Pembantu juruterbang pesawat malang milik Germanwings dengan sengaja menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan pergunungan Alps selepas mengunci juruterbang di luar kokpit.
Namun demikian, tiada sebarang petanda ia sebahagian daripada kegiatan pengganas, menurut jurucakap rasmi Perancis pada Khamis.
Pembantu juruterbang yang berusia 28 tahun itu sengaja menjunamkan pesawat tersebut, menurut pegawai penyiasatan Brice Robin dalam satu sidang media yang mendedahkan butir-butir rakaman terakhir daripada perakam pesawat tersebut.
Nahas tersebut menyebabkan 150 orang terbunuh.
"Pembantu juruterbang tersebut berseorangan dalam kokpit tersebut," jelas Robin. "Dia dengan sengaja enggan untuk membuka pintu kokpit dan dengan sengaja menjunamkan pesawat tersebut."
Motif pembantu juruterbang tersebut masih belum diketahui, namun pegawai penyiasat menolak kaitan dengan aktiviti pengganas.
Pembantu juruterbang itu dikenali sebagai Andreas Lubitz.
Robin berkata, penumpang pesawat malang tersebut tidak menyedari situasi tersebut sehingga saat akhir.
"Jeritan tidak kedengaran sehingga di saat akhir.", katanya lagi.
Kesemua enam anak kapal dan 144 penumpang mati serta-merta, tambahnya lagi.
Pembantu juruterbang itu berada dalam keadaan sedar sehingga saat pesawat tersebut terhempas, tambah Robin.
Mujur nama pembantu juruterbang Andreas Lubitz, Kalau tidak satu lagi IS pengebom beani mati di lebelkan kepada muslim.
ReplyDeleteSebenarnya kapal terbang itu telah diikuti oleh 2 pesawat pejuang France and kapal terbang itu telah dikawal melalui remote control sehingga melanggar gunung.
ReplyDeleteKejadian ini adalah angkara Yahudi Laknatullah yang ingin membunuh seseorang didalam pesawat tersebut. Identiti orang yang hendak dibunuh itu masih tidak dapat dipastikan.
Sila baca di website ini untuk lebih detail:
http://www.jimstone.is/