Thursday, 11 April 2013

KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR KL DILANDA BANJIR KILAT PETANG TADI.... TEROWONG SMART RM2BILLION DIKATAKAN GAGAL BERTINDAK SMART!!!!!


Objektif utama terowong SMART bernilai RM2billion ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.

Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan UMNO/BN, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).

Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang tadi 10hb April 2013, menyebabkan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat yang teruk   

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.
  
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.
  
"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan,"

Jelas sekali pembinaan terowong SMART bernilai RM2billion masih gagal untuk menyelesaikan masalah banbjir kilat sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini mengepa perlunya kerajaan membelanjakan sebegitu besar untuk pembianaa terowong SMART.

Wang habis tapi penyelesaiannya tiada.

Lihat saja koleksi rakaman gambar diatas betapa teruknya Kuala Lumpur dilanda banjir kilat sampaikan ada kereta tenggelam macam kapal selam.

Nampaknya Kerajaan UMNO/BN tidak mampu untuk menyelesaikan masalah banjir kilat ini walaupun sudah diberi mandat dan amanah oleh rakyat selama lebih 56 tahun.

Amat wajar parti pemerintah ditukar.. PRU adalah peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan.. Turunkan BN diPutrajaya dan digantikan dengan PR!!!!

69 comments:

  1. Jalan teruk kat selangor pun x reti nak handle... nak handle negara konon.... blah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan terbahagi kepada beberapa kategori. Ada Lebuhraya, ada jalan Persekutuan, ada jalan Negeri dan ada Jalan kampung. Lebuhraya dan Jalan Persekutuan adalah dibawah TANGGUNG JAWAB Kerajaan Persekutuan. Jalan Negeri dan Jalan Kampung adalah dibawah bidang Kerajaan negeri. Jadi siapa yang tak tahu nak handle jalan kat Selangor tu tengok-tengoklah jalan yg mana satu dan siapakah yang tidak BERTANGGUNGJAWAB.

      Delete
    2. komen macai yg bodoh

      Delete
    3. really? so apa plan PR nak atasi masalah trowong smart, kalau kat selangor sndri (cth kat tempat saya kota dsara) baru 15 minit hujan, air dan paras betis.

      Dah penat dah mngadu kat majlis,tapi dah 2 tahun dok sini, sama je. Sampah dalam longkang tersumbat tu ada yg dah berusia 2-4 tahun pon~

      Delete
    4. betul betul kat kelantan pun tetiap tahun banjir. tetiap tahun kena cuci. pasal banjir pun nak dipolitikan.

      Delete
    5. ape masalahnya terowong smart? yang masalahnye bukan trowong tp sampah2 kt KL yg berlambak kt longkang2 tu tak diselesaikan oleh DBKL...bukannye selangor...

      Delete
    6. yess betul kata you Wawashauqi.....apa si haprak PKR tu buat kat selangor....satu pun tak di tunaikan...PORAHHHHHH he he he

      Delete
    7. kepada cik wawa, ape plan PR? saye pun tak tahu pasal depa pun tak bagitahu kita yg dibawah ni cara2 penyelesaiannya...tapi kalau nak tahu jugak, ape kate cik wawa undi PR dan menangkan mereka dalam pilihanraya, Insya Allah pasti akan ada penyelesaiannya. Contoh terbaik di pulau pinang dan selangor, ekonomi meningkat naik dan simpanan tunai bertambah, jauh mengatasi analisis pakar2 ekonomi BN yg mengatakan negeri2 ditadbir pakatan akan bankrap. Sekian.

