Saturday, 11 January 2014
STILL ALIVE AND KICKING !!!! ... WALAUPUN DOA DAN PERMINTAAN DARI SEGELINTIR MACAI UMNO MAU AGAR OMAK KAU MATI NAMUN DOA RAKYAT DAN PARA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DI MAKBULKAN OLEH ALLAH SWT.
Mohon bacakan yasin untuk blogger pakatan yang sedang bertarung nyawa di hospital kerajaan Barisan Nasional... Maafkanlah segala fitnah beliau terhadap kerajaan Barisan Nasional selama ini... Semoga pemergiannya dipermudahkan... Al-Fatehah... Amin...
Begitulah buyi ayat dari salah seorang penyokong UMNO yang begitu bersungguh-sungguh maukan diri Omak Kau lesap dari muka bumi ini.
Alasannya ialah Omak Kau sering memfitnah UMNO/BN dalam blog ini .... Omak Kau sering secara terbuka mencabar juak-juak UMNO/BN jika merasakan mana-mana jua artikel didalam blog ini berunsur dan bertaraf fitnah gred A .. dipersila buktikan dengan fakta dan angka ... namun sehingga kini tiada satu pun semenjak wujudnya blog ini 2 tahun yang lalu macai-macai dapat kemukakan bukti bahawa artikel tersebut adalah fitnah .. TIADA.
Apabila diri Omak Kau diberi dugaan besar oleh Allah SWT dengan mendapat sakit kencing tikus dan denggi serentak selepas pulang dari kerja-kerja amal membantu mangsa-mangsa banjir di Kemaman baru-baru ini maka disitu terlihat jelas akhlak pekerti manusia yang sebenar.
Omak Kau tidak menafikan ada jua blogger pro UMNO yang baik hati mendoakan agar diri ini cepat sembuh kembali.
Paling Omak Kau kagumi ialah para penjenguk, pengkritik, penegur, peminat, pembaca dan pengitai blog ini yang se iya sekata bersama-sama mendoakan agar Omak Kau cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan.
Semasa menerima rawatan, pada awalnya Omak Kau di tempatkan di wad ketiga Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang . tidak putus-putus menerima kunjungan kasih sahabat dan ehsan dari rakan-rakan seperjuangan terutamanya dari Cabang Shah Alam dan Kapar sehinggakan ada Hamba Allah telah membiayai sepenuhnya agar Omak Kau dipindahkan ke wad kelas pertama .. Kepada Hamba Allah ini ribuan terima kasih diucapkan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala baik budinya.
Omak Kau ingin mengucapkan ribuan terima kasih jua kepada para penderma, rakan-rakan seperjuangan dan berlawanan parti (mereka yang masih ada rasa kemanusiaan), yang mau Omak Kau sihat sepenuhnya agar kembali dalam arena blog demi memberi sedikit seri tapi paling utama membongkar segala bentuk penipuan, fitnah, penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/BN.
Ada rakyat diluar sana yang membuat solat hajat dan baca yassin agar diri Omak Kau cepat sembuh terutamanya dari Biro Penerangan dan AMK Selangor.
Ada yang akan menaja sepenuhnya keperluan vitamin tambahan kepada Omak Kau agar dapat membantu pemulihan dengan kadar segera.
Ada yang menyuarakan akan bernazar untuk berpuasa selama 3 hari apabila Omak Kau sembuh sepenuhnya nanti.
Para pengujung dan pelawat yang sudi menjenguk dan menziarahi Omak kau ribuan terima kasih juga Omak Kau ucapkan.
Ada juga YB-YB menghantarkan wakil mereka untuk memantau perkembangan kesihatan Omak Kau dan perlu memaklumkan terus kepada mereka setiap hari.
Omak Kau sedikit pun tidak berasa kesal dan terkilan dihinggapi penyakit ini hasil dari kerja amal misi kemanusiaan membantu mangsa-mangsa bencana banjir terburuk dalam sejarah daerah Kemaman... Yang paling penting ialah para mangsa banjir disana majoritinya yang dibantu oleh misi bantuan kemanusiaan tajaan PKR Shah Alam ialah penyokong, pendokong dan ahli UMNO tegar .. Ahli Parlimen Kemaman ialah DS Shabery Cheek ... Sedih dan pilu melihat akan kehidupan mereka pasca banjir .. cukup daif.
Omak Kau kini sejak semalam sedang berehat dirumah dengan medikasi yang diberikan oleh para doktor yang cukup profesional dan dedikasi demi memastikan Omak Kau menerima rawatan yang sebaik-baik mungkin.
