Thursday, 26 March 2015
SURAT TERBUKA HADI AWANG ISU HUDUD YANG DI PERTIKAIKAN OLEH UMAT YANG MENGAKU PENGANUT ISLAM DINEGARA INI.
ADA dalam kalangan umat Islam yang memberi alasan bagi menolak usul persendirian berkaitan undang-undang jenayah dengan menggunakan beberapa perkataan yang berkaitan hukum Islam.
Antaranya menyebut perkataan-perkataan seperti “Siyasah Syari’yyah”, “Maqasid Syari’ah”, “Fiqh Aulawiyyat”, “Maslahah” dan lain-lain.
Ketika membicarakan tajuk yang berat seperti ini, maka tentunya sangatlah tidak manis sekiranya kita menjadi laksana burung kakaktua yang pandai hanya menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya, namun tetap berstatus binatang tanpa akal tanpa memahami hakikat atau tasawwur daripada perkataan yang diucap.
Maka menjelaskan maknanya dengan ilmu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah adalah sangat penting.
“Hudud” adalah cabutan daripada salah satu daripada hukum jenayah yang banyak dan menyeluruh. Mungkin sengaja dijadikan hujah yang difikirkan bagi menolak syari’at.
Mereka menganggap Hudud paling sesuai dijadikan sasaran kerana pandangan mereka paling ganas, tanpa mengetahui secara detail dan objektif. Tanpa menyedari pula betapa ganasnya undang-undang ciptaan manusia yang masih dibanggakan, seperti hukuman bunuh secara kuno : menjerut tali ke leher secara menggantung, begitu juga hukuman sebat sehingga menyeksa tanpa kesan mendidik masyarakat.
Penjelasan ini khusus bagi penganut Islam yang jahil tanpa dimaafkan, kerana beriman tanpa ilmu dan tidak berbudiman terhadap agama sendiri, serta tanpa peduli terhadap batas-batas iman dan kufur yang wajib diketahui dan dipelihara secara fardu ‘ain.
Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya [Memudahkan kefahaman (terhadap agama ) kepada Muslim Semasa atau terkini] di halaman 102 menjelaskan:
Terdapat tiga madrasah (pandangan) apabila menghadapi masalah semasa :
1- Kalangan yang berpegang kepada nas juzi’i yang zahir secara jumud tanpa menterjemahkannya secara ijtihad melalui ilmu Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid.
2- Kalangan yang menyalahggunakan Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid sehingga membelakangi nas yang nyata.
3- Kalangan yang mengambil kira kedua-dua aspek yang penting dalam ilmu Islam.
Nas yang nyata adalah ilmu Allah yang difirmankan atau ucapan Rasul S.A.W. yang bersifat ma’sum. Adapun yang lain dari nas yang nyata adalah keizinan Allah bagi ruang ijtihad di kalangan para ulama bagi melaksanakan syariat Islam dengan bijak dan adil, bukannya meninggal syariat Allah dengan alasan sehingga boleh digantikan dengan undang-undang ciptaan manusia yang dianggap lebih baik.
1- Siyasah Syari’yyah
Perkataan “siyasah” daripada bahasa Arab yang bermaksud mentadbir, mengurus dan memandu atau memimpin yang disebut terkini dengan perkataan politik atau pentadbiran atau panduan. Dicampur dengan perkataan Syara’ dengan maksud kaitannya dengan urusan pelaksanaan syariat mengikut jadual, pelaksanaan, dan pengurusan melaksanakan hukum Islam, bukannya meninggalkan hukum Islam untuk diganti dengan yang lain. (Sila lihat huraian secara khsus dalam kitab-kitab Ahkam Sultaniyyah Karangan al-Mawardi dan Ghiath karangan Imam Haramain daripada Mazhab Syafei; al-Sair al-Kabir daripada mazhab Hanafi; Siyasah Syariyyah Ibnu Taimiyyah dan Turuq Hukmiyyah Ibnu Qayyim daripada mazhab Hambali dan Muqaddimah Ibnu Khaldun daripada mazahab Maliki).
Tegasnya ialah melaksanakan Syariat dengan betul, bukannya meninggalkan Syariat Allah dengan gantian hukum yang lain.
2- Maqasid Syari’ah
“Maqasid” bermakna tujuan-tujuan, maksudnya ialah tujuan pelaksanaan syariat. Objektifnya ialah cara mencapai matlamat membawa maslahat kebaikan kepada manusia secara umum dan khusus secara adil dan istiqamah dan menolak kemudaratan.
