Monday, 23 March 2015
PENDUDUK KAMPONG BERJAYA MENANGKAP "POCONG"
Penduduk di sekitar kawasan perumahan Taman Kota Jaya di sini menjadi gempar dengan kemunculan lembaga berupa 'pocong' yang tersandar di sebatang pokok pisang di simpang tiga di situ awal pagi semalam.
Lembaga berukuran kira-kira 1.5 meter yang dibentuk menyerupai mayat berkafan ditemui di persimpangan Jalan Nangka-Jalan Belinjau menuju Kampung Kelantan.
Kemunculan pocong itu menyingkap kembali penemuan lima objek menyerupai pocong di tebing Sungai Johor di sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini lima tahun lalu.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Ramlan berkata, dia pada mulanya mendapat panggilan telefon kira-kira 9.30 pagi tadi daripada seorang rakan yang mengatakan terdapat pocong berhampiran kedainya.
"Saya terperanjat selain kesal kerana perkara seumpama ini tidak pernah berlaku sejak saya menjalankan perniagaan di sini lebih tiga tahun lalu. Saya menganggap ia dilakukan budak-budak nakal untuk menakut-nakutkan orang," katanya yang telah membuat laporan polis.
Orang ramai turut berkerumun untuk melihat dan merakam gambar lembaga itu yang dipakaikan telekung wanita yang telah digunting-gunting dan dipalit dengan tanah.
Penyelia Tanah Perkuburan Daerah Kota Tinggi, Jamaludin Sapuan berkata lembaga itu yang diikat lima bahagian dan mempunyai kerongsang di bahagian kepala, didapati disumbat dengan kapas di dalamnya agar berbentuk seperti mayat yang dikafan.
"Kita tidak tahu apa tujuan pocong ini dibuat tetapi yang pasti ia adalah perbuatan tidak baik dari segi syarak serta bersifat khurafat," katanya yang telah membakar pocong itu di Tanah Perkuburan Islam Makam Bendahara, Kampung Makam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Pocong ke anwar brahim tu?
ReplyDeleteHantu Tuya la tu bodo!!!
DeleteCepat contact tulang besi. Paranormal dijumpai. Adakah ini UG dikatakan oleh Malaysiawaves yg berkata2 diluar alam nyata
ReplyDeleteKah kah kah setuju anon 8.23...
ReplyDeleteIni kerja bebudak Melayu kampong lah bila tak merempit , tak meragut
ReplyDeleteElok jugak dari hidu gam
Bebudak Melayu ; apa lagi boleh di buat yang manfaat pon
Dan ini lebih baik Dari tulis cerita dongeng macam kat malaysiawaves
DeleteSimppan saja pocong itu di dalam rumah, siapa nak melihat RM1 sorang, bebudak 50sen,
Deletebebaloi juga penat lelah tangkap pocong malam tadi
Cerita GST lebih besar. Pocong2 ni cerita untuk orang berjiwa chilik tahun 50an, sechilik jiwa orang2 yg suka nonton maharaja lawak tahun 2010an. Habis rosak bangsa dengan takutkan bayang pocong, dan dengan gelak ketawa lagho maharaja lawak ....
ReplyDeleteAda lagi mangkuk namanya Tulang besi yg mengwarkan kisah kurang benar
Deleteteropong buluh, buah kelapa, pucung, hantu raya dll.
ReplyDeleteinilah otak selut puak bani melayu boleh fikir...
org lain dah naik ke bulan... puak ni asyik takut hantu...
ini sebab film dan drama hantu bnyak sangat.kat TV kita..puak Ah Chong dah tawan bukit dn gunung Genting Highland.. yg melayu ni masih takut hantu dlm hutan, sungai, gua bukit...
yg melayu betina puaka pula asyik main bomoh siam, Jawa dll
Mental ada ka......