      Delete
    8. Negara orang?kahkah

      Delete
    9. sebab kalau seseorang itu pirihatin akan alam sekitar ciptaan allah jangan buang sampah merata contoh kita lihat singapore ada dengar macam ini ke? persoalannya malaysia ini terlalu banyak sangat rakyatnya pengotor , jangan lah nak nunding jari saja islam mengajar kebersihan itu termasuk dalam iman .pada pencacai tepuk dada tanya iman kalau iman itu kotor maka bumi ini di penuhi oleh mahluk pengotor

      Delete
    10. kat kuantan pon selalu banjir..ni mesti keje anwar ni..hahahah..najib mesti tengah gentel telur tu

      Delete
  2. rugi je buat terowong,baik duit tu bela lembu ke beli kondo ke,lagi untung anak beranak..

    ReplyDelete
  3. Takde hujah nak jawab pasal terowong harga 2 bilion yang kononnya boleh menyelesaikan masalah banjir di Kuala Lumpur, cakap pulak pasal jalan kat selangor.kau ingat duit 2 bilion itu duit bapak pemimpin BN atau duit bapak kau punya ke?

    ReplyDelete
  4. tuan, tolong linkkan blog saya pada pautan blog tuan boleh? terima kasih ya atas kerjasama :) http://nikhafizul.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Kuasa ALLAH semua ni. Jangan la tuding menuding, tuduh menuduh... Kalau Pakatan Rakyat memerintah pon same jugak, kalau ALLAH dah takdirkan nak banjir, banjir laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss tepat sekali....aku setuju benar....

      Delete
    2. Tu yg saya nak bitau td...bnjir pon nak libatkan politik ke... waras sket la fikiran tu...

      Delete
    3. mmg semua nak dipolitikkan...tapi apa guna sibuk sgt berpolitik siang mlm pagi ptg....dok sibuk cari salah sapa!!! POLITIK SEMUA KOTOR!!! PKR - GILA SEX, UMNO - GILA DUIT, PAS - LAGI TERUK..POLITIKKAN AGAMA, so kesimpulannya..yg bergaduh semua MELAYU!!! kaum lain?? ketawakan melayu!!! tu pun dok buta lagi!! hakikatnya...kita semua umat Islam....Allah menilai solat,puasa,kebaikan,etc & bukan parti mana yg kita pangkah!!!

      Delete
    4. betul tu i setuju dengan u.. buat demontrasi pon melayu... gaduh sana gaduh sini pon melayu... hina sana hina sini pon melayu... ish3.... pelik manusia ni...

      Delete
  6. CIH buat hero tulih pong pang tp pakai helmet. Fool

    ReplyDelete
  7. Kelantan banjir menteri umno salahkn kerajaan negeri. Kn batang hidung sendiri baru sebut kuasa allah. Munafiq umno...

    ReplyDelete
  8. Innalillah wainna iLlah hirrajioun,
    Takziah kepada yang kena musibah, lihat secara pesotif ini ialah peringatan kepada semua kita merancang Allah menetukan.
    Tokwan ingat lagi mhi tv3 beberapa tahun lalu pengarah JPS ketika itu (sebelum perasmian) berkata dengan adanya terowong smart itu banjir di KL ' is thing of the past'. Tokwan ada call rancangan tu mengingatkan itulah harapan tapi jangan terlalu yakin dengan usaha kita hingga kita lupa usaha dan rencana Allah, tus talian terputus.....
    Kini banjir kurang berlaku tetapi bila berlaku dahsyat sangat kemusnahannya, kwan tokwan baru 1 minggu beli kereta.... dah jadi kapalselam.....
    NASIHAT tokwan apa juga usaha kita jangan sampai kita terjerumus dalam takbur dan lupa Allah, ingat peperangan Hunain........ berhati-hati pada 05/05/13.

    Tokwan Perak.


    ReplyDelete
  9. Niat dulu nak elak banjir, lepas tu Rasa pulus masuk, tukar pada perniagaan, projek smart sepatutnya hampir 90% budget untuk elak banjir dan buat sistem pemparitan moden, tapi dah pikir untung tukar projek tol. Jadi hampir saparuh digunakan untuk buat jalan raya bertol tu yang semak tu.