Di sini pula ada tujuan yang telah ditetapkan oleh syara’ dan ada juga yang tidak disebut di mana Allah memberi keizinan mengikut kemampuan akal dan ilmu manusia.
(Kepada yang mampu berbahasa Arab sila rujuk kepada dua tokoh ilmu Maqasi : Al Syatibi : Al Muwafaqat : J:2, muka surat 391. Ibnu ‘Asyur : muka surat 19)
Contohnya, apabila khalifah Umar R.A. tidak memotong tangan pencuri di tahun melesetnya ekonomi kerana berlakunya kemarau panjang, dan bukannya kerana meninggalkan hudud, tetapi disebabkan melihat keadaan desakan hidup apabila dibayar gaji yang tidak mencukupi, menjadikan seseorang itu melakukan jenayah secara terdesak. Maka kerana itu hukuman potong tangan adalah haram dilaksanakan, kerana Hadis Rasulullah S.A.W. : “Hukuman Hudud ditolak (kerana adanya syubuhat”.
Ditolak hukuman hudud ini pula bukan bermakna terlepas begitu sahaja. Tetapi hendaklah dipindahkan kepada hukuman takzir yang termasuk dalam ruang Syariat Islam. Hukuman hudud tidak boleh dijatuhkan kerana tidak memenuhi syarat yang mencapai adil dan mendidik masyarakat mengikut kemampuan. Mudarat daripada kemelesetan ekonomi yang menimpa penjenayah adalah lebih besar. Sebaliknya kalau pencuri itu seorang berpendapatan tinggi sudah tentu dihukumkan.
Maqasid Syari’ah tidak bermakna membatalkan penguatkusaan undang-undang Hudud. Maqasid Syari’ah dalam hal ini bermakna hukuman tidak boleh dijatuhkan kerana menafikan tindakan secara adil yang menjadi matlamat syariat. Kalau dijatuhkan hukuman juga, bermakna kita tidak melaksanakan syariat kerana tidak mencapai matlamatnya. Meninggalkan syariat secara total menghilangkan segala maqasidnya.
Contohnya juga ialah mengenai kalimah Allah dibenarkan penggunaannya pada asalnya oleh penganut bukan Islam walau pun salah mengikut penafsiran kita, tetapi apabila tujuan penggunaannya bagi mengelirukan penganut Islam yang jahil, maka pihak berkuasa berkenaan agama Islam berhak menghalangnya . Mengikut Qaedah (Semua perkara dilihat juga kepada tujuannya).
3- Fiqh Aulawiyyat
Bermaksud melihat keutamaan secara fiqh (faham mengikut panduan Syariat).
Contohnya Islam meletakkan perkara keperluan rukun hidup bagi manusia ialah memelihara (1) Aqidah agama, (2) Nyawa, (3) Akal, (4) Keturunan dan (5) Harta.
Contohnya tidak dijatuhkan hukuman hudud terhadap pencuri kerana lapar adalah kerana keutamaan memelihara nyawa hendaklah didahulukan daripada memelihara harta. Hukuman hudud ditangguh dalam keadaan perang kerana menghalang penjenayah melarikan diri kepada musuh, kerana keselamatan negara diutamakan. Bukan bermakna penjenayah dibebaskan, tetapi diturunkan kepada hukuman takzir.
Orang bukan Islam dikecualikan dahulu kerana berdakwah dalam konsep tiada paksaan dalam agama adalah lebih aulawiyyat.
Contohnya juga seperti pengambilan tanah untuk mendirikan hospital atau jalan raya adalah diizinkan kerana kepentingan umum hendaklah didahulukan daripada kepentingan individu atau segelintir, dan hendaklah diganti tanah itu secara yang adil pula.
“Aulawiyyat” itu pula hendaklah dalam ruang lingkup hukum syariat terlebih dahulu, bukannya bermakna meninggalkan hukum syariat.
Apabila segala syarat tidak ada bagi hukum Hudud dan Qisas maka hendaklah dipilih dalam ruang hukum takzir yang sangat luas.
Bukannya melarikan diri kepada hukum ciptaan Barat yang banyak kelemahannya. Perlu disedari bahawa di sana ada juga tidak yang sama dengan undang – undang yang sedia ada, perbezaannya tidak ada roh seperti syariat Islam.
