Friday, 20 March 2015
RASANYA DAP JANGAN NAK UGUT DAN BULI PAS SEBALIKNYA PERLU MENGHORMATI PERJUANGAN YANG DIBAWA PAS
DAP tidak perlu mengugut Pas dengan ancaman PR akan berpecah jika Pas meneruskan pelaksanaan hudud, sebaliknya perlu menghormati perjuangan yang dibawa Pas.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana jaminan hak beragama adalah sebahagian daripada prinsip persefahaman politik yang membentuk PR.
Menurutnya, usaha Pas untuk melaksanakan hudud adalah semata-mata kerana tuntutan agama Islam dan tidak melibatkan kepentingan politik.
Katanya, jika DAP menghormati perjuangan hudud oleh Pas dan tidak menentang sebarang usaha Pas untuk merealisasikannya mengikut saluran demokrasi, PR akan bertambah kukuh dan dihormati.
"Pecah atau kukuh PR adalah di tangan kita yang menentukan bukan di tangan Umno.
"Sebagai seteru di medan politik, memanglah hasrat Umno mahu PR berpecah. Tetapi pendirian dan sikap kita sendirilah sebagai rakan sekawan akan menentukan nasib hubungan kita," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, perjuangan hudud adalah aspirasi Pas sejak penubuhan parti itu dan DAP telah maklum mengenai perkara itu semasa PR diwujudkan.
Jelasnya, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015 yang dibentangkan kerajaan Kelantan semalam untuk pindaan adalah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan penambahbaikan dari sudut laras bahasa dan akta, dan bukannya undang-undang baharu seperti yang didakwa.
"Sekali lagi saya tegaskan bahawa kunci keutuhan PR itu adalah pada sikap hormat-menghormati sesama kita. Malangnya, DAP tidak bersikap demikian.
"Maka, jika PR lemah, ia berpunca daripada sikap tidak hormat DAP terhadap Pas sendiri, bukan kerana Pas bertegas mahu laksanakan undang-undang jenayah Islam," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Hukum hudud adalah menguntungkan rakyat dan kerajaan kecuali akal dan sains dapat membuktikan sebaliknya....dan ia adalah perintah Allah yang menjadi tuan kepada manusia...sebagai analogi mudah jika tuannya memerintah agar hambanya membina pagar daripada batu agar ia dapat mencegah musuh dari menceroboh tetiba para hambanya memandai mandai membina pagar dari kayu yang cepat .. reput...agaknya tuannya hamba berkenaan murka atau memuji akan kebodohan hambanya itu...hudud juga menyerlah siapa yang rapuh imannya dengan yang benar imannya di kalangan PR termasuk penyokong atau pimpinan...jika hudud dijadikan satu halangan ke putrajaya maka maka apakah jaminan hudud boleh dilaksanakan bila berjaya ke putrajaya...dan menang atau kalah PR tiada kaitan dengan hudud kerana Allah akan membuka hati pengundi ke arah kebenaran atau pengundi ditutup mata hatinya dengan menjunjung hukum jahiliah atau menurut jejak langkah syaitan heee
ReplyDeleteLiwat ni suwey...kesannya kena kt yg terdekat. Berkawan jadik gaduh, kawin jadik cerai. Suwey dah melekat kt parti lain.
ReplyDeleteAnwar bkn isu penting yg PR prlu selesaikan... pikirlah hak rakyat... cukup2lah nk salahkan PAS... cari tituk persamaan dan singkirkan BN... Sokonglah hudud yg ingin dijalankan... moga2 dipermudahkan urusan....
ReplyDeletejika hukum dan syariat Allah dilaksanakan dibumi nertuah malaysia insyaalah akan Allah turunkan berkat seperti aman dan rezeki yg tak kita jangkakan.kami sokong hudud.
ReplyDeleteNyatalah Allah kasihkan penyembah berhala..dan kejam pd yg sujud padanya. Aku cemburu pada kafir. Mereka tidak dihudud!. Allah lindungi mereka dari peraturan kejam ni.
ReplyDeleteKafir itu sentiasa mengajak ke arah kemungkaran...biarlah kita bina benteng hudud diantaranya....inilah yg merungsingkan kafirun...
DeleteAtas justifikasi apa ko kata Allah kasihkan penyembah berhala,kejam pada yang sujud padanya,mereka tidak dihudud dan Allah lindungi mereka dari peraturan kejam kecuali ko dapat buktikan ada ayat Allah yang menyatakan sedemikian...hakikatnya gollongan tersebut amat dimurkai Allah sehingga Allah cop golongan yang ingkar tersebut sebagai kufur,zalim dan fasiq dan Allah menyamakan kehidupan dan makan minum orang kafir seperti binatang ternak...Allah juga kurniakan kekayaan dunia pada orang kafir bukan kerana mereka disayangi Allah,tidak dihudud juga bukan kerana Allah kasih tapi Allah biar sementara untuk hidup sementara dunia..analogi mudah ialah seorang bapa yang melarang atau mencegah anaknya dari melakukan kejahatan kerana bapa tersebut kasihkan anaknya...sedangkan bapa yang membiarkan anak isterinya. melakukan kejahatan dan tidak dihukum bermakna bagi saudara apa tersebut sayang pada anaknya....kalau ko kata tidak menghukum anak isteri kamu supaya dikatakan kasih sayang dan tidak setuju dihukum kepada pelaku kejahatan kejahatan pada ahli keluarga ko dan masyarakat bererti ada kabel dalam kepala ko yang litar pintas yang menyebabkan akal ko jadi hang.. keh keh keh
ReplyDeleteJgn berhujah dan terpedaya dgn komen anon 11.06.
DeleteOrg Islam tak akan cakap sedemikian. Ramai yg menyamar utk menghasut umat Islam sekarang ni.
MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888
ReplyDeleteMAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888