Tuesday, 31 March 2015

GST ... JANGAN KATAKAN RAKYAT BIASA ... RAFIDAH AZIZ PUN KELIRU.



Putrajaya perlu menghentikan pendekatannya sekarang dalam mendidik orang ramai mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebaliknya segera mengeluarkan senarai barangan yang dikecualikan cukai dalam setiap akhbar harian di negara ini, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, satu senarai yang jelas akan membantu pengguna menjadi lebih bersedia untuk menghadapi cukai itu yang akan mula dikuatkuasakan esok.

Katanya, kebergantungan Putrajaya terhadap penggunaan kartun, papan iklan dan istilah teknikal seperti "kadar sifar" untuk menerangkan GST selama setahun yang lalu  menjadikan orang ramai, termasuk dirinya, lebih keliru berhubung cukai baru itu.

"Saya secara peribadi berfikir pada masa ini kita perlu ada senarai penuh kategori yang dikecualikan GST, supaya orang ramai tahu barangan mana yang tidak dikenakan cukai.

"Ia patut dihebahkan di semua akhbar, dalam semua bahasa dan tidak perlu menggunakan bahasa teknikal," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Masalah kita selama ini ialah, penjelasannya yang kabur, kerajaan menggunakan sumber atau pendekatan berbeza dan kebanyakannya  terlalu teknikal.

"Sebagai contoh, siapa yang faham maksud 'kadar sifar'? Kenapa mereka tak guna istilah 'tak kena GST' atau 'no GST'. Ia lebih ringkas dan mudah untuk diingati."

Rafidah berkata, penting juga bagi Putrajaya menjelaskan dahulu barangan yang tidak dikenakan cukai supaya pengguna tidak terburu-buru membeli awal-awal barangan yang tidak perlu kerana risau akan GST.

Katanya, dengan adanya sisipan akhbar menerangkan senarai itu, ia membantu pengguna mengenal pasti peniaga yang menaikkan harga barang yang tidak sepatutnya terlibat dengan GST.

"Katakan pada 1 April, saya baca surat khabar kata, sabun tidak dikenakan cukai. Kemudian saya ke pasar raya lihat mereka masih mengenakan caj 6% untuk sabun. Nasib baik ada sisipan akhbar itu, saya tahu mereka menipu, dan saya boleh buat laporan.

"Lupakan kod yang pelbagai, istilah teknikal dan sebagainya. Semua itu tak relevan," katanya.

Rafidah berkata Putrajaya boleh membiayai sisipan akhbar itu kerana kos yang terlibat akan jauh lebih rendah berbanding memasang papan iklan besar seluruh negara mendidik rakyat tentang GST.

"Suatu ketika dulu, ada papan iklan dekat rumah saya mengatakan pendidikan dikecualikan GST. Malah ada lukisan kartun. Saya fikir, apakah maksudnya itu? Adakah yuran universiti atau tuisyen dikecualikan GST? Bagaimana dengan buku, komputer atau alatan sekolah?

"Daripada berbelanja untuk semua papan iklan ini, lebih baik mereka menyediakan senarai penuh barangan yang tidak dikenakan cukai," katanya.

Bekas ketua wanita Umno itu berkata pendekatan berbeza harus digunakan kepada peniaga supaya mereka dapat menghitung bagaimana GST memberi kesan kepada mereka, dan menggesa Putrajaya mengadakan pertemuan dengan persatuan peniaga.

"Sekarang nampak macam tiada usaha yang diselaraskan. Itu saja masalahnya. Saya tidak mempersoalkan cukai itu, ia langkah yang baik untuk merasionalisasikan cukai.

"Tetapi rakyat belum biasa dengannya, ada yang mengambil kesempatan darinya, dan ia menyebabkan kekeliruan dan aktiviti menyimpan barangan," katanya.

Salah satu usaha Putrajaya mendidik orang ramai mengenai GST baru-baru ini dilaporkan menerima kritikan hebat dari pengguna Internet selepas ia menjadi viral.

Satu video muzik, dikatakan dibuat Jabatan Kastam, memuji-muji kebaikan melaksanakan GST. Ia dikritik hebat pengguna media sosial yang menganggapnya "menyedihkan", "takda kualiti" dan "mengingatkan pada tahun 70-an".

Komen yang mengulas video yang disiarkan di YouTube itu, ada yang bernada tidak percaya dan ada yang secara terang-terangan naik marah.

Dalam pada itu, bagi memudahkan tempoh peralihan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi 24 jam memantau harga barangan selepas GST bermula.

Terletak di Presint 2, Putrajaya, bilik gerakan itu juga akan menerima aduan dan laporan daripada orang ramai mengenai hal berkaitan GST.

11 comments:

  1. Biasa le. Bahasa spin. Untuk menguruskan percukaian supaya lebih cekap maksudnya duit dah habis kena pulun, minta rakyat bantu la. Pokoknya semua barang nampaknya sudah naik tiada yang turun pak.Rakyat terhimpit. Cakap la apa saje. Itu la kesudahannya. Nak spin camno lagi.

    ReplyDelete
  2. Kastam kasi tambah kerja, imigresen pulak dok goyang kaki sub kan kerja kt myeg..pantang nampak lubang buat duit, semua nk masuk campur. Bab buat kerja, tolak kt org lain. Yg penting ada bahagian msg2. Apa guna ambil beribu kakitangan inigresen kalau dtg pejabat goyang kaki?? Sekali sekala mmg patut hentam menteri & bekas menteri kdn..juak2 mkn sikit, tokeh cina myeg mkn tak habis.