(Sila lihat Dr Yusuf Al Qardhawi dalam Siyasah Syariayyah halaman 284-297)
4- Maslahah
“Maslahah” dengan maksud tujuan membawa kebaikan. Sama ada mendapat faedah atau menolak kemudaratan. Para ulama membahagikan maslahat itu kepada tiga kedudukan :
1- Maslahah Mu’atabarah
Ialah dalam perkara yang telah ditetap oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Rahmat terhadap makhluknya. Maka ada yang diwajibkan dan ada pula yang diharamkan. Maka percayalah bahawa semua yang diwajibkan tetap membawa kebaikan dunia dan akhirat. Perkara yang diharamkan tetap mendatang mudarat kepada diri atau masyarakat. Contohnya ialah seperti wajibnya berpuasa kepada yang mampu dan haramnya arak dan judi. Ianya adalah ketetapan Allah SWT.
2- Maslahah Mulghah
Dalam perkara yang diharamkan kerana mudaratnya lebih besar atau manfaatnya tidak ada .Contohnya seorang yang mencuri atau merompak atau mengedar dadah dengan maslahat mengumpul duit untuk kebajikan atau nafkah keluarga. Maslahat ini dibatalkan kerana mudaratnya sangat besar sehingga menimbus segala kebaikannya.
3- Maslahah mursalah atau Masoleh mursalah
Dalam perkara yang didiamkan oleh al-Quran dan Hadis maka ruangnya adalah terlalu luas kepada manusia di sepanjang zaman.
Melaksanakan Syariat adalah maslahah yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Penyayang kepada makhluknya.
Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariat (KJS) Negeri Kelantan
Isu undang-undang jenayah Syariat menjadi hangat sejak kedatangan penjajah apabila mereka menghapuskannya. Seterusnya menjadi hangat di kalangan umat Islam sendiri kerana kejahilan agama dan pendekatan, sehingga berlakunya isu kafir mengafir dalam masyarakat sendiri kerana kejahilan hukum dan kejahilan cara pendekatan berdakwah.
Apabila keadaan dapat diredakan, maka PAS mengambil langkah ke depan melalui kemenangannya di Kelantan, kemudiannya di Terengganu secara ilmu dan demokratik.
Langkah pertama ialah menubuhkan pasukan daripada Parti dan kerajaan. Pasukan ini melibatkan Ketua Dewan Ulama dan kalangan ahli majlis Syura Ulama, Tun Saleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara), al-Marhum Prof Ahmad Ibrahim salah seorang pengasas UIA (mantan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tahun lima puluhan daripada Singapura dan mantan Peguam Negara Singapura yang pertama), al-Marhum Dr Mahmud Saedon Awang Osman dari UIA dan Pakar Syariah Negara Brunei Darussalam, al-marhum Datuk Abdul Halim Muhammad mantan Penasihat undang-undang negeri Kelantan dan Exco kerajaan negeri, dan Datuk Daud Mohamad Kadi Besar negeri Kelantan.
Sebelum enakmen ini dibawa kepada Dun Negeri Kelantan, ianya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum di berbagai forum – seminar dan dialog. Akhirnya enakmen berkenaan dibawa ke Dun Kelantan pada tahun 1993 dan Dun Terengganu pada tahun 2000. Manakala Kelantan pula memperkukuhkannya secara mengadakan seminar dan sambutan mengenainya secara tahunan.
Kini setelah lebih dari 20 tahun (dua puluh tahun) Pas memperkenalkan enakmen ini, disamping melaksanakan proses pendidikan mengenai KJS dalam masyarakat, dialog dan sebagainya, maka Pas ingin bergerak setapak lagi dalam proses mendidik masyarakat untuk mengenali hukum-hakam syariat Islam yang menyeluruh. Hasilnya kini suara yang mengeji hukum Islam ini semakin hari menjadi terpencil.
Maka dengan sedikit ruang yang ada ini, Enakmen KJS ini mengalami beberapa pindaan- pindaan memperkemaskannya dengan mengambil kira cabaran dalam perlembagaan dan masyarakat majmuk, tanpa paksaan, dan bagi orang Islam sahaja setelah mengambil kira pandangan para ulama daripada semua mazhab dan sejarah pelaksanaan yang berjaya di sepanjang zaman.
Dalam masa yang sama, apa yang ingin dicadang dan akan dibawa oleh Pas menerusi Private Members Bill nanti pula bukanlah rang undang-undang hudud, tetapi pindaan dalam akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan satu-dua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut Islam sahaja.
Kita adalah makhluk yang berilmu, bertamadun dan matang. Maka dengarlah dahulu apa yang ingin dikemukakan. Jangan terus melompat dan bertempik gegak gempita memberikan kritikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya.
