Thursday, 3 July 2014

BILA PEMIMPIN BERJIWA BESAR BERBICARA ..... TSKI AKUR 2 ORANG KANANNYA KENA TINDAKAN DISIPLIN PARTI.



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur terhadap tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenakan hukuman ke atas dua orang kanannya atas kesalahan melanggar disiplin ketika pemilihan parti.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menasihatkan Setiausaha Politiknya, Mustapha Mohd Talib dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI), Faekah Hussein supaya mengemukakan rayuan.

“Tidak mengapa kalau itu keputusan biro disiplin, saya akur.

Kita mesti menerima keputusan ini dan mereka berhak untuk membuat permohonan rayuan. Dalam parti, kita mempunyai proses rayuan terhadap keputusan yang dibuat,” katanya pada Mesyuarat Exco, di sini, semalam.

Lembaga Disiplin PKR memutuskan untuk menggantung keahlian Mustapha selama setahun secara serta merta.

Pengerusinya, Datuk Dr Tan Kee Kwong, berkata hal itu ekoran tindakan mengugut yang dilakukan Mustapha terhadap seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Manakala, Faekah dikenakan surat tunjuk sebab kerana mengeluarkan kenyataan di media.

Surat tunjuk sebab itu turut dikeluarkan kepada Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin dan calon penggantinya, Amiruddin Shari, bahkan mereka adalah dua pemimpin muda yang dikaitkan dengan kem Azmin.

Mereka bertiga terbabit dalam kes jawab menjawab di media berhubung isu desakan supaya Abdul Khalid berundur daripada jawatan menteri besar yang disandangnya.

INI CONTOH TERBAIK SEORANG BERGELAR PEMIMPIN YANG BERJIWA BESAR BUKANNYA JENIS KEPALA BESAR, BERLAGAK BESAR, CAKAP BESAR DAN LEBIH TERUK BERNAFSU SERAKAH AMAT BESAR.

AKUR DAN HORMAT KEPUTUSAN PARTI .. TIDAK MELATAH DAN BERANG SEBALIKNYA BERTINDAK MERENDAH DIRI DAN TENANG.

OMAK KAU DENGAN RASA RENDAH DIRI MENYERU SEMUA ANGGOTA KEADILAN DARI SEMUA PERINGKAT YANG BENAR-BENAR SAYANGKAN PARTI ... BAWA BERTENANG, AKUR NASIHAT DAN ARAHAN PEMIMPIN TERTINGGI PARTI .. BERI SEPENUH KEPERCAYAAN KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI YANG DIBERI AMANAH DAN KUASA SERTA TANGGUNG JAWAB MELAKSANAKAN TUGAS MEREKA.

3 comments:

  1. Chinese Selangorean3 July 2014 at 12:55

    We don't want MB Selangor one man show . . See how he handle Kidex Highway, MoU Langat 2, catuan air, tanah PKNS, Bible issue, Lumba Kuda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. You don't accuse something that you don't really know.
      Don't simply make a statement or conclusion that you don't even what is actually happening.
      Don't blame something is done by other and not within the power of MB.
      .....
      Try to see who is behind all the issues. Don't act like a stupid man. I am chinese but I am not stupid like you, Selangorean.

      Delete
  2. walau pun digertak, di fitnah, diadu domba untuk dijatuhkan...namun Azmin masih kekal malah lebih kuat di atas..demi menjamin perjuangan PKR.

    Hanya mulut2 namun tak satu pun aduan rasmi berani dibuat disebabkan tiada bukti. Tiada laporan polis, sprm malah hanya tulisan2 diblog2, tweet, fb dll bak sampah sahaja yg yang melalak bak anjing memfitnah Saudara Azmin.

    Azmin...pejuang keadilan raya demi rakyat

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...