    ReplyDelete
  10. Dunia hanya pinjaman dan kita hanya dipinjamkan allah sementara saja kat dunia ni...jadi x yahlah nak tamak2 nak penohkan air kat selangor/kl ni...ha kan dah melimpah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...wa setuju....kat pahang tak dak air...buat pekak dan bodo jer UMNO/BN......jom kita jual air yg melimpah nie kepahang......okey tak.....hihihihihihi

      Delete
  11. Kerajaan Pusat Barisan Nazi-onal cakap Kuala Lumpur dan Selangor mengalami masalah kekurangan air akibat tadahan kurang? Kepala Bapak Koranglah!

    ReplyDelete
  12. Setiap kali ke kuala lumpur bila hujan turun waktu petang, uncle akan cepat2 habiskan kerja dan terus balik sambil berdoa jgnlah jalanraya bertukar menjadi lautan.. Masyallah. Mmg benarlah, jika pemimpin tidak merasai penderitaan rakyat mana mungkin pemimpin akan lakukan apa yg rakyat mahukan. Wallahualam.

    ReplyDelete
  13. moral of the story kalo ujan je abis keje tros balik jgn nak gatal2 buat ot or nak lepak2...if not lepak la dlm kete nnt..

    ReplyDelete
  14. patutlah perjanjian usahasama MMC dgn syarikat kat ARAB SAUDI dibatalkan.....berbilion-bilon punya projek tu....

    ReplyDelete
  15. Musibah datang dari Allah. Sekiranya project 100 billion sekalipun Allah lebih berkuasa dan mampu meranapkan semua tempat dalam sekelip mata. Jangan kita menunding jari pada pihak itu ini. Kita semua mampu merancang, membina dan melaksana tapi kalau dah Allah turunkan malapetaka kita hanya berdoa moga semuanya selamat. Aku bukan dari parti mana2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas nie kita mohon doa supaya Allah ranapkan parti syaitan dikenali UMNO/BN sbb dah jadi sarang penjenayah........

      Delete
  16. Kalau PR memerintah blh jamin ke banjir blh di atasi. Menulis tu biarlah berpada jgnlah buat ulasan seolah2 PR tu hebat tahap dewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea betul matspring. Bercakap memang mudah apatah menunding jari mencari kesalahan. Aku meluat betul kalau orang2 obses dgn parti2 ni tak kira la BN atau PKR. Nak obses berpada2 menyembah pada yang satu.

      Delete
  17. Ini sebenarnya bala. Bala yang dibuat oleh Pemimpin (Umporno).

    Apa yang mereka tak buat???

    Menipu. Rasuah. Salah guna kuasa dan banyak lagi yang Umporno buat.

    Dan yang paling besar sekali ialah Dosa Memfitnah. Tiap-tiap hari. Tanpa jemu.

    Macam mana bala tak turun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala malapetaka turun urusan Allah bukan hanya untuk golongan tertentu. Jangan andaikan yea saudara.

      Delete
    2. azrul, masalahnye sekarang bukan pasakl ketentuan Allah ke ape ke...tapi kos projek yang memakan berbilion ringgit...duit rakyat bukan duit depa...tapi hasilnya illekk poci...takde ape yg dibanggakan dengan trowong yang mcm lobang hidung mahadey besarnye tu...kalau masalah banjir takat tu jugak..tak selesai2...bukan sekali dua...berpuluh2 kali dah...malulah kt pelancong asing dtg mari KL, eleh2 banjir...apa pun tak boleh...

      Delete
    3. bodohnye anon atas ni, ko igt kl jer banjir?? abis luar negeri tu x pernah banjir ker??? poyo je lebeyyy

      Delete
    4. yg pegi kisahkan luar negeri tu buat apa...buang yg keroh ambil yg jernih...yng baik dijadi panduan, yg buruk dijadi tauladan...cubelah atasi masalah banjir ni dulu sebelum berangan lebih jauh...

