merasakan hasilnya. Tetapi bagi PAS setidak-tidaknya ia kembali kepada corak dan ciri asalnya. PAS mula menyedari yang parti itu akan hilang identitinya jika berterusan bersama DAP.

Apabila parti itu hilang identitinya maka ia akan menghadapi banyak masalah pada masa yang akan datang.

Selalunya satu kumpulan serpihan itu tidak kekal. Tidak tahu pulalah jika yang kali ini ia akan kekal. Kita tunggu sahajalah. Masa akan menentukan. Jika ia kekal Alhamdulillah dan ucapkan selamat berjuang dan teruskan apa-apa yang anda semua hajatkan.

Jika kita masih dibuai oleh sentimen tanpa memikirkan apa yang akan lalui secara realitinya maka pasti akan merasakan yang G18 akan menjadi satu ‘kuasa’ yang ‘kuat luar biasa’. G18 belum nampak lagi ranjau-ranjau yang bakal  tempuhi dalam perlaksanaan politik mereka. Tentulah ada pihak yang berkepentingan mahukan keadaan ini berlaku, tetapi itu adalah mainan politik yang biasa, terutamanya dalam politik Malaysia ini.

Masih tidak nampak bagaimana gabungan baru ini boleh membezakan keadaan dengan keadaan semasa Pakatan Rakyat yang dahulu.

Pakatan Rakyat yang baru ini wajar mempunyai pendaftaran secara formal dan wujud diatas entiti yang berdaftar dengan pandaftaran pertubuhan. Itu satu. Tetapi persoalannya parti manakah yang akan menjadi ketua kepada ‘gabungan’ yang baru ini.

Dalam Pakatan Rakyat dahulu perhubungan diantara ketiga-tiga parti itu ialah ‘rakan kongsi sama rata’ dan jika ini terus berlaku dalam Pakatan 2.0 yang baru ini, maka pasti masalah yang sama akan tetap berlaku.

Kita lihat dalam Pakatan Rakyat yang dimatikan walaupun pada hakikatnya Pakatan Rakyat itu tidak pernah wujud secara formal, perbalahan ialah wujud kerana tiada parti diantara ketiga-tiga ahli itu yang menjadi ketuanya. Dalam sesuatu ‘gabungan’ mesti ada satu parti yang menjadi ketuanya dan dihormati oleh rakan-rakan kongsi di dalamnya. Contoh terbaik Barisan Nasional, dimana UMNO dinobat dan diiktiraf rakan-rakan komponennya sebagai ketua.

Jika dalam persepakatan dan persefahaman yang baru itu sama sahaja cirinya seperti dalam Pakatan Rakyat yang dahulu dengan ciri  rakan kongsi sama rata dan bersuara sama dan sekata dalam persahabatan baru itu, hasilnya akan sama sahaja dengan apa yang dihasilkan oleh Pakatan Rakyat dahulu.

Sesungguhnya PAS sekarang ini tidak kebelakang sangat seperti yang di anggapkan oleh kumpulan 18 (G18)  yang dikatakan progresif itu. Paling jauh PAS telah kembali kepada rupa dan roh asal parti itu yang konservatif. Sememangnya begitulah asal dari dahulu.


Konklusinya PAS akan terus subur dan G18 belum bertempur bakal tersungkur.

30 comments:

  1. Artikel terbaik dari Omak Kau.

    Hilang Rm42 billion itu perkara remeh.

    Yang penting belasah PR sampai lunyai.

    KIPIDAP.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omak ko tak paham bahase kot...
      G18 tu ngo aje. Bukan parti.
      Tak ada nak kejar jawatan ker, nak jadi mb ker, nak jadi tuang presdeng ker, memang x ada.
      G18 cuma nak satukan ngo2 utk bersatu demi rakyat.
      Nak berpolitik walak2, cium2 tgn presdeng ni kita serah kat ularmak pas wala'on lah....

      Delete
    2. ni blog dia, biar la nak masuk kan entry apa pun. ada masa dia bantai pasal 42billion ke. pasal umno ke, org mcm engko ni jumud, kalau cakap je pasal hudud, makna nya tak fikir pasal menentang rasuah, korup dan lain lain. dasar otak sempit, kita bila bercakap pasal menegakkan hdud, bukan bawak maksud kita lupa pasal kebajikan, penentangan ke atas rasuah dsb. dsar macai.

      Delete
    3. Hadi kate 42bilion tu tak pe ..tak jadi kapir lagi...kalu tentang hudud lagi beso buleh jadi kapir..tak gitu..ape lah sgt 42 bilion tu

      Delete
  2. Harap admin block indon kaki Judi ni. Semak je

    ReplyDelete
  3. Yeeeess blasah dap dan pkr....sampai lunyai. ...mari kita sokong pas dan umno.....


