Thursday, 26 March 2015
KENYATAAN MUFTI PERLIS DR MAZA MENGENAI ISU HUDUD YANG DIPERLEKEH DAN DIPERMAINKAN.
Tentang Isu Hudud Yang 'Dipermainkan'.
1. Umat Islam wajib menghormati hasrat baik jika ada pihak yang ikhlas untuk mengkanunkan hudud yang adil, saksama lagi MEMENUHI maqasid syariah.
2. Enakmen Jenayah Syariah Kelantan satu usaha yang bersejarah dalam negara ini. Ia telah melalui proses yang demokratik di DUN Kelantan, maka kita hendaklah hormati proses yang dibuat secara berperaturan itu.
3. Hasrat ingin melaksanakan ajaran al-Quran dan al-Sunnah mana-mana pihak hendaklah dihormati. Peranan kita memberikan pandangan balas dan menolong hasrat baik seperti itu agar kebaikan atau niat baik benar-benar mencapai maksudnya.
4. HARAM muslim menggabungkan diri dalam apa-apa aktiviti yang bertujuan menghina ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
5. Oleh kerana Enakmen Hudud Kelantan itu mempunyai banyak pandangan dan ijtihad yang dipilih oleh pihak penggubal, ia mungkin selaras, juga mungkin tidak selaras dengan maqasid syariah berkaitan hudud dalam Islam terutama pada zaman ini, maka masa yang cukup hendaklah diberikan untuk enakmen itu DISEMAK oleh pakar-pakar MAQASID syariah di pelbagai peringkat. Kegagalan perlaksanaan hudud di beberapa negara sebelum ini diharap tidak berulang di sini.
6. Sikap majoriti umat Islam Malaysia hari ini yang menghormati undang-undang itu secara dasarnya, merupakan satu sikap yang baik. Ini berbeza dengan keadaan era 80an dahulu. Kita patut bersyukur dengan sikap ini.
7. Kita hendaklah berhati-hati portal portal berita tertentu yang cuba menimbulkan permusuhan dan salah tafsiran terhadap isu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
WFauzdin mesti tak faham artikel ni. Kah kah kah.
ReplyDeleteWeiii din mana patin lombong 5kg yg aku order tu. Aku nak buat masak budu, kasi hadiah sama janda Pantai Kl. Mana tau aku jack dia aku dapat jadi calon Adun PRU-14. Mass tu aku tak kenal hang lagi dahhh
Aku luku jgk kang mamat indon togel neh.....
DeleteWeh aku dpt bonus weh....tak sabar nk beli belah time GST nnt...tak sabar nk menyumbang ke arah kemakmuran negara dan Umno khasnya...kehkehkeh...orang PR jgn jeles arrr....takkan mungkin korang perintah Malaysia....seribu tahun takkan mungkinnn.....Saya sokong hukum Hudud dilaksana di Kelantan! Yang korup...rasuah...semua harus terima padah!!"
ReplyDelete