Sunday, 29 March 2015

NGA KOR MING SUDAH MELAMPAU ... SANGGUP GUNA GAMBAR LAMA BUAT FITNAH UNTUK KEMPEN TUMBANGKAN ULAMA DALAM PAS??????.


"Terbongkar! Mushyydul Am PAS Haron Din tekun berbincang dengan Menteri UMNO. Ahli-ahli PAS perlu buat pilihan bijak."

Hoi!!! Nga Kor Ming ... boleh beritahu apayang mereka bincangkan?????

Inilah taraf biadap kelas tertinggi yang dimiliki seorang pemimpin DAP dari Perak bernama Nga Kor Ming ... langsung tidak beretika dan bermoral langsung dalam membuat terjahan keatas kepimpinan ulama dalam PAS ... sanggup dan tergamak menggunakan gambar lama ketika Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Jamil Khir Baharom dan mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa ziarah Mursyidul Am PAS Dato Dr Haron Din yang baru sahaja menerima rawatan sakit jantung dirumahnya sebagai modal serangan untuk memujuk dan menghasut ahli PAS agar berhati-hati dalam memilih pemimpin mereka menjelang pemilihan PAS yang bakal berlangsung nanti.

Apa punya akhlaklah pemimpin DAP dari Perak bernama Nga Kor Ming ini .. sampai begitu sekali tahap mentalitinya dan gaya berkempennya sebab amat bencikan ulama untuk memimpin dan memacu PAS.

Ada batas dalam berkempen dan menyokong .. tetapi sampai sanggup mencampuri urusan rumah tangga parti sekutu dalam gagasan Pakatan Rakyat dengan membuat fitnah itu sudah dikira amat melampau, tidak berakhlak dan bermoral langsung  ... dulu cukup kencang menyerang dan mengutuk UMNO kerana membuat fitnah tanpa batasan kini sendiri tiada kurangnya.

Jadi dikira tidak langsung barang siapa ahli PAS menolak kepimpinan ulama adalah serupa mengikut kemahuan pemimpin DAP bernama Nga Kor Ming.

Kalau begitu sekali tahap daya pemikiran Nga Kor Ming, maka setiap perjumpaan para pemimpin DAP dengan pemimpin UMNO/BN akan dikategorikan sebagai tekun berbincang dengan niat serong dan songsang.


Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin ..... apa pandangan dan pendapat YB mengenai kenyataan biadap melampau Nga Kor Ming ini????

#KITA LAWAN ... KHALID SAMAD DI TAHAN POLIS DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948.


Mendapat khabar bahawa Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Ahli Jawatan Kuasa Pusat PAS, YB Abdul Khalid Samad pada jam lebih kurang 3.20 pagi tadi telah ditahan oleh polis dirumahnya di Shah Alam dibawah Akta Hasutan 1948 dan terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Difahamkan selepas subuh akan dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk proses ditahan reman.

Penahanan beliau ada kaitan dengan Himpunan #Kita Lawan petang semalam.

Saturday, 28 March 2015

#KITA LAWAN .... GURU BERANG KERANA KELASNYA TERGANGGU DAN ANAK-ANAK MURIDNYA DALAM KETAKUTAN




Seorang guru dari British Council berhampiran Menara Berkembar Petronas naik berang apabila kelas Bahasa Inggeris kelolaannya terganggu akibat penganjur himpunan #KitaLawan gagal mengawal keadaan dan penyokongnya.

Anna Steven mendakwa himpunan itu telah menakutkan pelajarnya yang sedang mengikuti kelas tambahan di pusat bahasa itu yang terletak kira-kira 100 meter dari jarak demonstrasi tersebut.

"Pelajar-pelajar saya sangat takut apabila mendengar cerita mereka, bahkan ibu bapa mereka juga sudah bimbang dengan keselamatan mereka.

"Jadi saya terpaksa keluar dari kelas dan meluru jumpa penganjur untuk memastikan mereka tidak meredah kelas kami dan berharap mereka tidak lagi menjerit-jerit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Katanya lagi, perhimpunan tersebut bukan sahaja mengganggu tumpuan pelajarnya malah telah mengganggu ketenteraman awam.

Beliau juga kelihatan berkali-kali merayu kepada pihak penganjur #KitaLawan supaya tidak bertindak keterlaluan hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada semua pihak.

Selepas puas merayu, beliau kemudiannya berlari semula ke kelasnya itu untuk mengawal dan memastikan para pelajarnya tidak berada dalam keadaan ketakutan
.