    Sekian terima kasih
    umno dulu kini dan selamanya. .

    ReplyDelete
  4. Omak kau ni dah buat musuh dgn g18 dan pkr bawah azmin ali dan dap. Dia ni penyokong tegar tski. Nampak dia pas buat benar belaka kerana pas nak kan tski sbgai mb selangor dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8masa dap mush ngan hadi awang ko xnak marah pula . macai betuii la ko ni

      Delete
  5. pada saya..omak kau ni bukan politikus pun..cuma dia cari makan..maka dia terpaksa buat2 pandai dlm politik...kalau satu hari pas tenggelam..omak kau org pertama yang akan tulis...KAN OMAK KAU DAH CAKAP.pas mesti tenggelam punya,,pas hanya parti..bukan monumen batu atau tuhan

    ReplyDelete
  6. ini la kenyataan yang paling nak aku dengar. sebab kenyataan yang paling benar dan waras . .

    ReplyDelete
  7. infonya sangat bermanfaat sekali gan, makasih. beritanya bagus dan sangat menarik sekali untuk di baca. Ijin share ya gan, thanks..semoga semakin bermanfaat!

    ReplyDelete
  8. Sekarang zaman cyber,apa yg berlaku saolah ada didepan mata.siapa yg betul dan salah kita dapat tahu dengan tepat dan cepat.Harap G18 terus dengan agenda mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la..
      masalah nya yg di depan mata ko tu tengah dok main wayang cina bagai nak runtuh stage..tapi apa nak buat..macai tetap percaya..

      Delete
  9. Barisan Cai yg ada dah tak laku kalau buat ceramah, tak ada sapa nak bederma tabung.. Ustaz ustaz gini kelaku kamu berpolitik ye. Ingat dgn menang jawatan parti dan jadi calon boleh jadi wakil PRU dan menang ka. Sorry siap saiaga la hilang wang pertaruhan.
    Biar yg ego dan tak sedar diri saja yg akan mengundi kamu. Aku katakana sorry tak lg akan undi puak kepimpinan cai kamu ni

    Telur dan maruah kamu barisan Cai dah hancuss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluar pun nak kecoh ke? xyah la bgitahu nnti semua orang tahu kamu undi apa . . buat malu ja.

      Delete
  10. PAS kan dah kuat, Kuat? Kuat tapi tak boleh buat HUDUD...Politik ada strategi, nak buat HUDUD pun ada strategi, teknik dab drafnya. Bukan pakai main rembat macam NASI GORENG AHMAD MASLAN. Realiti hari ini dari kacamata aku, PAS telah hilang kepercayaan 80% Melayu Islam kerana 1-PAS berjanji bersama DAP dan PKR tapi PAS sendiri yg khianati tanpa ada perundingan,.2-PAS seperti geng samseng maki hamun ahli sendiri dgn cercian Barua, Anwarinas, dot dot dot. 3-Pemimpin PAS suka bohong macam Nik Abduh kata TGNA wasiat minta berbaik dgn UMNO padahal SATU MALAYA tahu TGNA amat bencikan UMNO..aku sebenarnya ada 99 Alasan MENGAPA PAS DITINGGALKAN UMAT ISLAM MALAYSIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg 99 sebb tu nak tahu juga . . . ataupun saja jadi pencacai dap jer. .

      Delete
    2. Ini calon yg dap mahukan..
      melayu serang melayu...
      cina walau benci mcm mana sekalipon mereka tetap bersatu bila pru...

      Delete
  11. dok dalam PAS pun dianggap jebon dan tkboleh buat apa.

    takkan nk jadi pelawak sarkis dlm PAS utk buat show org ramai datang hulur derma je. lepas tu jebon2 dok diam2 dlm kandang. no way man!

    lebih baik tubuh parti baru, biar berkubur tp bermaruah. dato asri pun tk dihina dan difitnah sebegitu teruk mcm geng jebon kena. dia hanya merajuk maka tubuh parti baru

    ini geng jebon dh kena mcm2 fitnah dan cercaan yg teruk, kalau mahu kekal dlm PAS lagi... pelik la walaupun kita tahu mereka semua pejuang sejati yg berjiwa besar.

    tp penyokong tidak rela mereka di jadikan jebon sarkis utk kepentingan UG PAS saja lepas ni.


    sangat pelik la geng UG dan penyokong mereka membei pelbagai alasan utk cuba menghalang G18 tubuh parti baru. apa ke jadahnya.

    semasa dlm PAS mereka ditendang pijak ludah, bila nk keluar ditarik2 tgn pula.

    adakah kepimpinan UG ni sudah gila dek kena sumpahan rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa mereka xpatut dipanggil jebon tapi lebih layak dipanggil anjing kurap dap. . isu kalimah ALLAH . isu kitab injil dalam bhasa melayu . . mereka ni la sokong sangat

      Delete
  12. Khalid Al Walid tak tubuh parti lain..! & hentam pimpinan
    Ada Ahmad Awang, Mat Sabu dan Pahrol tahu ke....?

