Saturday, 6 April 2013

PARLIMEN BATU PAHAT KEKAL DITANGAN UMNO/BN??????....CERAMAH ANJURAN DAP/PR DIBATU PAHAT, JOHOR MALAM INI CUKUP-CUKUP HAMBAR....TAK SAMPAI 20 ORANG HADIR!!!!!!!

Pergh!!!! Nampaknya benar sekali apabila para pemimpin MCA dan Gerakan berkata yang kaum Tionghuia sudah kembali menyokong BN selepas terpegun, tersilau dan kagum dengan gaya kepimpinan yang dibawa Najib Razak.

Sudah pasti Ahli Parlimennya kini
Dr. Mohd Puad Zarkashi yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat merangkap Timbalan Menteri Pelajaran,akan tersenyum lebar melihat rakaman gambar-gambar diatas.

Maunya tidak beb!!!!..Langsung tiada orang yang datang...rakyat Batu Pahat berdiri teguh dibelakang UMNO/BN??????
BR1M, BL1M, diskaun RM200 untuk talipon pintar, Bantuan Persekolahan awal RM100 sudah cukup untuk membeli hati dan jiwa rakyat dari kaum Tionghua menyokong dan mengundi UMNO/BN.

Ceramah anjuran DAP malam tadi di Batu Pahat, Johor tak sampai 20 orang yang hadir beb!!!!

Psstt...terpaksa bodek MCA/BN sebab para pemimpinnya jenis tidak boleh menerima kenyataan yang MCA akan ditolak secara total pada PRU 13 nanti.. TOTAL LOST!!!!..

Rakyat yang berakal dan berfikiran waras sudah tentu akui betapa MCA/Gerakan sudah tidak relevan lagi kepada masyarakat Tionghua dinegara ini.


94 comments:

  1. Tak payah pembohonglah, sedarlah bahawa para pekerja tol, pekerja proton dan perodua serta pengusaha dan pekerja kedai kereta terpakai sangat marah dengan menifesto Pakatan Rakyat yang bukan setakat nak tabur pasir dalam periuk nasi mereka, tapi Pakatan Rakyat sudah hendak mengebom periuk nasi mereka.

    Sila jawab persoalan ini jika beranilah, kalau penakut, gerenti tak berani jawab.

    Untuk dijawab oleh macai-macai Pakatan Rakyat:

    1. Penghapusan tol.

    Bagaimanakah dengan masa depan pekerjaan beribu-ribu pekerja tol di negara ini? Siapa yang akan tanggung makan minum mereka selepas mereka diberhentikan kerja kerana tol di lebuhraya di mansuhkan?

    2. Pendidikan percuma.

    Apakah keuntungan kepada negara apabila pelajar yang main-main dalam pengajian di universiti hingga gagal dan dibuang dari kolej atau di universiti?

    Lihatlah kos pengajian untuk Diploma of Instrumentation and Control Engineering di Curtin Universiti Cawangan Sarawak adalah lebih RM 31,000.00, kalau tempoh 3 tahun, setahun sudah lebih RM 10,000.00, kalau setakat tahun kedua kena buang universiti, maka kerajaan sudah rugi RM 20,000.00, apa untungnya negara keadaan ini?

    Itu baru kos untuk diploma, kalau ijazah pula, di UNITEN kos untuk ijazah adalah lebih RM 55,000.00, selalunya untuk empat tahun. Setahun kos lebih RM 13,000.00 kalau di tahun ketiga sudah gagal dalam pengajian kerana sibuk berpolitik macam Adam Adli dan Khalid Ismath, kerajaan sudah rugi RM 39,000.00. Apa untungnya negara keadaan ini?

    3. Pengagihan tanah Felda Plantation kepada generasi kedua dan pesara tentera.

    Tanah Felda Plantation ada lebih kurang 350,000 hektar. Jumlah generasi kedua sahaja pun lebih kurang 1 juta orang, pesara tentera saja sudah beratus ribu orang. Ambil purata jumlah generasi kedua Felda dan pesara tentera adalah 1.5 juta orang, dibahagikan tanah seluas 350,000 hektar, setiap orang hanya dapat lebih sedikit 0.2 hektar atau lebih sedikit 0.5 ekar, adakah ini ekonomik untuk dimajukan sebagai kebun sawit atau getah?

    Malahan hampir 50% tanah Felda Plantation berada di Sabah, sedangkan lebih kurang 70% generasi kedua Felda berada di Semenanjung, apakah adil untuk generasi kedua Felda di Semenanjung diberikan tanah Felda Plantations di Sabah sedangkan penduduk Sabah yang lain tak memperolehinya?

    Apakah rasionalnya hanya generasi kedua sahaja yang dapat, bagaimanakah dengan generasi ketiga? Di kawasan Felda seperti Lurah Bilut yang dibuka pertengahan dekat 1950an, di Kampung Awah di gugusan Jengka yang dibuka pada awal tahun 1960an, sudah ada generasi ketiga dan keempat, bagaimana dengan mereka ini, jika dicampurkan dengan mereka, maka jumlah mungkin hampir 2 juta orang. Kemudian bagaimana dengan pesara polis, mereka juga berjuang untuk keselamatan negara? Malahan pesara Felda sendiri yang bertungkus lumus memajukan Felda, apakah mereka ini tidak berguna pada pandangan Pakatan Rakyat? Pada hemat saya jika dicampurkan semua yang terlibat, mungkin mencecah 3 juta orang. Di manakah rasioanalnya mengagihkan 350,000 hektar tanah Felda Plantation kepada 3 juta orang yang mana setiap orang hanya dapat lebih sedikit 0.11 hektar sahaja, nak buat kegiatan ekonomi apa atas tanah seluas itu?

    Sila Pakatan Rakyat jawab pertanyaan ini untuk penjelasan rakyat samada menifesto PRU 13 Pakatan Rakyat ini untuk bantu rakyat atau sekadar nak menipu rakyat semata-mata?

    Tetapi apa yang jelas adalah

    Barisan Nasional: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Sebuah Janji Ditepati.

    Tetapi,

    Pakatan Rakyat : Menifesto Bukan Janji, Sekadar Nak Menipu Pengundi

    Oleh itu sedarlah rakyat Malaysia sekalian akan hakikat ini. Sekian, terima kasih.

    Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas cik mohd! Pasti pemimpin pr terkencing nk jawab analisis yg cik mohd buat. Sy pn fikir jg semua ni. So, sy lbh rela anak cucu sy berhutang utk belajar, biar la keta mahal, apa takut, br1m tu cukup utk bayar semua kos. Rm200 utk beli buku tu besar nilainya. Sy x kisah tarif letrik dn air naik sbb nk tlg syabas. Gj ceo dia berjuta xpa, sy bangga sbb dia melayu. Sy metempat pn takpa! Tanah kita tergadai kepada singapura di johor pn x pa, sbb kalu biar, jd hutan ja, duit x masyukk. Sy bangga lihat anak beranak menteri bw keta mahal sbb kalu x, kt xnmpak org melayu bw keta mahal kn! So pru ni sy akn pangkah pr sebagai luahan rasa marah terhadap pr! Tq cik mohd sbb sedarkn sy!

      Delete
    2. Awak sorang je dok kira pasal rugi. Org lain kira semuanya menguntungkan. Bodoh melayu tak nak berfikir. Matematik fail memanjang. Ekonomi malaysia siapa yg pegang? Kalau bukan msykt cina? Kerana apa? Kerana mereka pandai mengira, hitung, darab, bahagi dan tolak. Tolak apa? Tolak bn yg selama ni tak menguntungkan rakyat, hanya menguntungkan anak beranak, kwn2 dan saudara mara sj. Yg kaya bertambah kaya, yg miskin macam tu lah...mudah diperbodohkan. Nak ke terus diperbodohkan? Kalau nak...sokonglah dacing yg dah semakin senget dan berkarat tu.

      Delete
    3. Alamak ! Tak sempat saya nk jawab. Abg anonymous nie dh bagi jawapan yg cukup direct terkena batang hidung abg Muhammad. Adoiiii ! Ceteknye otak kau

      Delete
    4. cakap kat mamat nasionalis perosak bangsa ni jgn bawa isu yg sama dlm setiap komen. mcm x ada idea je ...klu pengetahuan tak seberapa jgn nak tunjuk pandai... memalukan.

      keza

      Delete
    5. mamak kutty dah kata "yang pandai masuk PAS yang cerdik masuk PKR dan yang bijak masuk DAP",,,,macam Mohamad ni kita nak letak dia kat ketogeri mana?.....pencacai bongok...dungu....bodoh..bahlul......tolong tambah kot2 hampa ada istilah lain

      Delete
    6. En Mohammad Penganalisi melayu MEMANG JENIS MAKHLUK BANGANG xleh nakberfikir...berfikir pun ikut macai2 yg dah memang busuk pwerut dan akal, yg duit negara ketirisan setiap thn berpuluh2 billion dia tak nampak, yg wang haram di bawa keluar m'sia rm 888 billion pun mata dia buta x nampak, lembu kondo rm 250 juta pun duia buat2 x nampak...berfikir lah secara rasional dan berilmiah jgn main hentam aje kamu ingat dlm PR tu semua bodoh2 ke mcm macai BN, semlm dlm manifesto BN najib nak turunkan hrg kete hingga 30% ciplak dari IDEA PR...yg takut hilang kuasa adalah pemimpin2 umeeno dan kroni2 nya sbb x dpt nak wat duit lg dah..BODOH ASIONALIS MELAYU..

      Delete
    7. pekerja tol kerja dikilang teknologi tinggi hasil pelaburan negara maju kenegara yang bebas rasuah
      2. semua andaian ..sapa kata mereka nak fail. kalau macamtu
      jangan bagi orang beranak di hospital kerajaan sebab kalau mati kerajaan rugi .. dah hidup sampai 17 tahun , kerajaan bagi sekooah rendah dan menengah free .. bayar gaji cikgu bayar buku .. lepas tu tak kerja hanya kerja 5 tahun sekali untuk pasang bendera bn. dan jadi mat rempit ..
      apa ni .. tak profesional langsung fikiran negatif. fikir lah yang positif ramai anak malaysia yang berjaya dan bekerja dengan baik . pelaburan kerajaan takkan rugi .
      3. sebab ramai sangat rakyat felda jangan bagi langsung ambil balik .. paraid sesama yang semua orang tahu siapa.
      rakyat dimalaysia ni ramai sangat ,ramai sangat usahawan jadi kita bagi saja kat syed moktar semua

      .kalau sayang rakyat bukan beri brim tapi beri kerja
      pelaburan dari negara maju . negara ni maju bukan dengan duit kerajaan tapi pelaburan swasta.kebanyakan bangunan di bandar adalah hak peribadi ,mereka yang labur bukan pelaburan kerajaan. proton yang maju pun bukan duit kerajaan tapi duit rakyat yang beli harga kereta dekat dua kali harga sebenar apa ni..

      Delete
    8. Memang la Tuhan jadikan manusia tak semua cerdik, ada yang cerdik menipu, ada yang cerdik jujur dan ada yang tak cerdik tapi mudah diatur. Tapi paling malang ialah kategori yang jenis bangang tak pandai berfikir.
      Cuba Cik Mat teliti fakta ini InsyAllah anda akan tahu kenapa kita beria2 nak ubah;

      1. Malaysia adalah negara kaya. 42% perolehan kerajaan datang dari minyak. Korea Jepun Taiwan Singapura dan Hong Kong yang tidak berminyak yang hanya bergantung kepada kecekapan pentadbiran negara sahaja tapi mereka jauh lebih maju dari kita. Yen, SGD, Won, HKD yang semuanya dulu sama atau lebih lemah dari kita, sekarang sudah beratus peratus lebih teguh dari kita. 1RM pada tahun 80an bersamaan 250 Yen tapi sekarang tinggal 30 Yen. Yang lain Cik Mat check sendiri kalau nak tau pemimpin kita ni cerdik ke penipu.

      2. Bina universiti habis beribu2 juta. bila graduan dah kerja bayar gaji berbilion ringgit, tapi apa sumbangan pada Malaysia. Kenapa masih impot daging, ikan tuna, sayur buah dan sebagainya. Belajar tinggi2 kalau graduannya hampeh, cuma pandai nak panas kerusi dalam bilik aircond saje tak kemananya kita nanti cik mat oii... Tak percaya cuba lihat di Institut Haiwan kan ada berapa banyak doktor di sana, pas tu tanya apa dia buat, dah banyak mana tuan2 ladang lembu yang dididiknya . . .

