Monday, 23 March 2015

POLIS TANGKAP PARA PESERTA DEMONSTRASI BANTAH GST DI WISMA KASTAM DIRAJA MALAYSIA , KELANA JAYA.




Polis mula bertindak menahan peserta demonstrasi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang enggan berundur daripada Wisma Kastam Diraja Malaysia di Petaling Jaya sebentar tadi.

Kekecohan mula terjadi apabila Ketua Polis‎ Daerah Petaling Jaya Azmi Abu Kassim menyatakan wisma itu akan ditutup kerana waktu pejabat sudah tamat.

"Kesemua kakitangan dan pegawai kastam ‎sudah balik, dah hampir tamat waktu pejabat, jadi anda perlu beredar," katanya kepada peserta demonstrasi.

Sejurus selepas kenyataan Azmi, kekecohan mula berlaku dan pihak berkuasa mula menangkap peserta demostrasi dan berlaku pergelutan.

Protes "duduk dan bantah" yang bermula sekitar jam 11 pagi bertujuan menuntut pihak kastam menjawab sebanyak 106 soalan mengenai GST, tetapi bertukar menjadi kecoh ekoran halangan pihak berkuasa.

Selain Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang merupakan penggerak utama, protes turut disertai Pemuda PAS dan pertubuhan bukan kerajaan belia seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) dan Angkatan Pemuda Bangsa Malaysia.

Antara yg ditahan Dr Hatta Ramli (MP) Chegubard. Dr Jayakumar (MP) Safwan Anang dan ramai lagi...

Senarai nama mereka yang ditahan stakat ini :-


1. Nashita
2. Syamimi
3. Saravanan
4 Haarthi
5 Sok Hwa
6 Saras
7 letchimi
8.Parames
9. Jody
10 Raj
11.Letchumanan
12. Parthiban
13. Sivarajan
14 Superman
15 Seng
16 Nagen
17 Murugan K
18 Madhavi
19 mohan
20 Letchimi
21 Dr Kumar
22 Sugumaran
23 Ganesan
24 Abdul Kudus
25 Shazni Bai
26 Remy
27 Tan Chi Hooi
28 Rara
29 Mohd Alif
30 Indra
31 Mashita
32 Diana
33 Simon
34 Kogi
35 Dr Hatta.
36 Chegu bard.
37 Nasaie.
38 Susan
39 Muruga
40 Patrick
41 Faizal
42. Mohana Rani R
43. Md.Sani b Md.Sani.
44. Azhar b Achil
45. Afzanizam b Hashim


28 comments:

  1. 45 org jer......adooiiiii iiii.....cuba la duduk diam diam ....virgil lilin ke....lee kuan yu rest in peace pun x senang.......shoouuuuhhh gi main jauh suan lky tu tido dia x nenyak.....mimpi ngeri jer....

    ReplyDelete
  2. Nak protest tu lantaq korang la. Tapi korang rosakkan ailing stesyen lrt masjid jamek itu memang tak patut

    ReplyDelete
  3. Bangga kena tangkap..diorang tak keje ke hari ni?? Pegi cari duit utk anak bini la woiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. GST dibantah oleh golongan yg bodoh dan yg senang diperbodohkan

      Delete
    2. Apa jadi bantah lynas???
      Sebelum terlaksana batah 3X
      lynas ok jeee...
      gst pun biar le laksana dulu...
      Banyak sgt dengar spekulasi...

      Delete
    3. kesan jangka panjang maa....
      ada orang cerdik ada orang bodo....

      Delete
    4. ioooo....kalau pasal gst biar laksana dulu...... tapi kalau pasal hudud..... kenapa arr.....?

      Delete
  4. Gst disokong oleh golongan bangang yg senang dilembukan.sekian

    ReplyDelete
  5. Ketua Tweeter Negara memantau tak demo ni? Kehadiran demo 45 org ni akan mengugat keselamatan negara. Diminta semua sb turun padang memantau.

    ReplyDelete
  6. Berapa kerat sangat cina daPIGS yang kene tangkap? asyik2 melayu aje. Ko suruh anak manja anak bapak LGE turun le kalau tak pun tonu puaka dan teresa cock.

    ReplyDelete
  7. Boloh punyo melayu .. manyak boloh .. wa talak heilan .. olang melayu memang BOLOH ..

    ReplyDelete
  8. Sekurang2nya depa ada semangat membantah benda yang tak adil. Menyokong tindakan yang pasti menyusahkan kehidupan diri sendiri lagi bodoh. Tak dibenarkan berfikir pulak lagi la bangang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salahhh.
      menyokong benda yg TIDAK pasti menyusahkan kehidupan...

      Delete
  9. Tangkap semua tu sumbat dalam penjara, Jangan gagalkan GST, Syukur kerana Malaysia ada GST!!! Yahoooooo!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. Dah kena gari pun tunjuk penumbuk lagi. Ini misti samsing kampung dusun.

    ReplyDelete
  11. Yg x tahan superman pun ada (no 14)..nasib xde gopinathan..lntak hgpa la nk bntah..bntah x bntah gst tetap jalan.ada aku kisah

    ReplyDelete
  12. Malaysia Tanah Airku...
    apa nak jd skrg ni...masing2 tnjuk hero

    ReplyDelete
  13. elok pun tangkap psm ,tengok semua ahli komunis psm..
    Komunis China dan vietnam sekarang pun pakai cukai gst .
    patutnya malu psm ini system cukai gst di pakai oleh negara komunis

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi KERAjaan bn tu tiru komunis la ye..... gitu rupanya .... patutpun....

      Delete
  14. GST adalah sistem percukaian terbaik daripada sistem SST, itulah hakikat yg perlu diterima rakyat. Akan tetapi rakyat kini kurang pemahaman tentang GST dan pengenalan kadar 6% dilihat membebankan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen dari penyokong bangang.

      Delete
    2. Memang le rakyat tak dapat nak faham. Dah berkurun di perlembukan.

      Delete
    3. Cuba fikir dan buat kajian kenapa banyak negara melaksanakan sistem GST berbanding sistem SST. Peniaga dah tak boleh tipu ikut sistem GST.

      Delete
  15. Ikut contoh Singapura start GST dgn 3%. 10 tahun kemudian naik GST jadi 4%, kemudian 5% dan 7% sehingga kini. Bukan mcm kerajaan kita terus buat GST 6%.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur.... GST kita paling rendah di dunia

      Delete
  16. Takpe la naik cepat2. Rakyat kan suka sangat2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni Malaysia akan ikut seperti Kanada apabila kerajaan pemerintah ditewaskan oleh pembangkang setelah GST dilaksanakan. Sekarang GST telah dikurangkan menjadi 5%. Ayuh kita sokong GST sekarang supaya BN ditumbangkan pada pilihanraya akan datang.

      Delete
    2. Semoga selepas menghuni lokap mereka2 ini akan menghuni cel cel penjara supaya rakyat dan maysia aman. Amin.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...