Mengenai serangan kebudak-budakan dari macai-macai UMNO yang mengatakan akhirnya bila sakit pergi jua ke Hospital kerajaan untuk menerima rawatan, Omak Kau enggan menjawab dan membalas komen tersebut.
Omak Kau ingin menyuarakan beberapa janji .. 1) Akan lawan penyakit ini ketahap paling maksima mengikut kemampuan Omak Kau ... 2) Akan terus menyumbang kearah apa yang Omak Kau tahu dan mampu iaitu berblog dan kerja-kerja kebajikan demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat. 3) Bergerak cergas dan aktif dalam parti KeADILan demi memastikan wujudnya sebuah kerajaan baru dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
Rakyat diluar sana membantu diri Omak Kau dengan mendoa dan memberikan kata-kata semangat dan Omak Kau pula semakin bersemangat mau menyumbang kearah UMNO/BN tumbang.
Ada rakan memberi kata-kata rangsangan dan semangat juang kepada Omak Kau dengan berkata " JIKA APA YANG OMAK KAU TULIS TIDAK MEMBERI KESAN DAN IMPAK KEPADA MINDA DAN JIWA RAKYAT, TIDAK MUNGKIN PARA MACAI UMNO MENYERANG GARANG DAN LANTANG OMAK KAU SAMPAI SANGGUP MENDOAKAN DIRI OMAK KAU MATI" ..... Jika difikir dan di renungkan secara ikut hukum akal logik ... memang ada kebenarannya.
Akhir kata MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ... LAWAN TETAP LAWAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
alhamdulilah. rakyat amnoeh bn gila
ReplyDeleteKami PR dari Perak mendoakan omakkau sentiasa dalam kesejahteraan selalu. Teruskan perjuangan mu sehingga umno bn terkubur. Kami ucapkan selamat kpd omakkau dipanjangkan umur dimurahkan rezeki. Semoga allah memberkati omakkau selama2nya. Amin.
DeleteSalam Omak Kau
ReplyDeleteSemoga miker cepat sembuh. Bersabarlah di atas segala dugaan Allah.
Tmksh yong...
DeleteOmak kau ni den nk beghitau buleh dikatokan serikandi melayu abad ini. Den nak beghitau omak kau besabo la banyak2. Kalu datang ke nogoghi 9 singgahlah ke pejabat PAS atau PKR nanti kita buet sikit2 doa selamat untuk omak kau. Ok.
DeleteAlhamdulillah. Moga cepat sembuh.
ReplyDeleteAlhamdulillah, moga sihat seperti sedia kala.
DeleteSeminggu omak kau tidak ber'update', otak kita jadi mengong. Pusing2 gambar anak madey tu jugak yang keluar. Ingatkan omak kau dah kena tangkap polis atau dah masok umno, tapi terkejut bila dapat info omak kau masuk hospital.
Syukurlah. Teruskan perjuangan.
Semoga omak kau kembali sihat saperti biasa, dimana pun hospital di Malaysia ini adalah Hopital rakyat, bukan duit umno yang bayar bina Hospital. tapi duit cukai rakyat, kakitantangannye dibayar gaji oleh rakyat, macai umno jangan jadi bodoh sesangat, tak tahu membezakan parti dan kerajaan, kalau umno lingkup dan PR yang memerintah, Hospital tetap disitu dan kalau macai umno yang masuk Hospital...tetap mendapat rawatan...kerana Hospital itu adalah milik rakyat..bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut...
ReplyDeleteMoga Allah merahmati n melindungi.moga cepat sembuh.
ReplyDeletehospital tu BN yg bina pakai duit rakyat..so ia milik rakyat bkn BN..tolong jgn tunjukkan kebodohan melayu macai umno di sini
ReplyDeletehidup kaki kencing..akhirnya kena kencing tikus. Balasan Allah namanya tu..hihi
ReplyDeletebabi umno ni kalau mampus pun ade baiknye...menyemak je...blah lah...
DeleteBila kita ditimpa musibah seperti penyakit, maknanya Allah masih sayangkan kita dan Allah menguji kesabaran serta keimanan kita. Akan dihapuskan dosa2 kecil jika musibah itu kita terima dengan hati terbuka. Kadang2 musibah menjadikan kita sejuta kali lebih tabah daripada sebelumnya.
DeleteInsyaallah, jika kebenaran yang diperjuangkan, Allah menyediakan balasan baik untuk omak kau. Amin.
Anon 1913. Yg dibawah ni. Ko bohong. Mana ada PAS macam tu. Ko umno. Jangan nak fitnah PAS. Kami sokong omak kau.
