Friday, 3 January 2014

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI!!!! ... HARUSSANI HANYA LULUSAN DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM???????




Tan Sri Datuk Harussani Zakaria, mufti Perak sejak tahun 1985 merupakan mufti paling lama berkhidmat di negara ini dan juga satu-satunya mufti yang tidak mempunyai kelulusan ikhtisas iaitu sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.

Beliau adalah mufti yang dilihat paling cenderung menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan mengeluarkan kenyataan dan fatwa mengelirukan. Hari ini, melalui portal Malaysiakini, Harussani mendakwa mereka yang menyertai perhimpunan Turun pada malam menyambut tahun baru, halal darahnya dikorbankan.

Beliau menggelar mereka ini sebagai pemberontak ataupun di dalam terma bahasa Arabnya ialah “bughah”.

Harussani pada zamannya pada tahun-tahun 1985 di mana ketika itu para cendekiawan Islam berkelulusan luar negara tidak ramai. Jika ada sekalipun, ramai yang memilih menyertai fakulti pengajian Islam di universiti-universiti awam Malaysia sebagai tenaga pengajar.

Harussani yang dilahirkan di Parit Buntar, Perak kini dilihat sebagai mufti yang kuat berpolitik hanya mempunyai kelulusan peringkat sijil di pusat pengajian tempatan.  Beliau hanya mempunyai kelulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam Kelang pada tahun 1964 di mana ketika itu kelulusan tersebut sama tarafnya dengan diploma. Seperti dinyatakan pada zaman awal tersebut, tidak ramai mereka yang berpengajian Islam yang tinggi maka Harussani mempunyai peluang berjaya di dalam pentadbiran Islam yang luas.


Malah, dengan pengalamannya sebagai pengajar agama Islam di beberapa maktab perguruan juga memberi peluang kepadanya untuk memperoleh jawatan yang baik kerana kekurangan mereka yang berpendidikan ijazah sarjana muda berkaitan agama Islam pada ketika itu dalam pentadbiran awam.


Beliau dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menjadi mufti pada tahun 1985 dan sehingga kini tiada lagi anak watan Perak yang dilantik untuk menggantikan beliau meskipun sudah ramai yang belajar sehingga ke Timur Tengah dalam pengajian Islam. Namun begitu, beliau dianugerahkan dengan Doktor Kehormat yang membawa gelaran “Doktor” dalam kurungan oleh Sultan sendiri yang merupakan Canselor Universiti Malaya pada tahun 2001.


Namun begitu, semua sedia maklum anugerah Doktor Kehormat Syariah hanya bersifat mengiktiraf tugas dan sumbangan dan ini tidak mencerminkan ilmu sepertimana yang ada dalam pemberian Doktor Falsafah yang hanya boleh diambil selepas menyelesaikan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan mempunyai kemampuan menulis jurnal berwasit dan bersifat pengkaji ilmiah.


Malah, tidak salah untuk mengatakan mana-mana anugerah Doktor Kehormat di kebanyakan universiti di Malaysia bersifat politik dan perniagaan. Contohnya apabila sebuah universiti di Malaysia yang menganugerahkan Doktor Kehormat Ekonomi kepada pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong Un yang belum pun berumur 30 tahun semata-mata untuk berharap dapat menarik lebih banyak pelajar dari Korea Utara untuk dihantar belajar di universiti swasta berkenaan.


Tindakan terbaru Harussani ini yang cuba “”menumpahkan” darah adalah amat dikesali ramai pihak. Tindakan beliau yang memprovokasikan keadaan memburukkan nama baik Sultan yang merupakan ketua agama Islam di negeri Perak. Terlalu banyak yang sudah dilakukan Harussani sejak dahulu lagi yang mengguris hati umat Islam meskipun beliau hanya mufti di sebuah negeri di Malaysia.


Meskipun Harussani banyak menulis di majalah dan buku (walaupun bukan dikategorikan sebagai ilmiah), ia masih jauh meletakkan beliau sebagai ulama sebenarnya. Namun sekarang, Harussani perlu berlapang dada dan menyedari kedudukan diri sendiri yang sebenarnya seorang yang tidak layak pada abad hari ini kerana sudah terlalu ramai anak watan Perak yang jauh lebih baik kelulusan akademiknya daripada Harussani.


Biarlah artikel ingatan ini ditujukan kepadanya supaya ingat bahawa ramai orang tahu kecetekan ilmunya itu tetapi malas sebelum ini untuk membuat bising. Tetapi kali ini Harussani melampau dan ego besar, sudah sampai masanya Harussani diingatkan bahawa Harussani ini tidak ada apa-apa pun yang baik tentangnya dalam pembangunan ummah di negeri Perak dan Malaysia...TMI

31 comments:

  1. Haaaa kan dah pecah terburai.......
    Maka DYMM Sultan Perak patutlah mempertimbangkan untuk memencenkan manusia HARU SINI dan HARUSANA ...... Fatwa mutakhir yanga haru biru ni boleh mencetuskan PERTUMPAHAN DARAH, mujur ramai orang awam dan rakyat negara ini LEBIH CERDIK dari insan Haru sini haru sana yang HARU BIRU ni.....
    Agaknya rakyat banyak memang tau berapa SAMPAHNYA FATWA HARUSINI HARUSANA NI.........