GAMBAR AHLI PARLIMEN PANDAN MERANGKAP SETIAUSAHA AGUNG PKR DAN AKTIVIS HISHAMUDDIN RAIS BERPAKAIAN LOKAP, TANGAN BERGARI DAN BERKAKI AYAM TERSEBAR DI INTERNET.



SIRI #KITA LAWAN EDISI PERKAHWINAN KURANG MENDAPAT SAMBUTAN ... -PEMIMPIN - PEMIMPIN DAP LANGSUNG TIDAK NAMPAK BATANG HIDUNG KALI INI.




Jangkaan penglibatan  lebih 3,000 peserta dalam demonstrasi #KitaLawan yang dianjurkan Pakatan Rakyat hari ini tidak mencapai sasaran yang diharap-harapkan.

Dari kiriman beberapa gambar mendapati hanya sekitar 500 orang sahaja yang menyertai demontrasi yang bermula pada jam 3.30 petang dari Masjid Jamek.

Peserta demonstrasi berarak ke Dataran Merdeka dan kemudian ke kompleks beli-belah Sogo.

Antara pemimpin PAS yang menyertai demonstrasi ialah Khalid Abdul Samad dan Dzulkifli Ahmad manakala PKR disertai Abdullah Sani, Afif Bahardin, Amiruddin Shaari, Sim Tze Tzin dan G Manivanan.

Walau bagaimanapun, demonstrasi itu tidak nampak lanmgsung kelibat para pemimpin DAP termasuk Ketua Pemuda DAP Pusat (DAPSY) yang juga Ahli Parlimen Rasah YB Teo Kok Seong.

Peserta meneruskan perarakan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 6.15 petang dan pemimpin PR iaitu Mohamad Sabu, Rafizi Ramli dan Tian Chua yang direman polis melambai tangan ke arah pennyokong mereka yang menuju ke KLCC.

Peserta demonstrasi tiba di sekitar KLCC kira- kira jam 6.30 petang.

Walau bagaimanapun, mereka dihalang menghampiri dewan majlis perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hanya dibenar berkumpul kira-kira 200 meter dari kawasan majlis.

Pihak polis hanya membenarkan mereka berada di sana selama 45 minit dengan dikawal ketat oleh 200 anggota polis.

Peserta demonstrasi bersurai pada jam 7.00 petang tanpa sebarang kekecohan.

Pada jam lebih kurang jam 7.45 malam salah seorang penganjur yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Sdr Fariz Musa telah kena tangkap di Petaling Street dibawah Akta Hasutan 1948 dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

ADUN SIMPANG PULAI DAN TEJA MAKAN NASI BUNGKUS YANG DIBAWA YB ELIZABETH WONG TERSEBAR DI INTERNET.


Walapun ditahan pihak berkuasa dengan berpakaian lengkap tahanan lokap namun perlu juga terima kenyataan dan kebenaran betapa ada timbang rasa dan rasa ehsan pihak polis memberi kebenaran kedua ADUN PR yang ditahan di Dataran Merdeka semalam dibenarkan menjamah juadah yang dibawa oleh YB Elizabeth Wong ADUN PKR Bukit Lanjan merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor ketika melawat mereka.

Setahu Omak Kau amat jarang pihak polis memebrikan layan istimewa sebegini .. lazimnya setiap yang kena tahan lokap kena makan dan jamah makanan yang disediakan pihak polis bukannya membenarkan makan makanan yang dibawa atau dibungkus oleh para pelawat ... malahan ketika ditahan reman pun amat jarang pihak polis mengizinkan para pelawat melawat orang ditahan reman sehingga siasatan selesai.

Walaupun sedih cara kedua ADUN ini menjamah juadah namun kena ucapkan ribuan terima kasih juga kepada PDRM kerana sudi memberi sedikit kelonggaran kepada kedua ADUN PR ini menikmati juadah.

Lagi ada kipas angin dalam lokap ... amat jarang lokap ada kipas angin malahan tidak salah kalau katakan inilah lokap pertama disediakan kipas angin kepada Orang Kena Tahan.

Mohon PDRM segerakan siasatan dan dilepaskan kedua mereka secepat mungkin.

BERITA GEMBIRA UNTUK IBU BAPA YANG INGIN ANAK MEREKA PANDAI ..... PUSAT TUISYEN DIARAH AGAR KENAKAN GST 6% KE ATAS YURAN PELAJAR.