DeleteKAMI PAS KAPAR.
Minah blogger ni kaki kencing ni. Dia pura2 sakit sebab nak org derma lagi kat dia.
ReplyDeleteDulu dia pakat dgn keling suruh samun dia. dapat dah laptop free.duit dapat belas ribu. Siap suruh macai/budak 3line pkr kawasan dia kumpul dalam tin pergi markas PAS mintak derma. Ceramah PAS pun macai dia redah letak tin milo.
Kami PASKapar dah tak pecaya dah kat minah ni.
pigidahh
brader...tak takut dose ke fitnah orang...lebih teruk dari membunuh tau brader...tak tahu lg ke...tak kisah le ko penyokong tegar umnonok sekalipun, jgn le nak fitnah orang...
Deleteaku sokong pendapat ko brader ...minah ni macam nuar gk kuat simpati...puih...pm pon xde la cam tu..
DeleteJika maklumat yang kita tulis menyebabkan anjing2 ameno ketawa suka, maknanya kita telah melakukan kesilapan. Jika maklumat yang kita tulis, menyebabkan anjing2 ameno marah, kita sebenarnya telah melakukan sesuatu yang betul.
DeleteKali ni dapat berapa collection derma? hahah.
ReplyDeletebanyak bro...boleh beli jet peribadi macam haji najib dan hajah rosmah punya tu...kihkihkih
Delete19:21.....kalo ko yang masok hospital, orang sepak ko masok longkang. Esok majlis bandaran kutip ko campak kat tempat buang sampah. Ko tau kenapa? Sebab ko hanya anjing ameno...
DeleteAllah dah bagi nyawa balik lagi mahu membohong cakap sakit ni disebabkan dek kerana melawat mangsa banjir kat kemamam dan kuantan.
ReplyDeleteIni sakit disebabkan kencing tikus..denggii..
sila keluarkan laporan perubatan yg penyakit ni dtg dari kwsan banjir? org sana elok je.
ramai lagi yg lain dtg sana bagi bantuan elok je.
lagi lagi mau kencing...
dah ckp..ni semua balasan Allah yg selalu mengada ada menambah cerita demi perpecahan umat melayu islam..
sama je minah dgn ketua penjubur..
logik ape sebab kencing tikus memang senang dapat kalau banjir(bawaan air). longkang penuh dgn najis tikus akan dibawak air. kalau dah bangang tu bangang jugak...takyah nak tarik orang lain supaya bangang mcm kamu...
DeleteHaloo brader
Deleteawak perli omakkau ke awak menyakat Denan Yakkop ??????
19:27...jangan cakap besar. Jangan bongkak. Ko nak rasa kena sakit kencing tikus. Insyaallah Allah akan makbulkan. Amin Ya Rab.
DeleteKuantan banyak tikus ker? Tak kan negeri PM pun banyak tikus? Dulu Denan pun kena kencing tikus jugak. errrr....ada ke anjing ameno tu mintak surat akuan doktor utk membuktikan Denan kena kencing tikus?
DeleteAssalamualaikum, saya berdoa supaya anda diberikan nikmat kesihatan oleh Allah s.w.t dan semoga anda sentiasa berada dalam keredhaan Allah s.w.t. Saya berdoa supaya anda diberikan kekuatan untuk terus berjuang demi kebaikan rakyat di negara ini.
ReplyDeleteaku kalau tak jenguk blog Omak kau sehari, memang tak lena tidur...syabas Omak kau!!! kuatkan iltizam untuk melawan umno sampai terkubur...saya doakan anda sihat walafiat...amiin..
ReplyDeleteYa!! ALLAH kembalikan Kesihatan Yg Sempurna Kepada OMAK KAU,Bukakan pintu hati mereka BN agar menjadi Insan yg Soleh DAN Menyebelahi PR serta Menjadi Org yg Bersama sama menentang umno/BN. Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bkn Milik Kerajaan BN TAPI milik Tengku Ampuan Rahimah.Kerajaan BN tak ada yg ada Kerajaan Malaysia.
ReplyDeletesemuga omak segera sembuh InsyaAllah.
ReplyDeletehospital BN kepala hotak kau....
ReplyDeleteaku harap ko bukak la pintu ko omak kau...ko bleh la cite sni ko nak sebarkan keburukkan kerajaan tapi sebenarnye ko sebar fitnah....xpe la akhirat nanti ko jawab la ye....allah tak tanye ko budak blogger pr ke bn ke tapi sekali ko sebar fitnah akhirat nanti ko jawab...tu baru allah kasi sikit sakit ...kalau allah kasi ko banyak macam mana....aku malas nak komen panjang2 sbb menyampah gk dengan org tak reti bersyukur..