      3. 2004 hingga 2008 Petronas bagi balik pada kerajaan ratusan billion. Najib kata 80 billion nak selesai masaalah pengangkutan KL. Tapi apa yang kita lihat sekarang. Lebuhraya pantai timur berpuluh tahun tak siap pun. LRT kontot dan monorail kontot ada la mana nak selesai masaalah, projek 1 billion jadi 2 bilion sbb nak kena konsider poket umno tau pun ..., mana nak cukup. Nak tampal muka najib dalam komuter pun nak pakai duit jugak . . . Patutnya LRT boleh sampai kelang tapi sampai kelana jaya dah habis duit hasilnya jam sana jam sini, cuba lihat bandaraya London, Tokyo, Munich atau yang dekat Singapura. Mereka buat LRT selesai banyak masaalah tapi kita tambah banyak masaalah. Mana taknya orang Shah Alam nak naik LRT kontot kena berpusing2 satu jam baru jumpa Kelana Jaya. Nak redah lautan kereta di lebuhraya Persekutuan tak daya, NKVE pun dah tambah lekat, tol pun tak murah.

      4. Jangan la nak bangga ada airport cangih kalau pijak tangga kapal terbang pun tak pernah, Jangan la bangga ada menara kembar tertinggi di dunia kalau rumah sendiri pun nak roboh, jangan nak bangga kita ada berpuluh university kalau ratingnya menuju ke angka corot.

      5. Akan bertambahlah parah lah otak subsidi rakyat Malaysia bila RM1200 BR1M yang dijanjikan BN tahun depan jadi kenyataan. Kalau setakat tabur balik duit rakyat tak payah lah nak dabik dada . . . atok aku yang dah nyanyok pun tau buat.

      Delete
    9. Analisis drp nasionalis Melayu HAPRAK!!!!! Buang tong taik je. ABU, ABU, ABU, ABU, ABU, dan seterusnya juta2 kali ABU.

      Delete
  2. AKU KAT PALING BELAKANG SEKALI

    KALAU NAMPAK MAMAT HANDSOME TERHANGAT KAT BATU PAHAT BANDAR PENGGARAM, PAKAI HELMET HITAM, HONDA REPSOL BARU ANGKAT DARI KEDAI,ITULAH AKU

    INSYALLAH, BATU PAHAT TELAH BERUBAH UNTUK MENGUBAH DI PRU INI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah batu pahat dapat kt pkr!!

      Delete
  3. Banyak perkara dalam menifesto PRU 13 Pakatan Rakyat yang meragukan dan tidak munasabah, walaupun indah didengar, tapi hakikatnya, itu semua sekadar penipuan untuk mengelirukan masyarakat sahajalah.

    Dalam isu tol, tidak jelas bagaimanakah Pakatan Rakyat boleh menyelenggarakan lebuhraya yang perlu diselenggara secara berkala beberapa kali setahun, kos selenggaranya bukannya kecil seperti kos selenggara jalan raya di kampung, tetapi memerlukan kos yang besar kerana reka bentuk dan ketebalan turapan lebuhraya perlu mengikut sukatan yang ditetapkan kerana setiap hari, beribu-ribu kenderaan menggunakan laluan tersebut, malahan bebanan yang ditanggung oleh lebuhraya berjumlah berjuta-juta tan pada satu-satu masa. Dalam Buku Jingga, tiada perancangan jelas bagaimanakah penyelenggaraan ini akan dilaksanakan. Bukannya apa, jangan kerana kecuaian tidak selenggarakan mengikut jadual, maka nyawa ribuan pengguna lebuhraya itu pula menjadi mangsanya.

    Malahan dari segi para pekerja tol, bagaimanakah dengan mereka ini? Selepas penghapusan tol, maka terdapat ribuan pekerja tol, malahan akan lebih ramai jika dicampurkan dengan para keluarga mereka, bagaimanakah dengan masa depan mereka? Dalam Menifesto PRU 13 Pakatan Rakyat tidak menjelaskan apa yang akan dibuat untuk melindungi kebajikan para pekerja tol berkenaan?

    Perlu disedari bahawa jumlah mereka beribu-ribu orang termasuk para kerani, penyelia dan pegawai di pejabat di setiap hentian tol. Bagaimanakah Pakatan Rakyat hendak menangani masalah pekerjaan yang menjadi dilema para pekerja tol berkenaan selepas mereka diberhentikan kelak?

    Perlu ingat bahawa selama ini pekerja tol berkenaan mendapat gaji untuk menyara kehidupan harian mereka sekeluarga, ada yang membayar ansuran rumah, ansuran kereta, biaya anak sekolah, biaya bil air, elektrik dan lain-lainnya, bagaimanakah para pekerja tol yang kehilangan kerja akibat dasar Pakatan Rakyat ini dapat menjalani kehidupan mereka selepas mereka kehilangan kerja akibat dasar tolol Pakatan Rakyat ini?

    Sesungguhnya Pakatan Rakyat tiada peranangan jelas dalam setiap menifesto mereka untuk hadapi PRU 13 ini, mereka hanya menulis apa saja yang mereka rasa boleh mempesonakan masyarakat tanpa memikirkan kesan dan akibat kepada golongan yang terlibat dari percaturan buruk mereka itu.

    Lihatlah dalam isu tol ini, silalah semua pihak tanyakan sesiapa pun dalam pimpinan Pakatan Rakyat, sudah pasti mereka tidak punya kaedah untuk melindungan kebajikan para pekerja tol yang akan kehilangan kerja jika tol dimansuhkan.

    Perbuatan Pakatan Rakyat ini bukan setakat menabur pasir ke dalam periuk nasi para pekerja tol, malahan Pakatan Rakyat mahu mengebom periuk nasi para pekerja tol ini. Ini kerana jika tol di mansuhkan, para pekerja tol akan kehilangan kerja, jumlah mereka adalah ramai, bukannya sedikit, dengan persaingan memperolehi pekerjaan sekarang ini yang mencabar, tidak mustahil akan ada para pekerja tol yang akan merempat dan mengalami krisis kewangan dan boleh menyebabkan masalah keluarga kepada mereka kerana segala ansuran rumah dna kenderaan, malahan biaya anak sekolah, malahan paling penting, makan minum mereka selama ini macam mana hendak diselesaikan?