      Delete
    5. cuba kaji betul-betul..siapa yg buat porno,siapa bapak segala rasuah,siapa pembohong dan siapakah sebenarnya pengkianat negara.kalau tak tau buat kajian cuba bangun malam sembahyang sunat istikharah mohon supaya Allah tunjukkan...ini tidak asyik nak buat fitnah tanpa bukti hanya dengar kata dari mulut ke mulut lepas tu cuba nak fitnah seseorang pemimpin dan buat tebalik kot,padahal siapa pembuat fitnah sebenarnya...please berdoa lah mohon petunjuk...jangan suka buat fitnah.

      Delete
  18. Macamlah bila Pukitan Rakyat memerintah banjir takkan berlaku, bodoh punya article dan juga bodoh kepada pencacai PR tak reti guna otak sebelum komen. Tu pasal bangsa asing buat joke "antara otak orang Cina, India dan Melayu otak orang Melayulah harganya paling mahal sebab kurang digunakan."

    ReplyDelete
    Replies
    1. termasuklah ekau...wakakaka...kat sini orang tak cakap pun kalau pakatan rakyat perintah banjir boleh dielakkan sepenuhnya, cuma MASALAH terasnya adalah kos projek terowong tak smart tu bodh...otak kau mmg jarang2 sekali digunakan...sebab tu lah bodoh mengalahkan lembu...pasrah bila dengar projek berbilion tapi hasil ilek poci...standard pemikiran negara2 mundur...cubelah gunakan akal siket...projek sampai berbilion, konon2 nya untuk mengelakkan masalah banjir...bukan sekali dua, dah berpuluh2 kali masalah banjir kt Kolumpo ni...asal hujan lebat je banjir...asal banjir je hujan lebat...hahahaha...

      Delete
  19. Ek elllehhh....nak salahkan BN pulak...Salahkan dirii sendiri dulu...Buang sampah suka ati..longkang tersumbat..mcm mana air nak mengalir..sekurang2nya kerajaan buat inisiatif buat projek tebatan banjir..kalau kuasa Allah turunkan hujan luar biasa ko nak ckp aper? Nak salahkan Allah pulak...Chegu Bardigol betul macai PR nie..sembah lg Anu War tue...Stupid Macai Pakatan Ranjang...

    ReplyDelete
  20. masalah ini tak akan selesai selagi yang menguasai kerajaan hanya berminat merebut projek2 atas nama pembangunan ....

    ramai yang salah faham tentang smart tunnel, sebenarnya smart tunnel itu .... itu ... itu ... hanyalah ... satu .... ha, ha, ha, ha .... (^_^)

    http://wp.me/pGIva-LD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smart Tunnel tu bermakna Smart Poket. Tapi, poket siapa? Siapa lagi, mestilah poket si perompak2 dari UMNO/BN lah.

      Delete
  21. "Kalau maksiat berleluasa, nantikan bala allah" BN banyak buat onar, maka inilah salah satu balanya.. buat manusia yg beriman dgn allah, ini adalah ujiannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul..setuju...maksiat berleluasa..mmg turun bala Tuhan..setuju sesangat...tapi yg buat maksiat terpulang pada individu..bkn pada BN!! klu BN letak 1 gelen arak free depan pintu lrt...ada ke org islam yg waras iman tu nk minum...apa yg kes pecah rumah, merompak tu semua kj org BN ?? aku rasa byk nya Indon yg wat kj...bala turun sbb masing2 punya dosa...ni aku nk tanya klu PKR yg konon bagus tu memerintah...segala disko..pub..casino kat genting tu mmg tutup ke??? mmg blh amalkan sistem pemerintahan bersih ke?? apa nnt bila projek masuk..takda ke sedara mara anwar..rafizi..dtg menghimpit!!! choiiiii...lgsg aku tak caya...selagi namanya manusia....