Tidak perlu Omak Kau nak ulas dan kupas panjang lebar .. sekadar jemput dengan segala hormatnya para penjenguk, pembaca dan pengintai blog ini lihat, baca dan fikir tentang pukulan GST yang bakal berkuatkusa tidak beberapa hari lagi.

Nak anak jadi pandai dan berilmu pun di kenakan 6% GST juga.

LAPORAN POLIS DI BUAT TERHADAP TINDAKAN MELAMPAU SEORANG GURU MENGAIBKAN ENAM MURID DENGAN DIARAH MEMBUKA SELUAR KETIKA MENGIKUTI SESI PEMBELAJARAN KERANA TIDAK MEMAKAI SELUAR SUKAN.


Enam pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Ampang berdepan kejadian memalukan apabila diarah membuka seluar dan dipaksa mengikuti sesi pembelajaran hampir lima jam dalam keadaan separa bogel oleh guru sekolah itu, Rabu lalu.

Lebih menyedihkan lagi, dua daripada empat pelajar berkenaan tidak memakai seluar dalam, namun kerana patuh pada arahan, mereka membiarkan diri dimalukan tanpa rela bermula sekitar jam 10 pagi hingga 3.30 petang.

Dimaklumkan, kesemua pelajar tingkatan satu itu dikenakan tindakan itu kerana tidak memakai seluar sukan yang dijual sekolah pada hari kokurikulum itu.

Malah guru berkenaan didakwa mendesak seorang pelajar dalam kelas sama mengutip kesemua seluar pelajar itu dan diletakkan di pejabatnya di tingkat bawah bangunan sekolah.

Bagaimanapun, atas inisiatif rakan sekelas yang simpati, mereka mengumpul wang dan membelikan seluar sukan dari pihak sekolah untuk diberikan kepada rakan mereka yang didenda. Salah seorang bapa kepada pelajar berkenaan berkata, dia menyedari kejadian itu pada hari sama, selepas anaknya menghubunginya dan meminta membawa seluar untuk dipakai.

“Saya pelik dan terus bergegas ke sekolah sebanyak dua kali dan bertemu salah seorang guru yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada saya.

“Saya kesal dengan kejadian itu yang betul-betul mengaibkan anak saya dan lima pelajar lain.

“Tindakan yang dibuat guru itu bukan untuk mendidik, tetapi menjatuhkan maruah kesemua pelajar itu termasuk anak saya,” katanya.

Menurutnya, tidak ada dalam sistem pendidikan negara yang membenarkan golongan pendidik bertindak sedemikian ke atas pelajar.

“Kesalahan mereka kecil dan tidak setimpal dengan hukuman.

“Jika begini cara pendidik mengajar, saya yakin masa depan pendidikan negara hancur,” katanya.

Pihaknya berharap agar Kementerian Pelajaran mengambil tindakan tegas terhadap guru terbabit atas tindakan yang jelas melanggar etika kesusilaan sebagai seorang pendidik.

“Akibat kejadian itu, anak saya trauma dan takut ke sekolah.

“Dia beritahu malu dan segan untuk berdepan rakan sekelas.

Saya risau keadaan itu boleh mengganggu prestasi pembelajaran anak saya pada masa depan,” katanya.

Beliau membuat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak pada hari sama serta ke Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Jalan Duta untuk tindakan lanjut.

“Saya harap pelaku tak dilindungi dan dikena tindakan.

“Saya juga dimaklumkan, guru itu pernah membuat tindakan yang hampir sama ketika dia mengajar di sebuah sekolah menengah lain, tahun lalu.

“Kejadian mengaibkan itu bukan kali pertama dilakukannya.

Jadi kementerian harus pandang berat isu ini agar kejadian yang menimpa anak saya dan pelajar lain tidak berulang,” katanya. Katanya, pihaknya akan bawa kes itu ke kementerian dan berjumpa pengetua Isnin depan, yang mana ketika kejadian, beliau dilaporkan bercuti.

DAP SARAWAK HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN BERFIKIR DENGAN OTAK YANG TIDAK BETUL KATA SETIAUSAHA AGUNG PAS.



PAS menyifatkan DAP Sarawak hanya menjaga kepentingan diri apabila memutuskan hubungan dengan PAS menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa, sebab sebenar DAP Sarawak keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) bukan kerana hudud tetapi kerana merasakan PAS satu liabiliti.

"Cara berfikir DAP Sarawak ini berdasarkan otak yang tidak betul, kerana hudud tidak ada kaitan dengan Sarawak, kerana tak mungkin hudud boleh dilaksanakan di Sarawak.

