Thursday 26 March 2015

SAMAN MANTAN MB SELANGOR LAWAN MANTAN MB SELANGOR SELESAI DENGAN KHIR TOYO MOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA TAN SRI KHALID IBRAHIM DI MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM.



Bekas MB Selangor Encik Khir Toyo  membaca permohonan maaf dan mengaku beliau telah insaf kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap seorang lelagi mantan Dato' Menteri Besar Selangor, YB  Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu pembelian kereta Lexus dan agihan lembu-lembu korban sebentar tadi di mahkamah terbuka Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Defendan Khir Toyo dikehendaki bayar kos sebanyak RM15,000 sahaja dengan serta merta dan berkongsi kos mengadakan kenduri di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Ijok dalam tempuh tiga bula mulai tarikh penghakiman ini.

Terdahulu, Dr Mohamad Khir ketika membacakan kenyataan dalam bahasa Melayu itu berkata beliau dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada Abdul Khalid  kerana mengeluarkan dua kenyataan yang telah diterbitkan di dalam akhbar The New Straits Times bertajuk "Lexus is my own, says Khalid" pada 15 Januari 2009  dan akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Lepaskan Jawatan MB" pada 23 Jan 2009.

Beliau berkata kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan atas kapasitinya sebagai ketua pembangkang Selangor pada ketika itu, mungkin telah mencemar atau  menjejas atau menjatuhkan nama baik, reputasi, imej dan integriti Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pada masa itu.

"Saya juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadapnya pada masa akan datang," katanya.

Abdul Khalid dan Dr Mohamad Khir yang kelihatan ceria berjabat tangan sejurus Dr Mohamad Khir selesai membacakan kenyataan tersebut.

Pada awal prosiding, peguam Sankara Nair yang mewakili Abdul Khalid memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian secara baik melalui proses mediasi yang dijalankan sebelum ini.

Beliau memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua kes saman itu diselesaikan dengan kos dan pihak defendan (Dr Mohamad Khir) akan mengemukakan  permohonan maaf secara terbuka di mahkamah.

Selain Sankara, Abdul Khalid turut diwakili peguam K.Murali manakala Dr Mohamad Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Siti Maspuah Maulan.

Pada 18 Februari 2009, Abdul Khalid memfailkan dua saman fitnah terhadap Mohamad Khir berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid dalam isu pembelian  kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid antara lain mendakwa kedua-dua artikel itu secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau, yang bermaksud antara lain bahawa beliau adalah seorang tidak jujur, tidak beretika dan sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi dan jawatan awam.

Dr Mohamad Khir juga didakwa telah secara salah menerima dan menunjukkan dokumen rasmi rahsia berkaitan dengan andaian salah laku dalam hal 'lembu korban' tanpa mengesahkan ketepatan fakta yang berkaitan dan seterusnya membuat tuduhan palsu.

Sehubungan itu, Abdul Khalid memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi bagi menghalang Dr Mohamad Khir daripada  terus melafazkan, bercakap atau menulis atau menerbitkan kenyataan terbabit yang didakwa memfitnah beliau.

Abdul Khalid ketika ditemui pemberita sejurus prosiding berakhir berkata beliau dengan ikhlas menerima permohonan maaf Dr Mohamad Khir atas kepercayaan ia  memadai untuk menebus integriti dan maruah beliau sebagai seorang pemimpin dan seorang Islam.

Beliau berkata penyelesaian yang tidak melibatkan balasan ganti rugi kewangan ini diambil kerana beliau mahu menerapkan nilai-nilai kemanusiaan yang jauh lebih bermakna berbanding wang ringgit.

"Saya berharap kes ini dapat memberi pengajaran kepada masyarakat khususnya kepada ahli politik agar sentiasa berwaspada untuk tidak mengeluarkan sebarang tuduhan tanpa asas dan fakta yang betul.

"Saya juga selepas ini akan bersama-sama Dr Mohamad Khir menemui masyarakat di Ijok (Kuala Selangor), Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak bagi  menjelaskan perkara sebenar," katanya.

Sementara itu Dr Mohamad Khir berterima kasih kepada mahkamah kerana memberi peluang kepada beliau dan Abdul Khalid untuk bermediasi sehingga membawa  kepada penyelesaian di luar mahkamah.

"Bagi saya yang penting adalah persahabatan daripada permusuhan dan saya rasa permohonan maaf ini perbuatan yang baik apatah lagi sebagai orang yang lebih  muda wajar bagi saya melakukannya.

"Sebagai bekas Menteri Besar kalau kami bergaduh di mahkamah pun tidak elok anak cucu tengok," katanya.


Berikut ialah kenyataan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim mengenai permohonan maaf terbuka Khir Toyo.


