Umno menarik balik samannya ke atas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan dua lagi individu selepas mereka bersetuju menukar perkataan "Umno" kepada "blogger Umno" dalam kenyataan mereka sebelum ini.
Bernama melaporkan, ketiga-tiganya menarik balik kenyataan terhadap Umno dalam kes saman berhubung penerbitan artikel yang mengaitkan Umno dengan penyebaran video lucah di laman web sebaliknya merujuk kepada "blogger Umno".
Hakim Datuk John Louis O'Hara merekodkan persetujuan penyelesaian itu dalam kamar tanpa perintah mengenai kos.
Peguam Raihanah Arifin yang mewakili Umno memberitahu pemberita kesemua defendan telah menyiarkan kenyataan itu di dalam HarakahDaily dan portal Malaysian Insider dua hari lepas dengan menyatakan kenyataan itu tidak merujuk kepada Umno tetapi blogger Umno.
Mustafa dalam HarakahDaily menyatakan kenyataannya bertarikh 13 April tahun lalu dalam satu artikel bertajuk “Mustafa ceramah di Dungun dakwa Umno terdesak” adalah merujuk kepada blogger Umno, bukannya Umno.
Pada 23 April tahun lepas, Umno memfailkan saman dengan menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela bagi Mustafa, Asmuni Awi dan Ketua Pengarang laman portal HarakahDaily.net Zulkifli Sulong sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh bagi pihak Umno dan mendakwa Mustafa telah membuat memfitnah terhadap Umno menerusi ceramah dan kenyataan yang kemudian diterbitkan menerusi laman portal www.malaysiakini.com dan HarakahDaily.net serta akhbar The Star.
Umno memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan atau ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap Umno dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.
fuhhh. lega aku dgn kebangangan mat2 umno tu. sib baik aku spin cepat.mintak maap.kalau tak habis terbongkar perzinahan aku kena korek.
ReplyDelete-Pak mustape
Nak pandai kena makan kangkung hari-hari.
ReplyDelete