    Pakatan Rakyat: Menifesto Bukan Janji, Tapi Sekadar Nak Menipu Pengundi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Sedarlah rakyat Malaysia sekalian akan hakikat ini. Selepas ini, saya akan buat analisis mengenai isu pengangihan tanah Felda Plantations yang bejumlah 350,000 hektar kepada hampir 1 juta generasi kedua dan beratus ribu pesara tentera yang mana setiap penerima hanya akan terima kurang dari 1 ekar, tak tahulah apakah rasional pengangihan berkenaan, saya akan ulas esok, sila tunggu ulasan saya untuk penjelasan semua pihak nanti.

    Sekian, terima kasih.

    Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori bro, gua pernah buat research pasal tol ni. Maintenance dia sebenarnya hanyalah sekitar RM0.20-RM0.30 sahaja, untuk setiap hasil RM1 kutipan tol, Maintenance tinggi sebab dah "inflated" & tipu dekat account. kalau bro ingat, dulu ada syarikat yang nak takeover PLUS & highway2 satu malaysia ni dengan harga berbillion dollar. Tau kenapa? kerana bisnes tol ni lah paling menguntungkan. Sebab untung dia berpuluh billion. Pernah dengar istilah "cash cow" dalam business? Inilah contoh business "cash cow" . Bro pernah lalu tol batu tiga shah alam? Satu hari lebih dari satu juta kereta guna laluan federal highway KL-Klang. Turnover sebulan lebih RM30 juta. Setahun? Tak pernah pun gua nampak tiap2 hari ada maintenance dekat situ. Saya nasihatkan bro, pergi ke pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia, mintak perjanjian konsesi & baca & paham betul2 semua highway kat malaysia ni. Then baru kita boleh tgk u ni nasionalis ke tidak

      Delete
    2. si mohamad ni bukan tau apa...bangang je melantun2....apa igt pr tak pikir ke pasal penyelesaian ni semua....takkan nak terang semua dlm buku jingga...
      kalau bab felda plantation tu....xpayah la nak bising kalau bukan org felda....

      Delete
    3. En. Mohammad...berapa ramai pendatang asing kat negara kita ni...kalau tak silap saya dari indonesia saja dah lebih dari 2 juta....kenapa mereka2 ini yang diberikan kerja...kerana gaji mereka murah...salah satu janji pakatan ialah untuk mengkaji gaji minimum lebih dari 1200...jadi kita boleg mengantar pulang warga2 asing ni dah mereka akan meninggal kan peluang kerja yg sgt banyak...apa masaalahnya...lagipun yg buat maintenance highway ni pendatang2 ni juga....ke en. mohamad ni agen pendatang asing

      Delete
    4. Perjanjian tol antara kerajaan dan konsesi adalah perjanjian berat sebelah macam dacing sengget tu lah...keuntungan dijamin...kalau untung kurang naikkan harga tol..kalau kerajaan tak bagi naik kerajaan akan tampong secara subsidi...mana mai duit tu duit BN ke?

      Delete
    5. bro mohammad....ada la cara nanti yg PR nak buat....kalau tak dihapuskan langsung dapat kurang pun jadilah dari pada dok naik dan bayaq pampasan ja

      Delete
    6. pasal pekerja tol....cuba tengok kakitangan propel.....bangla yg ramai...mmg perlu ada kewangan yg kukuh utk menyelenggara tapi jgn la keuntungan yg terlampau lampau

      Delete
    7. Masalahnya sekarang ini adalah kos untuk selenggara lebuhraya itu besar, sangat besar, bagaimanakah hendak Pakatan Rakyat hendak uruskan perkara ini?

      Ini sudah tentu melibatkan dana pembangunan yang selama ini digunakan untuk bangunkan sekolah, jalanraya, klinik, dan berbagai pembangunan lain, apa akan jadi dengan segala pembangunan tersebut jika ratusan juta ringgit digunakan untuk menyelenggara tol sahaja?

      Pakatan Rakyat tidak menjelaskan berhubung perkara ini kerana mereka hanyalah penipu yang tak bertanggungjawab.

      Sila ulas berapakah kos yang diperuntukkan oleh Pakatan Rakyat untuk menyelenggarakan tol di seluruh negara, jangan hanya temberang sana sini untuk mengelirukan masyarakat.

      Malahan pasal pekerja tol, adalah penghinaan mengatakan para pekerja tol adalah warga asing dari bangla, sedangkan selama saya menggunakan lebuhraya, saya lihat para pekerja tol adalah warga tempatan.

      Lihatlah wahai para pekerja tol sekalian, sudahlah pekerjaan anda hendak dihancurkan oleh Pakatan Rakyat, malahan sekarang anda semua dituduh warga asing, warga bangla.

      Sedarlah semua pekerja tol dan ahli keluarga pekerja tol yang layak mengundi, PRU 13 nanti, marilah bersatu padu dan beramai-ramai keluar mengundi untuk mengundi Barisan Nasional supaya kerjaya anda terselamat dan kebajikan anda sekeluarga tidak dimusnahkan sebegitu keji oleh Pakatan Rakyat yang tak guna ini.

      Pakatan Rakyat: Menifesto Bukan Janji, Tapi Sekadar Nak Menipu Pengundi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Sedarlah rakyat Malaysia sekalian akan hakikat ini. Sekian, terima kasih.

      Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

      Encik Mohamad.
      Nasionalis Melayu

      Delete
    8. hoi bodoh..duit jual balak kat sarawak dr dok sapu kat org tua seko nak mampus tu buat tanggung maintenance H/way 30 tahun tk habis lg.! mls lah ckp byk ngan org yg takde hotak nihh

      Delete
    9. brader mohamad,

      pejuang nasionalis ni masuk neraka. taubat lah ea

      Delete
    10. Brader Mohamad..... PR kata mmg nak hapus...tapi bkn hapus terus.... Mestilah ada perancangan.Pihak tol pun dah ada perjanjian..takleh ler nak cancel mcm tu je...Jadi sebagai contohnya mungkin tol yang harga RM1 dengan perjanjian konsesi selama 25 tahun ,hanya di kenakankan rm0.50 dgn konsesi dilanjutkan 50 tahun....ini contoh sahaja..mungkin ada byk cara lagi....aku ni pun bkn belajar tinggi pun....Mungkin brader Mohamad belajar tinggi ada cara yg lebih bagus agaknyaaa

      Delete
    11. PR tu didifinisikan sebagai PENIPU RAKYAT...PKR ialah PARTI KELENTONG RAKYAT DAN PAS pula PARTI AJARAN SESAT dan DAP...DASAR ANAK PIGS...

