Tuesday, 9 April 2013
SEGALA TEKA TEKI DIMANA CHUA JUI MENG AKAN BERTANDING AKHIRNYA TERJAWAB MALAM TADI.
DIDEPAN 10,000 ORANG YANG HADIR CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI KG ANJUNG BATU, TANGKAK, JOHOR, DSAI UMUMKAN DATUK CHUA JUI MENG SEBAGAI CALON PARLIMEN P140 SEGAMAT DAN HASAN KARIM CALON P144 LEDANG
TANGKAK, 9 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi Majis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai calon Parlimen P140 Segamat , Johor
Manakala Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim diumumkan sebagai calon bagi Parlimen P144 Ledang.
Hasan KarimPengumuman dibuat Anwar pada ceramah jelajah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi.
Pencalonan kedua mereka menamatkan spekulasi sebelum ini berkenaan kedudukan kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.
Anwar mengumumkan Chua Jui Meng calon parlimen Segamat, dan Hasan Karim di Ledang
Anwar mengumumkan Chua Jui Meng calon parlimen Segamat, dan Hasan Karim di Ledang
Chua Jui Meng adalah graduan Lincoln’s Inn, London, manakala Hasan Karim, berkelulusan Bachelor of Laws dari University of London.
Penyertaan kedua mereka ke dalam KEADILAN pada 2009 dengan masing-masing berlatar belakang undang-undang mengubah lanskap politik negeri ini dan memberi saingan kuat kepada Umno-BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Tahniah.....selamat berjuang utk rakyat.....hidup pkr...
ReplyDeleteaku sakit hatilah. kenapa puak2 PKR ni tak bergaduh sesama mereka.
Deletekeza
kau jeles ke? meh nyah urut...
Deletejambu keza
Yg dok gaduh tu puak ameno je .. baghal...
ReplyDeletePak sedara keza@kera