Thursday 18 June 2015
KAPAL TANGKI YANG HILANG DIKESAN DI PERAIRAN KEMBOJA DENGAN NAMA DAN CAT BARU.
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu telah berjaya dikesan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, kapal berkenaan berada di perairan Kemboja dan telah ditukar nama dan catnya.
Kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.
Ketika hilang, Kapal MT Orkim Harmony membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta.
Kali terakhir ia dikesan pada malam Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Alhamdulillah..jumpa jugak
ReplyDeleteKalau mcm tu kembojalah penyamunnya.....
ReplyDeleteLanun tak cat kapal...gila boleh sempat cat tu.
ReplyDeleteSokong mana sempat minggu atau bulan kena ada dry docks untuk mengecat kapal. Tanker besar
ReplyDeleteMH370 punya besar hilang ghaib termasuk anak kapal dan penumpangnya sekali tak tahu di mana berada, ini kapal tanki pula hilang siap dicat lagi.....dulu pernah kapal dagang diperairan kita juga dirompak lanun yang memindahkan bertan minyak juga tidak dapat dikesan penguatkuasa.........jangan bagi alasan laut kita terlalu luas kejadian bukan berlaku di perairan antarabangsa ini jelas menunjukkan kelemahan penguatkuasaan dan rondaan kita malah sistem pertahanan kita yang mudah dibolos dan rapuh.......kalau tidak masakan pencerobohan lahad datu dan pendatang mynmar tidak dapat dihidu.....tidak pelik sebab aset pertahanan dah uzur tak secanggih jet eksekutif mungkin
ReplyDeletebiasanya syarikat perkapalan akan guna pkhd inmarsat untuk pkhd kommunikasi mereka. Pihak berkuasa Malaysia boleh detect dengan pihak Inmarsat kalu hendak...something not right. Tambahan lagi macamana pihak TLDM boleh katakan kapal dicat? Kenapa tak intercept cepat cepat.......??????????
ReplyDeleteTanker hilang pun tentera udara australia yg jumpa. harap APMM dan TLDM alamat jd MH370 la tanker tu..Nak cat kapal yang setinggi 9 tingkat kena masuk dry dock dan cukup ke 5 hari????Lanun pulak tu yg buat...Laksamana APMM cakap alat pengesan dimatikan....ingat alat pengesan tu cam remote kereta ke???? tekan terus bukan atau tutup....kipidap Laksamana reka bukan-bukan...
ReplyDelete