Firman ALLAH:
(Dan hendaklah kamu melaksanakan kalangan mereka hukum yang telah diturunkan oleh Allah,dan jangan sekali-kali engkau mengikut hawa nafasu mereka (meninggalkan hukum ALLAH) sehingga engkau meninggalkan sebahagian daripada apa yang telah diturunkan oleh ALLAH kepadamu. Maka jika sekiranya mereka berpaling(enggan)maka ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH hendak mengenakan mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya sebahagian daripada maknusia itu adalah orang-orang yang jahat). Adakah mereka mahukan hukum jahiliyyah, padahal siapakan lagi yang paling baik hukumnya daripada Allah kepada orang-orang yang percaya dengan yakin).
ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Kita org Islam wajib menyokong HUDUD.
ReplyDeleteTetapi kita kena Ingat juga UMNO ada 88 PAS ada 21 jumlah 109. (di parlimen)
jumlah semua kerusi di Parlimen 222 , majoriti mudah 111
Kalaulah ini pengiraannya LKS lah yg menjadi PM di Malaysia.
Silap tu TSKi pun ada, jadi 110. Cari 2 orang lagi DLM PKR lulus tu
DeleteNadanya seperti nak merasuah untuk jadi agen dan barua PAS... Hee.hee.bee
DeleteAnon 15:13. Hapeee kao cakap ni. Kao pun Dah mwreng macam tulang besi. Harap badan Besar otak Besar kismis. Padan bahlol
DeleteBawa je masuk ke Parlimen. Baru nampak sah siapa menentang dan siapa pulak menyokong. Surat terbuka Tuan Guru Haji Hadi ni Cina dah tentu tak faham. Harap2 Melayu Islam dah faham lah kesudahan nya.Ambil lah pendekatan baru berasaskan Ugama dan Allah. Untuk isu hudud ini kena ketepikan politik dulu. Kalau masih nak di politikkan akibatnya anda akan menerima tindakbalas dari rakyat. Mungkin juga bala dari Allah SWT.
ReplyDeleteDlm parlimen pun dia orang boleh buat undi sulit , dan siapa pun tidak tahu siapa yg menentang dan yg menyokongnya. numbor saja yg keluar
ReplyDeleteKalau buat undi sulit maknanya dah sah kerajaan munafik lah.
ReplyDeleteTahniah....sbb ada pendirian walaupun dipihak pembangkang.
ReplyDeleteAku sendiri akan sokong hudud jika modenkan ikut hadis dan al quran Ada berapa perkara hudud mesti modenKan ikut peredaran zaman
ReplyDelete1) jika tahu orang bersalah kerana berzina hendak buat ujian dna
2) Sedia pakar cctv
jika dua perkara ini tak sedia oleh dalam hukum hudud maka sia2 perkara itu keadilan dalam hukum di tuntu dalam islam itu
Ko boleh duduk bersama kumpulan DAP yang dikecualikan dari hudud.
DeleteDNA boleh dimanipulasi ...CCTV juga boleh dimanipulasi dan ia tidak boleh dijadikan hujah mutlak...keterangan 4 saksi mustahil mereka mampu memanipulasi jawapan yang serupa kerana soalan yang berbeza beza dan ini mustahak supaya tertuduh tidak teraniaya dengan fitnah atau kes rekaan.Akan tetapi CCTV dan DNA boleh dijadikan sokongan tambahan..antara kelebihan hudud iaitu qisos para waris diberi peluang memaafkan pesalah dengan syarat pesalah membayar gantirugi yang sepadan dan ini memberi peluang kehidupan kepada pesalah dari hukuman bunuh. Manusia tidak boleh memandai mandai dengan apa yang Allah telah tetapkan kesaksian dengan menurut akal semata mata, seperti mana orang Islam yang mati kecuali mati syahid perlu dimandi,dikafan serta disolatkan sedang kalau ikut logik moden.. terus kambus pun boleh..begitu juga Allah tetapkan bilangan rakaat solat yang berbeza beza..sedangkan kalu ikut logik kepala kita buat sama rakaatnya apa masaalahnyanya..ataupun apa masaalah jika diganti rukun qauli itu dengan selawat perdana,nasyid syair,sajak dan sebagainya..ataupun terbalik rukun perbuatan solat dengan mula dengan tahiyyat akhir serta berakhir dengan qiam ..dan ada apa apa masaalahkah jika tanpa bersuci seperti wudhuk dan mandi junub kerana orang orang kafir tiada menghadapi masaalah kesihatan pun..begitu juga semasa berkahwin...apa perlu ijab,qabul,wali,saksi atau mas kahwin...terus daftar kerana