Tuesday, 31 March 2015

WAKIL ANAK KERAMAT KECEWA AZMIN ALI ENGGAN BERTEMU MEREKA DI BANGUNAN SUK UNTUK BINCANG PROJEK DATUM JELATEK



Wakil Anak Keramat melahirkan rasa kecewa tidak terhingganya apabila Dato' Menteri Besar Selangor dengan Slogan Pembangunan Berkualiti Rakyat Di Peduli enggan bertemu dan bersemuka empat mata dengan para wakil Anak Keramat untuk berbincang dan mendapatkan maklumat serta kepastian tentang perkembangan Projek Datum Jelatek yang penuh kontroversi itu.

Projek Datum Jelatek bermula pada 2008 di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek, melibatkan pembangunan 4 blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat beli-belah.

Pembangunan itu dilaporkan akan diteruskan pada hujung November lalu selepas ditangguhkan sementara berikutan bantahan penduduk yang mahu ia dibatalkan kerana tidak mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 1972).

Mereka mendakwa projek itu bertujuan menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi kawasan Cina kerana ia hanya mampu dimiliki kaum Cina dan warga asing dari China.

Sebelum ini Azmin Ali dengan nada keras dan tegas akan meneruskan juga Projek Datum Jelatek walaupun menerima bantahan..... suatu nada ucapan pada pandangan wakil penduduk keramat sebagai angkuh, sombong dan bongkak.

Pada pagi ini pada awalnya mau diadakan demo berarak secara besar-besaran menuju ke bangunan SUK Selangor namun dibantah dan tidak dipersetujui oleh salah seorang wakil penduduk Datuk HuseinAhmad yang juga merupakan anggota KeADILan Cabang Shah Alam, mengakibatkan dua buah bas yang sedang menuju ke bangunan SUK diarah berpatah balik atas nasihat Datuk Hussein Ahmad.

Datuk Hussein Ahmad telah menasihati Sdr AriffinAbu Bakar, Wakil Anak Keramat supaya berbincang secara baik, berdiplomasi dan bertamadun, walaupun Azmin Ali enggan berjumpa dan berbincang dengan mereka .... ini ekoran berlaku sedikit ketegangan antara Sdr Ariffin Bakar dengan wakil Azmin Ali, Datuk Yazid Bidin, kerana Ariffin Bakar bertegas dan berkeras maukan Azmin Ali sendiri turun untuk bersua muka dengan mereka, kerana sebagai wakil, beliau tidak mempunyai kuasa pemutus, hanya bertindak sebagai pendengar dan penyampai dan bukannya sebagai ahli pemutus yang berkuasa untuk membuat apa jua keputusan muktamad.

Walaupun pertemuan dan perbincangan dijalankan dengan suasana aman dan tenteram, namun menemui jalan buntu kerana tiada kata putus dicapai .. Wakil MB Selangor sekadar berjanji untuk menyampaikan apa yang diluahkan oleh wakil penduduk keramat kepada Azmin Ali ...... tidak lebih dari itu.

Isu ini bukan isu rasis tetapi lebih kepada isu kemanusiaan dan keadilan yang secara kebetulan para mangsanya ialah warga Melayu/Islam.

Mohon amat pejabat Menteri Besar Selangor memberikan pertimbangan yang adil dan wajar agar penduduk asal tapak Projek Datum Jelatek tidak dianak tirikan dan dipinggirkan.

Tidak menentang pembangunan tetapi biarlah penduduk tempatan dapat menikimati dan merasai bersama pembangunan yang mau di tegakkan.

Pastikan Slogan PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI betul-betul bukan sahaja dilaksanakan tetapi yang lebih penting dan utama mesti di lihat ianya dilaksanakan.