ReplyDeleteye...dan ko yang tak reti bersyukur pun semoga Allah buka pintu hati ko supaya tak bersekongkol dengan ejen2 dajjal
Delete20.27....Allah menguji umat yang disayanginya dengan penyakit. Jika dia reda, maka Allah mengampun dosa2nya selagi tidak melakukan dosa besar. Insyaallah, jika kebenaran yang diperjuangkan, omak kau akan menjadi lebih tabah.
DeleteAlhamdulillah. Syukur kehadrat Allah diatas kesihatan lebih baik yang dikurniakannya kepada "Omak Kau". Tentu ada hikmah disebalik dugaannya itu. Gundah hati ambe bila membaca perkhabaran berkaitan puan di blog "Anak Sungai Derhaka". Baru saja ambe merancang untuk melawat Puan namun berita gembira ini telah terjelma. Teruskan perjuangan. Ikhlas tu penting. Jaga kesihatan dan jangan lupa makan ubat. Salam sejahtera dari Geng Gon.
ReplyDeletealhamdulillah moga omakkau sihat dan dilindungi Allah moga Islam tetap ga diseantero dunia Amiin
ReplyDeleteOmak kau...rindunye teman pada omak kau...dari hari isnin teman tengok omak kau tak update...sehari dua ingat omak kau bercuti..lepas tu mula risau..baru harini tau keadaan omak kau sakit. Alhamdullilah omak kau dah sihat. Syukur.....semua ujian Allah dan sembuh itupun dari Allah. Alhamdulillah. Teruskan perjuanganmu.
ReplyDeleteTenkiu frens...berpantang maut sebelom ajal!! Syukur Alhamdulillah
DeleteAlhamdulillah dah sembuh. Aku hairan ngapa x update dah lama. Tidur mcm celik je x dpt bca omak kau. Ok terus juang demi cari kebenaran. Syabas omak kau.
DeleteAlhamdulillah dan teruskan perjuangan.
ReplyDeleteingat dunia hanya sementara tak kiralah siapa pun kita.. tak kiralah PR atau BN.. jika niat untuk dunia maka lupakanlah akhirat.. kerana pasti tiada bahagian akhirat.. kesihatan yang Allah bagi gunakanlah untuk agama.. ya memang seronok kita mengeji mengumpat dan memfitnah pihak yang kita benci.. tetapi hanya keseronokan sementara di dunia.. tetapi di akhirat?
ReplyDeletebukan mengumpat mengeji. Tapi perjuangan ini adalah untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada rakyat marhaen wajah sebenar pemimpin kita. Tanpa maklumat benar seperti ini, rakyat marhaen tidak ubah seperti kerbau dicucuk hidung.... Kita bukan budak kecil yang sentiasa boleh ditipu dan diperkotak-katikkan oleh pemimpin untuk selama-lamanya.
Deletekalau begitu sekali perjuangan kenapa tidak didedahkan jugak kesalahan pemimpin PR? apakah pemimpin PR maksum belaka?
DeleteAkhirnya penantian dan rindu terubat.
ReplyDeleteSemoga omak kau kembali sihat untuk meneruskan perjuangan rakyat.
Welcome back Omakkau...still alive and kicking dUMbNO ass. To those dUMdNO macai and keza too, keep on to be a moron.
ReplyDeleteNak tau orang yang kuat fitnah tengok je nasib yang menimpa ketua fitnah papagomo barua najib.ketua perisik blogger kunun..kahkahkah
ReplyDeleteSaya dari Johor penyokong PR akan mendoakan supaya Omak Kau terus sihat dan terus aktif dlm bidang blog.
ReplyDeleteriziqin.blogspot.com pun sama...sesedap mi kari je ucap takziah...mcm2 la yg cai bn duk ngata omakkau kat situ.. ada jururawat kwn blogger tu yg bg info kata omakkau masuk spital kat klang..siap kutuk omakkau guna spital kerajaan lg sdgkan omakkau asik duk ngata bn umno.. x ngapa lah.. da mmg kita tau cai bn umno ni tak bape nk cerdik..suka ngaku rete org tu sbg rete sdiri..
ReplyDeletealhamdullilah syukur, Omak Kau semakin sihat.. Harap Omak Kau solat sunat syukur dan mohon kekuatan drp Nya utk terrus berjuang....
ReplyDeletepenatlelahku.blogspot.com
Makbul doa ufb "dipanjangkan usianya".. Alhamdulillah :)
ReplyDelete