      Delete
  4. Hahahaha...kwn2 kita biarkan si nasionalis tu memekik sorang2...jgn layan dia...hahahaha...punya panjang soalan, xde sapa yg nak layan ko! Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt dah penat pandai la dia senyap tu..hahaha..biarkan si luncai terjun dengan labu2 nya...
      Biarkannn..

      Delete
    2. sya hairan dia slalu kte progrm pr x de sambutan...x tau fakta mne yg dia pakai...dia x bolh terima hakikat..mata dn hati dia dh buta teruk...

      Delete
    3. Saya tk rasa pelik. Sebab dunia cik muhammad nie di bendung oleh Utusan meloya TV 3/4 dan sejenisnya. Toksah marah dia la. Kesian kt dia.

      Delete
    4. Ak rase sian jugak kat mamat nasionalis melayu...nama lg nasioanalis kan umnongok tu...dia ni kan mesti ada sangkut paut kerja kat tol ataupun macai kat situ...tu yang meroyan tak tentu hala tu...

      Delete
    5. mamat yg ngaku nasionalis ni sebenarnya x laku kat blog umno sbb tu dia menyibuk kat sini. dasar muka x malu...

      Delete
    6. Mamat ni terlalu taksub dgn BN sehinggakan kalau BN bagi tahi pun dia kata madu. Bodoh bangang.

      Delete
    7. anak haram kot mamat nasionalis tu

      Delete
  5. yang penting sekarang ialah Malaysia perlu keluar dariPemerintah yang tidak amanah....tukar kpd yang lebih amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu semestinye..

      Delete
    2. yes...tkr kpd pmmpn yg amanah gila...Lim Kit Siang...Hidup DAP...!!!! Mlm merdeka kita pakat2x lepak kt dataran dgn bendera DAP..Hahaaa.. Best gilalh kwn..

      Delete
  6. Bangga ke cina sokong dap? Agaknya kalu pr menang sape yg akan berkuasa? Cina pandai main politik.. Jika mereka rasa dgn sokong dap akan menguntungkn ekonomi mereka.. Semua akan sokong dap.. Pd masa bn kuat majoriti akan soking bn.. Org melayu yg duk mana?.. Stupid

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni le yg ditanam dan diajar oleh umgok/bn sekian lama.. PERKAUMAN sbb tu kite dh lebih 55 thn merdeka.... kita smpai thap ni je...cadang 1malaysia...luar nmpk sama sama tapi di dlm hati sentiasa curiga sbb tu wujudnya perkasa dn pekida sbagai ladang tmpt tumbuhnya benih subur cendawan kekal PERKAUMAN..sebagai alat umhogk/bn menjalankn agenda PERKAUMAN dia...sejak kemajuan maklumat yg dulu sepenuhnya dkawal oleh bn mudah diperolehi kaum2 lain dpt membaca benih2 PERKAUMAN masih kekal hidup subur dlm bn... sbb itu mereka brtukar arah menyokong PEMBANGKANG,,jdi x perlu salahkn mereka..dlm dunia brpolitik telah trbukti isu perkauman adale agak mujarab untk dimainkan...tpi kebanyakn mereka menolak perkauman...

      Delete
    2. memang uno brjaya hasilkan pengikut yg penuh kebencian dan perkauman. Depa x fikir pulak bila mana mca dan dap bergabung dan "rampas" malaysia...tinggallah uno dgn keris x bersarung, songkok tinggi mana kita dipihak kita pautan islam semakin kuat, atas dasar islam bukan sj msykt cina, india dan kaum lain turut sama kuat. sOal rezeki Allah dah tentukan sejak kita di dalam rahim ibu kita di usia kita 4 bulan lagi...mau tanya lagi macam mana nak cari makan lah tuang pasir dalam piuk nasi la...yg uno dok tuang racun sikit demi sikit dlm piuk nasi depa...tak tsu. Buta mata sbb brim brom punya pasal. Tak tau blim blom tu semua sisa serdak dari hasil yg dacing dan uno curi dari rakyat. Habis dipinjam semua dana yg ada di malaysia ni. soal rezeki jgn pertikaikan. Allah swt ada, tak yakin lg ke dgn Allah? Bila kata bodoh, melenting...sikit2 melayu, sikit2 cina...dalam mca ada ke org melayu, org india spt mana msykt berbilang kaum terdapat dalam dap. Siapa presiden dap? Cina ke melayu...?
      Melayu uno..bodoh x nak belajar, malas ada otak x nak fikir, x nak usaha semua nak tunggu bersuap, degil x nak dgr pendapat yg lain, cerdik???? Ye, cerdik x boleh diikut. Sbb depa cerdik bab menipu, bab rasuah, bab lucah dan bab fitnah. Inilah kenyataannya mereka yg di dlm uno!

      Delete
    3. en. mat n yg sewaktu dgn nya tlh mennjukkan kbdohn org2 umno. betullah dr m kata yg tnggl dlm umno org yg pendek pemikiran. pusing2, org lain x pandai mengurus selain bn. cerdik pandai bersepah diluar bn dan pergantunggan kita kpd Allah bkn manusia, lbh2 lgi manusia yg x amanah n pengkhianat. bumi ni milik Allah dan kita diamanahkan mengurus ikut peraturan yg telah ditetapkanNya. pasti x rugi punya bahkan dapat pahala lagi. takut ape klu pr perintah sebab ada pas, pkr dan dap. pembiayanya rakyat dari cukai bknnya duit umno/bn.

      Delete
  7. Kalau BN kalah PRU13, Mahathir dan Mirzan nak kerja apa? Bagaimana Mahathir dan Mirzan hendak membiayai banglo mereka?

    ReplyDelete
  8. kalau tol dimahsuhkan...aku nak bela lembu dan kambing ..dah bincang dengan rakan2 pekerja yang lain..nak mohon dari pemerintah baru supaya tolong support capital skit...insyallah....kandang2 lembu kami nanti boleh nampak dari highway....

    Dari Kami pekerja Tol Highway....UBAH..inikalilah TUKARR>>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik! beginilah cara org panjang akal. Orang Melayu mampu bersaing dgn kaum lain kalau berusaha sungguh2 bukan bergantung kpd pemimpin2 UMNO yg hidup senang lenang makan hasil keringat org bawahan....syabas kakitangan TOL...kita UBAH skrg.........

      Delete
  9. Kalau PR penipu habis tu rakyat kena undi UMNO-BN juga kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pecacai umno ingat bila depa tabur cerita bodoh kat sini, puak2 pr akan terpengaruh. kami dah tekad tolak bn !!!!