14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah...yang ko dok pilih puak LGBT jadi state gomen pasal apa??? Ini lah akibat nya....next PRU pangkah balik BN!!!!!!!!.......(ada macai PR tengah mengelupur macam anjing gila dgn cadangan ini...kahkahkah)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Azmin Ali lahir di Singapura pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Beliau menyambung pelajaran beliau di University of Minnesota, Amerika Syarikat. Beliau berjaya mendapat master pada usia 24 tahun beliau juga adalah anak angkat Tun Dr Mahathir namun terus setia dengan DSAI sejak awal reformasi pada tahun 1998 hingga sekarang.

    Macai ado?ngee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apolah kau ni tak habis2 dengan KEDEPAN ... kau ingat azmin pandai sangat ke

      Delete
  4. maka aktiviti "demo" yg menjadi rutin golongan yg sombong lagi bodoh telah diarahkan supaya berpatah balik ... kerana mahu menggunakan jalan yg lebih "bertamadun" ... maka baliklah sekalian golongan yg bodoh itu ... kerana pihak yg hendak di"demo"kan adalah dari sipengembalanya ... masa kan siternakan boleh mendemokan sipengembala

    ReplyDelete
  5. Kalau ini tski tak pernah pun Omak kau kecoh...

    ReplyDelete
  6. YAB Azmin

    Yang ko suka selit2kan kondo2 untuk juawan2 di sebelah kampung2 Melayu tu apa hal.

    Ko sebagai org Melayu tak malu ke melihat org2 sebangsa ko menggunakan kereta kodok2 sementara kaum lain menggunakan Merc, BM, dan kereta mewah yg lain
    .
    Kalau tak cukup tanah untuk pembangunan ko tambak saja pantai2/laut seperti Singapore buat. Mungkin belanjanya sedikit lebih.. mereka mampu --mereka millionaire

    ReplyDelete
  7. Mmg patut azmin xpyh jmpa mrk sbb mrk tu semua puak2 dan juak2 umno cwgn lembah keramat sajer nk buat kecoh wahal ada ler seorg dua jer yg trlibat yg lain semua nk buat kecoh...suruh jer balik buat somak jer kat suk...cuba klu puak umno yg buat diam seribu bahasa...ayat tetap sokong utk pmbangunan konon...puiiii....

    ReplyDelete
  8. azmin anak angkat tun m buat malu ini fitnah paling kelaka aku dengar , tun m tak penah menganku dia anak angkat ia, tun m penah mengangku dia macai tun m dah bagi pada anwar kemudian anwar juburkan dia, ini belaku pada azmin itu malah bini azmin itu sangup anwar juburkan.

    ReplyDelete
  9. Angota keadilan cabang shah Alan sendiri megatakan berdemo itu tak bertamadun maknanya apa yg PR anjurkan selama ini meletakan pemipin² politik PR tidak bertamadun.. sendiri mengaku bro...

    ReplyDelete
  10. Pru 14 nanti masuk longkang la cow azmin

    ReplyDelete
  11. maaf cakapla. kalau aku pun bila ada "anak keramat" nak jumpa aku corner tempat lain. meremang bulu bila dengar nama anak keramat. lainla macam omakkau peminat anak keramat dan lain-lain hal yg keramat

    ReplyDelete
  12. saya pak junaidih. posisi sekarang di taiwan
    bekerja sebagai buruh bangunan dan
    gaji saya pun cuma pas-pasan
    setiap gajian selalu mengirimkan
    orang tua di kampung
    sebenarnya pengen pulang tapi
    uang saya tidak cukup.
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka2 internet ada seseorng berkomentar
    tentang MBAH jonoseuh. katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di taiwan ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun mau berbuat apa lagi.
    saya minta angka sama MBAH jonoseuh
    angka yang di berikan 4d untuk pemasangan taiawan tembus 100%
    dan saya menang 250 jt terima kasih banyak MBAH jonoseuh
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    dan rencana mau pulang ke indon untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI mbah jonoseuh DI NO: 0823 4444 5588
    tak ada salahnya anda coba
    karna angka ritual MBAH jonoseuh tidak perna meleset
    daningat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya..!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...