Sunday 22 March 2015

PRK DUN N06 CHEMPAKA ... CALON PAS MENANG DENGAN MAJORITI LEBIH BESAR 10,0092 UNDI WALAUPUN HANYA 55 PERATUS KELUAR MENGUNDI.



Pas berjaya mempertahankan kerusi Dun Chempaka apabila calonnya, Ahmad Fathan Mahmod menang menewaskan empat calon Bebas dalam PRK yang disifatkan paling tenang dan aman.

Kemenangan itu menjadikan kerusi Dun Chempaka kekal milik Pas yang sebelum ini tujuh penggal dimenangi oleh Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majoriti yang diperolehi Fathan meningkat kepada 10092 walaupun kehadiran pengundi merosot kepada 55 peratus berbanding 83 peratus dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Keputusan itu menunjukkan peningkatan lebih 3,500 undi majoriti berbanding pilihan raya umum lalu.

Penambahan majoriti itu dipercayai berlaku ekoran BN tidak meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil DUN itu.

PAS diwakili ustaz mudanya Ahmad Fathan Mahmood, 42.

Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden PERKASA Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

Fathan mendapat 10,899 undi manakala calon bebas tidak memberikan banyak saingan dengan Fadzillah mendapat 89 undi, Izat Bukhary (51 undi), Aslah (27 undi) dan Sharif (807undi).

Undi rosak sebanyak 140 undi.

Seramai 12,013 layak memilih dalam pilihan raya kecil ini. Peratusan keluar mengundi direkod sebanyak 55 peratus.

PAS daripada awal dilihat berdepan laluan mudah dalam persaingan lima penjuru dengan calon-calon bebas.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Februari lepas akibat barah prostat.

11 comments:

  1. Kalau Pekembabi tidak bertanding dlm PRK atau PRU, gerenti tenang punya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah banyak2, astaghfirullahal'azim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur kpd Allah. Biarlah org nak mengata PAS sudah kehilangan sokongan dan penuh caci maki. Itu hak mereka. Tapi sedikit kesal kerana ramai juga org Islam ikut rentak yg sama.

      Delete
  3. Macai kt mna awk kt mana awk kt mna...

    ReplyDelete
  4. inilah satu keputusan yg pahit untuk diterima...... bukan saja oleh empat calon bebas...... tapi juga oleh terutamanya umnu/bn , pkr dan dap......
    jangan jelous tau....

    ReplyDelete
  5. Tulisan ini sedang tersebar dan mendapat perhatian 'luar biasa' di WhatsApp. Justeru, blog ini menerbitkan dan menyiarkannya semula tanpa sebarang suntingan.

    Perkara yang dimahukan oleh Zombi dan Rafizi di Malaysia.

    1. Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST

    2. Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)

    3. Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.

    4. Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela – tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun

    5. Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun – tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yg lalu.

    6. Penukaran kadar yg tinggi seperti Singapura – tetapi Singapura mempunyai harga kereta yg paling tggi dlm dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225k berbanding di Malaysia hanya RM41k sahaja

    7. Harga kereta serendah di Brunei – tetapi Brunei tidak ada demokrasi

    8. Sedemokrasi seperti di India, yg terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia – tetapi India mempunyai kadar korupsi yg tinggi berbanding Malaysia

    9. Tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland – namun Finland kini berada di ambang kejatuhan atau “lost decade” dan mengalami nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0

    10. Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yg sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% – namun demikian Myanmar mempunyai byk konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan byk kematian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org cmni la yg menyebabkan negara ni terus menerus diperbodohkan oleh pemerintah umno.

      Delete
    2. Cakap senang, Selangor tu pun yerumbang ambing. Ada juga mangkok ayun dilusr sana perayakan nya.

      Delete
  6. Anwar pernah masuk umno dan menaiki tahta dlm umno....demi kehebatan dan kepandaian tun dr m.....umno terselamat dari yahudi anwar.....anwae x pernah masuk pas. ...kesudahan citer pas hancur lebur...mme bodoh orang pas nih....

    ReplyDelete


  7. SAYA ATAS NAMA: IBU LINA TKI DARI MALAYSIA


    DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
    PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
    KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
    YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
    DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
    ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
    ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU MBAH GUNTUR
    JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
    HUBUNGI LANSUNG MBAH GUNTUR DI NO_0853_2827_2384_SAYA
    SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
    INI KISAH NYAT SAYA=== call +62853 2827 2384
    ATAU KLIK DI SINI http://ramalantoto6d.blogspot.com


    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...