Wednesday 1 January 2014

GAMBAR 4 PARANG DAN 3 PISAU YANG DIJUMPAI POLIS DALAM LONGKANG DEKAT KOMPLEKS DAYABUMI ADA SEKAKI PAYUNG MIRIP PAYUNG BN???????



Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang oleh peserta perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata senjata itu ditemui oleh polis bantuan pada 9.30 malam.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa tiga anggota polis cedera di tangan apabila peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis di Dataran Merdeka pada 11 malam.

Tiga anggota polis itu di rawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan haram itu di Kuala Lumpur.

Beliau berkata perhimpuan itu bertukar menjadi ganas apabila mereka mula merempuh kawalan pasukan keselamatan.

Zainuddin berkata sehingga kini tiada tangkapan dibuat terhadap peserta perhimpunan haram itu dan polis sedang mengumpul keterangan daripada orang ramai bagi mengambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012.

17 comments:

  1. Kalau belajar dari sejarah, ini boleh percaya ke. Dahlah mat fit buat bom. Nak lawan kerajaan pulak pakai parang panjang dan parang kontot aje. Hanya orang bodoh aje buat kerja ini atau hanya provokasi golongan akal singkat atau tak siuman aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bom tak jumper ker.itu hari kecoh kata ader bom la,ader khemah ler.bodoh punya statement.standard longkang punya otak.pencacai murahan mcm tu ler.

      Delete
  2. Lawak Tahun Baru.... Mungkin parang panjang dan parang kontot nak sembelih biawak biawak semak di sungai gombak kot, dah harga daging naik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu senjata orang tebas lalang tu lepas kerja ditinggalkan dan besok sambung kerja ambil balik. Datng pdrm tu parang untuk guling kerajaan. Apa bodo sangat pdrm ni. Yg senjata pdrm terjatuh kat laut dah dapat ke belum? Jangan 2 pdrm jual senjata kpd genster2 kut? Cuba siasat?

      Delete
  3. perhimpunan akan datang, polis jumpa sebuah KERETA KEBAL ditinggalkan dalam sungai kelang.........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Setiap tahun PDRM akan buat lawak bodoh kononnya mencipta bukti palsu orang ramai akan teruja....

    Apa yang kita betul faham dalam siasatan yang lalu, DBKL, PDRM adalah agensi kerajaan yang bertanggong jawab mensabotaj perhimpunan aman yang ditaja oleh NGO Bersih.

    Ketika itu bermacam bukti palsu yang mereka wujudkan bagi mengelirukan peserta perhimpunan. Namun tuduhan seumpama itu senyap tanpa tangkapan kerana mereka tidak akan tangkap diri mereka sendiri.

    Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi, adalah sebahagian dari dongengan. PDRM bagi mengekalkan tuduhan yang tidak berasas pada rakyat yang memprotes kos sara hidup yang tinggi 'TURUN'.

    Namun cara itu memperlihatkan kepada kita kononnya mereka pandai dalam menyesuaikan tuduhan berasaskan undang-undang sedangkan rakyat juga tahu tipu muslihat undang-undang itu hanya untuk mengugut rakyat supaya mengikut telunjuk mereka.

    Cerita parang itu akan senyap dengan sendirinya sama seperti dongengan yang lalu.... Kerana mereka tak pandai dalam pemalsuan bukti tapi mereka pandai dalam mengubah berjuta-juta ringgit wang haram yang diperoleh sindiket pelacuran di Malaysia.

    ReplyDelete
  5. mungkin itu parang jakun sarawak yg turun malam tadi.

    ReplyDelete
  6. Tak kan nak guling kerajaan guna 4 parang dan payong je kot, pdrm tak jumpa lg dalam sg. kelang tu ada meriam buluh, bom nuklear, jet fighter, scorpone, transformer pun ada.

    ReplyDelete
  7. Payung buruk,tp parang n pisau nampak bru jerk..bru beli n bru letak ek?ye la,yg bru mesti tajam,senang nk tekak polis n dbkl

    ReplyDelete
  8. Haluuuuuuu. ......

    Sonang cakap kalau kito peniago kds runcit ko, kodai pisang ko....tgk ajo abg polis dan dbkl mau beli ......kasi angkat skit hargo. Taruk GST skali.....nk tgk muka ada senyum ka@darah ada naik ka.....kadangkala kebodohan mesti diajor dgn sedikit kezaliman...

    Khsk tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok cadangan tu. bagi diri aku, aku setuju.

      Delete
    2. kereta polis kena bayar tol ker?

      Delete
  9. Senjata2 PDRM yg dilaporkan hilang di laut telah dijumpai di central market semasa perarakan -

    ReplyDelete
  10. Itu parang panjang, orang tak bawa dalam perhimpunan la.. PDRM nak buat konspirasi biar lah logik sikit,,, itu jenis parang panjang wak bawak pegi kebun la...gila orang bawa parang panjang kat dalam bandor...jumpe kat dalam longkang lak tu,, siapa pun bolih taruk kat situ...alamak citer lama berulang kembali,,,,angota PDRM patut pergi le kusrus ambil modul yang baru macam mana nak buat provokasi...ini masih tektik lama....buat malu dengan Amerika je..Malaysia nak wat citer mission impossible tapi tak menjadi... sebab yang tengok tu semuanya yang bijak bijak...tak bolih ditipu....macai umno je yang percaya...

    ReplyDelete
  11. PDRM kn yg trbaik d dunia,ye ke!!!parang 4 je,ade lg tuu kt semak,g cr blik!!!pongkes,penyapu,cakar ayam,plastik sampah pn ade..
    Woii PDRM,tu brg2 aku la ngok,esk aku nk keje la,korg ambik wat pe..rumput tepi tu nk tebas pkai ape,ko dh ambik parang aku..pulanggggg kn blikkk..tdk aku saman nti...
    (pekerja alam flora)

    ReplyDelete
  12. lagi 100 kali perhimpunan pun, akan dipamer parang dan benda2 bodoh yg sama.. org umno tetap percaya.

    tu senjata nk guling kerajaan. itu senjata yg gemparkan kerajaan umno.

    payung tu paracute la ala mat sentul.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...