Tuesday, 24 March 2015

DEMONSTRASI BANTAH GST DI WISMA KDRM TEMBAK SALAH SASARAN??????


Tiada rakyat yang berfikiran waras rasa seronok dan setuju pelaksanaan GST yang bakal dilaksanakan mulai minggu depan.

Salah satu untuk menterjemahkan rasa tidak setuju dan bantahan yang agak berkesan dan mempunyai impak ialah dengan mengadakan himpunan aman sambil meluahkan rasa ketidakpuasti kerana merasakan GST bakal membebankan rakyat yang sudah pun terbeban dengan kos sara hidup yang semakin memuncak naik kebelakangan ini.

Tengah hari semalam suatu bantahan sambil mau mengajukan 106 soalan telah diadakan oleh warga perihatin di Wisma Kastam DiRaja Malaysia, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Lebih 100 warga perihatin nasib marhean telah berhimpun yang berakhir dengan kekecuhan disusuli dengan 70 tangkapan.

Kesemua mereka dibawa keBalai Polis Kelana Jaya untuk siasatan lanjut .. ada yang dibebaskan dengan ikat jamin polis dan tidak kurang jumlahnya dibawa ke IPK Shah Alam.

Antara yang ditahan termasuklah beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan aktivis terkenal serta ahli-ahli politik dari Parti Sosialis Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang terlibat menyerbu masuk ke Kompleks Kastam di Kelana Jaya ketika mengadakan demonstrasi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menceroboh.

"Kita tidak boleh biarkan keadaan begini berterusan, saya hairan dengan apa yang mereka nak, kenapa sampai macam itu sekali, seolah-olah hendak menawan Kompleks Kastam itu," katanya.

Menurut laporan media dalam talian, berpuluh-puluh orang ditahan dan pihak polis terpaksa menggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keadaan di kompleks berkenaan.

"Kalau kita perlu gunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kita gunakanlah kalau bersebab untuk kita mengatur kedudukan dan terpulang pada tindakan  Ketua Polis Selangor, memang saya benarkan bagi memastikan keadaan terkawal," kata Khalid lagi.

APAKAH IMPAK DAN KESAN DARI HIMPUNAN BANTAH GST SEMALAM?????

Secara peribadi Omak Kau cukup setuju suatu bantahan perlu dilakukan untuk menunjukkan kepada pemerintah betapa pelaksanaan GST minggu depan cukup memberi kesan yang amat mendalam pada kehidupan seharian rakyat yang kini sudah cukup teruk terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

Hasrat dan nawaitu murni ini secara kasarnya Omak Kau setuju amat.

Tetapi apakah dengan membuat demonstrasi di Wisma Kastam DiRaja Malaysia Kelana Jaya suatu langkah yang bijak dan tepat sambil membawa bersama 106 soalan untuk dijawab Ketua Pengarah KDRM?????

Bagi Omak Kau ianya suatu tindakan yang kurang bistari dan lestari ... Sebabnya???  1) Yang hidupkam GST bukannya Jabatan Kastam Di Raja Malaysia sebaliknya adalah pembuat dasar dan polisi kerajaan melalui Menteri Kewangan ketika membentangkan bajet 2015 yang lalu .... 2)  Jabatan Kastam DiRaja Malaysia merupakan pelaksana dasar yang ditetapkan oleh kerajaan semasa bukannya tukang buat dasar ... rakyat perlu jelas mengenai kedudukan dan isu ini.  3)  Mengapa perlu diserang pelaksana dasar dan bukannya terjah pembuat dasar  4)  Sebagai pelaksana dasar mau tidak mau suka atau tidak terpaksa akur kepada arahan pembuat dasar .. no question ask

Jadi premis yang patut dan tepat dijadikan lokasi berhimpun bantah GST secara aman bukannya di Wisma Kastam Di Raja Malaysia tetapi di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Apa sangat yang boleh dilakukan oleh seorang pegawai kerajaan walaupun memegang jawatan paling tinggi dalam jabatan berkenaan ... Dia tidak memiliki kuasa untuk membatal atau menangguh pelaksanaan GST .. perkara ini amat jelas.

Bukankah lebih afdal dan sesuai serta tepat, 106 soalan itu diajukan kepada Menteri Kewangan dalam parlimen untuk di jawab sebab disitulah premis pengubal dasar dan undang-undang yang sebenarnya. Jika berlaku yang difikirkan tidak adil dan mendera rakyat, keputusan serta merta boleh dibuat oleh pembuat dasar dan kemudiannya di turunkan ke bawah untuk diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan.

Apabila berlakunya kekecuhan suatu senario dan persepsi kurang baik dan enak terbentuk terhadap Pakatan Rakyat .. kita tidak perlu menafikannya.

Senario dan persepsi yang terbentuk pada fikiran dan pengamatan Omak Kau ialah warga Kastam Di Raja Malaysia pada keseluruhannya akan menganggap bahawa Pakatan Rakyat adalah musuh mereka sedangkan hakikatnya tidak begitu .. hakikatnya nasib yang diperjuangkan oleh para demonstran semalam akibat pelaksanaan GST termasuklah warga Kastam sendiri kerana mereka sebagai warga negara terpaksa jua menerima kesan dan tempiasnya ... Tetapi dengan berlakunya kekecuhan semalam seolah-olah para demonstran meletakkan segala sudut kesalahan pelaksanaan GST keatas bahu KDRM sedangkan hakikatnya mereka sendiri pun tidak suka akan pelaksanaan GST sebab mereka juga turut terkesan.

Ini sudah pasti menguris hati mereka sebagai manusia yang berjawatan sebagai penjawat awam .. berkemungkinan besar gurisan hati mereka ini akan terbawa-bawa di peti undi kelak semasa PRU 14 nanti.

Jadi siapa yang rugi dikala setiap undi dan sokongan dewasa ini amat cukup bermakna sekali.

Masihkah ingat lagi ketika berlakunya tragedi Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, tiga tahun lepas???

Betapa cukup ramai warga KDRM memendam rasa marahnya kepada kerajaan UMNO/BN dan bersimpati dengan PR yang dilihat bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib mereka .. ketika itu ramai para penganalisis politik tempatan meramalkan warga kastam akan cukup ramai menyokong dan mengundi PR pada PRU akan datang .. mereka akan menterjemahkan isi hati mereka dalam bentuk undi.

Tetapi jika dilihat akan senario apa yang berlaku semalam nampaknya terjemahan tersebut akan pasti terbantut.

Cuba berikir secara tenang dan waras ... Siapakah yang rugi???? Bukankah PR sendiri????

Masanya sudah tiba cara menyuarakan bantahan kena bijak dan tepat pada sasaran tanpa melukakan hati warga mana sekali pun yang digelar pengundi pada PRU 14 nanti.

Perlu adanya suatu gerakan bagi membentuk suatu sangkaan baik dalam jiwa setiap penjawat awam betapa kehadiran PR dalam persada politik perdana negara adalah untuk memperjuangkan nasib mereka yang tertindas dan di zalimi .. PR adalah rakan bukan lawan.

Akhir kalam .. demonstrasi bantah GST di Wisma Kastam Di Raja Malaysia, Kelana Jaya semalam bolehlah di umpamakan sebagai "barking up the wrong tree".

10 comments:

  1. mudah je, bila nak dapat populariti politik dan modal, kastam pun kastam lah, tu pasal memang sudah jangka, pr tak cerdik, tapi berlagak cerdik.. adeh..

    realiti yang orang semua tahu

    ReplyDelete
  2. Dr. Hatta dipenghujung nyawa politiknya.

    ReplyDelete
  3. woi jangan jadi BODOH sangat boleh tak..Jangan tunjukkan KEBODOHAN kita kepada orang ramai.. Depa nak hantar 106 soalan kepada kastam. takkan nak hntar soalan kastam kepada KEMENTERIAN KESIHATAN, KEMENTERIAN ORANG ASLI, FAMA ATAU YANG LAIN2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan2 pada 106 soalan sudah terdapat dlm web kem Kewangan. Oarng BODOH saja yg tak reti cari.

      Delete
    2. shahran. . . .alasan kamu pun macam orang bodoh. Kalau penyamun masuk rumah kamu lepas tu dia kata datang nak bagi duit pada kamu macamana ?

      Delete
  4. Bangang sangat ke 'dia' tu...masih tak faham2 lagi apa yg rakyat nak...lahanat betul!"

    ReplyDelete
  5. Hahaha...ini semua lawak. PSM yang hampir 100% india cuba hantar 106 soalan berkaitan gst kpd kastam. Cakap BM pun berterabur, hantar pun (mungkin) ke tempat yang silap. PR takde koordinasi, main hentam saje. Tak guna la mcm ni yang kena reman tu..sia-sia lepak dalam lokap.

    ReplyDelete
  6. Pr suka buat kecoh terlebih tonton cerita Tamil astro banyak Sgt tayang film Mcm ni semua nak jadi hero macam film Tamil. Padiyapa, arunucalam...

    ReplyDelete
  7. ingatkan dalam umno aje yang bodo....pr pun sama....kah kah kah...
    belangga mengata kuali hitam......

    ReplyDelete
  8. Mata sepet yang UNTUNG DALAM SEGALA HAL..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...