Friday, 4 July 2014

SEORANG LELAKI MENEMUI AJAL KETIKA CUBA MEMECAH MASUK SEBUAH RUMAH MENERUSI LANTAI UNTUK TUJUAN MENCURI APABILA KEPALANYA TERSEPIT DI CELAH LANTAI KAYU TERSEBUT..



Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.


Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.


"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.


Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.


Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.


Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.

9 comments:

  1. apa lah penyamun besar tak kena terus mcm ni

    ReplyDelete
  2. ni gmbar lame..metro dh keluar, kak..
    dlm 4thn lepas..

    ReplyDelete
  3. Tu nak cari duit raya tu.....

    ReplyDelete
  4. bukan 4 thn, tapi 5 tahun 2bulan lepas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang 4 tahun lepas terlekat celah dinding... yang ni terbaru punya celah lantai... bulan puasa pun nak mencuri... allah nak tunjuk la tu...

      Delete
  5. Memsng dah sampai ajal .

    ReplyDelete
  6. Tengok gaya terseksa nak sampai ajal

    ReplyDelete
  7. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...