"Sebenarnya, mereka tidak mahu dikaitkan dengan PAS kerana mereka rasa PAS ini liabiliti menjelang pilihan raya negeri," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mustafa mengulas keputusan DAP Sarawak yang mengumumkan hari ini keluar PR Sarawak berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana PAS menyeleweng dari dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

"Selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.

"Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," kata Chong.

Mustafa berkata, DAP hanya menjadikan hudud sebagai isu sedangkan hudud tidak ada kaitan langsung dengan Sarawak.

"Tidak mungkin hudud dibawa ke Sarawak, kerana wakil PAS tidak ada pun dalam Dewan Negeri. Jadi tidak kena DAP kaitkan hudud dengan Sarawak, kaitkan dengan PAS lah senang," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, DAP bebas mengambil langkah tersebut memandangkan hubungan dalam PR tidak ada perjanjian bertulis yang mengikat anggotanya.

"Setiap anggota bebas untuk keluar, atau apa saja apa difikirkan baik baginya," katanya.

Beliau juga mendakwa, keputusan DAP kali ini ulangan kepada tindakan DAP yang keluar Barisan Alternatif pada tahun 2001 kerana tidak mahu dikaitkan dengan PAS, menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sarawak, Abusiraj Almuner enggan memberi sebarang ulasan mengenai perkara itu kerana menganggap keputusan mengenainya sudah lama dibuat DAP Sarawak.

"Hari ini hanya dirasmikan saja," katanya.

Sementara itu, sumber mengatakan, tindakan DAP Sarawak itu hanya akan menyusahkan PKR kerana ia akan menimbulkan konflik antara mereka dalam menentukan kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.

"PAS tidak ada masalah, kerana DAP tidak akan bertanding di kerusi yang PAS bertanding, tetapi DAP akan bertanding di kerusi yang PKR nak bertanding," katanya.

KOLEKSI GAMBAR KEADAAN PARA PENGANJUR #KITA LAWAN YANG DITAHAN DALAM BALAI POLIS.


Jika di ikutkan pengamatan Omak Kau kira pihak polis memberikan layanan yang agak baik juga terhadap beberapa penganjur #Kita Lawan termasuk YB Rafizi Ramli dan Hishamuddin Rais.

Tangan bergari itu lumrah dan biasa ..

Paling utamanya diberikan ruang dan peluang untuk menikmati minuman dan makanan yang dibawa oleh pengunjung .. sesuatu yang jarang diberikan kepada mana-mana yang sedang ditahan oleh polis untuk siasatan.

Bukan nak mempertahankan pihak polis tetapi yang benar tetap benar .. dilihat YB Eli Wong hadir dengan membawa air mineral, 100 plus, roti, air teh dan ayam KFC sambil menikmatinya duduk dikerusi empuk lagi.

Jelas mereka yang ditahan mendapat layanan yang cukup baik dari pihak PDRM.

Amat mengharapkan pihak polis percepatkan siasatan dan kesemua mereka dilepaskan dalam kadar segera.

Friday, 27 March 2015

#KITA LAWAN ... RAFIZI RAMLI DI TAHAN POLIS




Mohd Rafizi Ramli hari ini ditahan lagi mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung perhimpunan haram #KitaLawan.

Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung KeADILan, yang juga Ahli Parlimen Pandan itu ditahan di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur pada tengah hari Jumaat.

Kali pertama Rafizi ditahan pada 10 Mac berhubung penganjuran perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu.

Rafizi dipercayai ditahan bagi membantu siasatan berhubung pekeliling yang diedarkannya mengenai perhimpunan #KitaLawan yang akan diadakan pada Sabtu.

Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dangan Wangi untuk disoal siasat.

DAP KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT SARAWAK



DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada gagasan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.
   
Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat dengan menuduh sekutu PR, Pas telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.

"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif Pas, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan Pas sebagai sebuah parti politik di Sarawak.
   
"Oleh itu, dengan Pas kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.
   
Chieng Jen, yang juga Ahli Parlimen Kuching MP dan Adun Kota Sentosa berkata, resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.

GAMBAR WAJAH PEMBANTU JURUTERBANG YANG SENGAJA MENJUNAMKAN PESAWAT GERMANWINGS DISELATAN PERANCHIS TERSEBAR DI INTERNET.

