Sunday, 22 March 2015

TEKSI TERUS MENGGUNAKAN TETAPAN METER BARU WALAUPUN KABINET TELAH MENGARAHKAN SPAD TANGGUH KENAIKAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM??????


Proses tetapan meter yang sudah bermula sejak pengumuman kenaikan kadar tambang teksi pada Khamis pastinya kini akan menjejaskan pelbagai pihak.

Ini berikutan  kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata kabinet sudah meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menangguhkan kenaikan tambang pengangkutan awam kerana tidak sesuai dilaksanakan ketika ini.

Syarikat pembekal meter teksi Demega Electronics & Engineering Sdn Bhd berkata situasi ini sangat mengelirukan.

Ini kerana syarikat berkenaan telah mengemaskini 350 meter dan agennya telah mengemas kini 700 meter sehingga Jumaat.

“Pening kepala... sebab pada Khamis, SPAD cakap naik harga, hari ini pula Muhyiddin kata tidak jadi. Susah mahu percaya kerana semua ini berlaku dalam masa yang begitu singkat.

Ditanya kepada jurucakap syarikat berkaitan jika syarikat  akan kembalikan wang kepada pemandu teksi oleh kerana meter yang dikemas kini harus kembali kepada harga asal, beliau beberapa kali berkata: “Saya sendiri tidak tahu lagi. Saya tidak tahu, saya akan merujuk kepada SPAD atau JPJ.”

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu Teksi Kepong Gor Bachan Singh turut “pening kepala” dan masih menanti arahan SPAD.

“Sekarang saya mahu tunggu hitam putih daripda pihak SPAD sama ada harga kadar tambang teksi naik atau tidak.

“Saya juga rasa ini semua masalah komunikasi. Kenapa pihak kabinet dan SPAD tidak berbincang dahulu sebelum membuat keputusan pada hari Khamis. Hari ini, Muhyiddin kata tangguh pula,” kata Gor Bachan.

Tambah beliau, teksi-teksi dibawah persatuannya sepatutnya memulakan proses tetapan meter tambang baru hari ini namun susulan kenyataan Muhyiddin tengah hari tadi, proses itu ditangguhkan.

“Sepatutnya teksi-teksi saya akan mengemas kini meter hari ini, tetapi dengan berita ini, kami sudah tangguhkan hasrat itu sehingga mendapat kepastian SPAD.

Pada Khamis, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.

Pada Jumaat, Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli) Datuk Aslah Abdullah berkata, rata-rata pemandu teksi meluahkan rasa tidak gembira kerana terpaksa menanggung kos pembaikan meter itu namun mengakui harus melakukannya untuk caj baru berkenaan.

"Ia seharusnya tidak menjadi masalah besar kepada mereka walaupun ada yang merungut. Tambang harus diselaras dan semua faham dengan situasi ini.

"Bagaimanapun saya memahami rungutan sesetengah daripada mereka kerana pengumuman ini diadakan secara mengejut," katanya.

Tinajaun mendapati bahawa sebuah syarikat pembekal meter iaitu Metretech Sdn Bhd mengenakan bayaran RM106 untuk mengemaskini meter.

Ditanya jika RM6 yang dicaj adalah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST), seorang wakil dari syarikat berkenaan yang ingin dikenali sebagai Mohd Hanif menyangkal dakwaan itu.

“Ini baru Mac, belum lagi April. Tambah lagi, perkhidmatan awam memang tidak dikenakan GST.

“RM6 itu adalah harga pelekat kadar harga, yang dijual pada RM2 setiap satu. Harga kesuluruhan RM106 itu termasuk tiga pelekat yang diberi kepada pemandu,” jelas Mohd Hanif.

Selain itu, syarikat itu mencadangkan agar kenaikan tambang itu diteruskan memandangkan sudah ramai pemandu teksi yang mengubahsuai meter mereka kepada kadar baru.

Pada Khamis, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.

Menurutnya, penetapan kadar baharu itu adalah berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup.