    ReplyDelete
  2. ceh stakat dploma aku pun ada

    ReplyDelete
  3. adoyai... blog ni buat fitnah jer. lain kalu buat homework betul2 ni semua fakta fitnah
    dalam pengajian islam dulu semuanya mengikut bidang ilmu yg diambil. ulama2 nusantra & tok guru yg pondok pun takde ijazah pun. cer check betul
    http://www.arkib.gov.my/dato-seri-dr.-haji-harussani-bin-haji-zakaria1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana fitnahnya?
      Adakah salah untuk mengatakan bahawa dia hanya ada diploma?
      Dia ada degree ker?
      Dia ada belajar untuk dapat degree ker?
      Coba ko cari utube ceramah ostat zamzan kdn. Dia kutok Dr Maza, kata ada degree jordan pun tak arif agama dan bodo. Inikan pula kalu hanya diploma dalam negeri........

      Delete
  4. Kah kah kah.. Mufti cap ayam la ko ni penye.. Perasan lebih tua kutuk sekor nih! Kaah kah kah.. Teringat warning dia ari tu, sapa yang ngutuk dia kena jawab kat Tuhan.. Putarbelit dia yang mengelirukan umat ngan fatwa bodoh bahalul tu pulak tak kena jawab kat Tuhan ke hah tongong? Beringus lagi situa kutuk sekor ni...puuuih!

    ReplyDelete
  5. tengok muka harusanasini macam tong sampah saja.....Aku dah lama meluat dengan binatang ni pasai suka sangat keluarkan fatwa yang mengelirukan rakyat. Keja dia hanya mengampu pemimpin amnobn saja....Hoi harusani! pigi jahanamlah ngko...hidup hanya menyusahkan orang saja...ngko tunggulah balasan yang akan ngko terima di dalam kubur nanti....

    ReplyDelete
  6. betul tu muhid, manusia yang hanya memikirkan keduniaan sebenarnya hanya menempah kebinasaan dan tunggulah saat pembalasannya.

    ReplyDelete
  7. dia nie sesat lg menyesatkan...elok lar tu duk dalam UMNO/BN..memang ngam.. dh kena lar dgan cara hidup putar alam dia tue..

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya bukan diploma yang dikira kalau ada ijazah sekalipun kalau dah jadi pecacai dan penjilat umno inilah jadinya, CONTOH fatwa jilat dari selatan tanah air "....... sesiapa yang menentang keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kalimah Allah, murtad dan kafir serta merta...... " kedua-dua insan ula(r)mak penjilat ni menikus bila syariat Allah dihina dan ditolak... CONTOH " ...... kita percaya dengan Islam dan tuhan (dia tak sebut Allah) tapi kita TIDAK AKAN MELAKSANKAN HUDUD kerana ia tidak conducieve (sesuai) dalam masyakat malaysia yang berbagai kaum dan fahaman....."
    Kedua-dua tokoh ini bahkan hampir semua Mufti..... termasuk Dr(?) Zamihan.... Di KDNDiam seribu bahasa.......
    Ustaz-ustaz kecil di surau surau yang tegang urat leher memberi teguran....

    ReplyDelete
  9. Pembetulan... Kelulusan Harusani Bukan Diploma, Cuma Sijil... Sijil Kolej Islam Kelang sama mcm kelulusan KAzim

    ReplyDelete
  10. Sama la dengan bos tabung haji.bodoh tu no 2 yang petama kena jadi penjilat anak badak dulu baru dapat pangkat.kahkahkah

    ReplyDelete
  11. macam nie la pencacai pakatan. tau buat fitnah jer. ko ader ker kelulusan agama anon. entah2 ko amik jurusan filem ptut la ko tentang habis2an sebb asyik wat maksiat jek!. Org tegur sikit marah. Klo xder mufti spe nk nasihat ko? Anwar?? Lagi dier jubor nko adelar!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ko pn same fitnah org,ko nmpk ke DSAI buat mende tu..bongok pnye anon 09:58..dasar anjing umno,igt dosa ngn org lg ssh ko nk mntk ampun..cb ko dduk sorg2 pkir,cmne ko nk bhadapan ngn org yg ko fitnah esk d MAHSYAR..Kalo msih ade iman senipis kulit bawang dlm diri ko la..
      As salam...