Gambar yang kini sedang diedarkan di internet kononnya menunjukkan Andreas Lubitz bergambar di hadapan Golden Gate Bridge di California, Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Lufthansa, Carsten Spohr berkata, beliau terkejut bahawa Andreas Lubitz, 28, nampaknya sengaja menghempaskan pesawat Airbus A320 di Pergunungan Alps, lapor AFP.

Kesemua 150 penumpang terkorban dalam nahas pada Selasa.

"Kami tidak menyangka tragedi sebegini berlaku ke atas syarikat ini," kata Spohr ketika sidang media selepas pegawai Perancis memberi maklumat berdasarkan rakaman di kokpit yang tidak memberi indikasi kepada tindakan pembantu juruterbang tersebut.

Menurut Spohr, pekerja di kokpit dipilih sebaik mungkin dan tahap kesesuaian psikologi mereka turut diberi perhatian.

Lubitz memulakan latihannya pada 2008 dan enam tahun lepas, dia berehat sebentar semasa program tersebut sebelum menyambung kembali.

Jurucakap Lufthansa berkata Lubitz telah merekodkan 630 jam penerbangan dan telah lulus ujian kesihatan, penerbangan dan ujian serta saringan lain.

"Dia layak untuk terbang, tiada keraguan mengenai itu," kata Spohr.

Tambah beliau, tiada sistem keselamatan dalam dunia yang boleh melindungi syarikat penerbangan ini daripada malapetaka.

"Apa-apapun peruntukkan keselamatan dalam syarikat, walaupun setinggi mana tahapnya, kebarangkalian kes-kes sebegini berlaku tidak boleh dinafikan."

EDISI BILA DAH TERDESAK KANTOI ... SELEPAS SETAHUN BAHARU AHMAD MASLAN KATA UTUSAN PUTAR BELIT KENYATAANNYA MENGENAI PELAKSANAAN GST HANYA UNTUK ORANG KAYA SAHAJA.


Diperturunkan apa yang Utusan Malaysia cetak setahun lalu mengenai kenyataan Ahmad Maslan CGPA 3.85 ini.

KOTA KINABALU 27 Mac 2014 - Golongan berpendapatan rendah tidak perlu bimbang berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana kebanyakan cukai dikenakan hanya melibatkan perniagaan yang mempunyai nilai jualan melebihi RM500,000.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perniagaan kecil atau tidak mencapai nilai jualan RM500,000 tidak akan dikenakan GST, sekali gus memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk membeli barangan di kedai-kedai berskala biasa.

"Jadi apa yang hendak dirisaukan oleh orang biasa kerana GST kebanyakannya melibatkan orang kaya. Banyak kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, sektor kewangan, sistem pengangkutan, eksport dan barang makanan tidak dikenakan GST.

"Malah, pelbagai manfaat lain bakal diperoleh sekiranya GST dilaksanakan termasuk berlakunya penurunan harga barangan serta pengurangan kos perniagaan apabila pengilang dan pemborong sudah boleh membuat tuntutan daripada kerajaan," katanya ketika berucap dalam majlis taklimat GST dan isu-isu semasa kepada pemimpin pembangunan masyarakat di sini hari ini.

Ahmad berkata, GST merupakan langkah kerajaan menyusun semula struktur pencukaian negara supaya lebih cekap dan telus sekali gus mampu mengurangkan kerenah birokrasi, selain mengelak kejadian individu yang suka 'lari cukai'.

Tambahnya, pelaksanaan itu juga mampu memberi hasil atau pulangan lebih baik kepada negara, seterusnya dapat disalurkan kepada usaha menjana pembangunan negara dan membantu golongan yang memerlukan.

Selain itu katanya, GST dilihat sebagai salah satu mekanisme terbaik dalam merancakkan sektor pelancongan dan meningkatkan ekonomi negara apabila pelancong ketika ini membeli barangan di negara ini dengan kadar lebih murah.

"Tiga bulan sebelum GST dilaksanakan, kerajaan akan mengedarkan risalah panduan kepada pengguna yang akan memapar atau menyenaraikan nilai perbezaan terhadap harga barangan selepas GST berbanding harga terdahulu," katanya. ... UTUSAN MALAYSIA

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140328/dn_23/Orang-kaya-sahaja-kena-GST---Ahmad



PERGH!!!!!   .... nampak sangat pembelitnya si Timbalan Menteri CGPA 3.85 ini ... bila dah tercerut leher sampai tidak boleh bernafas terkantoi apabila diasak dan digasak mengenai kenyataannya setahun yang lalu, tetiba sanggup dan tergamak tuduh media rasmi UMNO,Utusan Malaysia salah lapor .. kira-kira tuduh Utusan ni memutar belit kenyataan beliau.

