Wednesday, 24 June 2015
WANITA DI PAKSA PAKAI TUALA MELAWAT PESAKIT ... PENGARAH HOSPITAL SUNGAI BULOH MOHON MAAF.
Hospital Sungai Buloh tampil memohon maaf berhubung insiden seorang gadis yang mendakwa terpaksa meminjam kain tuala pesakit untuk melawat pesakit di hospital berkenaan beberapa hari lalu.
Pengarahnya, Dr Khalid Ibrahim berkata, pihaknya memohon maaf kepada mangsa yang dikenali sebagai Nisha dan menegaskan bahawa pihak hospital tidak menghalang mana-mana pelawat memasuki bangunan berkenaan hanya kerana pakaian.
“Bagaimanapun, kami menggalakkan orang ramai datang melawat tetapi kami minta semua pelawat mematuhi garis panduan yang penting untuk memastikan kesejahteraan pesakit.
“Pelawat dikehendaki memakai pakaian yang sesuai ketika memasuki hospital untuk keselesaan dan menghormati pesakit,” katanya.
Melalui kenyataannya menerusi laman Facebook, Dr Khalid turut menjelaskan mengenai aduan yang dibuat Nisha berhubung tindakan seorang pengawal keselamatan yang memaksanya memakai tuala mandi.
Jelas Dr Khalid, pihaknya tidak pernah mengarahkan pegawal keselamatan untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun beliau berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan.
“Bagaimanapun, anggota keselamatan tidak diarahkan untuk menghentikan pelawat daripada memasuki wad kerana kami memahami bahawa ia waktu yang mencabar apabila seseorang yang mereka sayang dimasukkan ke hospital.
“Kami akan menyiasat aduan itu dengan budi bicara daripada anggota keselamatan dan mencadangkan tindakan wajar untuk memberikan gambaran positif kepada pesakit dan pelawat,” ujarnya.
Sebelum ini, seorang pengguna Facebook bernama Nisha Daddygal, memuat naik gambarnya mengenakan tuala kuning dari pinggang ke bawah di laman Facebook miliknya.
Gambar terbabit dengan kapsyen berbunyi ‘Terpaksa pinjam tuala pesakit untuk melawat pesakit’ itu kini tersebar di media sosial sejak diposkan oleh Nisha beberapa hari lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Tak boleh ke kita ikut garis panduan yang ada..tak kira la hospital ke, jabatan kerajaan lain ke atau di mana ke... susah sangat ke? Atau kita memang tidak suka dengan garis panduan ini atas dasar kita bebas buat apa saja? Atau memang kita sengaja mengambil peluang untuk mengapi-apikan orang utk memburukkan garis panduan ini?
ReplyDeleteKALAU DIBAWA TIANG LAMPU DAN DIPAKAIKAN SKIRT, UMNO TETAP BERNAFSU! KAH! KAH! KAH! KAH! TIANG PUN TIANGLAH ASAL BOLEH BANTAI! KAH! KAH! KAH! KAH!
ReplyDeleteHaish! korang jangan bantai tiang lampu isyarat depan rumah aku ye! Nanti ramai yang accident tengok korang buat kerja merapu kat tiang tu! kah! kah! kah! kah!
DeletePERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR