Tuesday, 1 July 2014

ITU HARI ADUN SRI MUDA DESAK AGAR TSKI LETAK JAWATAN SEBAGAI MB SELANGOR .. HARI INI DI JAJA SATU DUNIA CEK RM30,000 SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR PIMPINAN TSKI UNTUK SJKC KHEE BENG!!!!


1hb Julai 2014.

"Ini pula sumbangan kerajaan negeri kepada SJKC Khee Beng, juga berjumlah RM30000 bagi tahun ini. Semoga ia dapat dimanafaatkan sepenuh nya untuk kebaikan pelajar."

27 hb Jun 2014:

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafiei berkata Tan Sri Khalid Ibrahim sewajarnya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.


Menurut Suhaimi, tidak dinafikan Khalid mempunyai asas kepimpinan yang baik namun beliau juga perlu mengambil kira pandangan daripada partinya sendiri yang tidak gembira jika beliau terus memegang jawatan tersebut.


“Pertukaran Menteri Besar Selangor perlu bagi terus mendapatkan sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang.


“Kita memerlukan pemimpin baru yang dinamik dan mempunyai wawasan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.


Tambah Suhaimi yang juga merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), kurangnya sokongan daripada rakyat juga adalah sebagai isyarat untuk beliau menyerahkan jawatannya kepada pemimpin yang lebih berwibawa.


“Jika kita lihat, ramai anggota dalam parti kita (PKR) juga sudah tidak gembira.


“Kekalahan Khalid mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dilihat sebagai penanda aras untuk Khalid berundur,” jelasnya.


Omak Kau malas nak ulas panjang lebar sebab rakyat dan pembaca blog ini boleh berfikir dan menilai sendiri.

Adakah desakan agar TSKI itu jujur atau ada udang galah sungai disebalik batu. .. Ingat!!!! .. rakyat tidak boleh lagi diperbodohkan sewenang-wenangnya lebih-lebih lagi mereka yang mendokong dan menyokong Pakatan Rakyat.

16 comments:

  1. Dua2 tu isu yg berbeza. Yb shuhaimi adalah adun, susah tentu dia usaha utk dapatkan peruntukan dari kerajaan negeri tidak kira sekiranya ia dipimpin oleh Firaun sekali pun. Itu peruntukan negeri. Rm30,000 berapalah sangat.

    isu nya kepimpinan khalid ibrahim ditolak oleh pkr sendiri. Itu jadinya Kajang Move.

    omakkau kena buat banyak home work ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chinese in PKR1 July 2014 at 12:04

      Selangor will follow Kedah footstep if MB is not replace ! We don't need a Umno Trojan to rule Pakatan state !

      YB Khalid, Selangoreans have spoken. They have rejected you as the MB of Selangor as you're not up to their expectations. Time for you to step down. DSAI and the rest of the Pakatan leaders should step in to address this ASAP before they lost Selangor.

      Khalid Ibrahim please go rest and retired. Don't be buta sampai tak tau what is good for Pakatan. It's not all about Khalid Ibrahim.

      Delete
    2. ntah..x sek ke? isu yg brbeza. sebagai adun & sebagai pmimpin PKR. x da isu buat isu omak kau ni. x sek apa? Khalid ptut letak jwtn dh mcm mb umno je. jgn smpai nxt GE kena rmpas. sia2 je ahli PR sokong selama ni sbb keslhn mb yg x dngr ckp & x bole dbw branding.

      Delete
  2. Tiada udang disebalik batu. Tiada yg tersirat melainkan tersurat. Desakan agar TSKI berundur ini hanyalah bagi memenuhi nafsu dan kehendak pemimpin atasan parti agar dapat melindungi ahli keluarga dan sahabat handai beliau agar terus berkuasa di dalam gagasan parti yg semakin lemau. Anak emas telah mula tegar menagih janji. Si kepala mula resah gelisah memikirkan natijah akibat memungkiri janji untuk memberikan anak emasnya jawatan besar di Selangor. Ini semua orang tahu. Jangan ingat kami rakyat Selangor bodoh! - USJ United-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Veteran Selangor1 July 2014 at 12:07

      Ramai bodoh sebab pilih PKR. Parti rasuah pemilihan. Dulu negeri Perak PR jatuh sebab adun2 PKR ni la yg mudah dibeli BN.

      PKR = Parti Kerusi Rasuah

      Delete
  3. Sebodoh-bodoh pengundi PR pun, tapi dia orang lebih cerdik dan bijak daripada pengundi BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR (tak) BIJAK1 July 2014 at 13:30

      Bijak apa? Bijak baling kerusi masa pemilihan....kahkahkah kah kah kah! !!!!!

      Delete
  4. Ahhh sama je...semua taik politik..yg cerdik mcm kami akan berlumba-lumba kumpul kekayaan......dunia & akhirat...

    ReplyDelete
  5. Selangor bakal jadi mcm Kedah.. Pemimpin rakus kuasa... Insyaallah PRU akan dtg Selangor bakal di perintah semula oleh BN.

    ReplyDelete
  6. Omak Kau meroyan lagi. Sokong membawa rebah. Itu bkn duit Khalid lah nyah.. Kalau bkn Khalid, boleh jadi lebih dari 30k! Khalid ni kedekut piang nyah hoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bukan duit MB tapi kalau MB tak luluskan manakan dapat..

      Delete
  7. PKR tumbuh adalah serpihan UMNO,MIC,MCA,GERAKAN,PPP jadi nak heran apa semua parti2 diatas tu pernah baling bangku dan bertumbuk semasa pemilihan... Kalau belum kenal politik Malaysia jgn cite byk lh....

    ReplyDelete
  8. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    ReplyDelete
  9. CHINESE IN PKR. DO WE NEED DAP TROJEN IN PKR ?

    ReplyDelete
  10. Tak ada masalah bagi saya sebab OMAK kena faham sumbangan tu dari Kerajaan Negeri bukan dari TKSI isu nak tukar MB jika ketiga2 parti setuju tiada masalah sebab MB tu bukan milik mutlak PKR atau TKSI. Harap faham.

    ReplyDelete
  11. adun sri muda ni sakit kut...
    jom kita pakat reramai bawak dia ke spital..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...