Friday 26 June 2015

RAMAI TERTIPU DENGAN PERISTIWA MIMPI BERTEMU RASULULLAH KATA MUFTI PERLIS



Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat ramai orang tertipu dengan mainan mimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau berkata, seringkali mereka yang suka mendakwa bermimpi dengan Rasulullah mempunyai tujuan tertentu.

Malah, menurut beliau, terdapat juga segelintir pihak yang bersikap riak atau mahu menunjuk-nunjuk bagi tujuan mendapat kemasyhuran diri dengan mendakwa telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah.

“Padahal mereka lupa, riak adalah penyakit dari suntikan syaitan dan mereka telah jatuh ke dalam perangkap syaitan,” katanya menerusi status terbaru di laman Facebook DrMaza.com pada Khamis.

Tambah Dr. Asri lagi, apa yang berlaku itu seperti ingin menambah pengaruh diri, mengumpulkan harta orang ramai untuk diri sendiri, menyokong puak ataupun aliran tertentu dan juga tujuan politik kepartian.

“Bukan sedikit dalam sejarah golongan yang menyeleweng menggunakan dakwaan sebegini bagi menaikkan diri sendiri dan menyokong aliran yang mereka dokongi.,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mokhtar Senik dalam status Facebooknya, mendakwa telah bermimpi dan bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali.

Dakwanya, peristiwa itu terjadi sewaktu beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting.

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu juga menyatakan, antara hiburan Allah kepada mereka semasa di dalam tahanan ISA di Kamunting adalah mimpi-mimpi yang indah.

Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya telah bertindak memadamkan posting berkenaan.

8 comments:

  1. Mokhtar Senik, salah seorang AJK PAS & DUP yang sangat omak kau banggakan sangat. kau jilat lah lagi ..

    Skrg aku percaya, ada puak PAS yg menjual agama utk kepentingan. dulu aku tak percaya.

    ditambah lagi dgn senarai chai yg keluar dan agedan boo dlm muktamar. trs aku hilang respek. sama sprti hilang respek pd omak kau.

    aku ttp konsisten, ada yg membeli omak kau

    ReplyDelete
  2. Bagus omak kau..!!!Mendedahkan brita yg adil n x berat sebelah..biarkan machai2 yg taksub dgn kumpulan msg2 kepanasan... kipidap!!

    ReplyDelete
  3. Ayoyo. Mimpi bertemu Baginda Rasulullah s.a.w. sudah macam tengok wayang. Ayoyo apa sudah jadi Mr Moktar Snake. Ini macam pun ada ka. Mr. Moktar Snake saya ada satu mau tanya. Awak jangan marah tau. Itu malam-malam bulom tidur punya jam kasi tau sama saya apa awak sudah minum atau makan atau isap. Saya tada puduli. Saya pucaya itu barang musti baikkk punya. Bukan air kutum, bukan ganja dan bukan juga heroine. Kasi tau laa. Jangan ingat lu satu worang saja mau jumpa kita punya rasul. Worang lain pun mau juga!!

    ReplyDelete
  4. Wahabi detected

    ReplyDelete
  5. Setahu aku riak ini antara tuan punya badan dengan Allah sahaja yg tau....macam sedekah tak kira sedekah sembunyi ker atau sedekah guna cek besar kedabak ke hanya Allah sahaja tahu.... indikator riak itu utk diri sendiri yang ukur bukan kita menghukum orang lain itu riak atau tidak.....sebab tu yang pakar bab akhlak dan penyucian jiwa itu ulamak tasawuf psl pakar serba - serbi bukan orang ulamak feqah....Huraian Dr Maza hanya bersifat general atau x menghukum si polan itu tersasar jauh dari matlamat yg sebenar....cuma dalam nikmat itu ada yang boleh di kongsi kerana ada manfaat, ada yang bersifat ujian kena lebih byk bersyukur dan ada yang membawa fasiq dan kufur....ada juga nikmat boleh bawa fitnah dan mudarat jika diheboh atau dikongsi contohnya si miskin terima hadiah dari tuannya hadiah jam tangan tgn mahal dikhalayak ramai ....Bg aku ustaz nih menyembunyikan nikmat itu lebih baik dari dikongsi kalau nak kongsi pun pada sekitar rakannya shj sebagai penambah semangat......sedangkan kita cakap ada 20 ekar tanah /atau rm500juta pun ada juga orang sangsi walaupun dari rezeki yg halal inikan pula dapat nikmat mimpi jumpa Nabi......

    ReplyDelete
  6. omak kao kalau mimpi sama khalid baru best. faekah tentu cumburu... mokhtar apa tadi? snake or arsenik?

    ReplyDelete
  7. Bagi saya orang2 macam ini adalah dari golang Habr sebaimana yang di Firmankan dalam al-Quran:-
    Sila rujuk; Surah Al-Maidah (5:44) & (5:63) dan Surah At-Taubat (9:31) & (9:34) untuk mendapat kefahamnya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...