      Delete
    2. aku kalau tak suka PR pun akau takkkan pangkah UMNUuuuuuu......parti rasuah terbesar dalam dunia..

      Delete
  10. Aku kompom jawa2 kat parit setan diangkut berbas-bas g mandi kat lego land olih umgok bn siap bagi swiming trunk lagi..cik mamat nasionalis ada sekali

    ReplyDelete
  11. Janji PR akan kurangkan kos...contoh...education free, tol hapus, myk kurang, letrik kurang, keta turun harga.....negeri selangor, penang, kelantan, kedah telah terbukti terbaik pentadbiran oleh AUDIT NEGARA....kecuali macai je sokong BN teruskan rasuah lembu 250juta, komisen k.sekam 500 juta, PKFZ 1 billion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lg tambi chik dpt komisen projek jambatan gantung yg xjd pun RM20

      Delete
    2. tambi ke ESKAY ye yg dpt komisen RM20juta tu????

      Delete
  12. UMNO PARTI BOBROK. UMNO BAGI RAKYAT RM 200. PEMIMPIN KEBAS 250 JUTA. MENTERI KEBAS 2 MILLION. GOODBYE UMNO

    ReplyDelete
  13. Mampus lah BN !

    ReplyDelete
  14. Aku tak kira sangat benda2 lain. Yang aku kira ialah tarnyata kerajaan sekarang gagal untuk memberi kehidupan yang terbaik untuk aku. Biasa lah, kalau kerajaan itu tidak berpaksi dengan agama, maksudnya berpaksikan harta dan wang ringgit. Sebab itu lah wujudnya penyalahgunaan wang dll. Bila banyak yg disalahgunakan, yang ruginya aku. Aku mahu kerajaan yang betul2 berkhidmat atas dasar agama. Aku rasa teringin juga nak cuba sebab kerajaan yg ada sekarang ternyata menyesakkan dada aku. Apa salahnya kalau kita cuba tukar. Yang ada sekarang ni bukannya bagus sangat pun...

    ReplyDelete
  15. Tahniah kepada mereka yg mengunakan otak dan berfikiran waras berani melakukan perubahan, bagi merekan yg serupa mereka2 yang berotakkan lembu takziah

    ReplyDelete
  16. Negara yang dapat mengekang rasuah kepada yang paling minima tidak akan menghadapi masaalah tentang isu yang dikemukakan oleh puak nasionalis. Pemimpin yang dapat mengurus negara dengan baik dan tidak berlaku kebocoran khianat akan dapat membangun negara dengan lebih baik. Hujan puak nasionalis tertolak. Mereka tidak dapat mengaitkan setiap usaha kebaikan akan datang pula bantuan dari tuhan dengan rezaki yang tidak disangka-sangka.

    ReplyDelete
  17. Bn mesti kurangkan/HAPUSKAN calon MCA & MIC. Kalau tidak akan kalah teruk di Johor dan JOhor akan di rampas oleh PAKATAN.

    Setuju semua????
    .

    ReplyDelete
  18. tak patut kalian bantai bro mat tu .. InsyaAllah PRU 13 PR menang dan kalau ternampak bro mat tu jalan sorang2 kat lbuhraya/tol hulur2kan sekupang dua sbb penat dia nak kira batu jalan lebuhraya dan memikirkan macam tak de kerja lain yg akan ditawarkan oleh kerajaan PR!!

    ReplyDelete
  19. Itulah melayu malas nak berfikir dan menganalisa...baca utusan dgr berita tv3/ rtm..terus percaya..pemimpin bn..umno..hidup kaya raya...mrk tinggal kat rumah flat..blh nampak org mcm mana dan level pemikiran dan pendidikan mcm mana org yg trs menyokong bn ni...sedih bila diberi peluang tkt nak buat perubahan..tp lps tu mrk jg yg merungut .melalak..hidup susah..brg mahal...dr dulu sampai skrg sama jer.....

    ReplyDelete
  20. Hidup PR..Kelantan,Trengganu,Pahang,Kedah,PPinang,Selangor,Perak,N9,Perlis dan Sabah akan Dapat MB baru dari PR...Saya yakin 100%...Johor pun kemungkinan Besar...Dan yang pastinya PM also dari PAKATAN RAKYAT...Ubah..Ubah..Untuk kesejahteraan Rakyat seMalaysia..Ammin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap Johor tukar pemerintahan, bosan dgn umngok brapa banyak tanah rizab melayu diswastakan untuk isi perut kroni-kroni mereka. Mari rakyat johor kita tukar kali ni.... Tapi pak cik-pakcik kat kampung dgn hidung tinggi bangga dgn bendera bee end diaorang. Lagi satu aku menyampah betul iklan bee end yg dipasang pada billboard byk di bp ni, duit sapa diaorang guna baru pasang dan tukar yg lain dah tu byk fitnah dan pembohongan.

      Delete
  21. aku nk Pak Habib yg bertanding..kalau calon lain yg bertanding sori la nk sokong...Pak habib kerja kuat..tapi kenapa DSAI pilih org lain...nk berlagak dgn akar umbi ke?

    ReplyDelete
  22. Pasal free education tu semua sample dia bagi University swasta, encik Nasionalis, kerajaan tanggung universiti awam, swasta tidak. Yang bagusnya bila awam diberi percuma takda lagi universiti2 swasta haprak yang tumbuh mcm cendawan sekarang, semua tu cash cow juga, take advantage of ptptn untuk mengisi poket bukan untuk menaikkan taraf pendidikan. Antara universiti awam pun begitu, mereka kena bersaing dr segi kualiti pendidikan, kalau pelajar main2 buang saja, baru kualiti pelajar meningkat, kalau universiti itu mwmpunyai rate pembuangan yang tinggi motivasi pelajar bukan lagi pada wang ringgit tapi pada self development.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku suka pada statement kau..mmg btol kau kate..skang ni org masuk u dibebani dgn hutang yg tinggi..bg org berada snangla,.skang ni universiti awam xde special lg..sama je mcm swasta..

      Delete
  23. U=UMNO
    M=MENIPU
    N=NOMBOR
    O=ONE

    KIH.KIH KIH

    ReplyDelete
  24. aku ada kaki dlm MKN dia kata setiap meeting yg dibuat semua nya sama je. UMNO BN akan kalah

    ReplyDelete
  25. Mamat nasionalis ni klu bodo, elok diam aje. Jangan menyerlahkan kebodohan engkau. Kecik2 tak nak mampos, dah besar meloyekan orang.

