Thursday 26 March 2015

MURSYIDUL AM PAS DATO' DR HARON DIN ANGGAP PAS DAN DAP SUDAH PUTUS.


Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat melampau dan memberi isyarat yang hubungan Pakatan Rakyat (PR) bakal berkecai.

Haron turut mengecam DAP kerana menggunakan istilah "pengkhianat" ke atas presiden PAS itu, dan berkata ia tidak patut dikeluarkan rakan sekutu dalam PR sendiri.

Menurutnya, orang biasa pun tidak mengeluarkan perkataan seumpama itu.

“Adakah pada saat seperti ini ketika kita semua mahu perbaiki semua keretakan, tiba-tiba DAP buat kenyataan yang meluaskan retak itu?

"Memutuskan hubungan dengan presiden mengisyaratkan kepada PR akan berpecah," katanya semalam.

Haron mendakwa, yang nyata, bukan PAS memulakan masalah keretakan di dalam PR.

"Tidak fahamkah DAP yang presiden ialah sebahagian dalam parti, dan parti merupakan sebahagian presiden. Jadi, mana mungkin dipisahkan? Kalau tidak mahu berhubung dengan presiden, nak berhubung dengan siapa?

“Parti di bawah arahan presiden. Amat pelik tindakan DAP itu. Kita nampak isyaratnya ialah ke arah itu (berpecah).

"Apa maknanya kalau putus kepala kalau ekor tidak putus? Putus kepala maknanya mati, ertinya habis,” tambah beliau.

Haron dilaporkan turut mempersoalkan kewajaran tindakan DAP itu yang seperti mahu mengajar PAS dan mengarahkan parti itu menukar presiden jika mahu terus kekal dalam Pakatan Eakyat.

15 comments:

  1. SALAHKAH ORANG MELAYU BERSATU?
    ==============================

    Walaupun sepatutnya umat Islam bersyukur apabila kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah , tetapi ada pula kelompok Melayu yang resah gelisah.

    Sepatutnya pihak luar tidak perlu membuat tafsiran bukan-bukan terhadap kesepakatan yang dicapai antara UMNO dan PAS. Sebaliknya bagi mereka yang mengaku dirinya orang Melayu mereka sepatutnya bersyukur kerana menyatukan pemimpin kedua-dua parti tersebut.

    Jika benar pihak-pihak luar tidak mempunyai agenda tersembunyi, mereka tidak harus berasa takut dengan penyatuan hati antara UMNO dan PAS. Begitu juga bagi kelompok orang Melayu lain yang mengaku memperjuangkan hak orang Melayu dan mahu mempertahankan agama Islam.

    Mahu tidak mahu, masanya sudah tiba untuk UMNO dan PAS mencari titik persamaan antara mereka. Kedua-dua parti itu tidak boleh dibiarkan terus berbalah sehingga akhirnya melemahkan kuasa politik orang Melayu.

    Bila orang Cina bersatu, mereka dipuji/disanjung dengan kata yang baik2 seperti berwawasan, bijak, melihat jauh kehadapan dan macam-macam lagi . Tetapi bila Orang Melayu hendak bersatu kita memberi pelbagai alasan2 yang boleh menggagalkan penyatuan dan merugikan kita sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesiapa taat pd allah,sesungguhnya ia telah menjauhkan dr neraka

      Delete
  2. Tahniah PAS!

    ReplyDelete
  3. Ni mesti orang umnu. Sebut sajalah orang Islam bersatu. Kenapa nak kena juga sebut orang melayu bila maksudkan islam. Buruk sangatkah jika terus sebut Islam? Tak sensitif pada orang Islam yang bukan melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersatu atas sebab bangsa terkeluar dari syariat islam ke ? segala jajahan takluk yg telahpun disempadani sebagai tanah melayu(malaysia) adalah hak dan amanah Allahswt kepada seluruh bangsa melayu ... maka bersatulah supaya nikmat dan amanahNya ini kekal buat bangsa melayu ...

      Delete
  4. Aku tak setuju PAS dan bn bersatu.. Aku setuju kalau org melayu yg berugama islam bersatu berjemaah bersama penuhkan masjid2 dan surau2 dulu. Baru kita akan sedar pentingnya penyatuan islam sebelum bertebaran bergerak mencari rezki.. kalau sentiasa ingat ALLAH malaysia akan aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis China, india Muslim kau nak campak mana kami bukan islam ke.. cara ckp macam nak menyatukan umah.. cara tak lansung menyatukan melayu akan tetapi memecahkan islam.

      Delete
    2. Betoi jugak nooo... janji tak ada PAS nak masuk umno.. sbb muslim byk dlm PAS

      Delete
  5. Pendapat aku. Pas boleh aje keluar dan bentuk pasukan baru. Lagi pun pas ada sayap penyokong dari kalangan non muslim. Buat satu pasukan macam BN. Masa masih ada. Pru 14 lambat lagi.

    ReplyDelete
  6. Pandai ke Haron Din main politik......kan politik tu kotor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita nak bersihhkan politik kotor tinggalan penjajah kpd politik islam

      Delete
    2. politik islam ala pas yg penuh maki hamun fitnah label sesama jemaah

      please la jgn malukan islam

      Delete
  7. Kalau kita main bolasepak sebagai riadah.. Penuh kebaikan... Kalau kita main bolasepak dengan pertaruhan.. Kotor la dia.. Tak gitu. Pandangan saya la yang tak arif politik ni..

    ReplyDelete
  8. Omak kau Suka sangat pecahkan semua pr. dan paling lantang kutuk dap...bagusla TV 3 pun tak seteruk mcm ni. Berita lain tak Ada agaknya

    ReplyDelete
  9. pas dap dah kena prangkap bn, ilmu tggi kdg2 x guna otak kosong mentadbir negara

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...