Punyalah sengkek cara dia nak menyelematkan diri. .. Lagi hampir mau dilaksanakan GST lagi tertekan jiwa Ahmad Maslan CGPA 3.85 ini.

Kalau Utusan dia boleh tuduh begitu .. secara ikut hukum akal logik, apa benda yang si Mamat Maslan 3.85 ini tidak sanggup lakukan.

Lagi satu, mamat 3.85 ini berjanji sebelum 3 bulan GST dilaksanakan kerajaan akan mengedarkan risalah panduan kepada pengguna yang akan memapar atau menyenaraikan nilai perbezaan terhadap harga barangan selepas GST berbanding harga terdahulu ... Tak sampai lagi satu minggu rakyat akan didera dengan GST adakah janji-janji itu ditunaikan?????

Jadi siapa yang pembelit??????

Jika dihalusi apa yang tersirat akan kenyataan Ahmad Maslan 3.85 ini jelas yang beliau menuduh Utusan sebagai media kaki putar belit yang tidak boleh dipercayai kerana kenyataan seorang pemimpin UMNO berjawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Pusat selain Timbalan Menteri Kewangan I sanggup diputar belitnya apa jaminan kenyataan rakyat biasa tidak akan dipelakukan seperti itu malahan lebih teruk.

Ini sudah suatu persepsi yang amat buruk terbentuk sudah.

Di pihak Ahmad Maslan CGPA 3.85 beliau perlu ambil tindakan tegas keatas Utusan kerana memutar belitkan kenyataannya sehingga dianggap sebagai pembohong ... jika tidak apa yang dicetak oleh Utusan dianggap sahih dan betul.

Rakyat menunggu akan perkembangan yang amat menarik ini.

ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT YANG SOKONG HUDUD AKAN DISIASAT KERANA IANYA BERTENTANGAN DENGAN PENDIRIAN PARTI


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyiasat beberapa anggotanya yang menyokong pelaksanaan hudud yang bertentangan dengan pendirian parti.

Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar berkata, gambar beberapa anggota parti itu memegang sepanduk menyatakan sokongan kepada hudud, sudah tersebar.

“Ia tersebar baru-baru ini dan saya telah maklumkan kepada setiausaha agung parti berhubung perkara ini.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik yang akan diadakan selepas ini,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan tegas akan diambil terhadap ahli parti terbabit, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas berkata, ia bergantung kepada keputusan siasatan.

“Isu berhubung hudud adalah sensitif bagi ahli PKR Melayu, kerana ia membabitkan agama Islam, di mana semua ahli parti perlu hormati.

“Bagaimanapun, ahli parti bukan Melayu perlu menurut kehendak parti,” katanya.

Dalam pada itu, Xavier turut mengulas laporan Bernama mengenai Anthony Dass yang berkata, bukan Muslim yang menentang hudud akan merosakkan perpaduan kaum dan sikap saling hormat-menghormati antara agama lain.

“Saya penganut Kristian yang menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kerana ia ada banyak kelebihan,” kata Anthony yang dipetik laporan Bernama.

PKR berada di tengah kemelut berhubung isu pelaksanaan hudud yang melanda DAP dan PAS, di mana Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, pada 19 Mac lalu.

Thursday, 26 March 2015

ANGGOTA POLIS PUN MANUSIA BIASA JUGA ... MEMPUNYAI PERASAAN.



Anggota Polis Diraja Malaysia ((PDRM) juga manusia biasa....mempunyai perasaan.

Kelihatan Kopral Abdul Rahman Mat tidak dapat mengawal kesedihan apabila Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad memangku anak beliau, Mardiana, yang berusia enam tahun lapan bulan sempena Hari Peringatan Polis Ke 208 semalam.

PDRM sentiasa menjaga kebajikan para anggotanya yang memerlukan.

Semoga beliau sentiasa tabah dan terus berkhidmat untuk negara.

PEJABAT PERDANA MENTERI NAFI NAJIB ADA KELUARKAN KENYATAAN MENGENAI HUDUD.




Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan Datuk Seri Najib Razak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pelaksanaan hukum Hudud.

Perkara itu dijelaskan melalui laman Twitter 'Msia PM Press Office' @PMOMalaysia.

"Pejabat PM ingin menafikan PM @NajibRazak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pelaksanaan hukum Hudud hari ini", katanya.