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini telah merekodkan keputusan saya selaku plaintif dan Dr Mohamad Khir Toyo selaku defendan untuk menyelesaikan kes saman fitnah di luar mahkamah seperti yang telah dipersetujui menerusi proses mediasi pada 4 Mac 2015 yang lalu.

Alhamdulillah, defendan Dr Khir Toyo telah membaca ucapan maaf di hadapan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi di mana beliau telah insaf mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang melibatkan pembelian kereta Lexus dan agihan lembu korban yang boleh mencemarkan integriti saya selaku Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Permohonan maaf ini saya percaya telah dilakukan secara tulus dan saya dengan ikhlas menerimanya dengan kepercayaan ia memadai untuk menebus integriti dan maruah saya sebagai pemimpin dan seorang Muslim.

Tambah pula, saya tidak mahu mahkamah membazir masa waktu, tenaga serta pelbagai sumber atas sesuatu yang tiada kaitan dengan pembangunan negara, agama dan bangsa.

Penyelesaian yang tidak melibatkan balasan ganti rugi kewangan ini saya ambil kerana mahu menerapkan nilai-nilai kemanusiaan yang jauh lebih bermakna berbanding wang ringgit.

Saya berharap kes ini dapat memberi pengajaran kepada masyarakat khususnya kepada ahli politik agar sentiasa berwaspada untuk tidak mengeluarkan sebarang tuduhan tanpa asas dan fakta yang betul.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini sudah pasti hanya akan mengalihkan fokus, tenaga dan usaha pemimpin yang sepatutnya bekerja keras untuk pembangunan negeri ini dan rakyat.

Saya percaya Malaysia perlu berubah dari budaya politik memfitnah yang hanya akan mencemarkan sistem demokrasi serta memperlekehkan kebijaksanaan rakyat dalam menilai antara benar atau palsu.


TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

ADUN PELABUHAN KLANG
DAN AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

15 comments:

  1. Tahniah TSKI, Syabas khir. Itulah jalan terbaik sesama Islam. Kita byk kelemahan, mengaku kesilapan sifat terpuji. Menerima maaf sifat yg mulia. Jgn lah kerana fahaman politik yg berbeza, membawa kemusnahan persaudaraan kita.

    ReplyDelete
  2. Yessss jgn ikut broader matang pauh yg hati busuk demi nepotism

    ReplyDelete
  3. Mana lagi nk cari lagi orang berintegriti mcm TSKI ni habaq mai...dulu elok2 Selangor dah makmur ko pegi pecat...nah sekarang rasakan balasan Tuhan atas penganiayaan yg telah dilakukan....aku pelik...apa hebatnya PkR neh....DSAI factor? Maybe...but he's gone...yg tinggal balaci je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang lagi janda pantai hadir sesi touch d hsnjing

      Delete
    2. Ingatkan janda baik

      Delete
    3. Jumpe janda baik bawak balik Janda Baik....-Joe Flizzow

      Delete
  4. Tunggu pemilihan parti pkr akan datang....dulu berdarah pala akan datang pecah pala utoh lak....pastikan azmin kalah pemilihan pkr nnnti...

    ReplyDelete
  5. Pastikan Zuraida Kamarudin berenti menjadi ahli politik dan kembali menerajui industri import-eksport buah-buahan....buat menyemaaaak aje. Puii!

    ReplyDelete
  6. Bagus lah TKSI.. Boleh lah selalu2 turun Parlimen BTR yg jarang dijenguk tu. Jalan kat pekan sg.besi tu berlubang2 macam kena bom askar Israel. Kesesakan di MRR2 berhampiran bandar tasik selatan tu cuba2 la TKSI lalui. Jangan asyik sibuk berpolitik jer.

    ReplyDelete
  7. Elok lah tu Peompak dengan penyamun berbaik2 agar dapat lagi harta karun.bolih bagi dengan gengq2 umno.nampaknya yang bagi komen semuanya Umno sebab Omak kau dah jadi bloger Umno.Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ko tau bhai.....ko sedar tak ramai dalam PR pun dah meluat dgn gelagat pemimpin PR???? Aku sokong PAS....yb aku DS Nizar di Sg Pjg....so?????

      Delete
    2. Ko sokong Pas? Aku lg menyampah perangai Presiden Pas. Barua!!

      Delete
    3. Bro...kalau dia barua, tak jd presiden...barua dia akan jd pengkomen bengong mcm ko. Aku rasa kalit samad dgn mat sabun tu yg barua.

      Delete
    4. Ooo..kalau dia barua xjd presiden. Maknanye yg pilih dia tu semua barua la jgk ek. Elok la tu..barua pilih barua.!

      Delete
  8. Wah...omak dh pandai pakai tudung lilit nampak...kan cantik mcm tu....setuju dgn komen anon 16:06.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...