Friday 17 January 2014

BERITA YANG MEMBAWA PERKHABARAN GEMBIRA KEPADA PARA PENEROKA FELDA???? ... KESEMUA KOLEJ YAYASAN FELDA BAKAL DITUTUP.



Dalam kesibukkan menjana fitnah kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor akan tutup GiatMara .. rupa-rupanya Felda sudah pasang niat dan hasrat mau tutup semua Kolej Yayasan Felda.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia Felda  bercadang untuk menutup Kolej Yayasan Felda sebagai sebahagian daripada pemotongan bajet tahun ini  yang memberi tamparan hebat dan menjejaskan peluang lebih kurang 1,000 anak-anak peneroka untuk mendaftarkan diri  di institusi pengajian tinggi.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Ketua Pengarah Felda Datuk Faizoull Ahmad telah memutuskan untuk mengurangkan pembiayaan kepada RM5 juta tahun ini untuk mengendalikan semua empat kolej, walaupun kos tahunan operasi secara kasarnya adalah RM16 juta.

Sumber berkata, rentetan pemotongan bajet itu, kolej yang terletak di Kelana Jaya (Selangor), Trolak (Perak ), Mempaga (Pahang ) dan Raja Alias (Negeri Sembilan) berkemungkinan besar berhadapan dengan penutupan apabila pihak pengurusan membuat keputusan kelak.

Menurut sumber itu, keputusan muktamad terhadap bajet bagi kolej berkenaan akan ditentukan pada mesyuarat lembaga Felda minggu hadapan tetapi menambah bahawa kemungkinan besar Faizoull akan melaksanakan keputusannya untuk menutup kolej.

Percubaan The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen Faizoull telah ditolak walaupun beliau sebelum ini bersetuju untuk ditemui.

Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan adalah sebuah agensi kerajaan yang mempunyai 113,000 peneroka yang bekerja di ladang getah dan kelapa sawit di negara ini. Syarikat komersil Felda Holdings Bhd berjaya melancarkan IPO kedua terbesar di dunia pada tahun 2012 bagi unit Felda Global Ventures Bhd.

Felda Global Ventures kini merupakan syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia berdasarkan keluasan tanaman. Di Malaysia sahaja, ia mengawal lebih 850,000 hektar tanah , termasuk kira-kira 500,000 hektar yang  dipajak dan diurus oleh peneroka Felda.

Kolej-kolej Felda adalah sesuatu yang diperlukan oleh peneroka kerana ia merupakan peluang untuk mendapatkan kemahiran bagi mendapatkan pekerjaan yang hampir dijamin oleh syarikat perladangan gergasi kerana biasanya akan menyerap graduan daripada kolej berkenaan menjadi kakitangan tetap.

Pada masa ini, pelajar hanya perlu membayar RM250 sahaja, sementara bayaran asrama, makanan dan yuran sekolah diberi subsidi oleh Felda.

Kolej-kolej Felda ini menyediakan latihan vokasional dalam bidang yang berbeza sehingga tempoh enam bulan sebelum mengambil kebanyakan graduannya menjadi  bekerja di bawah anak syarikatnya.

Bulan lalu, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad mengumumkan bahawa ia akan memperuntukkan RM17 juta kepada Yayasan Felda, badan yang menguruskan kolej bagi skim latihan dan program untuk anak-anak peneroka.

Sumber berkata, keputusan Faizoull untuk mengurangkan pembiayaan berpunca daripada sebab-sebab peribadi dan bahawa beliau pernah mencabar persetujuan lembaga Felda.

Tanpa gentar membuat keputusan mengurangkan dana daripada pelbagai projek insiatif Felda, Faizoull telah menamatkan beberapa program sejak beliau mengambil alih pada tahun 2012.

Sebagai salah satu daripada kisah kejayaan pertanian negara, Felda komited membantu peneroka meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan dan latihan.

Perbadanan ini adalah legasi perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dibangunkan sebagai sebuah agensi kerajaan pada tahun 1956 , tujuannya adalah untuk membantu peneroka miskin luar bandar ke kawasan tanaman baru yang semakin meningkat.

Selama bertahun-tahun, Felda berkembang menjadi konglomerat dalam bidang pertanian, hospitaliti, pengangkutan, pengilangan dan lain-lain .

Sebagai balasan, para peneroka memberi ketaatan kepada Barisan Nasional (BN) yang menerima pelbagai manfaat yang ditawarkan Felda dalam bentuk  dividen, pendidikan dan bantuan perubatan, bantuan perumahan dan lain-lain bantuan.