    ReplyDelete
  3. Bila takda jawatan itu mcm2 ia keliru itu.. bila ia ada jawatan itu terus ia tidak keliru ia

    ReplyDelete
  4. Dia x keliru..dia hebat masa kt miti dulu. Cari pelabur asing bwk masuk melabur kt malaysia. Promote barangan buatan negara ni. Menteri lain & penasihat kewangan lps tu mcm orang sakit, lembab nak mampus. Walaupun terpalit kes saham menantu & AP, tu urusan pihak berkuasa. Yg nk ditegaskan...mutu kerja. Klu canang seseorang bebas rasuah & kronisme tp tak mahir & takde idea..nk buat apa?? Eloknya..bersih dr rasuah & rajin.

    ReplyDelete
  5. Ini sedikit aku akui kelemahan pihak berwajib, selain pihak kastam yang berhempas pulas.

    Cara "out sourcing" dan pengumpulan maklumat tepat barangan dan khidmat GST agak tidak terurai. Kementerian pengguna dan koperasi, Fama dan badan-badan berkaitan servis lain nya masih terbelenggu dengan mainan pengimpot, pengeluar, pembekal, pemborong, peruncit dan kategori hospitaliti mengambil sikap tidak endah, sehingga GST di anggap tidak lain menjadikan keperluan biasa menjadi mahal. Hakikat nya cukai jualan dan perhidmatan dulu, sudah tentu sahaja berganda mahal dari kadar GST 6% yang di gazet kerajaan. Malah kelemahan cukai terdahulu, sentiasa menjadi "kutipan keuntungan" yang tidak di bayar kepada kerajaan kerana konon nya mereka sudah membayar cukai tahunan pendapatan perniagaan mereka jalankan.

    Sesungguh nya cukai itu satu pendapatan untuk indeks KDNK negara, di mana saluran kutipan pendapatan juga KNK di agihkan demi pembangunan negara terutama untuk infrastruktur, semua teknologi, perkilangan, pertanian dan perhidmatan.

    Umpama kita lah, tiada wang pendapatan, bagaimana kualiti hidup kita ? Sekarang ramai anak-anak Melayu bergaji tinggi, berniaga dan sentiasa mencari peluang ekonomi baru. Jika negara kucar kacir, heboh dengan demonstrasi dan penyanggahan yang tidak masuk akal, membuang masa dengan cita-cita tiada faedah, bila Melayu boleh dan mampu bersaing membetulkan kelemahan yang ada ?

    Kepada anak-anak muda generasi pelapis, sahut lah firman Allah - tidak rugi di dunia dan juga akhirat. Jauhi toghut dan bersifat lagho. Jauhi kemungkaran syirik, menjadi munafik, menyebar fitnah dan zina. Seimbangkan amalan dunia demi keberkatan akhirat. Ini juga CUKAI yang wajib kita bayar memenuhi tuntutan hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sikit kelemahan tapi banyak. Kakitangan kerajaan pun tak suka GST ni. Itu yang takde semangat depa tu.Janji nya akan menambah kebahagian hidup. Tapi biasa la kalau asyik banyak sangat menabur janji yang di capati orang jadi tak yakin sudahnya.

      Delete
    2. Kalau aku letak jawatan je bgi org lain kje drpd mkn gaji haram

      Delete
  6. Alhamdulillah mulai esok ramai rakyat akan mula hidup susah atau pun menderita. Itulah balasannya kepada yang tidak prihatin kepada suasana sekitar. Tidak pandai berfikir dan tidak mahu mencari ilmu terutama ilmu ugama. Sekarang setan gondol yang tuan-tuan bela akan menghisap darah degan lebih banyak. Akibatnya rasa sendiri!! Jangan salahkan orang lain. Pakaian mahal, pakai saja T shirt yang dapat masa kempen plihan raya dulu, makanan mahal guna saja duit lima ratus yang dapat dulu, minyak mahal, boleh jalan kaki dan guna payung pilihan raya dulu kalau hujan atau panas, belanja sekolah mahal boleh berhentikan anak sekolah kemudian boleh cari kerja untuk hidup sendiri, rumah mahal, boleh duduk bawah jejambat atau jambatan, atau bawah pokok atau tepi stadium atau pondok kat taman. So no problem!!

    ReplyDelete
  7. Nak cover gst memyusahkan rakyat macai umngok pun bertungkus lumus post bisness untuk mantat...

    ReplyDelete
  8. GST jadi celaru kerana perancang dan kroninya tak cerdik !!!

    ReplyDelete
  9. saya pak junaidih. posisi sekarang di taiwan
    bekerja sebagai buruh bangunan dan
    gaji saya pun cuma pas-pasan
    setiap gajian selalu mengirimkan
    orang tua di kampung
    sebenarnya pengen pulang tapi
    uang saya tidak cukup.
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka2 internet ada seseorng berkomentar
    tentang MBAH jonoseuh. katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di taiwan ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun mau berbuat apa lagi.
    saya minta angka sama MBAH jonoseuh
    angka yang di berikan 4d untuk pemasangan taiawan tembus 100%
    dan saya menang 250 jt terima kasih banyak MBAH jonoseuh
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    dan rencana mau pulang ke indon untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI mbah jonoseuh DI NO: 0823 4444 5588
    tak ada salahnya anda coba
    karna angka ritual MBAH jonoseuh tidak perna meleset
    daningat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya..!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...