Menurutnya, paparan kenyataan kononnya oleh Najib yang tersebar dalam aplikasi "Whatsapp" dan media sosial mengenai perkara itu adalah palsu.

PEMBANTU JURUTERBANG SENGAJA JATUHKAN PESAWAT TAMBANG MURAH GERMANWINGS DEDAH PENYIASAT



Pembantu juruterbang pesawat malang milik Germanwings dengan sengaja menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan pergunungan Alps selepas mengunci juruterbang di luar kokpit.

Namun demikian, tiada sebarang petanda ia sebahagian daripada kegiatan pengganas, menurut jurucakap rasmi Perancis pada Khamis.

Pembantu juruterbang yang berusia 28 tahun itu sengaja menjunamkan pesawat tersebut, menurut pegawai penyiasatan Brice Robin dalam satu sidang media yang mendedahkan butir-butir rakaman terakhir daripada perakam pesawat tersebut.

Nahas tersebut menyebabkan 150 orang terbunuh.

"Pembantu juruterbang tersebut berseorangan dalam kokpit tersebut," jelas Robin. "Dia dengan sengaja enggan untuk membuka pintu kokpit dan dengan sengaja menjunamkan pesawat tersebut."

Motif pembantu juruterbang tersebut masih belum diketahui, namun pegawai penyiasat menolak kaitan dengan aktiviti pengganas.

Pembantu juruterbang itu dikenali sebagai Andreas Lubitz.

Robin berkata, penumpang pesawat malang tersebut tidak menyedari situasi tersebut sehingga saat akhir.

"Jeritan tidak kedengaran sehingga di saat akhir.", katanya lagi.

Kesemua enam anak kapal dan 144 penumpang mati serta-merta, tambahnya lagi.

Pembantu juruterbang itu berada dalam keadaan sedar sehingga saat pesawat tersebut terhempas, tambah Robin.

DIBELASAH SEBEGINI TERUK HANYA KERANA CURI PISANG


Kesalahan dia hanyalah kerana dikatakan mencuri pisang .. dipukul sebegitu teruk dan kejam sekali oleh penduduk kampong sehingga terpaksan menerima lebih dari 30 jahitan dikepala.

Lokasi dan tarikh kejadian tidaklah diketahu tetapi hanya pelik dengan perangai setengah manusia ini hanya kesalahan kecil dipelakukan sebegitu kejam sekali dengan ambil undang-undang ditangan sendiri.

SAMAN MANTAN MB SELANGOR LAWAN MANTAN MB SELANGOR SELESAI DENGAN KHIR TOYO MOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA TAN SRI KHALID IBRAHIM DI MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM.



Bekas MB Selangor Encik Khir Toyo  membaca permohonan maaf dan mengaku beliau telah insaf kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap seorang lelagi mantan Dato' Menteri Besar Selangor, YB  Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu pembelian kereta Lexus dan agihan lembu-lembu korban sebentar tadi di mahkamah terbuka Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Defendan Khir Toyo dikehendaki bayar kos sebanyak RM15,000 sahaja dengan serta merta dan berkongsi kos mengadakan kenduri di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Ijok dalam tempuh tiga bula mulai tarikh penghakiman ini.

Terdahulu, Dr Mohamad Khir ketika membacakan kenyataan dalam bahasa Melayu itu berkata beliau dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada Abdul Khalid  kerana mengeluarkan dua kenyataan yang telah diterbitkan di dalam akhbar The New Straits Times bertajuk "Lexus is my own, says Khalid" pada 15 Januari 2009  dan akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Lepaskan Jawatan MB" pada 23 Jan 2009.

Beliau berkata kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan atas kapasitinya sebagai ketua pembangkang Selangor pada ketika itu, mungkin telah mencemar atau  menjejas atau menjatuhkan nama baik, reputasi, imej dan integriti Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pada masa itu.

"Saya juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadapnya pada masa akan datang," katanya.

Abdul Khalid dan Dr Mohamad Khir yang kelihatan ceria berjabat tangan sejurus Dr Mohamad Khir selesai membacakan kenyataan tersebut.

Pada awal prosiding, peguam Sankara Nair yang mewakili Abdul Khalid memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian secara baik melalui proses mediasi yang dijalankan sebelum ini.

Beliau memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua kes saman itu diselesaikan dengan kos dan pihak defendan (Dr Mohamad Khir) akan mengemukakan  permohonan maaf secara terbuka di mahkamah.

Selain Sankara, Abdul Khalid turut diwakili peguam K.Murali manakala Dr Mohamad Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Siti Maspuah Maulan.