    ReplyDelete
  26. Tk anak for giving old lady like me a spirit lifting Saturday Morning! May we all see the actual formation of a spanking new Kuasa Pakatan Rakyat this historic PRU 13. Inshaallah!
    Great going DAP and PAS. Hope PKR preened all its ruffled feathers - for its sake everywhere, especially in Sabah and Sarawak where BN has it much touted Fixed Deposits..

    ReplyDelete
  27. mamak kutty dah kata....yang pandai masuk PAS yang bijak masuk PKR yang cerdik masuk DAP,,,,,,yang .........masuk UMNGOK....so yang dot.dot.dot.dot macam cik mohammad diatas tu lah .....yang pikiaq pakai otak lutut masih ada dalam umngok...oh betapa malanglah nasib bangsa ku....

    ReplyDelete
  28. aku ni cukup2 makan je nk sara keluarga.....anak aku yg sulung belajar kt sek berasrama penuh....insyaAllah 3-4 taun nnti dh nk masuk u...dh terfikir dh kos dia nnti kalu BN masih memerintah... aku n bini dh nekad nk pangkah PR dlm kesempatan PRU13 ni nnti sbb PR nk hapuskn PPPTN...mungkin hidup kami nnti lebih bahagia tanpa BN di putrajaya...

    ReplyDelete
  29. Sebenarnya si mohamad ni bodoh..tapi saja nak tunjuk pandai.mulamula tu aku ingat dia pandai, makin lama aku baca hujah dia, baru aku tahu bodoh rupanya dia ni..kalau mcm ni punya malaun, kenyanglah umno kalaulah ada ramai yg jenis pecacai mcm dia.

    ReplyDelete
  30. duit malaysia tersangat banyak dan untuk melakukan perkara2 tersebut adalah sangat senang macam matematik 2*2 kalau tidak ada pembaziran dan pengkhiatan terhadap duit negara.IPP berapa billion,bocor dan tiris berapa puluh billion.petronas berapa billion.incomtax berapa bilian

    ReplyDelete
  31. Wataci rsa btl la ckp en.mohamad nasianol ni...en.mohamad wataci nk joint umno ble x??? Klu ble, nti kita ble duduk sama sembang skali la dgn en. Keza ye...kita jdi kwn ble kn...nti kita ble minum sama....senang kit wataci bubuh racun roundup dlm minuman cik mamat n kezakera..biar anatano ni smua mampussss cpt...dsar cacai jilat jubur njb..cium kentot dey kutti!!!! Salam kamekazi.

    ReplyDelete
  32. Bangang nye Mohamad ni..nama je baik..tapi bangang Ya Rabbi!Nama negara MALAYsia tapi mamak madey yang jadi PM..kan bangangnye otak kau Mohamad..Musa Aman Khan d impot dari pakistan jd KM..mana p orang melayu..?
    Madey ni pulak jenih penakut..cakap kat luaq bedegar-degar, soh p mahkamah dia nak tanya dulu apa soalan pasai apa kununnya nak tahu apa soalan yg nak kena jawab nnt..orang kena tuduh pun berani p mahkamah..pasai apa ko pulak TAKUT..Polih org kau, Mahkamah org kau, pendakwaraya org kau..PASAI APAAAAA?!!!
    sama la dengang Na ji..sama ja..PASAI APA TAKUT?T**** takda ka?
    Da iem lg baguih..dia dah SAPU..dia keluaq..xdok sini..sapa pun susah nak cekup ceghita dia..
    Adaka menteri meniaga lembu, lembu xdak, anak dia yg gaji $30000..aku dan kawan aku yg bayaq?BODOH!

    http://www.youtube.com/watch?v=D2dE9ZFNqKQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah lh..mana ko tau madey penakut..? aritu aku pun nmpk dia diinterview ngn israel..Takut gila siot.... DSAi juga yg berani gila lh..

      Delete
  33. hanya orang tak cerdik jer pangkah BN

    ReplyDelete
  34. mula2 aku xmenyebelahi mana2 pihak...tapi aku mula panas ati bila jaringan sosial di malaysia ni semakin rosak..aku panas ati bila tgok pndtg asing.time aku jalan pling aku pnas bila tgok bangla@nepal@indon nan awek melayu..dahla merosakkn sosial,,,rompak sana,tunjuk samseng..abes romen tinggal awek tu..bodoh btol.mula la terkapai2,,bangla da balik negara asing,xpn nk dpt status penduduk malaysia..mmg benci aku..lg babi ade yg dpt kad biru..ooohh lg panas mendidih2 ati aku.sapa yg bg masuk smua tu?umnogok.bodoh umnogok..merosakkan bangsa aku.

    ReplyDelete
  35. duet malaysia ni sememangnya byk,,,,..kaya dengan hasil bumi..minyak tu sama,RON95 bg pling low pnye gred,,beli dari arab..kate siap subsidi la..mnyak negara sndiri kasi jual kt org len..xke untung lebih?..xknlg british dulu amek kn,,jepun pn nk jgk?...pikir-pikirkan..

    ReplyDelete
  36. En Mohamad,

    Tol kenapa diberi kepada PLUS? kenapa bukan kerajaan yg mentakbir?
    (KRONI)= senang nak ambil untung berbillion2 ringgit.bangla yg buat kerja bayar gaji mahal sangat ke???

    Harga kereta dikurangkan(seperti dalam buku jingga)- PM baru ckp dia copy dari buku jingga nak kurang kan 20%-30%.kalo x meniru idea orang x boleh ke?? ape pon x boleh!!

    Aku rasa parti dacing nie dah x relevent untuk zaman sekarang... diaorang nie boleh la nak menipu org tua2 yg kat kampong2 tu...

    Guna kan saluran TV dengan sesuka hati...bayar ke?kalo bayar pakai duit sape??? duit rakyat???

    Sebab tu lah malaysia kurang maju dari negara2 jiran yg laen seperti singapura dan thiland...kita ada minyak kita ada kelapa sawit dan macam2 lagi...tp kroni yang lahab semua!!! apa nie??

    berbillion2 duit rakyat dwg kebas!!!

    pasni siap sedia la penjara penuh dengan dato',dato'sr,tansri...etc

    belom lagi balasan akhirat.

    rasuah!! rasuah!! rasuah!!
    Kroni!! kroni!! kroni!!
    Be eNd!! Be eNd!! Be eNd!!