Bagaimanapun, kurang enam bulan lalu, 113,000 peneroka Felda dinasihatkan dan kemudian bersetuju untuk menjual kepentingan mereka dalam Felda Holdings, pembekal minyak sawit mentah terbesar di dunia kepada Felda Global Ventures – satu langkah merugikan peneroka sebagaimana dikatakan oleh para pengkritik.

Dengan penutupan kolej, Faizoull dikatakan menjejaskan usaha Isa dalam memperkukuhkan kredibiliti institusi.

Sumber mengkredit Isa yang membina reputasi kolej Felda dengan mengadakan perjanjian bersama City & Guilds London pada tahun 2012 untuk menyediakan kursus-kursus pembelajaran Bahasa Inggeris.

Pada bulan November 2013, pengerusi mempertahankan kemasukan Felda ke dalam perniagaan hospitaliti dengan menggunakan program kolej masakan sebagai contoh.

"Felda memiliki lapan hotel di Malaysia. Selain itu, Felda juga mempunyai kolej untuk generasi kedua peneroka Felda  untuk melatih mereka berkenaan perniagaan katering," Isa telah memberitahu The Star.

Namun, dengan ketidaksediaan Faizoull membenarkan Felda menambah RM10 juta untuk meneruskan operasi kolej, sumber berkata bahawa pihak yang akan rugi adalah anak-anak peneroka.


10 comments:

  1. Yahooooooo, kaaah kah kah kah kah... Baguuuuuuuus. Ari tu ada betina tongong kat Felda mana entah kata "kami dah kaya!" Kah kah kah kah.. Makan buah kelapa sawit je la lepas nih. Huhuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami doakan orang2 felda dan felda itu sendiri cepat2 bangkrap. Saham sekarang ni dah jatuh tinggal 30 sen tak lama bungkus. Keh keh keh.

      Delete
  2. Sbnr nye ini lah kejayaan pak cik & mak cik felda...berjaya mnyusah kn generasi mrk sdri..syukur ade bn!!!
    Idup melayu!!!

    ReplyDelete
  3. Kalau Kolej Yayasan Felda nak tutup...silakan. Peneroka felda dan generasinya sebenarnya tidak perlu jadi orang pandai untuk hidup cukup sekadar jadi ahli UMNO Baru seumur hidup.

    Nanti boleh hebohkan dalam felda tu... Nak tutup kolej tu tutup le... Bukan anak aku saja yang jadi bangang tapi semua anak peneroka.

    Dalam pilihanraya ke13 lalu peneroka felda adalah pengundi tegar BN. Dan masa paling sesuai peneroka felada meraikan kejayaan BN dengan memakan kangkong kerana dulu harganya naik sekarang dah turun...

    Lepas ni tunggu Najib bagi Bagi Rasuah 1 Malaysia - (BR1M)

    Dasar Melayu 50sen.

    ReplyDelete
  4. Suka sangat la aku tengok makcik felda kena jual sedikit demi sedikit.kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Inilah kumpulan sasaran umno untuk memenangkan mereka, kerana pak cik mak cik felda tobat lahum tak akan pangkah orang lain selain umno kerana bagi mereka ni mereka hanya mementing hidup mereka sahaja, sebab tu bila dekat PRU umno akan tabur duit di felda dgn segala janji.

    ReplyDelete
  6. Dah nak tutup? Ha kan dah kata. Padan muka orng2 felda nak salahkan sape? SALAHkan diri sendirilah bahlol. Nanti ko undi lagi bn(bangkai negara) lepas tu bangkai negara ni mamposkan ko semua. Bagus..kih kih kih. Brim= beri rasuah 1 malaysia.

    ReplyDelete
  7. Haluuuuuuu. .......

    Puieeeee. ....tanda2 dh nk bangkrup....skit lgi lu mkcik n pcik felda kna jual....lu mkn klapa swit rbus hek....pndidikan ank lu hncus....so baek lu bisnes knkung tepi kolam taik felda...

    Khak tuih

    ReplyDelete
  8. isa, daripada ko tutup kolej felda tu, baik ko jual saham felda tu. Duit jualan saham felda tu buleh tampong perjalanan kolej tersebut....

    ReplyDelete
  9. Harap2 kekal...melayu2 ni mana ler ada duit yg byk...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...