KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 28 March 2015

SIRI #KITA LAWAN EDISI PERKAHWINAN KURANG MENDAPAT SAMBUTAN ... -PEMIMPIN - PEMIMPIN DAP LANGSUNG TIDAK NAMPAK BATANG HIDUNG KALI INI.




Jangkaan penglibatan  lebih 3,000 peserta dalam demonstrasi #KitaLawan yang dianjurkan Pakatan Rakyat hari ini tidak mencapai sasaran yang diharap-harapkan.

Dari kiriman beberapa gambar mendapati hanya sekitar 500 orang sahaja yang menyertai demontrasi yang bermula pada jam 3.30 petang dari Masjid Jamek.

Peserta demonstrasi berarak ke Dataran Merdeka dan kemudian ke kompleks beli-belah Sogo.

Antara pemimpin PAS yang menyertai demonstrasi ialah Khalid Abdul Samad dan Dzulkifli Ahmad manakala PKR disertai Abdullah Sani, Afif Bahardin, Amiruddin Shaari, Sim Tze Tzin dan G Manivanan.

Walau bagaimanapun, demonstrasi itu tidak nampak lanmgsung kelibat para pemimpin DAP termasuk Ketua Pemuda DAP Pusat (DAPSY) yang juga Ahli Parlimen Rasah YB Teo Kok Seong.

Peserta meneruskan perarakan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 6.15 petang dan pemimpin PR iaitu Mohamad Sabu, Rafizi Ramli dan Tian Chua yang direman polis melambai tangan ke arah pennyokong mereka yang menuju ke KLCC.

Peserta demonstrasi tiba di sekitar KLCC kira- kira jam 6.30 petang.

Walau bagaimanapun, mereka dihalang menghampiri dewan majlis perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hanya dibenar berkumpul kira-kira 200 meter dari kawasan majlis.

Pihak polis hanya membenarkan mereka berada di sana selama 45 minit dengan dikawal ketat oleh 200 anggota polis.

Peserta demonstrasi bersurai pada jam 7.00 petang tanpa sebarang kekecohan.

Pada jam lebih kurang jam 7.45 malam salah seorang penganjur yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Sdr Fariz Musa telah kena tangkap di Petaling Street dibawah Akta Hasutan 1948 dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

13 comments:

  1. Tahniah pada PAS kerana tidak menyertai demo yang tak berfaedah anjuran parti celaka pkr. nota, khalid samad soon to be pasma bukan dikira ahli PAS. harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21.57 ni mmg dr keturunan tidak baik. Mencelaka pihak lain ikut sedap hati. Klu awak pernah bersekolah cubalah baca Perlembagaan Negara. Jgn nampakan kebodohan kamu. Sungguh memalukan.

      Delete
    2. Pasma tu pas lah bongok.. cuma mat sabu tak sependapat, klu mat sabu bkn pati pas apa pasal kau org takut dia nak betanding preseden pas.

      Delete
    3. Takkanlah busuk hati sangat.
      Sampai orang buat kenduripun tak boleh.
      Nampak sangat hasad dengki orang pr.

      Delete
  2. Najib kata :
    Kalau bagini setiap minggu, polis terpaksa belanja banyak untuk mengadakan polis tambahan. Elaun dan gaji polis pun bertambahlah. Tapi tidak mengapa lah, kita akan gandakann GST jadi 12% tahun depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Era zaman Mahathir berulang kembali. Operasi lalang dah bermula. Para pemimpin pr kuatkan semangqt. Kami ttp memilih pr dlm pru 14 nnt.

      Delete
    2. 22.32
      Sokong para pemimpin pr kuatkan semangat....assmin tunggu mads terjun tingkap anjing pas iaitu pasma pun kuatkan srmangat ye sbb ptrsiden pasma bshlolrozi kalah tinggal sender di kuala kedah. ..calon syiah dan anjing Anwar dlm pas pun kena kuatksn semangat gak maklum la nasib bahlolrozi kejap lagi menimpa calon syiah dan anwarinas dlm pas..kuatkan semangat ko skali. ...ahsksss...

      Delete
    3. Anon 22.53 ni mmg bangang habis. Pas akn tumbang dlm pru 14 nnt dia buat bodoh.

      Mcm hj adi juga...kena kencing dgn umno. Jgn mudah lupa... pasma tentang hj hadi

      hj hadi tak pandai memimpin dan x jujur berkawan dlm pr.

      Pas jgn lupa bnyak menang kerusi PRU 13 dgn sokongan pengundi bkn melayu.

      UMNO sgt takut apa yg berlaku. Mereka menyusun steategi mcm mana pecahkan

      PR dan biar undi kembali kpd BN. PAS terlalu yakin kpd UMNO. Nasihat TGNA

      sudah dilupakn. Kita lihat kesudahn permainan ini. Kita lihat mcm mana rupa hj hadi

      yg basah dikencing olh umno.....

      Delete
  3. Muka2 melayu malas ja berlambak maklumlah gaji bulanan duk flat atau rmh teres. Cina DAP kne kje kuat nk beli rmh semu d xda msa utk semua ni .

    ReplyDelete
  4. Din Patin from Kuantan ada tak????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas akan kecundang dalam PRU 14 akibat kelicikan permainan umno.

      MP PAS bersedialah utk kosongkan bilik anda.

      Delete
    2. Payah nak argue dengan pkr sekular ni. Kalau kita kata buat sesuatu untuk redho ALLAH, menang atau kalah tu kita serahkan pada ALLAH, sumpah geng2 sekular ni tak paham atau buat2 tak paham. Lagi pun tengok sendiri le, sokongan untuk pkr merundum terok lepas langkah kongkang. Lagi2 nak salahkan PAS pasal UG le pasal permainan umno le. Tak tau lah samada tak nampak dan tak paham atau buat2 tak nampak dan tak paham.

      Delete
    3. Betul2.....nak pupus dah pkr ni....sbb tu makin lama makin skit berdemo....x sedar2 lagi macai semua ......udah2 lah ...x kebaikan pun ngan dasar parti ni....'sokong hudud'

      Delete