Sunday 22 March 2015

MOHON BERTENANG .... AZMIN CAKAP PKR TIDAK PERNAH TENTANG HUDUD PUN TETAPI TIDAK SETUJU PAS PINGGIRKAN PAKATAN.




Mohamed Azmin Ali hari ini menyelar kenyataan yang mengatakan PKR menentang pelaksanaan hukum hudud, mengatakan ia hukum Allah yang tidak boleh dipertikaikan.

Timbalan Presiden PKR itu berkata PKR tidak menentang hudud tetapi tidak bersetuju dengan prinsip PAS yang melanggar prinsip Pakatan Rakyat (PR) dalam membentangkan pindaan kepada enakmen jenayah Syariah Kelantan.

"Kita (PKR) tidak menentang hukum Allah. Kena berhati-hati (membuat kenyataan). Sebagai seorang Islam, kita tidak boleh menentang hukum Allah yang ada dalam Al-Quran.

"Cuma, mekanisme yang dibawa PAS itu tidak menghormati prinsip dan semangat PR. Itu sahaja," katanya diminta mengulas kenyataan PKR semalam mengatakan ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian yang akan diusulkan PAS di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Menteri besar Selangor itu berkata demikian kepada media hari ini selepas majlis pelancaran dan pendaftaran Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang.

Ditanya sama ada PKR akan mengundi menentang usul itu apabila ia dibentangkan di Parlimen kelak, dijangkakan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kita tunggulah. Semalam Presiden PKR sudah buat kenyataan bagi pihak parti. Itu pendirian yang diambil dan kita akan tunggu apabila rang undang-undang itu dibentangkan," kata Azmin.

Semalam PKR dalam satu kenyataan ditandatangani tujuh pemimpin tertinggi parti itu menyatakan tidak akan menyokong rang-rang undang itu kerana mereka tidak dimaklumkan tentang isi kandungannya dan ia dibuat secara “unilateral” oleh PAS.

Menurut kenyataan itu, tindakan Hadi yang menghantar surat kepada Parlimen mohon membentangkan usul itu dibuat tanpa memaklumkan parti komponen PR terlebih dahulu dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari, 2015.

Azmin berkata, kenyataan PKR itu dibuat kerana PAS tidak sepakat menurut keputusan yang dibuat Majlis Presiden.

"Keputusan yang dibuat Majlis Presiden ialah, sebarang cadangan mesti dibentangkan dan diputuskan oleh Majlis Presiden.

"(Tetapi) ini tidak berlaku. Sebab itu kita akan bantah. Kita bantah sebab PAS tidak menghormati apa yang dijanjikan dalam Majlis Presiden," katanya.

Sementara itu, beliau juga menafikan dakwaan PR bakal berpecah ekoran kemungkinan DAP meninggalkan gabungan parti pembangkang itu kerana tidak bersetuju dengan dengan pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Tidak berpecah. Kami bersetuju untuk tidak bersetuju. Tak ada masalah. Saya yakin (pada) kebijaksanaan pimpinan memperkukuhkan dan memantapkan PR.

"Perbezaan, kalau pun ada, boleh kita bincang secara baik demi kepentingan rakyat. Itu harapan saya," kata Azmi.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menyifatkan tindakan PAS sebagai mengetepikan PR dengan menghantar notis membentangkan rang undang-undang persendirian itu pada sidang yang sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir 9 April depan.

"Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan PR, atau demi mengugut DAP dan PKR supaya menyerah kepada PAS, atau sebaliknya melihat PR berpecah," kata Lim dalam satu kenyataannya semalam.

Pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang mencetuskan kontroversi itu diluluskan pada 19 Mac apabila kesemua 44 orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebulat suara menyatakan sokongan terhadapnya selepas ia dibahaskan 4 Adun.

Enakmen itu akan dibawa ke Parlimen secara rang undang-undang persendirian oleh PAS yang akan mengusulkan pindaan kepada Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

10 comments:

  1. Kandang babi didahulukan hudud di kemudiankan...matilah kau..

    ReplyDelete
  2. BERDALIH .... ciri orang munafik

    ReplyDelete
  3. Gang Segam-Boot memaksa PKR menentang PAS Dan Azmin terhimpit. Peguam Paul Carlson pun kawan gang lilin Dan Segam-Boot. Hari tu dia pi vigil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap nama eric.Paulson la. Sori typo

      Delete
  4. Dah la nepotism, penghasut plak tu

    Kpd Wan jijah kipas satay, baik kao berhenti sbg president PKR kerana kao sudah menghina Rakyat Kelantan.

    Don Gua Musang
    Reformist Kelantan

    ReplyDelete
  5. Dulu pas Kena dgn umno kini pas kenakan pkr dap lepas ni pas tak boleh buka cerita lama lagi kerana dua² sama je.yg pastinya umno akan sokong hudud di parlimen krn mereka juga Islam.

    ReplyDelete
  6. Umno sokong ke kat parlimen nanti?

    ReplyDelete
  7. Maaf ckp...masa kalian ambil langkah kajang dulu, ada kalian bincang dgn PAS???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun pas selalu menkafirkan umno, umno tetap Islam di sisi Allah umno yg bagunkan Islam di malaysia kenapa tidak, bezanya umno dan pas, umno fikir dahulu sebelum membuat sesuatu kerana di dlm Malaysia ada berbagai bangsa & agama, sedangkan pas hanya memikirkan Islam & melayu krn mojiriti penduduk Kelantan org melayu, pecayalah jika pas mentakbir Malaysia masa kini ia pun akan melakukan apa yg umno lakukan skr, bukan mudah nak mentakbir satu negara yg menpunyai berbagai agama bangsa jgn bezakan Brunai mereka amat² mudah melakukan kerana 99% beragama Islam teramat² mudah mejalankan hudud semuga Kelantan berjaya dgn jayanya. Amin....

      Delete
  8. Unmo membangunkan islam dgn mengeluarkan lesen arak dan judi.hohoho

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...