      Delete
  22. Bila ada banjir kilat... kepala2 ngong akan kata ".. inilah akibat pemerintahan BN, Allah turunkan bala..", hoi sedara.. "part korang bersekongkol dengan ejen2 yahudi nak guna kalimah Allah kat gereja.... ular-mak korang hina kekasih Allah sebagai budak kampung dan dipandang Allah hanya ketika usia Baginda 40 tahun... korang menjunjung pemimpin berjiwa biseksual, terbukti meliwat dan menyondol ... korang izinkan bacaan ayat2 suci Al-Quran sebelum subuh di P Pinang didiamkan ... ular-mak korang berlagak bagai Tuhan ... menghukum solat, pahala dan Syurga.., apa korang ingat Allah tak murka ??? ''...

    ReplyDelete
  23. Macai always use the same issue. Typical macai. Musibah ni dtg dr Allah. Jgn kate pojek 2 billion, project yg 1 Trillion pun bole gagal jika Allah yg menentukannya.

    ReplyDelete
  24. Nak buat macam mana hati engkau sudah keras lebih dari batu. Itu yang tak nampak apa yang orang kata.

    Orang cakap lain. Lain yang engkau faham.

    Allah memberi pertunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

    Dan Allah sesatkan sesiapa yang Dia kehendaki.

    Aku nak pertunjuk (Taufik dan Hidayah) dari Allah.

    Kata mengata kat orang yang tidak sabit kesalahan, aku tak mau la.

    Bagi sesiapa yang tak takut kemurkaan Allah, teruskanlah usaha laknat engkau tu.

    Nanti dalam neraka, malaikat akan belai engkau-engkau dengan api neraka.

    API......tak takut ke??????

    ReplyDelete
  25. kita bleh merancang tp semuanya ketentuan Allah...jangan lah kita salah menyalahi atau politikan isu ini...yg penting atasi masalah ini. tp harus kita ingat projek berbilion pun x dpt mengatasi kekuasaan Allah. klu Allah nak bg banjir tetap juga banjir...

    ReplyDelete
  26. Hmm..penulis blg ni dr Thailand? Patutlaa...dh kat sana x aman..nak kacau malaysia plak ke? cam hampeh jek...

    ReplyDelete
  27. semuanya tlh ditentukn olehNYA tak kira PAS,BN,

    ReplyDelete
  28. Korang yang kutuk pasal projek SMART ni ade pernah melawat Pusat Kawalan SMART kat Jalan Berembang untuk mendapat maklumat sebenar apa yang Berlaku? Atau merujuk blog-blog politik je terus buat statement
    Try contact :
    SMART Control Centre,
    Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
    (Department of Irrigation and Drainage),
    Jalan Berembang, Off KM5 Jalan Ampang,
    55000 Kuala Lumpur, Malaysia
    Tel: +60 3 42576853 / 6859 / 6891
    Fax: +60 3 42576931

    Tak kira macai atau penyokong politik BN atau PR , kalau buat fitnah adalah berdosa tak kira siapa..
    dapatkan makluman sebenar dari mereka yang bertugas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Hujan yg turun semlm bukannya terus mengalir ke dalam terowong SMART.. Ia akan mengalir terlebih dahulu ke beberapa kawasan takungan.. Jika perjalanan utk ke kawasan takungan ini terganggu, banjir la jawabnya.. Ramai yg masih belum faham fungsi SMART.. Makanya, banyakkanlah membaca.. Hanya yg mempelajari bidang kejuruteraan yg faham akan fungsi SMART.. Sekian

      Delete
  29. MasyaAllah, penulis artikel ini tidak mahu bersyukur dengan apa yang telah ada.

    Terowong tersebut telah mengurangkan jem yang teruk setiap hari. Kalau kena tutup pembersihan maka jem lah Kuala Lumpur.

    Banjir semalam telah surut sekitar jam 10.00 malam. Maknanya banjir dan hujan lebat berterusan hanya dalam 4 jam sahaja. Itu adalah satu sangat baik.

    Saya rasa kalau tak ada Terowang sampai pagi ini belum surut lagi. Cubalah bersyukur dengan apa yang ada.