    ReplyDelete
  37. Salam..sudah la kecian aku tengok cik mat ni dhla die bodoh korang kutuk maki die lg..sedih plak aku baca..xpela la kita dh yakin pakatan pasti menang ini kali so skang kita stay relax n tenang n tunggu je masanya nti..dh menang kita cari cik mat ni kasi brainwash otak die lg klu xsedar diri n bodoh lg..

    ReplyDelete
  38. En. Mohamad...nasionalis.
    Saya bukan minat sgt berpolitik. Tp komen tuan pasti akan memudahkan pengundi atas pagar spt sy membuat pilihan pd PRU 13 ni. Sy pasti akan pilih PR setelah baca komen tuan.
    Tqvm.

    ReplyDelete
  39. Berdebat lah demi masa depan negara dan rakyat bkn masa depan sesuatu parti dan ahli2nya..

    ReplyDelete
  40. hanya orang bangang pilih peliwat dan penzina

    ReplyDelete
  41. Razak Baginda beritahu PI Bala, Altantuya kena hentam depan dan belakang oleh Si.... .Dah jelas apa yg disebut oleh kamu ini. Kes tangkap khalwat di hotel P. Dikson oleh jabatan Agama , org yg sama dgn penyanyi Z.....Apa cite? Bukan saja liwat dan zina, tengok pula tajuk ini. 1. Gambar pemimpin UMNO minum arak 2. Melayu-UMNO-dan-champagne-tower-pouring. Konon nak bela agama.

    ReplyDelete
  42. Sungguh buruk bahasa kamu semua tambah2 lagi penyokong PR. Aku pengundi atas pagar, tidak akan undi sesiapa pun. Pemimpin ceramah maki hamun dan tak salah diikuti oleh penyokong. Harap cerdik politik tapi fikirla sendiri.

    ReplyDelete
  43. apa ko merepek ni setan!! ko undi atas pagar tapi tak ngundi sapa sapa?...tu bukan pengundi atas pagar namanya, tu namanya telur ko tersangkut atas pagar, tak leh gi mana....

    eleh nak ngundi parti lembu tapi malu lah tu..pegidah!

    ReplyDelete
  44. Doakan sekelian umat islam Batu Pahat terutama Parit Raja milik pakatan rakyat, aku sudah mengikuti ibuku yang pro umno sedari kecil, kain batik,kain pelikat, rm50 setiap kali pilihanraya pemberian dari wakil rakyat abenda semua ni, sekarang anak ibu sudah berumur 40 tahun.Dengan titisan air mata kami akan pangkah pakatan rakyat allah huakhbar, kami bijak dan pandai, ibu dan ayah dh hantar kami belajr tinggi-tinggi kami tidak mahu sejarah mebodohkan kami orang-orang Batu pahat.

    ReplyDelete
  45. Aku tak paham lar knape orang batu pahat x sedar. Dulu batu pahat cina takut kat melayu terutamanya pejuang2 umno yg sanggup berkorban menghunus keris untuk mempertahankan maruah melayu di batu pahat. 6 tahun aku merantau, bile balik ke batu pahat, melayu mengikut telunjuk cina dan diperbodohkan..tak sedar akan realiti yang kita telah dipergunakan dan dilagakan....sedih tengok budak melayu mengangkat bendera dap..aku tak sedih tengok budak melayu angkat bendera pas sbab pas masih berjuang untuk melayu walaupun berlainan ideologi.. Bendera umno langsung jarang kelihatan walaupun secara simboliknya keris dan warna merah melambangkan ketuanan serta keberanian orang melayu.malam sebelum pilihanraya bebudak melayu sibuk terpekik terlolong perkataan "ubah". Ironinya melayu bukan berubah ke arah kemajuan dan kejayaan tetapi kearah telunjuk cina yang lupa asal usul mereka. Ingatlah melayu, janganlah menjadi "melayu yg mudah lupa diri".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg melayu terjerit jerit terpekik terlolong "ubah2x" tu , bkn org Melayu Batu Pahat yg tulen tu bro.. X tau lh ntah dr mana.. Kalau betul2x Melayu Batu Pahat x mcm tu bro. Sggp nk kutuk2x bangsa sendiri dpn diorg.. X sedar diri kt tpt dia berpijak tu dulu org dia kena pijak. X pe lh..diorg kn asal bukan Umno,...israel ke apa ke x kesah..

      Delete
  46. ORG2 CINA SUKA BERDRAMA JGNLAH SAMPAI MELAYU TERBABAS...HIDUP SUSAH BKNYA APE MALAS NK BEKERJA...ORG MELAYU NK SENANG SECARA MUDAH...TIME BLAJO OTAK LETAK KT KEPALA LUTUT...DIMAKI DIKUTUK ORG CINA MASIH X SEDAR...KONON NK BERUBAH RASA DIRI PANDAI MASIH LG DANGKAL AKAL FIKIRAN... SANGGUP MENGGADAI MASA DEPAN SERTA GENERASI AKAN DATANG UNTUK PRRUBAHAN SEBAGAI HAMBA ORG CINA SERTA PEMIMPIN SONGSANG...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abes... nk wt camne bg.. Dia dh nk Ubah sgt.. Kalau bleh dia nk ubah sumenye.. Kalau bleh Bee Pee nk djadikn mcm Spore lh katakn.. Negara maju.. X gitu ye bg..? heheehe.. Lps ni kita dh x de kg lg lh nmpknye.. Sume dh jd bdr.. Datuk nenek diorg sume suh tggl kt ceruk2x kg je

      Delete
    2. Bodoh budak2 melayu skang x sedor diri xtau dlu nenek moyang disesah dicantas especialy kat temple cina jln rahmat...sedorlh skit nenek moyang mempertahankn hak smp kt korang hancur...rasa diri pandai educated konon kena kelentong pun x sedar...pglah selidik ap jd kt org melayu dlu smp panglima salleh turun bp nk sesah cina kt bandar... pedang terbang ...jgnlh korang main tibai jek ikut telunjuk org selidik dulu...dipuji cina kembang bontot xtau korang semua kena bodohkn jek...ubah untuk dibodohkan...

      Delete
  47. en mohamad dan yang eangkatan dengannya.. jenis melayu yg bangang.. org nak bagi percuma pun x nak...bodoh nak mampus

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...