Pada 18 Februari 2009, Abdul Khalid memfailkan dua saman fitnah terhadap Mohamad Khir berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid dalam isu pembelian  kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid antara lain mendakwa kedua-dua artikel itu secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau, yang bermaksud antara lain bahawa beliau adalah seorang tidak jujur, tidak beretika dan sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi dan jawatan awam.

Dr Mohamad Khir juga didakwa telah secara salah menerima dan menunjukkan dokumen rasmi rahsia berkaitan dengan andaian salah laku dalam hal 'lembu korban' tanpa mengesahkan ketepatan fakta yang berkaitan dan seterusnya membuat tuduhan palsu.

Sehubungan itu, Abdul Khalid memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi bagi menghalang Dr Mohamad Khir daripada  terus melafazkan, bercakap atau menulis atau menerbitkan kenyataan terbabit yang didakwa memfitnah beliau.

Abdul Khalid ketika ditemui pemberita sejurus prosiding berakhir berkata beliau dengan ikhlas menerima permohonan maaf Dr Mohamad Khir atas kepercayaan ia  memadai untuk menebus integriti dan maruah beliau sebagai seorang pemimpin dan seorang Islam.

Beliau berkata penyelesaian yang tidak melibatkan balasan ganti rugi kewangan ini diambil kerana beliau mahu menerapkan nilai-nilai kemanusiaan yang jauh lebih bermakna berbanding wang ringgit.

"Saya berharap kes ini dapat memberi pengajaran kepada masyarakat khususnya kepada ahli politik agar sentiasa berwaspada untuk tidak mengeluarkan sebarang tuduhan tanpa asas dan fakta yang betul.

"Saya juga selepas ini akan bersama-sama Dr Mohamad Khir menemui masyarakat di Ijok (Kuala Selangor), Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak bagi  menjelaskan perkara sebenar," katanya.

Sementara itu Dr Mohamad Khir berterima kasih kepada mahkamah kerana memberi peluang kepada beliau dan Abdul Khalid untuk bermediasi sehingga membawa  kepada penyelesaian di luar mahkamah.

"Bagi saya yang penting adalah persahabatan daripada permusuhan dan saya rasa permohonan maaf ini perbuatan yang baik apatah lagi sebagai orang yang lebih  muda wajar bagi saya melakukannya.

"Sebagai bekas Menteri Besar kalau kami bergaduh di mahkamah pun tidak elok anak cucu tengok," katanya.


Berikut ialah kenyataan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim mengenai permohonan maaf terbuka Khir Toyo.


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini telah merekodkan keputusan saya selaku plaintif dan Dr Mohamad Khir Toyo selaku defendan untuk menyelesaikan kes saman fitnah di luar mahkamah seperti yang telah dipersetujui menerusi proses mediasi pada 4 Mac 2015 yang lalu.

Alhamdulillah, defendan Dr Khir Toyo telah membaca ucapan maaf di hadapan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi di mana beliau telah insaf mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang melibatkan pembelian kereta Lexus dan agihan lembu korban yang boleh mencemarkan integriti saya selaku Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Permohonan maaf ini saya percaya telah dilakukan secara tulus dan saya dengan ikhlas menerimanya dengan kepercayaan ia memadai untuk menebus integriti dan maruah saya sebagai pemimpin dan seorang Muslim.

Tambah pula, saya tidak mahu mahkamah membazir masa waktu, tenaga serta pelbagai sumber atas sesuatu yang tiada kaitan dengan pembangunan negara, agama dan bangsa.

Penyelesaian yang tidak melibatkan balasan ganti rugi kewangan ini saya ambil kerana mahu menerapkan nilai-nilai kemanusiaan yang jauh lebih bermakna berbanding wang ringgit.

Saya berharap kes ini dapat memberi pengajaran kepada masyarakat khususnya kepada ahli politik agar sentiasa berwaspada untuk tidak mengeluarkan sebarang tuduhan tanpa asas dan fakta yang betul.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini sudah pasti hanya akan mengalihkan fokus, tenaga dan usaha pemimpin yang sepatutnya bekerja keras untuk pembangunan negeri ini dan rakyat.

Saya percaya Malaysia perlu berubah dari budaya politik memfitnah yang hanya akan mencemarkan sistem demokrasi serta memperlekehkan kebijaksanaan rakyat dalam menilai antara benar atau palsu.


TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

ADUN PELABUHAN KLANG
DAN AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...