    Ke tak baca Sirah...

    Ada Khalid Al Walid bertindak sabotaj pimpinan dan ketua yg baru dilantik?

    Jgn rosakkan perpaduan umat Islam di negara ini. Nanti anda and the gang akan disumpah 1001 keturunan umat Islam negara ni.

    Fikir2kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu bodo mabuk ketum ke haper

      Delete
    2. kita baca sirah, bagi saya satu sirah nabi . nabi suruh pilih pemimpin ikut chai. ada atau tak ada kebolehan memimpin tak kira janji ada dalam chai. yang tak ada nabi suruh label dengan pelbagai label agar perakilan benci dan hina mereka. saya rasa golongan berjubah dan serban dan jumpa hadis nabi dan sebab itu kena buat

      Delete
    3. baca sirah betul2 nabi muhammad SAW tak pernah suruh tunduk pada kafir harbi macam daPIGS. sila rujuk pada pakar sirah bukan sekular dan kafir.

      Delete
  13. PAS akan terus kekal. Penyokong PAS akan terus kekal.

    http://bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. yang gugur sebelum ii semuanya mesra umno. g18 mesra rakyat perbezaan yang perlu difikirkan sama. pas mesra umno hope pas yang jahanam. kami tak boleh ramal apa yang berlaku seperti tolol hadi dan now tuan tanah. kami hanya berharap mudah-mudahan yang mesra umno tersungkur di dalam lipatan sejarah

    ReplyDelete
  15. Pergh..tgk tu,belum tubuh parti baru pun pas dah kecut sakan sampai ugut2....kahkahkah.dulu kata pas kuat,apa nk takut parti baru tu...umpama kuman tengah lautan je.nape yg takut sangat.kahkahkah.. Siap keluar fuckwa lg sape keluar pas jd kapir...hahahaha.kelakar pascaisikulutut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi tak salah...
      hadi tak ugut..
      Hadi cuma beri pendapatnya berdasarkan yg lepas2 semuanya terlungkup hilang deposit hehehe..

      Delete
  16. Elok lah..buat apa kita berfikir kebelakang lg..tinggalkan aje golongan yg berfikir ketinggalan zaman ni..sedangkn islam itu ada byk imam yg tafsirkan secara berbeza..apa yg penting kita msih berpegang pd tali Allah..mereka boleh kata apa2 saperti akan berkubur suatu masa nnt @ tidak dpt bertahan lama..ini persepsi masing2..jd jadikan sejarah sebagai panduan..jd,bg mereka yg ingin perubahan diharap dpt maju ke depan mulai sekarang dan jgn berlengah lg..masa akan terus berjalan menuju 2018..

    ReplyDelete
  17. Zaman skarang dh xnaik unta..naik kereta tuan2..jadi ummah perlukan org seperti Dr Zakir Naik,seorg doktor perubatan yg boleh mengetengahkn ajaran alquran dari segenap persepsi agama..boleh menukilkn tafsiran dari sudut pandangan bible dan lain2 kitab ajaran agama didunia ni..kita lihat Sheikh Ahmad Deedat sekadar mendapat pendidikan asas di sekolah rendah sahaja tetapi turut menelaah kitab bible..dan berani ke hadapan untuk mengetuai debat agama dengan agama lain..kita tidak perlukan mereka yg masih membuat tafsiran untuk satu bangsa ja..dah jauh tertinggal bas..sbb tulah kita harus mengetengahkn seseorang yang mempunyai ciri2 sekurang2 multilingual..dan tidak perlu kepada menjlnkn dakwah pd satu bangsa ja..kerana yg lain2 itu juga ummat Nabi Muhammad SAW..lihat kekuatan yg lahir d zaman Nabi..kemasukan Islam oleh Jutawan Mekah pd masa itu Sahabat Nabi Abdul Rahman Auf..memperkasakan Ajaran Islam dan lain2..semuanya dibawah perancangan Allah..adakah kita ada cuba untuk merapati mereka..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...