Wednesday 25 March 2015

DAP BIADAP DAN SUDAH MELAMPAU TEGAS PAS.


PAS hari ini memulangkan paku buah keras kepada DAP, rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat, susulan kritikan keras terhadap usaha parti itu melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

Mereka juga menggesa DAP menarik balik “tuduhan melampau” pada presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang , yang membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka laluan kepada hudud.

“Kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap Presiden dan PAS telah melampaui adab dan budaya yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia, apatah lagi dalam satu gabungan pakatan.

“Tiada erti mesyuarat Pakatan Rakyat diadakan jika DAP meneruskan sikap sombong biadab dengan enggan menarik balik tuduhan liar melampau mereka terhadap Presiden,” katanya.

DAP sebelum ini melancarkan pelbagai kritikan keras kepada PAS kerana cuba melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang digubal pada 1993, tiga tahun selepas mereka merampas Kelantan daripada BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sebagai seorang yang tidak menepati janji.

Ketegangan berlarutan sehingga DAP semalam mengumumkan memutuskan hubungan dengan Hadi kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan presiden PAS itu yang didakwanya “tidak jujur”.

Sementara itu pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed menasihatkan DAP agar tidak memberi “peluru” kepada parti lawan untuk mengasak gabungan pembangkang.

“Dewan Ulama PAS menasihatkan DAP agar jangan memberi peluru kepada musuh bertepuk tangan melihat pertembungan dalam Pakatan Rakyat,” kata Mahfodz.

Beliau turut mengingatkan agar DAP tidak “menusuk jarum beracun” dan mewujudkan siasatan pecah belah.

Beberapa pemimpin kanan PAS sebelum ini sudah menyatakan perasaan tidak selesa mereka dengan kritikan DAP kepada Hadi, termasuk timbalannya Mohamad Sabu.

Mohamad, walaupun terpalit dakwaan ingin menjatuhkan Hadi akibat suara miripnya tersebar di Internet, mahu penyelesaian segera diambil atau krisis dalaman Pakatan akan lebih meruncing.

10 comments:

  1. Kawan2 Reformist_

    DAP dan PKR sudah khianat kpd perjuangan reformasi.

    Kita mesti keluar beramai2 Dari PKR. Selepas kita memecat PKR sebagaj parti kita.

    Pilihan kita:
    A. Kembali kpd UMNO dan membuat pembaharuan dari dalam
    B. Terus berjuang dlm rangka reformasi sebagai Ahli PAS.

    Sebaik2nya pilihan (A)/lebih tepat. Kalau mahu status quo sila jadi Ahli PAS sbg pilihan ke 2.

    Roy, Hulu Tembeling
    Seasoned Reformist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela tu ko dgn pas sama je goblok! Parti zakar2 naik pilihlah pas...gwa berwala dgn pemimpin pas terdahulu.....yg ada sekarang bgai melepas batuk ditangga...x senonoh ngaji x abis.

      Delete
  2. Balasan tuhan trhadap tgha yg gagal menjaga muafakat dlm PR. Sudah smpi masanya imam mat sabu menerajui pas demi menuju putrajaya Dan meluaskan wilayah jemaah.
    Segala puji pujian ke atas imamiyah mat sabu.

    Takbir!

    ReplyDelete
  3. Kpd Adun Kajang.

    Skg ni Kajang tak tersusun. Kelam kelibut dan banyak masalah Selain itu terdapat juga pendapat negatif masyarakat,iaitu kebanjiran warga asing(indonesia dengan bangla).Maaf kata lah jika berkunjung ke pekan Kajang anda berasa diri anda berada di negara lain.

    YB Kajang buatlah kerja !!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke bang...zaman Umno dulupun mcm tu bang.... cumaa sesaje taknampak hahaha

      Delete
    2. Sape yg bawa masuk bangla dan dapatkan ic utk mereka tu ye...lu pikir la sendiri 14:53

      Delete
  4. Puak2 yang cuba merampas kuasa BUKAN dg cara demokrasi .....3 cara:

    1. Memutarbelitkan cerita,dg siri2 pembohongan yang berterusan.
    2. Mengada demonstrasi atas sebab2 yg rakyat negera lain menerima dg senag hati.
    3. Meminta bantuan dp negara2 besar luar supaya menekan kepeminpinan negara.

    Perkara2 ini jika dibiarkan berterusan akan memusnahkan negara ini. Oleh itu pehak yg berwajib seharusnya membenteras perkara ini dari berlaku dg kadar segera..

    ReplyDelete
  5. Tempat aku banyak bangla pun aku tak penah jumpa yg ada ici..itu semua mainan politik anuar lah bodoh.... isu dah basi kau baru keluar hutan ke.... skr isu hudud & gst .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Payah nak jumpa sbb semua mereka tak pamer ic kat dahi masing2. Kau gantung ic kat leher dan pamer di dada mcm name tag ke?

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...