7 comments:

  1. Sudah Tiba Masa De Facto PKR Berundur. Tiada Alasan Lagi

    Keadaan De Facto yang terbaru seperti yang dilaporkan dalam media alternative sungguh menyedihkan

    Masaalahnya, sekiranya De Facto PKR menolak nasihat yang nepotism kejam maka beliau redha dgn nepotism dalam kerajaan BN yang dilawannya.

    Adakah itu sebenarnya maksud De Facto PKR?

    Tidak tahukan beliau sekiranya ada pertandingan, jawatan2 penting PKR akan diisi oleh mereka yang dipilih rakyat sekaligus menutup pintu nepotism dalam untuk campur tangan dalam parti?

    Adakah De Facto redha bila PKR menguasai semua DUN dan Parlimen namun tiada satu kerusi kerajaan pun dipenuhi bukan ahli dan rakan2 beliau?

    Adakah De Facto mahu terus menjadi corong pembesar suara Nepotism kerana yang takutkan nepotism hanyalah orang2 cerdik?

    Fakta sejarah jelas menunjukkan Nepotism kalah teruk dalam pemilihan parti.

    Sebagai contoh, di Malagasy, Parti Sosialis Malagasy mendapat kerusi yang jauh lebih banyak dari pemerintah bagi Majlis Perbandaran Malagasy City.

    Rata-rata National Malagasy Party kalah mencium bumi.

    Kenyataan2 De Facto yang mahu bini beliau jadi Embee Selangor pada tahun 2014 ini jelas melanggar keputusan rakyat marhaen Kebebasan yang mahukan Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

    De Facto PKR harus memilih samada:

    1) Berhenti sabotaj Parti sendiri dan mula hadir setiap kali ada malapetaka seperti banjir besar, kemarau panjang dan wabak penyakit
    2) Lepaskan jawatan De Facto supaya keputusan ahli bawahan tidak lagi diremehkan seperti sekarang

    Jangan jadi kuih talam

    Jangan mungkir janji.

    Jangan malukan parti

    TULANG BADAK
    Murtabak Dave's

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang kau merepek ni...kalau nak post pun, biarlah relevan...

      Delete
  2. Senang saja nak faham wayang umno/bn ni....kenaikan berlaku kerana menyerap kos gst sebab pengangkutan awam dikecualikan caj gst...

    ReplyDelete
  3. Apa guna adanya pengarah gst, apakah funsi beliau? bayar gaji tu bukanya free.. APA lu biking tambi,... org ramai tak nampak lu punya kerja.

    ReplyDelete
  4. kecelaruan dlm isu teksi ni dilihat berlaku sebab SOP sedia ada tidak kemas

    ReplyDelete
  5. Salam 1rasuah ,

    Di luar negara,
    Ada gst tapi hiway tanpa tol,
    Minyak mahal tapi harga kereta dan tambang pengangkutan awam murah (subsidi kerajaan),
    Pendidikan kena bayar tapi tenaga pengajar pandai, tak perlu tuisyen.
    Universiti hasilkan engineer, doktor, saintis, usahawan dan pekerja am.
    Kilang banyak tapi untuk rakyat,
    Untuk servis tertentu kerajaan rakyat bayar cukai tak perlu swasta.
    Bayar kabel tv tak perlu tengok iklan.

    Di Malaysia ,
    Ada gst hiway masih bertol.
    Minyak mahal harga kereta mahal, tambang mahal (makan keliling).
    Pendidikan kena bayar tapi tenaga pengajar SPM teruk, kena ambil tuisyen (2x bayar).
    Universiti hasilkan pekerja gomen atau penganggur tunggu keja gomen.
    Kilang banyak tapi untuk pendatang.
    Rakyat bayar cukai untuk pekerja gomen dan bayar myeg juga (2x bayar).
    Bayar bil astro tapi iklannya macam tv3.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    ReplyDelete
  6. Jangan nak salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri. Ambik orang ngok jadi ketua maka pentadbiran pun jadi ngok!!! Lama-lama malaysia jadi somalia. Baru padan muka

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...