      Delete
  12. Memang la dia ada nampak pun.kat kitab suci umno kan ada banyak hadis pasal punggung ni.kahkahkah

    ReplyDelete
  13. Tak layak menjadi mufti. setakat diploma bersepah kat Malaysia ni, sombong tak tentu pasal...patut lah cakap ikut mulut je, rupanya dia tidak mempunyai ilmu agama yang dalam, letak jawatan dan masuk umno dan bertanding jadi wakil ratyat, itu saja yang layak bagi dia..sebab parti umno pun memang banyak yang kurang ilmunya.. sama taraf... Allah itu maha besar, sombong itu adalah pakaian Allah, Dia saja yang layak kerana dia tuhan... setakat mufti dah tak sedar diri. orang tak akan marah kalau beri nasihat yang betul dan berhemah...kita boleh terima teguran tapi biar berhemah, kita ada akal, ada maruah, ada agama,ada roh, ada Allah, kalau duduk diatas tu, jangan ingat dah terlalu tinggi....orang dibawah ini di angap anjing bagi kamu....ingat kita sama-sama akan ke alam barzah....ingat tuan mufti..ingat....kita akan mati..

    ReplyDelete
  14. Najib dok balon jubo tuya tak apa pula.

    ReplyDelete
  15. Setahu aku mufti ni masa dulu ramai sgt org yg suka. Tapi diakhir2 ni ramai pula yg tak suka.

    ReplyDelete
  16. omakkau ustaz Azhar Idrus lulusan apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. luar topic.. ustaz azhar bukan mufti..
      abih idea dh ke?..
      boo..

      Delete
    2. Anon 16:11,lulusan mak nko,bodo,

      Delete
    3. Pepasal lak kluor UAI...udoh mati akei ke haper...misti pak cacai umnuu ni..

      Delete
  17. Jangan kecoh-kecoh pasal kelayakan, Imam Syafiee, Imam Ahmad, Imam Hambli, Maliki dan banyak lagi..... Adakah imam-imam muktabar ini ada degree atau phd?
    Yang penting ilmu yang benar-benar mantap, seperti Tok Kenali, Al Marbawi dll.
    KALAU ADA Phd, DEGREE, DIPLOMA BERJELA-JELA CGPA 3.87 mcm Ahli-ahli Kabinet Naji(s)b CAKAP MACAM ORANG TAK SEKOLAH.... BODOH PIANG TAK GUNA JUGA....
    MAKA UNTUK MENGELAK KECOH LAGI HARUSINI / HARUSANA patut minta maaf, dan kalau tak boleh 'think straight' dah bagus pencen saja, bergiat dalam umno berhabis-habisan kan senang

    ReplyDelete
  18. Ish... jangan samakn kelayakn PHD dengan Imam 4 mazhab.... jauh sgt... lo ni nk citer tentg ulama2 masa kini dan di Malaysia ni jek.. jgn bandingkn dgn yg len.. jauh sgt.. tapi.. sijil dengan ijazah kan dah jauh tu bunyinyer..org yg byk mengiyakannyer pun org yg ade "PHD".. faham kan.. hehe

    ReplyDelete
  19. ulama' yang hebat mcm Azhar Idrus.. ada PHD bertimbun2..

    ReplyDelete
  20. Tahun 60an zaman p.ramle time mak bapak korang meronggeng dan kaki tengok wayang..tapi ustaz ni ambik pengajian agama lulus STA. Kolej tinggi islam kelang. pikirlah beb.
    Zaman tu nak ke mesir dgn penuh tajaan dan keterbukaan kerajaan byk lg kekurangan.

    Jika nak ditarafkan... Tak sama dgn diploma islam sekarang yg bersepah nak berbahasa arab pun hancur.

    Kalau sijil dijadikan ukuran..komen macam ni jadi bahan jenaka org non muslim. Jgn salahkan cina keling ygtak berilmu dgn keimanan akan berhujah bhw Nabi muhammad yg tak tau membaca..menulis...takde sijil boleh diangkat jadi Nabi.
    Hati2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada sijil tinggi2 tak mengapa,tapi kalu rakyat yg berkumpul utk tunjukkan ketidak puas hati kerana brg naik pun diistilahkan sbg bughah,dan diistihar halal darahnya...penama jd mufti kalau sebaghal cenggini...

      Delete
  21. Diploma je ke? Bagus lagi saya..ada Ijazah kelas 3 pengajian sejarah je. Tapi saya pakar ekonomi, politik tau.

    -DSAI-

    ReplyDelete
    Replies
    1. third class je? camne dapat naik cepat dlm politik dulu sampai TPM?aku baru grade daru UM dapat 1st class lagi.

      nak kena pikir ni. apa beza zaman dulu dgn zaman skrg...
      hehehe

      Delete
  22. tengoklah ulama' kebangangang (loghat ganu) PR banyak PHD nya.. tinggi ilmu dilihat pada sijilnya.. contoh yang paling tinggi ilmu ustaz mu tunggu aku, natang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dekat 30 kali aku baca komen ko dan akhir nya aku langsung tak paham.aper ko merapek nie setannnnnnnnnnnnn.

      Delete
  23. 2 X 5 =??
    blaja masa sekola rendah zaman silam..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...