    Tahniah Kerajaan Pimpinan BN kerana telah memudahkan rakyat dengan adanya Terowong Tersebut.

    Mohon teruskan MENYOKONG BN.

    ReplyDelete
  30. ape daa..ingat kita gaduh2 kat sini banjir ni boleh selesai ke? apa kata daripada duk gaduh2, blame sana blame sini, baik kita semua bincang regardless BN ke PR ke cari jalan selesaikan masalah. Selagi duk tuduh2, sampai bila masalah takkan selesai.

    ReplyDelete
  31. Peringatan daripada Allah tu... Pakat renung-2 sekejap apa sbb ujian itu dikenakan oleh Allah.

    ReplyDelete
  32. ni namanya bala dari ALLAH SWT...xyah nk salahkan sape2.

    ReplyDelete
  33. cuba kaji betul-betul..siapa yg buat porno,siapa bapak segala rasuah,siapa pembohong dan siapakah sebenarnya pengkianat negara.kalau tak tau buat kajian cuba bangun malam sembahyang sunat istikharah mohon supaya Allah tunjukkan...ini tidak asyik nak buat fitnah tanpa bukti hanya dengar kata dari mulut ke mulut lepas tu cuba nak fitnah seseorang pemimpin dan buat tebalik kot,padahal siapa pembuat fitnah sebenarnya...please berdoa lah mohon petunjuk...jangan suka buat fitnah.

    ReplyDelete
  34. Banjir tu adalah penyucian bandaraya kl dr dosa2 penduduknya yg bnyak buat maksiat dan mempermainkan islam.jadi Allah memberikan banjir bg membasuh kotor yg kerajaan umno buat sebelum kerajaan baru ambil alih selepas 5 mei..insyaallah dgn kerajaan baru yg penuh barakah,moga2 Allah akan pelihara bandar kl..sebab apa?..sebabnya maksiat akan brkurangan..tiada lg funtion maksiat mcm umno buat..moga negara kita akn lebih sejahtera dibwh kerajaan baru..

    ReplyDelete
  35. macam ada gambar sama je dgn banjir yg lepas-lepas....

    ReplyDelete
  36. Kalau undi PR xkan dapat menjamin yg Malaysia selamat dari banjir. Ni bukan soal politik. Aku undi PR pon xguna sebab tengok kat selangor,jalan teruk,pusat judi mcm cendawan tumbuh,bangla indon meniaga guna lesen pinjam. So apa tindakan PR???Apa dah jadi dengan undang-undang?Mana pemimpin yang spatutnya pantau?Tak telus. Mnyesal undi PR.

    ReplyDelete
  37. kalau dh hujan lebat kaw2, ad 10 smart tunnel pon x leh nk halang banjir bodooo... Kelantan yg tiap ujung taun konfem banjir tu xnk cte lak... coz kt sne mmg xde effort langsung nk majukan negeri...

    ReplyDelete
  38. cuba kaji betul-betul..siapa yg buat porno,siapa bapak segala rasuah,siapa pembohong dan siapakah sebenarnya pengkianat negara.kalau tak tau buat kajian cuba bangun malam sembahyang sunat istikharah mohon supaya Allah tunjukkan...ini tidak asyik nak buat fitnah tanpa bukti hanya dengar kata dari mulut ke mulut lepas tu cuba nak fitnah seseorang pemimpin dan buat tebalik kot,padahal siapa pembuat fitnah sebenarnya...please berdoa lah mohon petunjuk...jangan suka buat fitnah.

    ReplyDelete
  39. apa yang terjadi ada hikmahnya

    ReplyDelete
  40. bukan mahadir cakap ke ..siap trowong smrt warga kl tak tgok bnjir kat kl....

    ReplyDelete
  41. Ada terowong pun banjir. Bayangkan kalau tak ada. Dah dasar pembangkang akan bangkang hingga kiamat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...