Saturday 28 March 2015

DAP SARAWAK HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN BERFIKIR DENGAN OTAK YANG TIDAK BETUL KATA SETIAUSAHA AGUNG PAS.



PAS menyifatkan DAP Sarawak hanya menjaga kepentingan diri apabila memutuskan hubungan dengan PAS menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa, sebab sebenar DAP Sarawak keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) bukan kerana hudud tetapi kerana merasakan PAS satu liabiliti.

"Cara berfikir DAP Sarawak ini berdasarkan otak yang tidak betul, kerana hudud tidak ada kaitan dengan Sarawak, kerana tak mungkin hudud boleh dilaksanakan di Sarawak.

"Sebenarnya, mereka tidak mahu dikaitkan dengan PAS kerana mereka rasa PAS ini liabiliti menjelang pilihan raya negeri," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mustafa mengulas keputusan DAP Sarawak yang mengumumkan hari ini keluar PR Sarawak berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana PAS menyeleweng dari dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

"Selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.

"Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," kata Chong.

Mustafa berkata, DAP hanya menjadikan hudud sebagai isu sedangkan hudud tidak ada kaitan langsung dengan Sarawak.

"Tidak mungkin hudud dibawa ke Sarawak, kerana wakil PAS tidak ada pun dalam Dewan Negeri. Jadi tidak kena DAP kaitkan hudud dengan Sarawak, kaitkan dengan PAS lah senang," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, DAP bebas mengambil langkah tersebut memandangkan hubungan dalam PR tidak ada perjanjian bertulis yang mengikat anggotanya.

"Setiap anggota bebas untuk keluar, atau apa saja apa difikirkan baik baginya," katanya.

Beliau juga mendakwa, keputusan DAP kali ini ulangan kepada tindakan DAP yang keluar Barisan Alternatif pada tahun 2001 kerana tidak mahu dikaitkan dengan PAS, menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sarawak, Abusiraj Almuner enggan memberi sebarang ulasan mengenai perkara itu kerana menganggap keputusan mengenainya sudah lama dibuat DAP Sarawak.

"Hari ini hanya dirasmikan saja," katanya.

Sementara itu, sumber mengatakan, tindakan DAP Sarawak itu hanya akan menyusahkan PKR kerana ia akan menimbulkan konflik antara mereka dalam menentukan kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.

"PAS tidak ada masalah, kerana DAP tidak akan bertanding di kerusi yang PAS bertanding, tetapi DAP akan bertanding di kerusi yang PKR nak bertanding," katanya.

10 comments:

  1. Sudah le DAP. Melayu dan Islam takkan berpisah. Kecuali puak munafik yang jadikan Hudud untuk memecah belah. Ko pergi la berkawan dengan depa.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah ko tau puak tu tabiatnya macam itu,

    dari awal2 lagi ko sepatutnya TAK berkawan.

    ReplyDelete
  3. Nak kawan dengan ko lebih kurang sama jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korang ingat korang saja yg hampir dg Allah??
      Sama le dg pemikiran Yahudi yang mendakwa mereka adalah kesayangan Allah.

      Delete
  4. DAP MEMANG MACAM GAMPANG

    BARU TAU KE??

    ReplyDelete
  5. Hahaha.......!
    Pandangan berbeza dgn erti sdr.......!!
    Kalau Dap sombong bongkak dll.....bagaimana melayu???? Tak kan sama sj.....!
    Melayu berhak begitu juga cina bukan begitu????
    Bukan cina benci melayu atau islam Lebih sensitif pada hudud...! Kalau dap tak keluar dr pr musim pru sarawak ...besar kemungkinan boleh kalah besar bila bn guna hudud dlm pru ini utk takutkan kaum cina utk menang dan lemahkan dap pru ini.
    Maka berfikir dari sudut politik di mana sarawak berbeza dgn semenanjung. Tahu kah anda itu politik?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu sengaja nak sulitkan keadaan. Tugas Dap Sarawak memperjelaskan kpd pengundi bukan Islam bahawa hudud tak kena mengena dgn mereka. Kecuali Dap Sarawak lembab atau ada agenda lain yg tersenbunyi.
      Kenapa Dap ni mcm tak sepakat je antara Sarawak dgn Semenanjung.
      Kalau nak keluar PR, keluar semualah. Kan nampak jelas Dap parti kelamkabut dan mengarut, tak boleh dipercayai.

      Delete
  6. This Is What You Really Want !!
    WOW !!! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete
  7. Mengarut2.....
    Sepatutnya PAS yang keluar.....
    Kaki wat drama nie....
    Habis pimpinan ulama....

    ReplyDelete
  8. Hangpa buang ke mana slogan "bersetuju untuk tidak bersetuju" yang hebat sangat tu.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...