suka sama sukapun apa bezanya..sebenarnya manusia yang tidak menyokong hudud itulah yang tidak berlaku adil pada diri,keluarga,masyarakat dan kerajaan..dan sia sialah mereka ini mengaku beriman serta Islam ...kecuali mereka ini spesis munafiq...Allah menjadikan hudud supaya manusia tidak melangkaui kesempadan kebinasaan pada diri,masyarakat dan negara sepertimana manusia yang memagari kebun atau kendiaman supaya tidak diceroboh dan bila menceroboh maka penceroboh akan menerima akibatnya sepertimana para penzina,pencuri,pembunuh,perompak ,penyamun dan seumpamanya .Setiap kali orang baca surah Al Fatihah,mereka memohon supaya tidak menuruti jalan jalan jalan orang yang dimurkai oleh Allah dan orang orang yang sesat...maksud orang orang yang dimurkai Allah ialah golongan yahudi , nasara,musrik,munafiq serta kafir dan bagi golongan yang sesat pula ialah golongan yang memilih jalan yang tidak selari dengan jalan Islam...umat Islam tidak perlu cemburu atau sedih kepada orang orang kafir yang diberi kekayaan dan tidak dikenakan hudud kerana Allah hanya membiarkan sementara untuk mereka menikmati kehidupan dunia yang sedikit umpama binatang ternak...dan golongan kafir ini dijanjikan BERITA GEMBIRA oleh Allah iaitu azab yang amat berat serta kekal selamanya...APA YANG PELIK IALAH masyarakat kafir tidak gembira bila hudud tidak dikenakan ke atas mereka dan mereka menentang perkara yang tiada kaitan dengan mereka yang ini boleh dikategorikan samaada ada mereka gila atau bodoh sombong keh keh keh
DeleteSemuanya dah ada kalau tuan faham apa itu Hudud dan apa itu Takzir. Mereka pakar2 belaka.Insya Allah. Perbicaraan yang di kendalikan oleh orang orang yang hanya takut pada Allah, Insya Allah keadilan akan terserlah nanti.Kena yakin la pada barakah Allah SWT.
ReplyDeleteHudud lebih penting dari Pakatan Rakyat. Hudud lebih utama wawasan 2020.
ReplyDeleteSeorang menteri mendedahkan bahawa kerajaan pusat tidak membawa cadangan pindaan undang-undang hudud ke mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 11 Mac.
Tak bawa pada raja bermakna ketua agama tidak diberitahu berkenaan cadangan hukum hudud.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri iti ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menceritakan tipu muslihat UMNO Baru bahawa enakmen syariah itu tidak pernah dibawa untuk perhatian majlis itu sejak mula lagi.
Orang ramai dah ingatkan UMNO Baru hanya bersindawara saja...degil, biadap dan tuduh orang yang tak sokong hudud adalah orang yang tidak beriman.
Sekarang dan kena main...yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Hukum hudud tergantung kawan dalam Pakatan Rakyat sudah hilang.
Kesian Mahfuz Omar diarah keluar dewan selepas beberapa kali cuba menyoal Jamil Khir sebab kerajaan tidak mahu mengikut apa yang telah dipersetuju dalam jawatankuasa teknikal.
PARTI LEBAI MALANG......he...he..he..
Mahpus keluar dewan? Berenti terus jd YB lagi baik....buat ngabeh boreh yo....
ReplyDeleteKalau UMNO betul nak bersendiwara biarkan lah. Depa jawab la depan Allah SWT. Buat apa dapat kawan yang menentang kita nak amalkan ugama kita sendiri. Itu bukan kawan.Tidak ada istilah Lebai Malang dalam perjuangan ugama. Orang yang berfikir begitu lah yang malang sebab tak faham bahawa kehidupan akhirat lebih kekal dari dunia ini. Dah diterangkan bahawa ini hal Kelantan dan di bawa kepada Sultan Kelantan. Majlis Raja Raja belum terlibat lagi. Wallahualam.
ReplyDeleteHUKUM HUDUD TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN - HJ HADI ...
ReplyDeletewww.youtube.com/watch?v...
Kerusi paling sedikit dah nak tunjuk kepala
ReplyDeleteKalau UMNO membelit mereka tak layak bergelar parti yang memperjuangkan ugama Islam.
ReplyDeleteBagus juga UMNO menipu tu. Untuk pengesahan pada macai macai bahawa mereka bertuankan kaki penipu.
ReplyDelete